QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘27∘∘°

15K 1.3K 52
By nabilllss

"Check!"

"Aik apa pulak? Suka hati kau je buat rules sendiri." Qayyum menolak semua buah catur sehingga kembali bertabur. Geram! Dah dua kali dia kalah. Selama ini dialah king of chess.

"Apa kejadahnya buat rules sendiri? Kau dah kalah tu, kalah ajelah." Aaren memaparkan baris giginya. Tersenyum menang dia dapat kalahkan Qayyum.

Melihat Qayyum yang hanya diam menyepi, Aaren terus rasa nak tergelak. Koyak betul mamat ni.

"Kau nak tahu tak sebab apa kau kalah?" Soal Aaren ingin menyelitkan lawak bodohnya.

"Hm? Kenapa?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Setahu dia, dia kalah hanya disebabkan strategi yang salah. Takda sebab lain pun...

"Sebab kau tu dah kahwin. Apa je yang ada dalam kepala otak kau? Mestilah Cik Della. Tak adanya kau lincah macam dulu main benda ni—" Ujar Aaren seraya mengeluarkan kotak rokoknya dari poket seluar. Pemetik api yang berada di atas meja turut dicapai.

"Merepek je jantan ni." Automatik berkerut wajah Qayyum mendengar jawapan sahabatnya. Takda kena mengena langsung dengan isteri aku.

"Halo halo, everybody!"

Mereka berdua dengar dengan jelas bunyi tapak kasut seseorang. Dari suara dan tagline 'halo', semua tu dah kenal sangat! Siapa lagi kalau bukan Fareez. Cina bukit in the house.

"Salam tak reti bagi ke? Halo halo je kerja kau," Asap rokok mula keluar dari mulut dan hidung Aaren. Maaflah, dia dan rokok berpisah tiada. Bebola matanya naik ke arah Fareez yang sedang menuju ke meja mereka.

"Bodoh tu simpan sorang je Aaren." Qayyum merengus geram. Dia menyandarkan tubuh kebelakang.

"Ada apa kau masuk ZM ni, Fareez?" Tanya Qayyum baru sedar akan sesuatu. Jaranglah Fareez nak jejakkan kaki ke company ini. Melainkan ada mesyuarat ataupun arahan dari Tuan Muda.

"Nothing. Cuma rasa macam lama sangat tak jumpa kau. So I came here just to see you, buddy." Tenggelam mata Fareez disebalik senyum nipisnya. Sepet. Jejaka itu menampar lembut bahu Qayyum sebelum menarik sebuah kerusi untuk diduduk.

"Qay jeke? Aku kau taknak jumpa?" Aaren memaparkan wajah tidak berpuas hati. Amboi! Ingat sweet lahtu datang sini semata-mata nak jumpa Qayyum!

"Tak payahlah nak dramatis sangat. Mestilah aku nak jumpa kau sekali. Tapi lebih kepada Qayyum. Sebab muka kau bersepah boleh jumpa kat tempat lain." Bidas Fareez dengan selamba. Jauh di sudut hati, dia suka melihat Aaren koyak mental.

Dua saat kemudian, memang benar apa yang disangkakan Fareez. Aaren terus diam membisu. Sibuk bermain dengan asap rokoknya sendiri. Okey, kalini Fareez menang!

"What's up, Qay? Aku dengar bersepah job kau sekarang," Malas hendak melayan sikap Aaren, Fareez kembali bersuara. Lama dia perhatikan wajah Qayyum. Nampak kusut sikit. Ada masalah kut...

"Nope. Aku tinggal satu kes je. Itupun Tuan Rykarl yang ajak bekerjasama." Terang Qayyum berkenaan soalan 'job' tersebut.

"It's all about Tengku Uqael, right?" Kalau dah sebut nama Tuan Rykarl, sudah tentu kes itu berkait dengan Uqael. Fareez hanya meneka, namun dia pasti yang tekaannya tepat.

"I hate repeating. Just Uqael." Sedikit tegas nada suara yang digunakan. Ya, Qayyum memang anti setiap kali nama Uqael disebut dengan 'Tengku' dibelakangnya.

"Sorry. My mistake." Ringkas respon Fareez.

"Wait. Wait.." Setelah sekian lama Aaren mendiamkan diri, akhirnya dia kembali bersuara. Tertarik dia mendengar nama yang disebut.

"Cakap pasal Uqael..."

"Kau tahu tak harini mak dia si Tengku Sofi tu, ada meeting dengan Cik Della?" Soalan itu ditujukan buat Qayyum. Aaren ditugaskan untuk menjadi bodyguard Fredella pada minggu ini, jadi sebab itulah dia tahu dengan siapa wanita itu berjumpa.

"Macam mana kau boleh tahu? Urusan meeting semua tu bukan Warda ke yang uruskan untuk isteri aku?" Terus tegak tubuh Qayyum. Resah raut wajah jejaka itu.

"No. Minggu ni Warda takda. So I got orders to replace her as a bodyguard for Cik Della," Ujar Aaren turut risaukan keadaan Cik Mudanya.

"But your wife asked me to leave. Cik Della cakap dia boleh handle meeting tu sorang-sorang." Tambah Aaren lagi. Tidak lama kemudian dia pandang ke arah Fareez. Mengangkat keningnya seperti memberi isyarat buat lelaki cina itu.

Rasa tak sedap hati bila tengok Qayyum diam tanpa respon. Renungan Qayyum tepat ke arah kasutnya sendiri. Ya, pada waktu itu dia hanya pandang bawah tanpa bersuara.

"Bro?" Tegur Fareez dengan nada yang agak lembut.

"Don't even ask me anything. I got no idea, Fareez. Dahlah selama ni aku hack semua benda yang ada dalam phone isteri aku." Jawab Qayyum dan masih lagi fokus menghadap lantai. Nak tarik nafas pun bagaikan ada benda yang menyekat.

Sementara itu, Fareez dan Aaren sudah siap sedia memasang telinga.

"Benda ni akan jadi masalah besar untuk aku. Sebab Tengku Sofi akan anggap Cik Della nak jauhkan diri daripada dia. Padahal.. aku yang tukang ignore semua mesej dan panggilan tu. Dan aku tak suka isteri aku berjumpa dengan perempuan tua tu."

"So the problem is.. my wife would blame me for taking her old phone and hiding it from her since we weren't married until now." Akui Qayyum Darwish tanpa selok-belok. Dia jujur sebab dia dah cukup bersedia nak cerita semua itu dengan Fareez dan Aaren. It's time to reveal everything...

Buat pertama kalinya Qayyum dedahkan tentang phone tersebut. Jika dia jujur sebelum bergelar seorang suami kepada Fredella, rancangan akan menjadi sia-sia. Silap-silap Fredella sendiri taknak jadi isteri dia.

"Verdammt.." (Damn it..) Ternganga Fareez. Dia bukan marah Qayyum sebab baru sekarang nak jujur. Tapi dia terkejut dengan kelincahan sahabat baiknya itu! Sumpah gila! Curi phone Cik Muda sendiri?! Nasiblah sekarang kau dah jadi suami. Kalau tidak naya.

"Aku tak tahu idea aku ni masuk akal atau tak. Tapi kau kena pergi RSE sekarang jugak." Tak senang duduk Aaren dibuatnya. Lagi-lagi selepas mendengar pernyataan Qayyum tadi.

"He is right, you should go." Sokong Fareez seraya mengangguk kepalanya.

Qayyum angkat wajah. Dia membalas tatapan kedua-dua sahabatnya. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Tanpa paksaan, dia terus bangun dari duduk. Jejaka itu meninggalkan ruangan tersebut tanpa sepatah kata.

Apa yang menarik... walaupun ianya bakal menjadi satu masalah, tapi Qayyum langsung tak takut jika dia dimarahi oleh Fredella. Dia tidak gugup hendak berterus terang dengan wanita itu. Tak langsung! Dia sudah cukup bersedia dan berani jujur tentang semuanya.

Usai keluar dari perut kereta, terus Qayyum berlari sepantas yang mungkin menuju ke arah pintu kaca gelangsar bangunan RSE.

Sewaktu dia mendaki tiga anak tangga sebelum tiba di hadapan pintu tersebut, ada kelibat seorang wanita yang menarik perhatiannya.

Wanita itu mengenakan busana kebarung pada tubuhnya. Helaian rambut disanggul tinggi serta ada sehelai selendang yang dilapikkan ke atas bahu. Sungguh.. Qayyum kenal akan tuan badan itu!

"Oh, look who's here.." Terbit senyum sinis di bibir Qayyum. Dia melajukan langkahnya memandangkan wanita itu sudah tidak jauh darinya.

Pintu kaca gelangsar tersebut terbuka dengan automatik apabila Qayyum berdiri di hadapannya. Dia sengaja. Sengaja ingin berdiri di situ kerana dia tahu siapa yang bakal bertentang mata dengannya apabila pintu itu selesai terbuka sepenuhnya.

Kiraan tiga hanya dihitung di dalam hati. Senyum sinis jejaka itu masih lagi belum memudar.

Satu.

Dua.

Tiga.

Tepat kiraan Qayyum, pintu tersebut selesai dibuka sepenuhnya. Akhirnya... ini yang dia tunggu-tunggukan.

"Welcome to my wife's company, Tengku Sofi." Ucap Qayyum jelas. Sengaja dia mengucap 'selamat datang' walaupun dia tahu wanita itu sudahpun selesai urusannya disini.

Reaksi Tengku Sofi nampak terkejut. Terus berhenti langkah kakinya apabila Qayyum muncul. Malah jejaka itu menyambutnya dengan menyelitkan perkataan 'my wife'.

Dia mungkin tak pernah bersua muka dengan Qayyum. Tapi dia tahu tentang status Qayyum melalui khabar angin yang disampaikan oleh orang lain. How unlucky you, Fredella. Bisik wanita itu di dalam hati.

"Thank you.." Tengku Sofi membalas senyuman Qayyum. Dia melangkah sedikit kehadapan agar pintu gelangsar itu kembali tutup.

"Oh, so.. it's you right?" Wanita itu merapatkan jaraknya bersama Qayyum.

"Dell's husband." Sambungnya lagi.

"Yes I am." Qayyum angguk. Masih menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Tengku Sofi.

"Actually.. awak tak payah sambut saya pun takpa. Sebab saya antara tetamu yang paling terkenal dekat RSE'S Company nii,"

Seperti yang Qayyum jangka. Sudah pasti wanita itu kurang senang melihatnya disini. Lebih-lebih lagi ketika dia menyambut dengan perkataan 'selamat datang'.

"Saya tahu tu. Tengku memang selalu melawat RSE. Senang cerita.. melawat isteri saya." Qayyum tahu wanita itu akan terasa dengan sindiran halusnya.

"Boleh saya tahu apa yang dibincangkan dalam meeting tadi?" Rasanya.. soalan ini hanya menambahkan kediginginan suasana. Qayyum kekal dengan senyumannya.

"Takdalah meeting sangatpun. Tapi saya sengaja datang jenguk Dell harini. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia."

"Sambil-sambil tu, saya ada lah tanya dia beberapa soalan. Kenapa susah sangat saya nak text dia? Nak jumpa apatah lagi. Harini pun kira rezeki nak jumpa dia. Kalau tidak—"

"Kalau tidak, Tengku Sofi takkan jumpa Della. Saya sendiri yang tak izinkan, sebab saya suami dia." Belum sempat Tengku Sofi menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu Qayyum memotong. Jejaka itu hanya memaparkan riak wajah biasa.

Tengku Sofi terdiam. Hairan dia mengapa lelaki di depannya sekarang tampak begitu berani. Dari reaksi muka dan ayat yang dilontarkan, semuanya bagai sindiran.

"Why? Tak suka saya rapat dengan Dell ke?" Nada suara wanita itu berubah sinis. Dia mendongak wajah agar lebih mudah hendak bersabung mata dengan Qayyum.

"Exactly, Tengku Sofi." Ringkas, padat, dan pendek. Tetapi masih lagi diselitkan dengan maksud yang tersirat. Dia takkan berhenti menyindir wanita itu.

Terserlah wajah bengis Tengku Sofi. Sikit lagi nak meletup gunung berapinya yang sudah lama meledak akibat percakapan Qayyum. Bukan main ya budakni punya tahap biadap!

Lantas dia membuka zip beg tangan. Tercari-cari akan sesuatu. Beg tersebut dipunggah di hadapan mata Qayyum. Tengku Sofi nampak betul-betul gelabah seperti cacing kepanasan.

"Are you looking for a phone? Tengku nak call bodyguard Tengku untuk belasah saya ke?" Cabar Qayyum serentak menghamburkan ketawa kecil.

Terhenti seketika tangan yang sibuk bekerja tadi. Tengku Sofi merengus geram melihat Qayyum yang semakin mencurah minyak di dalam apinya.

"Can you please shut up?!" Jerkah wanita itu. Berkerut dahinya menahan marah.

"Saya boleh saman awak bila-bila masa je tau. I am Tengku Sofi. Mark that words." Sengaja dia mengugut Qayyum dengan pangkat yang dimiliki.

"Sorry but.. I am the son in law of a Tengku as well. Atau Tengku lupa saya berkahwin dengan anak siapa?" Bidas Qayyum sambil menghabiskan sisa tawanya. Menantu Tengku Rossa ni boh. Ada lawan?

"Qayyum—"

Mendengar seseorang menyapa, dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah tuan empunya suara tersebut.

"Ya, sayang?" Jawab Qayyum lembut. Masih lagi santai di posisi. Dia kena berani!

Memang dia tahu apa yang bakal terjadi di rumah nanti. Raut wajah Fredella nampak serabut. Atau lebih tepat.. serabut dengan Qayyum. Macam singa nak telan mangsa.

Reaksi Tengku Sofi pula tersenyum menang melihat pasangan itu. Seolah-olah dia berjaya melagakan Qayyum dan Fredella.

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 168K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...
1.1M 55.8K 128
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
69.3K 3.5K 8
Mereka kongsi rasa yang sama. Namun saling menyakiti satu sama lain. Kisah mereka berdua kembali terlakar semula setelah beberapa tahun kembali bersu...
192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...