OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

21.5K 1.2K 44

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

701 41 0
By farhaenanurr

" I would take a bullet for you."

Satu suara penuh maskulin yang cuba meyakinkan seketul hati milik Arfana Faiqa. Hati yang keras itu seakan sedikit mencair dengan ujaran Syed Aariz.

" What if I am the one who shot you?"

" I take it because I pretty sure that you will not doing that" Arfana ketawa sinis mendengar kata-kata itu.

Ardhan datang dengan pistol di tangan, nasib mereka baik kerana hanya ada mereka di kedai itu setelah pelanggan terakhir keluar tidak sampai 5 minit yang lalu.

" Kau fikir Kau layak ke untuk tundukkan dia?" Ardhan bertanya dengan nada geram. Syed Aariz mengangguk dengan sombong.

Gentar? Tidak sama sekali.

" Siapa cakap ada yang boleh tundukkan Aku? Aku yang akan jinakkan ular. Because I am the mastermaid" Jawab Arfana penuh berlagak.

Terus mata Syed Aariz berubah tajam. Sudah dia katakan bahawa Arfana Faiqa ini mempunyai aura lain daripada yang lain.

" Aku hidup untuk berbakti kepada Tuhan dan Negara bukan untuk Wanita. Aku takkan tunduk pada Wanita selain ibu aku"

Mata saling memanah sesama sendiri. Seakan meluahkan amarah yang bersarang di dada. Ardhan pula masih mengacu muncung pistol kepada Syed Aariz.

" Kau akan tunduk pada aku suatu hari nanti Arfana Faiqa" Kata Syed Aariz tanpa ragu.

Angkuh. Itulah yang dapat dilihat pada diri Syed Aariz Al-Farras. Mata menentang wajah tidak berperasaan Arfana Faiqa.

" Yakin?"

" Aku boleh buat kau terjatuh, terduduk dan terbaring dengan perangai aku"

Sombong. Itu pula perkataan yang sesuai untuk gadis ini. Tangan mencengkam tepi baju menahan amarah yang kian memuncak.

" Apa kau buat dengan pistol di tempat awam ni, Muhammad Ardhan Faiqal!" Pistol di tangan Ardhan ditarik lalu diletakkan di dalam jaket Arshan.

Setelah datangnya Arshan, mereka tidak lagi membahas tentang apa yang terjadi tadi. Masing-masing diam menjamu makan tengahari dengan suasana agak panas. Hanya bunyi sudu dan garfu berdenting di atas pinggan masing-masing.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Syed Aariz Al-Farras mengepal jari jemari melihat taburan gambar Arfana Faiqa di atas meja. Gambar wajah gadis itu sedang tersenyum gembira terserlah sepenuhnya di dalam kepingan gambar itu. Namun itu bukan penyebab amarahnya, ada yang lebih memancing emosinya.

Kepulangan pengirim gambar itu pula mendesak Syed Aariz untuk secepatnya memiliki Arfana Faiqa seutuhnya. Tetapi dia tahu, perkara itu bukanlah perkara yang mudah buat gadis itu. Arfana akan menolak sekerasnya atas perkahwinan yang hanya dia mahukan.

Syed Aariz mengetuk tepi kepala menggunakan pen sebelum biliknya di rempuh oleh Arshan Faiq dari luar. Syed Aariz tidak sempat menyorok gambar yang bertaburan di atas mejanya.

" Kau stalk adik aku, Aariz?"

Berkerut dahi Arshan melihat satu persatu gambar adiknya di U.S. yang ada di atas meja Syed Aariz. Mata naik mencerlung anak mata sahabatnya dengan tajam.

" Shan, Aku kena kahwin dengan Arfana secepatnya" Satu ayat yang dilontarkan oleh Syed Aariz mendapat tumbukan padu di pipi kanannya.

Arshan menghadiahkan tumbukan pada pipi kanan Syed Aariz tanpa rasa bersalah. Matanya memerah menahan amarah yang membuak.

" Shan, dengarkan penjelasan aku dahulu!"

" Kau jangan nak gunakan adik aku untuk kepentingan kau!" Badan Syed Aariz ditolak ke dinding lalu mencengkam kolar baju kerja Syed Aariz keras.

" Please Shan, dengarkan aku dulu" Syed Aariz memegang bahu Arshan lembut untuk memujuk.

Arshan Faiq menolak Syed Aariz keras lalu berpeluk tubuh di hadapan jejaka itu. Memberi peluang untuk menerangkan perkara sebenar walaupun hati seakan menolak. Semua berkaitan keluarganya adalah paling penting dari segalanya.

" Dia sudah balik ke sini. Dia yang cederakan Mama kau, Dan sekarang aku yakin yang dia pulang untuk menuntut janji lama. Dia mahu hancurkan adik kau, Shan."

" Aku bukan mahu gunakan adik kau. Aku nak jaga dia, jadikan dia yang halal untuk aku."

" Aku ikhlas untuk jadikan dia yang satu untuk aku, Aku mahu dia yang jadi Bidadari aku. Dunia dan Akhirat"

Arshan Faiq masih berdiri tegak tanpa reaksi. Dia tahu akan kepulangan jejaka itu setelah lama menghilang.

" Aku hanya mampu memujuk Ana, jikalau dia tidak mahu terima, aku tak mampu untuk buat apa-apa lagi." Seusai ayat ditutur, Arshan terus keluar dari bilik itu dengan wajah ketat.

Syed Aariz Al-Farras menghela nafas tenang setelah tidak mendapat penolakan dari sahabatnya. Tidak tenang rasa hati selagi dia tidak berbincang dua mata dengan Arfana namun entah apa yang perlu dia ucapkan untuk kes ini.

Arfana tidak boleh tahu, dia tidak boleh hidup dalam ketakutan hanya kerana seorang lelaki durjana. Tetapi dia juga tidak boleh hidup terlalu bebas, nyawanya sedang menjadi cagaran orang saat ini.

Mahu berjumpa secara peribadi juga tidak boleh. Dia tidak ada nombor telefon Arfana Faiqa, apatah lagi sosial media yang lain. Mahu atau tidak, dia perlu meminta pertolongan Arshan lagi sekali.

Namun lain pula penerimaan dari anak kedua Jeneral  Arhan Ali saat itu. Amarahnya membuak-buak mendengar ucapan Abang sulungnya yang seakan mahu menyerahkan Adik perempuan tunggal mereka kepada musuh.

" Kau gila?! Nyawa Ana lagi bahaya kalau mereka berkahwin!" Jerit Ardhan di dalam bilik abangnya.

Sengaja Arshan pulang lebih awal kerana tahu bahawa Arfana tidak akan pulang awal dari syarikatnya di hari-hari begini. Lagipula, syarikat adiknya sedang menerima banyak client saat ini.

" Kenapa pula?" Tanpa rasa bersalah, Arshan menyoal kembali.

" Kau lupa siapa jantan tu? Kalau ana kahwin dengan dia, lagi senang dia akan hancurkan ana!" Tangan mencekak pinggang di hadapan abangnya dengan mata membulat penuh amarah.

Saat ini geramnya terhadap Arshan semakin meninggi, jikalau Arshan bukan abangnya, mungkin wajah Arshan sudah membengkak sempurna ketika ini.

" Sekurang-kurangnya Aariz boleh jaga Ana! Boleh tak sekali ini saja kau sokong aku?" Jawab Arshan dengan suara meninggi kepada adiknya.

" No! Aku takkan serahkan nyawa ana begitu saja. Kau dah gila agaknya ni Shan"  Bangkang Ardhan habis-habisan. Badan berpusing mahu keluar dari bilik yang sudah terasa bahang itu.

" Ardhan Faiqal! Setapak kau melangkah, Aku sebarkan video tu pada Baba dan Mama"

Langkah Ardhan mati begitu sahaja. Mata memandang tepat pada pintu bilik di hadapannya dengan tatapan tajam. Dada berombak laju kerana terlalu marah.

" Abang jenis apa kau ni Shan? Sanggup kau nak buat Ana macam tu. Kau gila ke?" Sambil bertutur, Ardhan memutar badan menghadap abangnya.

" Ya! Memang aku gila. Aku gila kerana sayangkan adik-adik aku. Aku gila kerana aku takut kehilangan ahli keluarga aku!" Tengking Arshan di depan wajah memerah adiknya.

Ardhan tidak ketinggalan, mata dan wajahnya merah. Rahang diketap dan badannya bergetar menahan diri dari memukul abangnya sendiri.

" I don't trust him, Arshan. Kalau kau tak mahu jaga keselamatan ana, aku---"

" Aku sendiri yang akan jaga dia sepanjang hidup aku" Tutur Ardhan dengan suara sebak.

Arshan menarik badan Ardhan ke dalam pelukan. Belakang badan tegap itu di tepuk perlahan, mereka sangat sayangkan satu-satunya permata keluarga itu.

" Aku pun sayang Ana, tapi kita tak selamanya akan ada. Nyawa kita pun bila-bila masa je boleh ditarik apatah lagi dengan kerjaya kita sekarang. Kita adalah aset negara, Qal. Sumpah janji setia kita adalah untuk berkhidmat untuk negara." Pujuk Arshan sambil menepuk belakang Ardhan lagi.

" Kalau begitu, carilah lelaki lain. Aariz pun aset negara kan? Adik harus bahagia. Aariz tak layak untuk dia, Shan. Dia khianat kita, Shan"

Arshan menggeleng mendengar kata-kata adik lelakinya. Tidak semudah yang dia ucapkan untuk mencari lelaki yang mahu berdamping dengan adiknya secara ikhlas.

" Aku tak janji, Shan. Kebahagiaan adik aku lebih penting dari perancangan tak masuk akal kau ni"

Ardhan menolak badan Arshan lalu berjalan keluar dari bilik itu. Saat itu juga, matanya bertembung dengan anak mata Arfana yang baru pulang dari kerja. Gadis itu mendaki satu persatu anak tangga dengan wajah lesu.

Nafas dihela panjang. Melihat wajah itu sahaja pun membuatkan hatinya meronta-ronta tidak mahu menyakiti.

Namun, semuanya diluar perancangan manusia. Hanya DIA yang tahu sepenuhnya perjalanan hidup gadis itu.

Continue Reading

You'll Also Like

89.6K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
2.4M 2.3K 1
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
29.4K 2.5K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...