Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.4K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 43

316 25 1
By EiSeoya

"SALAH awak juga tak luahkan perasaan dekat Nawwar dulu. Kenapa saya juga kena?"

Tertawa besar Selena mendengarnya. "Sebab aku tak bersedia lagi!"

Pak!

Pipi mulus gadis itu ditampar sehingga berbirat. Kemerahan dan terasa panas. Tetiba Emara hilang keupayaan untuk bercakap.

"Akhirnya dah lama aku pendam rasa nak tampar kau!"

"Dah tahu tak bersedia tu jangan awak salahkan orang lain hanya sebab crush awak dirampas. Jodoh itu ketentuan Allah. Dia yang pegang hati manusia bersifat bolak-balik. Kalau awak bersama Nawwar sekalipun, belum tentu jamin hubungan itu kekal lama."

Pak!

"Menjawab lagi!" herdik Selena mencengkam rahangnya.

"Menjawab salah tak menjawab salah. Haih, masalah betul perempuan macam awak," sinis Emara santai di posisi.

Selena mendengus geram. Sakit hatinya dengan mulut becok sepertinya.

"Kau pun sama bermasalah," ujar Selena balik.

"Awak punya masalah lagi susah daripada soalan algebra tahap tinggi."

"Boleh tak mulut kau diam sekejap? Bernanah telinga aku dengar kau menjawab serupa tak ada adab!"

"Awak ajak berdebat, saya go on. Kalau bernanah, maksudnya telinga awak ada jangkitan kuman."

Kau mencabar kesabaran aku Emara! Aku bawa kau ke sini supaya lepaskan Nawwar dekat aku. Bukan loyar buruk nak tunjuk pandai. Kata hati Selena bermonolog seraya menampar wajah Emara sekali lagi.

"Amboi tangan tu! Awak ingat semudah itu nak serang saya huh?" Tangan Emara menggepal penumbuk kemudian dibuka telapaknya perlahan-lahan.

"Eh? Hei! Mana cincin saya!?" berang Emara tatkala dia sedar cincin elemen tidak disarung pada jarinya.

Termasuk cincin lamaran pemberian Nawwar.

"Aww... Kesian dia tak ada cincin elemen nak bakar tali tu. Ada aje dekat sini." Selena membawa keluar tiga bentuk cincin dari kocek skirtnya.

"Nasib baik cincin yang Nawwar bagi tak muat dekat jari saya. Baru nak ambil,"

"Sebab jari awak gemuk! Badan gedempal!" Setepek Emara menghina depan muka. Auch! Perkataan paling sensitif bagi kaum hawa di luar sana.

"Siapa ajar kau jadi biadab? Muka harap je cantik tapi mulut suka cakap lepas."

Emara tersenyum herot. Pandai terasa rupanya perempuan ini. Kaki kirinya disilang atas paha kanan. Iris amber itu menembus dalam mata Selena.

"My attitude comes from a man named Nawwar Inas Al-Qayyim. I've carried his soul within me. Surely my attitude will reflect his."

Terus Selena bercekak pinggang sambil berdecit kecil. Jual nama laki dia untuk berdebat? Pengecut.

"Kenapa cuak? Betullah. Nawwar turunkan sikap dia dekat saya. Dengan saya pun awak dah terkial-kial nak menjawab, apatah lagi face to face dengan Nawwar,"

"Sudah! Diam!" Selena meraup rambutnya ke belakang. Dia berpusing membelakangi Emara. Mengatur nafasnya kembali normal.

Muncul idea bernas dalam layar minda Emara. Laju tangannya menarik kain shawl untuk menyentuh kunai di hujungnya. Finally she will free herself without being notice.

"Stres ke tu?" soal Emara pura-pura ambil berat.

"Aku kata diam setan!" Apa agaknya Selena tengah fikir. Galau sendiri kut.

Tali yang mengikat pergelangan tangannya terputus. Tali bahagian dadanya juga dikerat hingga terlerai. Dia bebas! Kini, masa untuk kerjakan betina sundal depannya.

"Ack!!" Pangkal leher Selena dihentak sesuatu keras. Dia menoleh pantas, satu tumbukan terkena tepat pada wajahnya.

"Macam mana kau terlepas!?" Selena mundur beberapa langkah diikuti Emara menghampirinya bersama gaya catwalk. Terjegil bola mata Selena.

'Confidence is the hottest thing a woman could ever have.' motivasi Nawwar terngiang-ngiang di cuping telinga Emara.

"Cerdik rupanya awak, Selena. Awak tanggalkan semua cincin saya tapi awak tak ambil kunai dari ikatan tudung saya." Tangannya menunjukkan bilah kunai berkilat depan matanya. Ya Allah, tak terfikir langsung pasal senjata dia.

"Oh kau nak cabar aku!? Okey fine tapi kesianlah kau tak ada aksesori elemen dipakai." Telapak tangan Selena menghasilkan pergerakan angin membentuk puting beliung bersaiz kecil. Muncul pisau kerambit dalam genggamannya.

"Ayuh kita lawan!" ajak Selena bersedia membuka langkahnya.

Emara melafazkan bismillah sebelum dia turut serta buka langkahnya. Kunai dipegang memandangkan ia tidak dapat diaktifkan tanpa aksesorinya. Nasib tudung panjang hampir mencecah lantai. Gelabah karang anak tudung tercabut sekali ikut battle kunai lawan kerambit.

Segala ajaran Nawwar semalam berlegar semula di layar mindanya.

Selena meluru ke arah Emara lalu menghalakan pisau kerambit kepadanya. Dia terkedu tidak bersuara. Emara menarik lengannya kasar kemudian tubuhnya berpusing membelakangi tubuh frontal Selena. Abdomen Selena disiku kuat. Emara berpusing pula ke belakang tubuhnya terus pelipat kaki Selena ditendang.

Wanita itu terbaring atas lantai. Segera Emara menindih tubuhnya. Kedua-dua lengan ditahan sebelum tangannya mencapai pisau kerambit dari pegangannya. Mata pisau diacu ke bawah dagunya. Selena meneguk liur sukar.

"Setan mana rasuk kau jadi macam ni!? Semalam bukan main kau meronta panggil Nawwar tolong kau. Hari ini aku gigih bawa kau jauh dari dewan Thunder biar dia tak boleh tolong kau." Degupan jantung makin menggila. Seluruh tubuh Selena didominasi Emara sedari menindihnya.

Emara mendekatkan wajahnya. Tajam matanya meneliti segenap wajah Selena. Cecair jernih merenik-renik di dahi.

"A man who loved his girl will do anything to keep her safe,"

"Tak payah speaking dekat aku! Mana aku faham,"

"Sebab tu belajar. Biar dapat gelaran beauty with brain. Bukan macam awak."

Tangannya menyeluk kocek skirt milik Selena untuk mendapatkan aksesorinya. Akhirnya, cincin pemberian bakal suaminya tersarung kemas di jari runcingnya. Jiwa Nawwar mula terasa kuasai dirinya.

Emara bingkas bangun dari tindihannya, pergi ke pintu keluar bilik bawah tanah. Pisau kerambit dicampak semula ke tuan empunya. Tercengang Selena kerana tindakannya.

"Hoi betina sini kau!" seru Selena seraya baling pisau kerambitnya ke arah Emara.

Shing!

Kunainya berjaya memintas pisau kerambit yang hampir mengenai kepalanya. Ketar-ketir Selena usha aksi lincah Emara. Lidah kelu berbicara. Aku bermimpi ke?

Seakan ada roh Nawwar merasuki tubuhnya.

"You've played a dangerous game, Selena. But it looks like you've failed again." Emara menghempas pintu bilik bawah tanah sekuat hati. Terpaku Selena melutut atas lantai simen. Tak guna! Plan B dia gagal lagi!

Couple maut.

Emara berlari sepantas kilat keluar dari situ. Pasti Nawwar tertanya-tanya mana perginya jasad mungil ini. Derapan tumit kasutnya memecahkan keheningan laluan koridor bawah tanah. Macam mana Selena boleh bawa dia ke sini?

Berapa jam sudah dia berada di sini. Emara berlari sehingga ternampak cahaya putih menerangi penghujung koridor. Namun, hatinya berasa aneh ketika keluar dari kawasan itu.

Shing! Kunai dan pisau kerambit berlaga semula.

"Enough Selena! We're no longer in the basement!" tekan Emara sibuk memintas pisau kerambit yang berterbangan di udara. Selena merupakan ahli Gale. Mereka berkeupayaan mengawal senjata menggunakan teknik telekinesis seperti Hadeena.

"I takkan biarkan you terlepas!"
Selena menyambar pisau kerambitnya semula.

Emara menghentakkan kunainya ke jubin lantai. Kain shawlnya diregangkan dan segera melilit pergelangan tangan Selena yang sedang menggenggam senjatanya. Wanita itu ditarik mendekatinya langsung melutut depan Emara.

Sebelah kaki naik menekan bahu Selena menggunakan tumit tingginya. Dia meraung kuat menahan sakit. Tangannya nyaris menolak kaki gadis itu daripada terus menekan dalam bahunya. Namun, Emara terlebih dahulu mencengkam kuat pergelangan tangannya.

"Anything else you want to say?"

Diam. Gadis itu mencerlung tajam memandang Selena.

"Well, I guess you gave up already, huh?"

Emara mencengkam tulang karpal Selena lalu dipulas kuat hingga dia menjerit lantang. Pisau kerambit dilepaskan dari genggaman, ingin mencapai sebelah tangannya. Gadis itu menarik tinggi kain shawlnya yang masih melilit agar ruang antara kedua-dua belah tangannya dijarakkan.

"Bodoh betina macam kau. Ini ke wanita pilihan Nawwar sebetulnya?" Riak bengis ditayang.

"Allahuakbar, banyakkan berzikir sayang..."

"Eee geli bodoh kau panggil aku sayang!"

Satu layangan tendangan mendarat di dada Selena. Membeku bak ais. Lilitan shawl di pergelangan tangannya dilonggarkan Emara. Seretan nyaring kunai di lantai menyebabkan Selena mengesot ke belakang.

"Jangan dekat aku! Aku benci kau!" teriak Selena melawan rasa gentar.

"Scared, huh?" Terjungkit sudut bibir Emara mengulas senyuman sinis.

"Aku merayu... Tolong..." Selena melekapkan kedua-dua telapak tangannya rapat.

"You can't run away from your problems, you know that?" soal Emara bernada serius.

Air muka Selena mula berubah keruh. Hujung jari-jemarinya terangkat sedikit. Menarik pisau kerambitnya seperti tarikan magnet jarak jauh. Senyuman terukir nakal di bibirnya.

"Pergi matilah kau!"

Mereka dua dikejutkan dengan kehadiran kolum hitam kebiruan sekitar Selena. Arus petir kelihatan saling memancar satu sama lain. Dalam sesaat, wanita itu pegun setempat. Hanya mulut saja yang bergerak.

"Aku rasa kau boleh mati kalau Emara sambung serang kau," celah Nawwar disebalik tiang tembok.

"Nawwar?" Mulut Emara sedikit ternganga. Bagaimana dia boleh tahu keberadaan mereka berdua di sini?

"You... I boleh explain..." Gugup Selena melihat tubuh tegap itu berjalan mendekati Emara.

"It seems like we have a manipulator who's trying to twist an actual story from the truth." Nawwar bersedakap dada memandang Selena seperti tercekik tulang ayam.

"Lepaskan aku! Aku tak boleh gerak!" teriak Selena.

"So?" balas Nawwar pendek.

"Aku tak hamak nak tengok muka kau orang di sini! Lepaskan, pekak ke!?"

Emara mengangkat tangan separas muka Nawwar sebelum dia mampir ke Selena. Nawwar terdiam.

Pak! Dua tamparan melekat di pipi Selena. What you give, you'll get it back.

"Loser," bisikan Emara membuatkan cuping telinga Selena rasa gatal. Ugh, geramnya aku!

"Jom, kita pergi kafetaria. Puas saya bantai perempuan tu. Muak tengok muka dia banyak kali." Lantas Emara menarik lengan blazer Nawwar. Apabila bayangan mereka telah hilang dari pandangan, kolum hitam kebiruan turut lesap.

Sengal badan rasanya setelah pegun dalam masa yang lama. Selena membentak geram. Luka hatinya.

"Wahai Fariz, cepat sikit sembuh. Aku perlukan khidmat kau..." Selena meletus tawa mengilai.












Continue Reading

You'll Also Like

186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
33.3K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
6K 572 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
283K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.