GUERRA DE AMOR (SU)

By PutraRize_

1.6K 408 4.2K

Dia merupakan seorang pahlawan wanita jelita yang sedang mengembara mencari erti kehidupan. Jessica Georgiana... More

๐“–๐“พ๐“ฎ๐“ป๐“ป๐“ช ๐““๐“ฎ ๐“๐“ถ๐“ธ๐“ป
๐“’๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ช๐“ฌ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป
๐“’๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ช๐“ฌ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป ๐“ฃ๐“ช๐“ถ๐“ซ๐“ช๐“ฑ๐“ช๐“ท
๐“›๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ป ๐“ฃ๐“ฎ๐“ถ๐“น๐“ช๐“ฝ
PROLOGUE
CHAPTER - 1
CHAPTER - 2
CHAPTER - 4
CHAPTER - 5
CHAPTER - 6
CHAPTER - 7
CHAPTER - 8
CHAPTER - 9
CHAPTER - 10
CHAPTER - 11
CHAPTER - 12
CHAPTER - 13
CHAPTER - 14
CHAPTER - 15
CHAPTER - 16
CHAPTER - 17
CHAPTER - 18
CHAPTER - 19
CHAPTER - 20
CHAPTER - 21
CHAPTER - 22
CHAPTER - 23
CHAPTER - 24
CHAPTER - 25
CHAPTER - 26
CHAPTER - 27
CHAPTER - 28
CHAPTER - 29
CHAPTER - 30
CHAPTER - 31
CHAPTER - 32

CHAPTER - 3

47 13 211
By PutraRize_

Panglima James dan Jessica berjalan menuju ke arah pintu gerbang istana. Sebelum mereka dapat masuk ke dalam, mereka perlu mendapatkan keizinan daripada penjaga pintu gerbang istana dulu.

Darrel yang berada di belakang Jessica tergamam melihat rupa penjaga-penjaga pintu gerbang itu.

"B-biar betul!" Darrel berkata begitu dengan mulut ternganga, Jessica dan Panglima James hanya tersenyum.

"Siapa korang bertiga...apa tujuan ke sini..." Salah seekor daripada naga itu bersuara.

Panglima James diam sahaja, dia cuma menunjukkan tongkatnya kepada naga-naga tersebut.

"Oh! Panglima James yang agung, maafkan kami berdua kerana tidak dapat mengecam Panglima..." Kedua ekor naga tadi tunduk menghormati Panglima James.

"Heh Drago 1, Drago2...900 tahun aku bertugas di kerajaan ni, korang sekali pun tak pernah cam aku. Apa lah, dasar naga nyanyuk!" Sudah puas Panglima James mengata naga-naga tu, dia pun terus berjalan masuk ke dalam kawasan istana diikuti Jessica.

Darrel pula masih sedang leka memerhatikan naga-naga tu sampai diaorang pun pelik.

"Ni kenapa tengok kitaorang macam tu? Tak pernah tengok naga ke?" Drago 1 memandang manusia bernama Darrel tu dengan pandangan pelik.

"Abang naga nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah, apa dia?"

"Abang ni...naga ke makhluk gorgon? HAHAHAHA!" Darrel terus membuka langkah seribu berlari mengikuti Jessica.

"Cis! Tak guna punya manusia...nasib baik kau ada kena mengena dengan Panglima James, kalau tak dah lama aku makan kau! Huh...." Drago 1 melihat Darrel berlari dengan mata yang merah menyala.

"Sabarlah abang, ratusan tahun manusia bertanya soalan yang sama dekat kita...pasrah je lah menjadi seekor naga.." Drago 2 memandang dengan wajah pasrah sambil menepuk bahu Drago 1.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ampun Tuanku Permaisuri.." pemberitahu istana datang menghadap pada Permaisuri Ariana.

Pemberitahu istana adalah satu pekerjaan yang hanya dipegang oleh lelaki. Tugasnya adalah untuk menyampaikan sebarang berita sama ada daripada luar kota ataupun di dalam kota.

Dan juga dia yang tukang menyampaikan berita kepada Permaisuri atau Raja jika ada sesiaoa yang datang untuk berjumpa.

"Ada apa kau datang ke sini...apa berita yang nak disampaikan?" Permaisuri Ariana bertanya dengan nada yang sedikit bongkak.

"Panglima James dengan Puteri Jessica datang untuk berjumpa dengan Tuanku Permaisuri." Kata pemberitahu istana dengan keadaan melutut di hadapan Permaisuri Ariana.

"Baiklah, perintahkan mereka masuk."

"Baik Tuanku Permaisuri!" Pemberitahu istana itu segera berlari ke pintu masuk untuk memerintahkan Panglima James dan Jessica masuk.

Tidak menunggu lama, mereka sekarang berada di dalam istana di hadapan singgahsana Permaisuri Ariana.

"Haa, ada apa kedatangan kau kesini James? Dan Jessica, kenapa tak balik langsung ke istana, bonda permaisuri risaukan kamu.." soal Permaisuri Ariana dengan nada seperti mengambil berat.

Padahal...

"Minta semua pengawal dan juga dayang istana keluar kejap, ada benda yang aku dengan Permaisuri nak bincangkan." Panglima James memberikan arahan kepada semua orang yang berada dalam dewan istana tersebut.

Kesemua mereka memandang ke arah Permaisuri Ariana. Permaisuri Ariana mengangguk lalu kesemua mereka keluar daripada dewan istana itu meninggalkan hanya mereka bertiga sahaja.

"Cakaplah, apa tujuan korang berdua kesini?" Permaisuri Ariana bertanya dengan nada yang bongkak, hilang terus kemesraan 'terpaksa' tadi.

"Macam ni lah Ariana, aku tak nak buang masa dekat sini. Aku cuma nak tanya kau, kenapa larang para pengemis di kota ni diberi kerja oleh peniaga dekat bandar tu? Dah hilang akal ke?" Panglima James terus menyoal tanpa kiasan lagi.

Mesti pelik kan? Kenapa Panglima James boleh bercakap dengan nada macam tu pada Permaisuri Ariana?

"Kenapa Bonda tak beritahu benda ni dekat Jessica dulu! Kenapa terus jalankan perintah sesuka hati macam ni! Tahu tak benda ni akan buatkan seluruh rakyat miskin kota ini akan menderita?" Giliran Jessica pula bersuara.

"Suka hati aku lah...kota ni aku yang memerintah. Aku berhak menentukan apa saja yang berkait dengan kota ini." Jawab Permaisuri Ariana dengan bongkak dan angkuhnya.

"Bonda tak boleh buat macam ni! Dah lupa ke apa pesan ayahanda buat kali terakhir? Jaga kota ni baik-baik dan jangan sampai jatuh ke tangan orang yang salah! Kenapa Bonda buat macam ni."

"Ah! Itu semua pesan dia, apa kaitannya dengan aku-"

TANG!

Tongkat besi Panglima James dipacakkan di atas lantai baru istana yang rata tu sehinggalah berlubang.

Panglima James berjalan naik ke atas singgahsana Permaisuri Ariana.

"Jangan kurang ajar dengan Jessica...kau jangan lupa asal usul kau. Dulu kau tu cuma perempuan kampung biasa yang tak ada apa-apa tau...kalau bukan sebab Raja Alexander yang ambil kau untuk jadi isteri dia, jangan harap kau nak merasa semua ni..."

"Kau dah lupa pesan Raja Alexander lagi, kalau berlaku apa-apa pada dia...aku bebas menegur kau..kau dah lupa ye? Jadi aku pun berhaklah nak pukul kau. Nak?"

Permaisuri Ariana kecut perut setelah mendengar ancaman dari Panglima James itu.

"Kau lupa ye! Sepatutnya Jessica ni lah pewaris takhta yang sebenar...tapi Raja Alexander letak nama kau sebagai pewaris sebab apa? Sebab dia yakin...kau mampu nak jaga kerajaan ni, tapi sekarang...kau jangan menyesal kalau aku terpaksa buat Jessica jadi pemerintah kerajaan ini.."

"Furious!" Panglima James memanggil sesuatu datang.

Dan rupa-rupanya, sesuatu itu adalah seekor burung hantu yang bukunya berwarna putih. Lalu burung itu hingga di atas bahu Panglima James.

"Aku nak kau perhatikan Ariana! Jangan sampai dia melakukan tindakan yang bodoh keatas kerajaan ini...faham?" Panglima James memberikan arahan kepada burung hantu belaanya itu.

"Faham tuan..." Kemudian burung hantu itu terbang entah kemana.

Permaisuri Ariana tercengang melihat kejadian tadi.

"Jangan ingat dia terbang entah kemana Ariana, dia sedang memerhatikan kau dari jauh...baik kau berhati-hati dalam menjalankan tugas kau sebagai Permaisuri Kota Ambrose...kalau silap langkah, kau turun takhta..." Panglima James memberikan amaran kepada Permaisuri Ariana sebelum dia mencabut semula tongkat besinya yang terpacak di lantai baru istana tadi.

"Jessica?" Panggil Panglima James dengan lembut seperti seorang ayah.

"Y-ye.." Jessica menjawab dengan mata yang berkaca-kaca.

"Mari balik, jangan risau. Bonda tiri kau ni takkan buat benda diluar jangkaan lagi..." Setelah berkata begitu, mereka berdua pun berjalan keluar dari dewan istana.

"Tak guna kau James...kenapa kau mesti hidup! KENAPA!" Permaisuri Ariana meluahkan kemarahannya setelah dipastikan tiada lagi orang di situ.

Cucuk sanggulnya dipegang lalu dipatahkan menjadi dua..

"Mark!" Permaisuri Ariana memanggil haiwan peliharaannya.

"Ye Permaisuri..." Seekor Harimau berwarna hitam datang seperti angin apabila diseru.

"Kau pergi kepada William. Sampaikan kepada dia yang aku nak berjumpa. Urusan yang melibatkan negara...cepat!"

"Baik Permaisuri..." Harimau hitam yang bernama Mark itu terus mengundurkan diri lalu menghilangkan diri.

"Aku kena bertindak..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Awak, saya nak tanya sikit.." Darrel bersuara untuk bertanya sesuatu kepada Jessica.

Tadi semasa Panglima James dan Jessica berjumpa Permaisuri, Darrel hanya duduk di luar dewan istana menunggu mereka.

"Hmm? Apa dia? Tanyalah, saya tak kisah." Kata Jessica sambil tersenyum manis.

"Dua hari lepas awak cakap yang nama awak, Jessica Georgiana. Tapi kenapa kelmarin nama awak jadi Jessica Anderson? Saya tak fahamlah."

"Haha! Oh itu ke masalahnya? Saya pun sebenarnya tak pasti... Pakcik James cakap, nama Georgiana tu adalah nama yang diberikan kepada seseorang yang terpilih untuk menjaga tanah Alam Mystical ni...entahlah saya pun tak pasti sangat..." Jelas Jessica dengan tenang dan tidak terburu-buru.

"Oh.."

Pak!

Kepala Darrel diketuk dengan kayu.

"Aduh! Awak ni kenapa?"

"Penat saya bebel, 'oh' je!" Kata Jessica dengan wajah masam.

Buang air liur je bebel banyak-banyak.

"Alah itu maknanya saya fahamlah tu! Ei awak ni, saya peluk kang!"

"Ha cubalah peluk! Kalau nak kena belasah dengan Pakcik James cubalah." Ujar Jessica dengan senyum sinis.

Gatal!

"Hehehe...gurau je." Darrel langsung meletakkan tangannya kebawah semula. Tak jadi nak peluk, meremang bulu roma dengar nama 'James'.



Continue Reading

You'll Also Like

489K 1.2K 17
Mula mula
628 162 20
Mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia 16 tahun bernama Iman Alana. Dia merupakan anak angkat dan amat disayangi oleh keluarga angkatnya. Ima...
139K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
6.3K 889 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...