badzri 🫢🏻 aleeya [terbit]

De hannazhya

3.4K 228 7

soon, pbakl 2023 🫢🏻 terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited 🫢🏻 preorder melalui Shopee pe... Mai multe

Bab 1: Her | Faris
Bab 2: Him | First meet
Bab 3: Her | D-day
Bab 4: Him | Saviour
Bab 6: Him | Welcome
Bab 7: Her | Red. Failed.
Bab 8: Him | Koyak tengah
Bab 9: Her | He was quick
Bab 10: Her | Naik pangkat

Bab 5: Her | You in?

336 26 4
De hannazhya

"BADZRI MUJAHID."

Sebelah keningku terjungkit. Mata spontan teralih ke arah gambar A5 yang dihulur Izham tadi.

Ya, gambar lelaki yang sama dengan lelaki yang menyelamatkanku semalam. Juga, lelaki yang sama aku temui di KFC dahulu. Tapi kali ini, gambarnya lebih jelas menampakkan figura wajahnya.

Dan pendapat aku masih tak berubah. Dia memang bercirikan maskulin. Gambar yang separas paha itu jelas menunjukkan tubuh tegapnya yang terlindung di sebalik hoodie hitam yang sentiasa dipakainya.

Setakat ini, tiga kali aku jumpa dia, tiga-tiga kali dia pakai black hoodie. Memang minat hoodie ke apa? Tapi, aku tak nafikan dia nampak sangat menarik dengan pakaian serba hitamnya. Dan, ada aura yang tersendiri walaupun pakaiannya cukup kasual.

Tengok sajalah sewaktu dia muncul di hotel dua hari lepas. Hanya dengan gaya kasual, tapi dia tetap ada aura yang boleh buat aku tertelan liur sendiri.

"And, who is he?" Aku bertanya lagi. Setakat nama, apa sajalah yang aku boleh tahu dengan sebaris nama itu walaupun aku akui namanya memang sedap.

Macam aku kata tadi, maskulin.

"He's a boxing trainer. From The Mujahids."

Sekali lagi, aku menjongket kening. "The Mujahids? His own name?"

Izham mengangguk. "Ya, kelab tinju yang diasaskan oleh dia sendiri. Kelab ini diasaskan sejak tujuh tahun lepas dan sekarang ini, menerima hampir 100 orang pelajar yang jalani latihan tinju."

Aku terangguk pula. Seorang peninju rupanya. No wonder.

Patutlah badannya tegap semacam. Patutlah dia dengan beraninya boleh buat lagak hero depan dua lelaki yang cuba mencederakan aku dua hari lepas. Dan, sebab itu jugalah pakaiannya sentiasa kasual. Macam pakaian orang berulang-alik ke gimnasium.

"How big is his club? I mean, banyak menang tournaments or anything?"

Kali ini, Izham berkerut pula. Duduknya dibetulkan sebelum dia menggaru hidungnya dengan wajah hairan.

"Ini saya sendiri pelik, Cik Aleeya. Sebab saya cuba cari rekod kelab dia, tapi tak banyak. In fact, tak ada pun sebenarnya. I went to the training club as well, dan saya tak nampak sebarang sijil atau pingat tergantung pada dinding. Dan berdasarkan carian saya, it seems like they never really join any tournament."

"So, not good enoough?" Aku menggumam perlahan.

Rasa kecewa untuk seketika. Aku baru berniat nak jadikan lelaki itu sebagai salah seorang pengawal peribadi aku. Melihatkan kepada gaya lelaki itu tempoh hari, aku tahu dia ada kemahiran yang sangat baik. Tenang, tetapi tangkas. Sesuatu yang jarang aku lihat pada Munir dan Aziz, pengawal aku yang sedia ada.

Dan, pesanan akhir Badzri tempoh hari kuat melekat dalam kepala.

"Ones with precision, not emotion."

Walaupun aku tak berapa nak faham ayat yang dimaksudkan, tapi entah kenapa, aku rasakan ayat itu sangat tepat dengan dirinya.

Aku ingatkan dia memang bekerja sebagai pengawal di mana-mana agensi sekuriti, sebab dari gaya perlawanannya semalam, aku tahu kemahirannya bukan setakat taraf street fighter punya level.

Aku sempat ingat dia askar lagi, sebab gerakannya semua terkawal dan sangat terlatih.

"Cik Leeya nak jadikan dia bodyguard baru ke?" tanya Izham apabila aku menyepi lama.

Dengan jujur, aku mengangguk. "I thought I can request for him in any security agency, tapi nampaknya dia buka kelab boxing sendiri. Jurulatih rupanya."

Izham turut sama mengangguk tapi bibirnya tersenyum segaris. "But, I think kalau Cik Leeya offer jawatan pengawal itu pada dia, dia akan setuju."

Dahiku berkerut. "Sebab?"

"They most likely need some money."

Spontan, kepalaku jatuh semula merenung gambar training club di dalam gambar.

"Maksudnya? Dia ada masalah kewangan ke?"

"Tak. Setakat ini, gim itu tak ada sebarang masalah kewangan. Cumanya, there is this one girl."

Spontan, keningku terjungkit penuh minat. Perempuan? "Kekasih?"

Izham laju menggeleng. "Isy, kekasih apa? Muda lagilah, Cik Leeya. Aisya nama dia. Umur 18 tahun. Dia ini, lebih kurang macam adik angkat Badzrilah. Tapi, dia masuk hospital. And, Badzri mestilah perlukan dana untuk rawatan adik angkat dia ini."

Aku terangguk perlahan. Tiba-tiba, jatuh simpati dengan Badzri dan adik angkatnya yang bernama Aisya itu. Fotonya aku renung sekali lagi. Tiba-tiba, muncul persoalan dalam kepala.

"What about their family? Takkan Badzri seorang-seorang cari duit untuk rawatan adik dia."

"Anak yatim piatu, Cik Leeya."

Allah... Sebak pula aku mendengarnya. Aku yang hidup hanya berdua dengan mama pun kadang-kadang rasa sebak dan sunyi. Inikan pula mereka yang hanya hidup berdua. Tambah pula, Aisya itu hanya adik angkatnya, bukan adik kandung.

"So, awak rasa dia akan setuju jadi bodyguard saya demi duit?"

Aku ingatkan Izham akan mengangguk. Tapi sebaliknya, dia menggeleng.

"From what I can see, dia sangat komited dengan karier dalam bidang tinju. So far, dia banyak buat kerja tambahan dalam bidang ini aje. Termasuklah buka kelas tambahan untuk pelajar tinju dari luar. Basically, he will do anything for money, but must in terms of boxing."

Kali ini, aku mengeluh pula. Dah itu, aku nak suruh dia ajar siapa? Aku bukannya ada anak nak suruh pergi belajar tinju. Dan, kalau aku ada anak pun, apa kes aku nak suruh dia belajar tinju?

Paling-paling pun, aku suruh belajar taekwondo aje. Taekwondo macam famous sikit dalam kalangan budak-budak sekolah.

"Cik Leeya masih nak cuba ajak dia jadi pengawal Cik Leeya ke?" tanya Izham.

Aku mengeluh. "You think he will say yes to me?"

Dengan jujur, Izham menggeleng. "Tapi, I think there is another way you can have him to work for you."

Sebelah kening terangkat. "Maksud awak?"

Izham senyum. Jari telunjuk dibawa ke arah gambar gim latihan yang diambilnya secara senyap-senyap.

Aku kerutkan dahi. Tak faham. Kenapa dengan gim itu? Nak suruh aku singgah dan jumpa dia face to face ke?

"Apa kata Cik Leeya pergi belajar boxing dengan dia?"

"Hah?" Ternaik sedikit suara aku dibuatnya. Tangan spontan bergerak menuding diri sendiri dengan wajah yang berkerut tak menentu.

Aku? Dia suruh aku belajar bertinju? Senior manager jenama fesyen, belajar tinju? Dia fikir kerja aku kat The Beauty Edition ini perlukan otot ke? Kerja aku inilah yang paling tak banyak gunakan otot. Banyak guna otak aje.

"Why not? Munir ada cerita dengan saya apa yang jadi masa majlis itu. He said that the guy has some great skills. Dan, Cik Leeya tak rasa ke that you should try to learn some martial arts? Munir dan Aziz itu bukannya boleh berkepit dengan Cik Leeya sepanjang masa."

Panjang lebar Izham membebel, dan entah kenapa, aku tak mampu nak membangkang walau satu pun.

Sebab apa yang dikatakannya itu memang betul. Kejadian hari itu berlaku hanya beberapa minit selepas aku tinggalkan dewan. Munir dan Aziz tak sempat pun nak cari aku.

Tapi, aku? Belajar bertinju? Aku ini, menampar orang pun jarang sekali. Nak jentik semut pun susah, tahu tak?

"Lagipun, cuba Cik Leeya fikir balik. Sampai bila Cik Leeya nak berlindung dengan orang lain? Makin Cik Leeya tambah pengawal, itu maksudnya Cik Leeya makin takut. Bila makin takut, mestilah diorang rasa diorang dah menang."

Entah apa yang merasuk Izham, tapi bukan main laju mulutnya memberi nasihat. Tapi, aku tetap diam tak membalas. Sebab memang aku akui, yang kejadian tempoh hari buat darahku betul-betul menggelegak.

Itu pertama kali aku diserang secara fizikal dan diberi amaran. Biasanya, aku cuma rasa macam ada orang mengikut dari belakang aje.

Tapi, sekarang aku dah didekati, bahkan hampir dibunuh. Dan, aku mungkin akan mengalami kejadian yang sama selepas ini. Atau mungkin lebih teruk lagi.

Dan lebih menyakitkan hati ialah apabila aku bertembung semula dengan mama dan Faris di dalam dewan. Mulutnya terherot memandangku. Senyuman yang mungkin nampak biasa di mata orang lain, tapi cukup sinis di pandanganku.

"Leeya? Pergi mana tadi? Lamanya menghilang dari dewan." Ayat itu dituturkan lembut dan penuh ramah, tapi pandangan mata Faris tika itu seolah-olah mengejek. Seolah-olah nak cakap yang aku perlu takut dengan dia sebab apa yang terjadi tadi hanyalah permulaan.

Aku menghela nafas panjang. Mata memandang lama wajah Badzri Mujahid di dalam gambar.

Tinju. Sesuatu yang sangat di luar comfort zone aku.

Tapi, setakat berlawan dan bertumbuk, apa susahnya, kan? Aku belajar apa yang patut ajelah. Belajar berlawan supaya Faris tak berani nak sentuh aku lagi dah. Lepas itu, stop belajar.

Simple.

Kan?

Plus, how hard can boxing be, anyway?



MATAKU meliar ke sekeliling bangunan berwarna hitam setinggi dua tingkat itu. Apabila aku menyebut nama Badzri Mujahid kepada si penjaga kaunter di tingkat bawah, dia meminta aku naik ke tingkat atas. Katanya, training room The Mujahids berada di tingkat atas.

Dan, tepat di pintu masuk tingkat dua, ada satu papan tanda berwarna hitam yang tertulis The Mujahids. Berwarna hitam dan putih. Solid and rigid. 'Sesuatu' sangat.

Aku berdehem perlahan. Pintu kaca lutsinar itu ditolak perlahan sebelum aku melangkah masuk ke dalam. Dan perkara pertama yang ditangkap telingaku ialah bunyi dentuman kuat.

Bam! Bam! Bam!

Laju dan berterusan. Gim yang tidak terlalu besar itu membuatkan bunyi yang terhasil agak bergema. Sampaikan meremang bulu roma dibuatnya. Macam aku pula yang tengah ditumbuk sekarang ini.

Pantas aku palingkan wajah ke arah punca suara itu.

Dari kejauhan, aku dapat melihat sekumpulan manusia sedang berkumpul di satu kawasan. Ada punching bag yang tergantung di dinding sementara yang lain menjadi penonton dengan seorang lelaki berdiri di tengah-tengah dan memukul beg yang entah berapa kilo itu.

Aku melangkah perlahan. Malas nak bersuara sebab takut mengganggu. Hanya mata yang kekal menjadi pemerhati.

Sekali lagi, bunyi dentuman kedengaran tanpa henti. Punching bag di depan ditumbuk bertalu-talu sehingga ia berayun di tempatnya. Si penumbuk pun sudah banjir dengan peluh, namun ada suara lain yang berterusan menyuruh agar tidak berhenti.

"Go! Push! More! Jab! Balance your stance. Footwork. Footwork."

Dah macam zikir pun ada. Entah apa yang keluar dari mulutnya, tapi satu-persatu dikeluarkan dengan arahan tegas.

Aku tolehkan kepala ke sisi. Cuba memandang empunya suara itu.

Badzri.

Ya, dialah lelaki yang aku cari. Dan, gayanya masih sama. Hoodie hitam menutup separuh wajah sehingga aku hanya dapat melihat separuh sahaja daripada side profilenya.

Tapi walau terlindung hoodie sekalipun, aku masih dapat melihat ketajaman mata itu dalam memerhati. Penuh teliti dan tanpa lepas. Dan kadangkala, kepalanya diangguk perlahan.

"Final jab!" Badzri menyeru lagi dan kali ini, satu dentuman yang jauh lebih kuat kedengaran. Berdentum sehingga bergema, sekali gus membuat tepukan perlahan bergema dari golongan penonton.

"Good job, Azrul. Stamina makin better, otot pun makin solid. Keep up the good work."

Untuk seketika, mataku ralit memandang bibirnya yang bergerak memberi komen itu. Tak tahu kenapa, tapi aura yang ada padanya buat aku mahu terus memandang. Dia sangat... berkarisma.

"Boleh bersurai. Thank you for today."

"Thank you, coach!"

Spontan, aku tersenyum sedikit apabila semua yang ada menjerit serentak. Tak tahu kenapa, rasa comel sangat. Sempat aku melihat ada senyuman kecil terukir di bibir Badzri bersama kepala yang diangguk sedikit.

Setelah itu, dia memusingkan tubuh untuk berlalu. Namun, terus terhenti apabila matanya menangkap kehadiranku. Senyuman yang sempat terukir di bibirnya terus mati sebelum sebelah keningnya diangkat sedikit.

Dan entah kenapa, pandangannya buat aku cuak untuk sesaat. Dia ini, memang jenis yang renung orang macam nak telan ke? Atau dia nampak aku ini macam punching bag depan mata dia itu?

Apabila dia mula melangkah ke arahku, cepat-cepat aku tegakkan tubuh. Tekak berdehem perlahan. Tadi bukan main ralit aku pandang anak teruna orang dalam diam. Bila dia pula pandang aku, terus rasa macam tak cukup skru dalam lutut.

"Cari siapa?" Tanpa salam, tanpa mukadimah. Direct tepat ke batang hidung. Bunyi soalan pun tak nampak ramah mesra.

"Are you Badzri Mujahid?" Dah tahu, tapi aku tetap nak acah-acah bertanya. Sengaja pasang nada formal, supaya dia tahu aku datang dengan tujuan yang serius.

Namun, dia tak membalas. Hanya diam dengan mata turun naik memandang aku. Hampir seminit dia diam. Seolah-olah tengah berfikir sama ada dia patut jujur atau tidak untuk menjawab soalanku tadi.

Sehinggalah aku berdehem perlahan, barulah dia mengangguk sekali.

"Saya Badzri."

Automatik, aku mengukir senyum. "Saya Aleeya. Aleeya Farisya."

Sekali lagi, dia mengangguk. Tanpa suara. Memang jenis yang berat mulut agaknya.

"Saya cari awak." Aku berkata lagi. Sebagai mukadimah.

"Dan, saya dah ada di depan awak." Tak mesra sungguh bahasanya. Tapi, aku tetap tersenyum.

Aku kerling dulu keadaan sekeliling. Ada beberapa pelajar yang menjadi pemerhati kami. Mungkin sebab aku ini wajah baru yang muncul di sini.

Segan sebenarnya nak beritahu niat aku ke sini secara terbuka. Tapi, melihatkan gaya lelaki di depanku ini, aku tak rasa dia nak ajak aku bersembang dalam bilik atau pejabat yang lebih tertutup. Macam tak sabar nak aku balik adalah. Cis!

"Saya nak jadi student awak."

Dan tak perlu sesaat, bibirnya terus naik menyenget.

Entah kenapa, aku terkelu. Tak menduga senyuman yang terukir di bibir merahnya itu walaupun sinis. Cukup senyuman kecil itu untuk menaikkan seri wajahnya.

Matanya kembali turun naik memandangku. "Saya tak terima student baru lagi. Terima kasih. Jumpa lagi."

Dan, aku terus ternganga. Jatuh rahang dengan penolakan yang sangatlah tak bertapis itu. Direct! Tepat menusuk! Rasa macam baru lepas kena reject dengan crush sendiri!

Apabila dia sudah memusingkan tubuh untuk berlalu, cepat-cepat aku mengejar dan berdiri di depannya. Tangan naik memeluk tubuh.

"Excuse me?" Aku jongketkan sebelah kening ke arahnya.

Dia hela nafas pendek. "Pendaftaran pelajar baru tak dibuka. Melainkan Cik ini anak menteri, tak ada sebab untuk saya terima pendaftaran Cik secara pintu belakang macam ini." Mudah dia bersuara. Santai dan senada, tapi ada tegasnya di situ. Tanda keputusannya bukan mudah untuk diubah.

"Tak perlu saya jadi anak menteri, I can already pay you a fortune." Penuh yakin aku bersuara. Bukan nak berlagak, tapi kalau ini caranya supaya Badzri bersetuju, apa salahnya?

Tapi, dia tergelak. Masih dengan nada yang sama. Sinis.

"Do I look like an 'anak ikan' untuk awak sogok saya dengan duit?"

Terus tertelan liur aku dibuatnya apabila pandangan matanya berubah tajam. Mencerun dalam. Seolah nak keluarkan mata aku dari soketnya.

Aku berdehem perlahan. Okey, mungkin aku guna ayat yang boleh buat dia salah faham.

"Look. Saya tak bermaksud macam itu. I mean..."

Dia pantas memotong. "I am not interested in recruiting a new one. Tapi, terima kasih sebab berminat."

Dia pusingkan tubuh untuk berlalu. Hoodie yang sedikit tertolak ke belakang, ditarik sedikit agar semakin ke depan dan kakinya mula melangkah santai untuk meninggalkanku yang masih terkebil-kebil di situ.

Spontan, aku menggigit bibir. Geram. Nak-nak pula apabila ada banyak mata yang menjadi pemerhati dia mereject aku. Rasa tercabar sungguh.

Tangan kukepal erat. Kali ini, aku dah nekad. Aku nak juga dia ajar aku boxing! Maka tanpa sempat dikawal, mulutku terlebih laju bersuara.

"Twenty grand." Senafas.

Dan, langkahnya terus terhenti. Kaku di tengah jalan sementara aku sudah mula tersenyum memandang belakang tubuhnya. Spontan, tangan naik memeluk tubuh. Gaya orang kemenangan.

Who could resist money, anyway?

Apabila dia menoleh semula ke arahku, semakin aku lebarkan senyuman di bibir. Senyuman kemenangan dan penuh mencabar.

"Twenty grand per month for being my personal boxing trainer."

Dan, dia diam. Bagaikan sudah mula goyah dengan penolakannya tadi.

Kali ini, aku pula yang berwajah santai dan sinis. Sebelah kening naik untuk mencabarnya.

"You in?"

Continuă lectura

O să-ți placă și

1.4M 65.1K 62
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
60.4K 3.6K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
337K 6.9K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...
624K 24K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...