badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]

By hannazhya

3.4K 228 7

soon, pbakl 2023 🫶🏻 terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited 🫶🏻 preorder melalui Shopee pe... More

Bab 1: Her | Faris
Bab 2: Him | First meet
Bab 3: Her | D-day
Bab 4: Him | Saviour
Bab 5: Her | You in?
Bab 6: Him | Welcome
Bab 7: Her | Red. Failed.
Bab 9: Her | He was quick
Bab 10: Her | Naik pangkat

Bab 8: Him | Koyak tengah

247 12 0
By hannazhya

"LEEYA."

Suara yang cukup feminin itu menyentak aku yang sedang ralit memandang skrin komputer. Terus kepala didongak, dan wajah Sakinah muncul tepat di depan mata. Memang dalam banyak-banyak kawan aku, hanya dia seorang yang berani masuk ke pejabat aku tanpa mengetuk pintu.

"Hmm..." Hanya gumaman yang menjadi balasanku. Kemudian, mata terhala ke arah skrin komputer semula. Tumpuan yang tak boleh diganggu gugat sama sekali.

Dan, sudah tentulah kawanku ini penuh dengan rasa ingin tahu. Terus kakinya mendekat ke arahku sebelum kepala tunduk untuk memandang skrin komputer.

"Apa yang kau tengok ralit sangat ini, babe?"

Aku hanya diam. Biarkan sahaja dia melihat sendiri sambil tangan terus bergerak dari satu gambar ke gambar yang lain. Dah dekat sejam aku memerhati, dan banyak benda baru yang aku belajar.

"Boxing gear for women?" Kening Sakinah terjungkit. Tak menunggu sesaat, terus dia menegakkan tubuh semula lalu kerusiku dipaling agar menghadapnya.

"Boxing gear? Untuk kau ke?"

Aku menjuih bibir. "Dah itu, takkan untuk mak aku pula?"

Spontan, mata Sakinah meluas. "Seriously? Kau cari barang boxing? Untuk apa?"

"Kau rasa, orang cari barang boxing untuk taekwondo ke?"

Pap!

"Auch! Kinah, sakitlah!" Aku terjerit perlahan bersama tangan yang naik mengusap bahu. Kawan aku inikan, sejenis yang kalau nak menampar, memang tak reti nak kawal force sendiri agaknya. Gaya macam nak tepuk nyamuk aje. Pedih!

"Aku cakap betul-betul. Kau loyar buruk pula. Seriuslah kau nak beli barang tinju? Untuk apa?"

Aku menghela nafas. Kerusi dipusingkan semula agar menghadap skrin komputer sebelum tubuh bersandar lemah pada kerusi hitamku.

"Aku ambil kelas tinju."

"Hah?!"

Mataku terpejam. Siap dengan dahi yang dikerutkan dan sebelah tangan naik menggaru belakang telinga. Selain tangan yang tak mampu nak dikawal, suara pun salah satu benda yang susah Sakinah nak control. Memang spesis yang lahir dengan loudspeaker dalam mulut agaknya.

"Seriously? Kau belajar tinju? The main editor of a beauty fashion magazine, nak ambil kelas tinju? Kau yang selama ini pakai high heels, nak bertinju?"

Spontan, aku menjulingkan mata. Ayat dan gaya Sakinah itu, macam tak boleh nak hiperbola lagi. Over sangat!

"Kau jangan nak lebih-lebihlah, Kinah. Aku pakai high heels, tak bermaksud aku tak pernah jejak tanah dengan sport shoes. Aku jadi fashion editor, tak bermaksud aku tak bersukan. Stereotypical sangat." Aku berkata dengan bibir yang tercebik-cebik.

Triggered juga aku dengan ayat Sakinah itu. Terus teringat wajah Badzri yang menyakitkan hati tempoh hari. Dua-dua bercakap macam aku ini tak layak langsung nak belajar tinju.

Aku ini bukannya lemah sangat pun!

"Okey, sorry. But, Leeya yang aku kenal bukannya suka benda-benda ganas macam ini. Like, kau boleh upah pengawal. Untuk apa kau nak belajar tinju? Plus, do you realize how petite you are? Tak payah kena tumbuk, aku campak aje sarung tangan tinju itu kat kau, confirm kau dah melayang."

Pap!

Kali ini, tanganku pula yang menepuk fail ke lengan Sakinah. Mata dijegilkan. "Over!"

Terlepas tawa Sakinah sebelum punggungnya disandarkan pada meja kerjaku lalu tangan naik memeluk tubuh. "So, kau betul-betul seriuslah ini? Ambil kelas tinju?"

Sambil menghela nafas panjang, aku mengangguk. "Cuma, coach aku itu complicated sikitlah." Kali ini, ada keluhan yang terbit di bibir. Baru satu kelas, aku dah mengeluh. Entah macam mana agaknya aku nak bertahan dengan dia untuk entah berapa lama. Dia pun macam tak ada gaya nak mula ajar aku

"Kenapa dengan coach kau?"

Bibirku spontan tercebik apabila kepala mula mengingatkan Badzri. "Macam perempuan. Emo memanjang."

Sekali lagi, Sakinah tergelak. "Dia marah kau?"

"Marah dan membebel. Padahal, aku baru ada satu kelas dengan dia."

"Kereknya jurulatih kau. Handsome tak?"

Aku mencebik lagi. Kalau ikutkan rasa sakit hati ini, nak aje aku cakap tak handsome. Sakit mata dan sakit hati memandang. Tapi, aku tak mampu nak nafikan yang dia memang ada rupa. Maskulin. Penuh aura kelelakian.

Kalau tak, takkanlah aku boleh 'red and failed' depan dia hari itu?

"Hah, kau diam ini, mesti sebab dia handsome gila, kan? Badan ketak-ketak macam The Rock? Muka macam Jamie Dornan? Atau pontianak Edward Cullen itu?"

"Dah, dah. Kau tak payah nak melalut. Kau ingat kita ini kat US, nak dapat muka macam itu? Muka Melayulah. Asli macho." Entah macam mana, boleh terlepas pula ayat terakhir itu. Tak pasal-pasal, dah memuji. Haih!

"Macho? Seriously? OMG! Aku dah boleh nampak dah yang dia itu kacak. Entah-entah, kau belajar ini sebab dia, kan?"

Terus keningku berkerut. Aku belajar sebab dia? Banyak cantik! Aku belajar sebab Faris, okey! Sebab lelaki itu betul-betul menguji kesabaran aku.

"Muka aje kacak, tapi mulut menyakitkan hati, tak guna juga," gumamku namun tetap ditangkap Sakinah apabila dia tergelak.

"Kan aku dah cakap, tinju itu bukan league kau. Padanlah dah kena bebel."

Aku menghela nafas pula. Rasa nak give up pun ada. Padahal baru hadir satu kelas. Dan, aku pun bukannya jenis yang mudah mengalah.

Tapi, entah kenapa, dengan lelaki bernama Badzri Mujahid itu, betul-betul buat aku rasa 'lembik'. Dia tak ada depan mata pun, aku dah rasa lemah. Kalau dia tenung aku? Mahu lutut tercabut dari kaki terus gamaknya.

"Bila next class kau?"

"Rabu."

"Lusa? Kau tak masuk kerja ke?"

"Latihan aku malamlah. Takkanlah aku nak tinggal office demi tinju kut?"

Sakinah tergelak. Kepala diangguk-anggukkan beberapa kali. "Fuh! Malam!" Bibir merah bergincu itu mula naik melorek senyum nakal. Dan, tak perlu sesaat pun untuk aku faham apa maknanya. Sakinah ini memang. Pantang aku dengan lelaki, mulalah nak ship yang bukan-bukan.

Termasuklah aku dengan abangnya, Shahrul.

"Dah. Tak payah nak senyum-senyum. Apa kata kau cakap kenapa kau datang pejabat aku ini?"

"Ajak kau lunchlah."

Eh? Dah lunch? Spontan, mataku terhala ke arah jam di hujung skrin komputer. Dah nak dekat 12.30. Ya Allah, ralitnya!

"Tahulah beriya nak belajar dengan coach handsome kau itu, tapi jangan sampai tak tengok jam." Selamba Sakinah mengusik sebelum dia ketawa terkekek-kekek.

Aku hanya mencebik. Sekarang bolehlah puji. Cuba kalau Badzri sendiri cakap 'koyak tengah' depan muka Sakinah, mahu dia pun benam kepala sendiri dalam pasir. Malas nak melayan, akhirnya aku menutup skrin komputer sebelum tangan mencapa handbag di bawah meja.

"Dah. Jom lunch. Ke kau dah kenyang gelakkan aku?"

Bagaikan orang tak makan saman, Sakinah tergelak. Tapi kaki sudah terkedek-kedek mengikut langkahku.

"Amboi, emonya. Belajar dari abam coach lah itu."

Sekali lagi, aku menjulingkan anak mata. Aduh, menyesal pula aku cerita dengan minah ini. Mahu sampai ke sudah dia kaitkan aku dengan coach emo itu. Haih!

"LEEYA, malam ini balik rumah kita, boleh?"

Permintaan mama yang agak tiba-tiba itu membuat tanganku spontan kaku dari terus menaip. Mata yang terpaksi pada skrin komputer laju mencari wajah mama yang tersenyum lembut ke arahku. Membuatkan permintaan itu menjadi susah untuk aku tolak.

"Ada apa eh, mama? Kalau nak bincang hal kerja, kat sini pun boleh, kan?" Aku cube mengelak dalam lembut dan sopan. Bukan aku tak nak balik rumah mama, tapi aku tak selesa.

Sejak mama dan Faris habis berbulan madu, aku terus mengangkat kaki dari rumah. Aku pilih untuk duduk di kondo yang merupakan salah satu aset keluarga. Dan, sejak itu, aku belum pernah balik ke rumah lagi. Tak ada sebab pun untuk balik. Masih boleh berjumpa dengan mama di pejabat macam ini.

"Kita dinner sama-sama kat rumah? Sejak kita jadi satu keluarga, kita tak pernah makan malam sama-sama lagi, kan?" Jelas suara mama yang cuba memujuk.

Aku berdehem perlahan. Tak ada jawapan sebenarnya. Kalau mama ajak dinner berdua, memang sekarang juga aku bersetuju. Tapi, bila ada Faris bersama, terus hati terasa berat.

Aduh, tersepit sungguh aku di antara mama dan Faris.

Dalam kepala sibuk mencari alasan untuk menolak, mataku tiba-tiba tertancap pada jam waktu di hujung skrin. Dan, mentol lampu seolah-olah terpacak keluar dari kepala.

Hari ini Rabu!

"Eh, mama. Leeya baru teringat yang Leeya ada hal malam ini. Tak boleh balik."

Kening mama terus berkerut. Bagaikan tak percaya dengan alasanku. Kenyataannya, aku tak menipu pun. Memang ada hal. Dan dalam diam, aku bersyukur yang malam ini aku ada kelas dengan Badzri. Kalau tak, memang aku terpaksa menipu mamalah hari ini.

"Ada apa? Keluar dengan siapa? Kinah?" Mama bertanya curiga. Memang padan pun mama curiga. Aku bukannya sejenis yang suka keluar malam. Sentiasa melekat di rumah untuk menemani mama. Jadi, bila aku ada hal di waktu malam, memang sangatlah di luar kebiasaan.

"Ada training." Aku berkata jujur. Tak ada sebab pun untuk menipu.

"Training? Untuk apa?"

Aku berdehem pula. Rasa teragak-agak pula nak beritahu. "Ada gym workout."

"Workout? Malam-malam? Selama ini, tak pernah pun? Nak joging pun jarang."

Hampir tersedak aku dibuatnya. Aduh, mama ini. Tahulah anak dara dia ini malas bersukan, tapi janganlah tembak terus ke dasar hati. Dan, dah bertambah seorang lagi dalam senarai yang tak percaya aku bersukan. Haih.

"Rasa macam lemau sikit lately ini. Nak cari stamina. Ini pun, terpaksa buat malam. Pagi kerja." Kali ini, ada penipuan yang terselit.

Kenyataannya, aku tak cukup masa kalau nak berlatih di hujung minggu sahaja. Aku nak mahir secepat yang mungkin. Bukannya semahir atlet, tapi cukuplah untuk aku tahu menumbuk dan menendang apa yang patut. Yang boleh untuk aku jadikan pertahanan diri.

Dan, jadual malam ini pun atas permintaanku sendiri. Tak sangka pula yang Badzri akan bersetuju. Mungkin sebab bak kata Badzri sendiri, 20 ribu sebulan yang aku tawarkan itu adalah amanah untuknya.

"Betul ini? Bukan alasan semata-mata tak nak balik rumah, kan?"

Aku terus menggeleng. Takut mama berkecil hati. "Mestilah tak. Ini betul-betul. Nanti bila-bila, kita pergilah gim sama-sama."

Mama menghela nafas. Kepala diangguk perlahan. "Yalah, kalau dah itu kata Leeya. Jangan nak workout lama-lama. Leeya itu kerja. Penat."

Aku tersenyum. Mama, tak pernah tak prihatin pada aku. Akhirnya, kepala diangguk. "InsyaAllah, mama. Mama pun, enjoy your dinner with Faris." Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Itu pun separuh ikhlas sahaja.

Apa yang penting, mama bahagia. Itu sahaja.

Continue Reading

You'll Also Like

618K 23.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
132K 11.9K 55
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
279K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...