QAYYUM'S WEAKNESS | OG

Από nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Περισσότερα

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘28∘∘°

13.1K 1.3K 67
Από nabilllss

"Della—"

Langkah besar Fredella dikejar secekap yang mungkin. Tak mengah berlari, cuma mengah memanggil si isteri.

"Della—" Fredella biarkan panggilan itu dibawa angin. Tiba sahaja di hadapan pintu rumah, terus dia tekan butang kata kunci. Apabila pintu mewah itu selesai dibuka, Fredella meneruskan langkahnya masuk kedalam.

Qayyum melepaskan keluhan. Isterinya melulu masuk tanpa menghiraukannya. Pintu rumah kembali ditutup dan di lock.

Apabila Qayyum cuba mengintai bilik tidur dari jauh, tepat sangkaannya Fredella membawa diri ke situ.

PUMMM

Boleh pecah gegendang telinga akibat bunyi dentuman pintu bilik tersebut. Marah betul!

"It's okay. I'll let you rest," Sebut Qayyum perlahan. Tubuh dipusing lalu menuju ke arah sofa baldu di ruang tamu. Dia membatalkan niat untuk menenangkan Fredella. Perempuan ni kena bagi dia redakan marah dia dulu. Kalau tidak, masuk bilik itu lebih kurang seperti masuk sangkar singa.

Punggung dilabuhkan ke atas sofa empuk tersebut. Jam tangan ditanggal, begitu juga dengan jaket leather nya.

Qayyum pandang pintu kaca yang memisahkan ruang tamu dan balkoni. Bangunan-bangunan lain diluar sana lebih rendah nak dibandingkan dengan rumahnya yang terletak di puncak apartment.

Tangannya naik mengurut rahang. Qayyum tak serabut, stress apatah lagi. Dia tahu apa yang dia buat itu betul dan bukan perkara yang salah. Tak pernah langsung dia mengongkong Fredella. Dia cuma tak izinkan jika isterinya mahu berjumpa dengan Tengku Sofi lagi.

Dan... itu semua untuk kebaikan Fredella sendiri. He's not ego. He only protects what is his.

"Alright, you gonna handle this calmly. Make her listen to you. Khalisa Fredella tanggungjawab Qayyum.." Ucapnya seolah-olah sedang memberi semangat buat diri sendiri.

Tidak lama kemudian, tanpa berfikir panjang terus Qayyum bangun dari sofa. Dia menerpa ke arah glass drawer yang menempat barang-barang privasi rumah. Satu persatu laci dibuka sehinggalah kunci yang dicari jumpa. Kunci ganti yang bakal digunakan untuk membuka pintu biliknya.

Fredella leka menanggalkan makeup. Figura dirinya yang di cermin ditatap penuh fokus. Kasar pergerakan tangannya ketika membersihkan muka menggunakan cleansing tissue.

Ketika dia hampir selesai membuang solekan, sistem pendengarannya disapa dengan bunyi seseorang yang cuba membuka pintu. Sah sah itu suaminya. Fredella merengus kasar. Tajam jelingannya melihat pintu bilik melalui cermin.

Sesaat kemudian pintu tersebut berjaya dibuka oleh Qayyum. Ya, Fredella masih di posisi yang sama. Dia hanya curi-curi pandang melalui cermin sahaja.

Fredella sedar yang Qayyum semakin dengan dengannya. Jejaka itu menapak perlahan-lahan tanpa bersuara.

"You want some coffee?"

Soalan mengejut dari suaminya. Sebab Fredella tahu Qayyum tak suka dia minum coffee. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut namun dia respon melalui gelengan kepala. Fredella masih lagi membelakangi suaminya.

"Aglio olio, maybe?"

Ya Allah... menguji nafsu dan kesabaran betul soalan-soalan yang ditanya. Aglio olio tu favourite dia kut! Tak boleh! Tarik nafas dalam-dalam, Khalisa Fredella. You have to reject it. Bisik wanita itu di dalam hati.

"Ke... awak nak saya, sayang?" Kali ini, suara yang digunakan Qayyum hampir mencairkan ais beku di dalam diri Fredella. Jejaka itu sudahpun berada di belakang kerusi yang diduduk oleh si isteri.

"Stop questioning me. Saya taknak apa-apa. Termasuk awak." Selesai menutur ayat itu, terus Fredella bangun menjauhi suaminya. Dia bangun tanpa alihkan pandangan langsung.

Ruang wardrobe dituju. Dalam otaknya sekarang hanya mahu membersihkan badan.

"Saya takkan tanya apa-apa melainkan awak bagi saya masa untuk bercakap." Anak mata Qayyum mengekori langkah Fredella. Ayatnya terselit dengan nada tegas.

Seperti yang Qayyum agak, Fredella terus berhenti dari cuba mengelak. Wanita itu menghentikan langkah. Tubuh kembali dipaling menghadap suami. Wajah Fredella beku tanpa reaksi mahupun senyuman.

"Awak nak cakap apa? Semua awak dah bagitahu, kan?" Fredella merapat ke Qayyum. Berombak dadanya ketika hendak menyambung ayat seterusnya.

"Pertama, sebelum kahwin awak curi fon saya. Kedua, awak hack dan trace apa saja aktiviti saya. Ketiga, awak sanggup simpan fon tu sampai sekarang tanpa jujur dengan saya..."

"Keempat? Kelima? Ada lagi, sayang?" Qayyum menyengetkan kepala. Keningnya turut terangkat sama. Ya, dia minta untuk Fredella senaraikan sampai habis.

Fredella terdiam seketika. Tetapi itu bukan bermaksud dia berhenti dari marah. Pandangan mata mereka berlaga.

"Awak cakap saya dah bagitahu semuanya? Belum. Ada benda lagi yang belum saya bagitahu." Sambung jejaka itu sebelum bergerak setapak ke hadapan.

"Apa dia?" Desak Fredella. Apa pulak lepasni yang belum dia tahu? Qayyum ada buat benda bukan-bukan ke?

"Saya hack sebab saya nak dapatkan info diri Uqael. Saya nak tahu, apa latar belakang dia. Memandangkan waktu tu awak dah bertunang dengan dia, jadi mestilah serba sedikit Uqael ada ceritakan dekat awak tentang privasi diri dia. Uqael dengan awak berkawan sejak sambung belajar dekat Itali lagi kan? Jadi dah tentu... dalam fon awak ada banyak maklumat yang saya cari selamani." Setapak lagi Qayyum mara ke hadapan. Panjang lebar dia menjelaskan. Iris hazel isterinya direnung lama.

"Maklumat yang awak cari selamani? Ap..apa maksud awak, Qay? Awak memang target nak aim fon saya sejak saya balik dari Itali ke macam mana?" Soal Fredella bersama wajahnya yang keliru. Dia perasan Qayyum semakin merapatkan jarak dengannya.

"Yes. Now you know... how long I keep my feelings for you, Fredella." Ringkas tapi padat dengan luahan isi hati Qayyum.

"Saya ingatkan bila awak dah habis sambung belajar, awak akan fokus pada company mama. Rupanya beberapa bulan selepas tu, Uqael muncul dan cari awak balik. Saya tahu, tujuan dia cari awak semula untuk halalkan hubungan. Tapi saya tak boleh terima. I can't, sayang. Because deep in my heart says that he has a trick behind his good intentions." Apabila Qayyum bertindak menggerakkan kakinya dua tapak lagi, tangannya dan Fredella bersentuhan. Jarak diantara mereka tiada ruang lagi.

"Maafkan saya, sebab saya ambil fon awak sesuka hati. Maafkan saya, sebab saya masuk bilik peribadi awak tanpa kebenaran. Maafkan saya..."

Tiada jawapan mahupun ayat yang terlintas di dalam otak Fredella. Dia menyepi dan masih lagi menunggu suaminya menghabiskan penjelasan. Kaku, tubuhnya seperti dipaku untuk tidak bergerak.

"Sebab saya.. tenung gambar-gambar isteri saya yang ada dalam fon tu," Dah namapun hack. Rugi lah kalau tak geledah sosial media orang. Lagi-lagi crush kita. Tak gitu?

Membesar mata Fredella selepas mendengar pernyataan itu. Merah padam wajahnya bercampur emosi. Marah, malu, bengang. Dia bertindak menampar dada kekar Qayyum dengan sekuat hati. Akhirnya, lama dia tunggu saat-saat hendak melepaskan geram ini!

"Suka hati awak je hack fon saya, Qay! Habis sosial media saya awak pegang!" Bertubi-tubi tamparan hebatnya dilepaskan.

Pada awalnya Qayyum terkejut dengan tindakan mengejut Fredella. Namun dia hanya biarkan wanita itu menampar dadanya.

"Hobi." Satu jawapan dari Qayyum yang boleh digambarkan seperti mencurah minyak di dalam api. Dia sengaja membuat si isteri mengamuk.

"Cantik isteri saya selfie lepas bangun tidur," Terlakar senyum nipis di bibir Qayyum. Dia tahu, punca Fredella marah hanya disebabkan fonnya digeledah. Isu Uqael dan Tengku Sofi bukanlah puncanya.

"EIII! BENCI BETUL!!!" Dahlah baru dapat tahu fon kena hack! Tambah pula bila Qayyum cakap pasal gambar dan privasinya yang ada dalam fon itu.

Lama kelamaan ketawa Qayyum mula kedengaran. Qayyum tergelak kecil dan langsung tidak menganggap perkara itu benda yang serius. At least she is my wife, right?

Mendadak naik amarah Fredella. Semakin bengis wajahnya mendengar si suami menghamburkan ketawa.

"I'm not joking, Qayyum Darwish!" Jerkah wanita itu membuatkan Qayyum segera menghabiskan sisa tawanya.

"I know you did that because you wanted to protect me from him. But how can you keep hiding my phone and just act like you don't know anything?!" Soalnya seraya mendongakkan sedikit wajah. Tengkingan Fredella sedikit pun tidak terkesan buat Qayyum.

"I'll lose you if I return the phone to you. Got it? I repeat. I'll lose you, sayang." 

"Awak sendiri tahu yang... Uqael akan cari awak bila-bila masa sahaja. Awak juga tahu, Tengku Sofi akan jauhkan awak dari saya once she knows that you still use the same number and so on." Tiada lagi reaksi main-main dari Qayyum. Berubah perwatakannya, dingin.

"You might hate me because I'm possessive, I'm sorry but I have no choice. I just have to do that." Tangan kanannya naik memeluk pinggang Fredella. Pelukannya tidak erat oleh kerana si isteri yang masih lagi berkeras.

Apabila Qayyum bertindak sedemikian, Fredella melarikan anak matanya ke lantai. Mengelak dari bertentang mata. Dadanya masih berombak laju. Menahan geram. Tidak lama kemudian, dapat dia rasakan tamparan nafas Qayyum semakin dekat.

"I..." Puncak hidung Qayyum berlaga dengan pipi mulus Fredella.

"I do love you." Jika tadi dia menjadi minyak untuk dicurahkan ke dalam api. Sekarang, dia ingin menjadi air untuk memadamkan api itu.

"I do hate you." Fredella menapak kebelakang namun tubuhnya hampir bersentuhan dengan dinding bilik.

"I own you." Walaupun pelukan tadi semakin renggang apabila Fredella mengelak, tangan kanan Qayyum masih setia melekap di tempat yang sama. Semakin wanita itu kebelakang, semakin dia merapatkan jaraknya.

"I hate you." Qayyum langsung tidak beri peluang untuk dia meloloskan diri. Cepat-cepat wanita itu kalihkan wajahnya ketepi.

Qayyum tahu, walaupun Fredella menunjukkan yang dia masih marah, pujukan lemah lembutnya sebanyak sedikit menenangkan wanita itu.

"I love you so much." Bisik Qayyum dekat dengan telinga isterinya. Dia tatap penuh sayang setiap lekuk muka wanita itu. Dari iris hazel, turun sehingga ulas bibir merah Khalisa Fredella.

"I hate you so much." Fredella berlawan dengan egonya sendiri. Rasa tenang itu sudah muncul, namun hatinya berbolak balik.

"Let me show you what's my love for you looks like," Fredella yang sedang menunduk wajah bukanlah menjadi satu penghalang. Qayyum usap bibir Fredella bersama jarinya, lama.

Melihat wanita itu hanya diam dan tidak bergerak, bibir Qayyum mendarat ke sasaran. Tindakan mengejut Qayyum membuatkan nafas Fredella berasa sesak. Beberapa saat berlalu, akhirnya Qayyum melepaskan bibir isterinya.

Qayyum sedar Fredella bernafas dengan laju. Ternaik hujung bibirnya mengukir senyum tipis. Smirk.

"Not only that. Let me show you others."

Tak berkelip mata Fredella melihat Qayyum tersenyum. Peluhnya automatik keluar. Air liur ditelan payah. Show me the others?

Oh well. He's good at teasing.

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

Dia.. Delilah Lavelle[O/G] Από Denzel

Εφηβική Φαντασία

226K 15K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
21K 1.1K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
1.1M 55.9K 128
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.3M 2.6K 1
[ ROMANCE SERIES VOL 1 ] • ʏᴏᴜ'ʀᴇ ᴀʟᴡᴀʏꜱ ɪɴ ᴛʜᴇ ᴄᴀʀᴇ ᴏꜰ ᴍʏ ᴅᴀʀᴋ ꜱɪᴅᴇ ꜱᴀʏᴜɴᴋ - Red flag LIQ ZUHYR • Dia seorang jejaka kerek, bengis, kerap senyum sin...