(DIBUKUKAN) It's called as LO...

Bởi 07_armybts

182K 8.5K 601

Kisah seorang budak perempuan yang bernama son eun young yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan kemalangan... Xem Thêm

CH 2 : Hajat
CH 3 : Majlis
CH 5 : ERK ?
CH 7 : Jealous 2
CH 8 : Gaduh Besar
CH 9 : Meet
CH 11 : -
CH 12 : Kenapa?
CH 13 : honeymoon 1
CH 15 : paris part 1
CH 17 : Mengaku
CH 18 : Amnesia
CH 19 : Pulau Jeju
CH 21 : 21
CH 22 : Trip [1]
Jimin's birthday !! (author)
CH 23 : Trip [2]
CH 24 : Trip [3]
CH 25 : broadcast
CH 26 : Lari
CH 27 : Busan
CH 28 : mini market
CH 29 : Back
CH 30 : DaeEun's Day
CH 31 : Family Days?
CH 32 : SonEunyoung
I'm Back
Info
CH 34 : SELAMAT
NEW FANFICS
CH 35 : PERGI
DM and Chat
CH 36 : Maybe last meet ?
TEASER
PROMOTE
CH 37 : Kim Taehyung
CH 38 : End
AND WE LIVE ...
YOU ARE ?
Hi
NEW FANFIC
News
Teaser Ch 41?
Giveaway
Penjelasan
New Cover
OPEN ORDER
Cuba Lihat
Belanja satu Chapter?
Gift
Untitled Part 82
Author Telah mengedit
Authornim berbicara
02:19am
Pendapat
Siapa ingat?
Hadiah utk bertuah
After raya
Authornim
Publish or unpublish
Attention!
Help me to clear stock !
OPEN ORDER BT21 official
Ready stock
Open open open

CH 1 : Memory [ Editing]

11.1K 415 5
Bởi 07_armybts

Hari ini genap 1 tahun pemergian omma dan appa. Terasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku. Aku mengimbau kenangan semasa kecil. Keluarga yang sangat bahagia walaupun kami ditimpa kemiskinan. Tapi kami tetap bahagia. Senyuman omma dan appa dan seorang namja bermain seperti skrin putih dihadapan mata. Setelah beberapa kejadian aku kehilangan abang yang aku sayang. Yang selalu dengan aku. Tempat aku mengadu.

Segera fikiran ku mengimbau kenangan lepas.

" Cepat suruh anak-anak bersiap. Hari ni saya dapat balik awal. Saya nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak lah." Arah Encik Song kepada Puan Song.

" Kita nak kemana ?" arahan Encik Song bertukar kepada pertanyaan.

" Awak pergi ajelah suruh anak-anak bersiap, tahu lah saya nak bawa diorang jalan-jalan.", balas Encik Song lagi sambil berjalan untuk duduk.

" oh, baiklah" jawab Puan Song dengan ringkas tanpa ada soalan lain segera kakinya menuju ke arah pintu bilik anak-anaknya.

Pintu bilik dibuka dari arah luar.

" Hey anak-anak omma main apa ni?" tanya Puan Song kepada anak-anaknya lalu mendekati anak-anaknya.

" Eunyoung tengah main askar-askar dengan oppa. Omma nak main ?", jawab si kecil yang bernama Eunyoung.

Puan Son tersenyum mendengar jawapan anak perempuannya. Perasaan sedih dan hiba menyelubungi hatinya apabila melihat alat permainan anaknya yang diperbuat daripada kayu sedangkan anak orang lain mempunyai telefon pintar.

" Main ? Anak omma kan perempuan. Mana boleh main askar-askar. Permainan ni untuk lelaki je la sayang. Macam oppa woon.", pujuk Puan Son.

" Alah omma. Gwenchana. Oppa kate takpe. Lagipun Eunyoung kesian dekat oppa, oppa main sorang-sorang takda orang nak teman. Jadi Eunyoung main lah dengan oppa.", jawab anak kecil itu.

" Iyelah. Dah pergi siap-siap. Appa nak ajak kite pergi jalan-jalan. Anak-anak omma nak pergi tak ? "

" Mwo ?! Jinjja ?Appa nak ajak kita pergi mana omma ?", tanya Dongwoon

" Omma meolla. Dah takpe, pergi siap-siap. Lepastu kita keluar "

Perjalanan mereka mengambil masa 30 minit untuk ke destinasi yang ingin dituju oleh Encik Son.

" Appa!! Appa!! kita nak pergi mana ?! ", tanya Eunyoung sambil melompat-lompat.

" Appa nak ajak keluarga Appa keluar jalan-jalan lah. Puteri appa nak pergi mana ?", tanya Encik Son. Tidak dinafikan Encik Son memang rapat dengan Eunyoung. Manakala Dongwoon rapat dengan Puan Son. Tetapi keluarga ini tidak berbelah bahagi memberi kasih sayang antara satu sama lain.

" Eunyoung nak pergi pantai ! Eunyoung kan suka pantai. Appa tahukan ?", jerit Eunyoung menunjukkan kegembiraan. Encik Son dan Puan Son hanya tersenyum kerana mereka tahu Eunyoung dan Dongwoon memang sukakan pantai.

Sampai didestinasi, Encik Son meletakkan keretanya ditempat yang disediakan untuk para pengunjung.


" Yeay dah sampai pantai ! Dah sampai pantai." Eunyoung menjerit macam orang tak pernah pergi pantai. Mereka sekeluarga sudah lama tidak ke pantai.

" Omma, Appa ! Eunyoung nak mandi pantai dengan oppa Woon boleh ?" tanya Eunyoung.

" Mwo ?! Dengan oppa ?! Shiero. Young air tu sejuk lah."

" Alah, oppa tak sayang kt saeng lagi." Eunyoung menundukkan kepalanya menujukkan dia sedang sedih.

Encik Son yang memerhati bersuara. "Kajja tapi kita main air je. Tak boleh mandi, arra ?"

Eunyoung mengangkat mukanya memandang Encik Son. " Jinjja ke appa ? Nae ! Arrasso ! nae ! kajja appa ! yeayy !"

Selepas bermain air, mereka sekeluarga mengambil masa untuk berjalan-jalan disekitar pantai. Dalam mereka bersuka ria, Dongwoon mengeluarkan ideanya dan memberi cadangan.

"Appa ! Omma ! kajja ambik gambar keluarga, kita buat kenangan ? Nanti kita boleh simpan dalam frame ? Mana tahu bila kami besar nanti kami boleh simpan gambar ni. Kita print kita tampal dekat rumah ?"

Cadangan yang diberikan oleh Dongwoon diterima ahli keluarganya tetapi Encik Son bersuara.
" Kita tak ada kameralah Woon. Macam mana kita nak bergambar ?"

Soalan Encik Son memberikan senyuman dibibir DongWoon. Dongwoon mengeluarkan kamera dari dalam beg yang dibawa nya dari rumah.

"Tadaaaa !! Ni dongwoon pinjam dengan Taehyung, nanti Woon pulangkan balik. Hehehe" sambil menunjukkan kamera yang dipinjamnya.

Lalu mereka mengambil gambar bersama-sama untuk dibuat kenangan.

Eunyoung tersedar dari lamunannya. Eunyoung memandang sesuatu yang berada ditangannya. Eunyoung menitiskan air mata bila tengok gambar yang di ambil 7 tahun yang lalu. Son Eunyoung sudah berumur 17 tahun. Dia sangat rindukan keluarganya yang dah tak ada. Akhirnya dia tertidur sambil memeluk gambar keluarga yang diambil 7 tahun lalu dipantai.

Sayup-sayup Eunyoung mendengar namanya dipanggil dari luar bilik.

" Eunyoung-naa ! Eunyoung-naa ! Son Eunyoung !! Ireona juseyo ! Dah pagi nie. Bangun sayang. Masa untk pergi sekolah."

" Yes mama. Kejap lagi Eunyoung bangun.", jawabnya dengan mata yang masih tertutup.

" Takda takda bangun cepat. Dah lewat nanti kena denda. Cepat bangun. Nanti kalau mama masuk mama siram dengan air." Suara wanita diluar bilik seakan seakan memberi ugutan.

Mendengar ugutan yang diberikan, matanya serta merta terbuka. " yelah yelah. Eunyoung bangun." Sambil turun dari katil lalu mencapai tuala dan mengatur langkah untuk ke bilik air.

Selesai mandi Eunyoung bersiap-siap untuk ke sekolah. Rambutnya yang panjang di ikat menjadi satu. Pakaian seragam sekolahnya didalam almari dicapai lalu dipakai. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Eunyoung mengambil beg sekolah dan mengatur langkah untuk menjamah sarapan pagi.

" Morning mama. Morning appa ! Have a nice day !" suara Eunyoung menyapa wanita dan lelaki yang sudah berumur sambil membaca surat khabar. Mereka berpaling mendengar suara Eunyoung.

" Morning Eunyoung. Mari makan", ajak lelaki yang sudah berumur sambil tersenyum.

Eunyoung melangkah menuju ke meja makan.

"Nanti balik sekolah mama nak kamu balik cepat. Kita kena jemput abang sepupu kamu." Wanita berumur itu bersuara bagi memecah keheningan.

Eunyoung mengangkat muka dengan menunjukkan muka terkejut. "Ha? abang sepupu ?"

" Iye lah dah lupe ke ? Anak mama lah si Taehyung. Takkan dah lupa Young?", tanya wanita itu pula.

Eunyoung mengaru kepalanya yang tak gatal. Dalam hatinya bersuara. " Mwo?! Singa dah nak balik ?" Mukanya diangkat dan memandang ke arah wanita tersebut. " Oh ye ke mama ? Tae dah nak balik ? Nanti Eunyoung kena move lah ?", tanya Eunyoung dengan muka serba salah.

Wanita tersebut membuat muka hairan. " Kenapa nak move pulak ? Young tinggal je lah kat sini. Lagipun kami ada rancang sesuatu yang sangat baik buat kamu berdua, so Young balik sekolah nanti teman mama jemput Taehyung kat Incheon Airport. Bolehkan? Nanti mama suruh driver pick up Eunyoung."

Eunyoung dengan muka serba salah dan menjawab." Nae mama. Arasso. Eunyoung pergi sekolah dulu ye. Dah lambat." Lalu mengambil beg sekolahnya dan menuju ke pintu.

Sejak kematian kedua orang tuanya, Son Eunyoung tinggal bersama Encik Kim iaitu Somchon( uncle/ pakcik) sebelah ayahnya. Encik Kim mempunyai seorang isteri dan dua orang anak iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Encik Kim merupakan CEO kepada syarikat KTH Holding. Manakala anaknya seorang pereka fesyen dan seorang adalah penyanyi group terkenal.

Sampai sahaja disekolah. Son Eunyoung berjalan masuk ke pintu pagar sekolah, tapi fikirannya masih memikirkan dengan apa yang Puan Kim bagitau. Persoalan yang berada dalam otak dia. Pertama adalah rancangan ? rancangan apa yang mereka rancangkan. Kedua : Taehyung masih bencikan dia ke ? Terimbas wajah Taehyung yang tidak senyum.

Tiba tiba lamunan terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya. Siapalah kalau bukan kawan baiknya sendiri Jung Eunji. Segera dia berpaling ke arah Eunji.

" Weh, kau mengelamun apa ? Jauh bebenor kau mengelamun ? Waeyo ? Ada apa yang aku kena tahu ke ?", tanya Eunji yang berjalan beriringan sambil menyiku lengan Eunyoung.

Eunyoung berpaling memandang Eunji disebelahnya sambil mengerutkan dahinya " Apa lah kau ni. Mana ada fikir jauh-jauh. Aku fikir kat otak aku je. Sebab tu kau takleh baca kan ?

Eunji menjeling sambil tangannya menyekeh kepala Eunyoung. " Ish, geram betul aku. Aku betul-betul. Kau main-main pulak ye." Kata Eunji sambil memuncungkan bibirnya.

Eunyoung yang memandang Eunji tergelak. " Alah aku gurau je. Takkan nak merajuk pulak? Nak aku panggilkan Hoya atau Daehyun tolong pujuk kau ?" Seraya dengan pertanyaan Eunyoung, Eunji memberi jelingan mautnya.

Eunyoung tergelak besar " hahahaha. Alah. Okay lah aku cerita. Abang sepupu aku nak balik sini lah.Hm, kau ingat dia lagi kan ?"

Eunji berfikir sejenak. " Abang sepupu kau yang hensem tu? Yang suara dia perghh boleh buat aku melting kut. Tapi muka dia macam dingin sangat."

Eunyoung ketawa dengan jawapan Eunji. " Haha. Kau masih ingat dia ? hm bagus lah kau ingt. Haah dia lah. Sebenarnya aku takut lah. Kau rasanye perangai dia berubah tak lagi ?"

Eunji berpaling memandang Eunyoung dengan jawapan " Mungkin dah ?" lalu keduanya sampai didalam kelas.

Selesai sahaja loceng terakhir berbunyi. Eunyoung menuju ke arah Eunji.

" Nji aku nak bagitau ni yang aku kena balik awal. Sorry tak dapat temankan kau. Aku kena jemput mamat singa tu lah kat airport. Mian. Kau okay ke balik sorang ni ?"

Eunji yang sedang berkemas mengangkat muka " Sokay lah weh. Pergi jelah. Next time boleh. Aku okay je lah balik sorang. Jangan risau. Btw, strong lah jumpe abang sepupu kau."

Eunyoung tersenyum sambil mengangkat tangan menunjukkan angka tiga tetapi isyarat yang ingin disampaikan ialah 'okay' lalu dia berlari anak untuk pulang.

Semasa di Incheon Airport, Son Eunyoung dan Puan Kim tengah tunggu kelibat Taehyung. Setelah setengah jam menunggu. Puan Kim melihat kelibat anak kesayangannya bersama seorang perempuan tua. Son Eunyoung berkerut. 'Siapa halmeoni tu?'

Puan Kim yang berada disebelahnya menjerit sambil melambaikan tangannya. " TaeTae ! Mama kat sini !"

Lelaki yang dipanggil TaeTae itu berpaling ke arah suara yang didengarinya apabila namanya dipanggil. " Oh.Mama!" sambil melambaikan tangan dan menujukkan segaris gigi yang teratur. " Halmeoni, mama kat sana, kajja." Kata TaeTae kepada Halmeoninya sambil memimpin tangan wanita tua itu.

TaeTae adalah nama yang dipanggil oleh keluarga. V adalah nama yang dipanggil oleh 'members'nya. Taehyung adalah namanya.

" Aigoo anak mama ! bogoshiepo ! Tae dengan omma sihat ?" tanya Puan Kim kepada anaknya dan wanita tua itu.

Taehyung menganggukkan kepalanya dan memandang Eunyoung yang berdiri sebelah mamanya.

" Neol nuguya ?" tanya Taehyung kepada Eunyoung.

Puan Kim yang ada disitu bersuara sambil menepuk bahu Taehyung" Yah Tae ! Inikan Son Eunyoung. Takkan dah lupa? Adik sepupu kamu."

Taehyung smirk " Oh ! Eunyoung ! Tapi kenapa kau datang sekali ?"

Puan Kim berusara hairan " Kenapa tanya soalan macam tu ? Mama yang ajak Eunyoung sekali. Lagipun halmeoni yang suruh mama ajak Eunyoung. Pelik betul kamu ni Tae."

Eunyoung yang berdiam diri dari tadi bersuara. " Hm, nae. Annyeonghaseyo Taehyung-sshi. Annyeonghaseyo halmeoni." Sambil menunduk hormat 90 darjah.

Halmeoni yang juga berdiam diri tadi menjawab. "Nae. Kamu sihat ?" sambil tersenyum memandang Eunyoung.

Eunyoung menjawab dengan penuh hormat."eor nae. Young sihat. Hm, kajja kita balik ?"

Semua berjalan menuju ke arah kereta. Son Eunyoung berjalan beriringan dengan Taehyung manakala Puan Kim memimpin Halmeoni menuju ke kereta. Taehyung yang jalan beriringan menunjukkan muka menyampah kearah Eunyoung manakala Eunyoung tidak memandang ke arah Taehyung.

Sampai sahaja dirumah. Halmeoni dipimpin oleh pembantu rumah dan driver untuk dibawa masuk ke dalam. Manakala pembantu rumah yang lain memunggah beg sambil dibantu oleh Eunyoung. Selesai sahaja memunggah barang Eunyoung masuk ke dalam rumah.

"Weh. Bawak beg aku masuk bilik." Sapa suara garau itu kepada Eunyoung.

Eunyoung memandang dengan pandangan yang pelik. " Kenapa pulak ? Oppa ada tangan dan kaki kan ? Kenapa saya kena angkat? Oppa ada sakit dekat mana-mana ke? Tangan ke kaki yang sakit ? Tak ada kan?" jawab Eunyoung saja dia menyerang Taehyung dahulu sebelum Taehyung menyerang dia.

Taehyung berubah riak. "Haa.. Melawan ! Mulai hari ni aku nak kau jadi maid dalam rumah ni, arraseo ? Tapi kau jadi maid hanya untuk aku jelah. Nanti aku siapkan jadual untuk kau." Kata Taehyung tanpa berfikir panjang.

Eunyoung menunjukkan muka tidak puas hati. "Tapiii..."

"Ahhh.. Takda tapi-tapi. Aku taknak dengar alasan. So, sekarang angkat beg aku naik atas." Arah Taehyung kepada Eunyoung.

Dalam pada masa yang sama, suara Puan Kim memanggil Eunyoung. "Eunyoung-naa~"

Eunyoung yang mendengar suara Puan Kim segera menjawab " huh ? nae mama ?" mukanya beralih kepada Taehyung sambil menunjukkan jari 'mama panggil, nak pergi'

Taehyung smirk lagi memandang Eunyoung yang dah berlalu pergi. "Takpe Eunyoung harini kau terlepas. Kau akan sengsara dalam rumah ni selagi aku ada dalam rumah ni." Lalu kakinya melangkah ke biliknya.

Pada keesokkan paginya. Semua telah berkumpul di meja makan. Hanya sudu yang berlaga dengan pinggan kedengaran.

Puan Kim tiba-tiba bersuara " Tae, Young. Mama nak kalau boleh kamu berdua balik awal hari ni. Halmeoni ada nak bincang sesuatu dengan kita semua. Harap boleh lah balik awal. Nanti suruh En.Shin ambik kamu berdua lepas sekolah."

Eunyoung bersuara " Hmm Mama, Eunyoung dah janji dengan kawan nak teman kan dia balik. Kesian dekat dia. Semalam dia balik sorang, tak sampai hati tengok dia balik sorang. Kalo Eunyoung balik lambat sikit takpe ke ?"

Puan Kim dan Encik Kim mengerutkan dahi. " Eunyoung balik lambat sebelum ni sebab tunggu kawan ke ?"

Eunyoung yang serba salah menjawab " yap. Mianhae mama appa. Young balik dengan dia sebab dia satu-satunya sahabat Eunyoung dari sekolah rendah. Boleh ye mama ? Eunyoung balik jalan kaki pun takpe. Asalkan boleh temankan dia balik sampai dekat bus stop."

Puan Kim menjawab sambil tersenyum " Nae. Macam nie lah. Kamu tumpangkan aje kawan kamu. Hantar dia dekat bus stop. Takpun suruh je En.Shin hantar dia balik rumah terus."

Eunyoung yang mendengar cadangan daripada mama segera menjawab "Ah, nae mama."

Taehyung yang jadi pemerhati mencebik dengan gelagat Eunyoung dan Puan Kim. Dalam hatinya berkata. 'Kenapa dulu dia lain tapi sekarang dia lain? Sekarang dia dah...." segera hatinya tersedar daripada berlebihan.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

29.3K 1.6K 50
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
18.7K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
2.9K 377 13
" ʜᴜɢ ᴍᴇ ᴛɪɢʜᴛ ꜰᴏʀ ᴛʜᴇ ʟᴀꜱᴛ ᴛɪᴍᴇ . " A Kim Taehyung Short Story . start : 24 Dec 2019 end : 24 Dec 2019