Aku selalu ada || Abdul Kahar

By TheRealAshiu

56.6K 2.7K 1.5K

Kahar ada gf tho (kau ah tu) Bamf reader, ooc kahar (kinda aq rasa) Y/n is the owner of an underground gym th... More

Kem Minda Sihat
Dating
Kental
Manifesto
Lawan taruh
Lawan taruh part 2
A/n 1
Tumbang
Jibam
A/n2
Minggu asrama
Fanfic meme
Bukan chapter
Outing
Bersalah
Jaga
A/n3 aku nak rambling
High council
A/n ?
Rumah
A/n bincang
Budak
Daging
Dekat
Jauh
Minat
Kejar
Rindu
Lepak
Dua tahun
Madu
Kelantan
Pulang
Makan petang
Gelap
Terang
Tegang
A/n
Saksi
Hancur
Besar
Meracau
Rahmat
A/n- pengunguman
Kembali
Pandang
One shot

Ulang

909 60 56
By TheRealAshiu

2006(Kahar form5):

Aku park motor aku jauh sikit dari sekolah supaya guard tak nampak dan denganr motor aku. Aku lompat pagar masuk sekolah sengap-sengap.

Ayam tengah tunggu dekat KUDRAT square. "Jom lah! Prakash dengan Fakhri dah mula manifesto tu." Ayam cakap sambil tarik tangan aku untuk jalan ke dorm lelaki. "Eh kejap lah. Mia mana?" Aku tanya si Ayam. Hoodie aku bawah jacket hitam tu aku tarik ke atas. Rambut aku dah diikat jadi tak ada rambut yang keluar dari hoodie.

"Aku nampak mia naik tadi. Jom la y/n aku tak sedap hati ni."  Ayam tambah, masih lagi tarik aku dari pergelangan tangan.

Aku ikut sahaja. kepala aku sebenarnya dah sakit, badan aku masih lemah. Rasa sejuk sangat-sangat.

Bila kami sampai ke block lelaki, semua batch form 4 dan form 5 tengah bergaduh sesama sendiri. Dari atas blok sampai ke bawah.

"UMUM LA SIAL!" Aku dengar suara Fakhri lantang menjerit dari tingkat atas. Mata aku meliar ke arah tangga yang penuh dengan budak-budak bergaduh.
Aku toleh ke arah Ayam yang telah tanggalkan selipar dia. Aku faham.

Aku genggam tangan aku. Walalupun tangan kanan aku baru sahaja wrap dan luka sebab tumbuk cermin siang tadi.

"Hati-hati yam." Aku cakap. Ayam angguk. Dengan itu kami berdua menuju ke arah tangga. Aku di depan manakala Ayam dibelakang. Ada dua tiga budak yang lontarkan diri ke arah aku. Aku cuma langkah ke belakang dan ambik jarak. Pusingkan badan, aku menghadap belakang kemudian pusing balik dan sepak kedua budak tu. Bila kedua-duanya dah jatuh aku sambung naik tangga.

"Fakhri!" Ayam jerit dari belakang aku sambil pukul sesiapa sahaja yang cuba attack dia dengan selipar jamban dia tu.

Aku tak kata apa-apa. Terus berjalan, make sure yang si Ayama masih belakang aku. Tangan  aku dah sakit. Aku memang selalu tumbuk pakai tangan kanan.

Lagi setingkat ja y/n. Boleh.

Setiap kali budak datang ke arah aku, aku tumbuk muka dan hiraukan rasa pedih buku lima aku.

Nama Fakhri tak pernah lekang dari mulut si Ayam. Bila aku sampai ke atas aku nampak Fakhri pukul Kahar.

"Fakhri!" Aku jerit nama dia. Fakhri pusing. "Bagus! Kau ada sini kan?! Kau tengok aku hancurkan mamat sial ni!" Fakhri cakap dan sambung memukul Kahar.

"Kau umum sekarang!" Fakhri jerit ke muka Kahar. Tangan dia mengcekik tengkuk Kahar.
Aku berlari ke arah mereka berdua. "Sudah la hanat!" Bahu Fakhri dipegang oleh aku. Aku cuba tarik dia tapi aku tengah lemah dan tangan aku sakit sangat-sangat. Fakhri cuba usir aku tapi aku tak berganjak. Entah macam mana Fakhri boleh pusing dan tampar aku.

Aku terkejut.

Tak pernah aku fikir yang dia nak naik tangan dengan aku.

Fakhri terdiam.

"Hang nak sangat balaih (balas) dendam an?" Aku tanya dia. Aku angkat kedua tangan aku yang dah di genggam. Bandage belah kanan aku memang dah merah habis.  Tanda yang buku lima aku berdarah balik sebab menumbuk tadi.

"Hang masuk!" Aku jerit ke arah Fakhri dan angkat kaki aku terus sepak-tolak dia di dada. Fakhri yang tergerak ke belakang ambik kesempatan jarak untuk sepak aku balik. Tapi sepakkan dia aku tepis. Fakhri menjerit dengan sekuat hati lalu cuba menumbuk aku. By reflex, tangan yang menepis merupakan tangan kanan. Walaupun tumbukkan tak kena dekat aku, buku lima aku terkena lengan dia. Sakit tu terasa dari buku lima himgga ke siku. Macam jarum menyusuk.

Dah la terluka. Di tekan-tekan lagi.

Aku meraung kesakitan tapi tak berhenti lawan.Kahar tadi yang terduduk atas lantai dah berdiri. "Sudah!" Dia jerit "aku umumkan." Kahar cakap dan berdiri antara aku dengan Fakhri. Kahar pusing lalu memanggil kedua-dua batch yang berperangan.

"Aku turun sebagai kapla!" Kahar jerit. Kesemua batch diam. Satu block tak ada bunyi, sunyi sepi.

"Dengar tak! Kahar turun sebagai kapla!" Fakhri jerit sekali. Dengan niat menyakat si Kahar.

Fakhri dengan muka puas hati tengok Kahar. "Kau kalah." Fakhri cakap. Kahar langsung tak kesah. Muka dia reda dengan keadaan ni. Bila Fakhri jalan sebelah aku, bahu dia berlanggar dengan bahu aku. Tangan aku yang terluka tu tak sengaja terkena sekali. Dia tak kisah, terus jalan tinggalkan aku dengan Kahar

Aku mengerang kesakitan, memegang tangan aku yang dah berdarah tu. Kahar datang dan pegang tangan aku dengan lembut. Riak muka dia yang reda tadi dah berubah sebaik saja dia nampak darah yang menitik keluar dari bandage tu.
"Melampau." Dia cakap seorang diri dan berjalan laju mengekori Fakhri.

"Jangan usik dia lah!" Kahar jerit dan menghanyunkan kaki dia untuk menyepak si Fakhri. Namun yang disepaknya ialah Ayam. Ayam yang terjatuh dari tangga dan terus ke bawah.

Mata aku terbeliak dan lari ke arah tangga. Fakhri yang tadi berdiri disebelah tangga terus pecut ke bawah.

Aku berdiri sebelah Kahar. Melihat dari atas, Fakhri tengah pegang ayam. Ayam dibaringkan atas paha dia. Fakhri tak berbunyi, hanya mengotorkan tangan dia dengan darah yang megalir dari badan Ayam yang tak bergerak satu inci pon.

"Warden warden!" Jerit salah satu pelajar. Terus semua orang lari dari tempat ni, terus menuju ke bilik masing-masing.

Aku cuba bergerak turun ke bawah tapi lengan kiri aku di tarik oleh Kahar. Dia terus tarik aku hingga ke blok lain. "Kahar lepas lah! Ayam! Ayam tu saya n-"

"Tak boleh." Kahar cakap dan pusing ke arah aku. Kami ada di tangga blok lain. Aku ingat block ni. Block tak ada pelajar.

"Kalau warden nampak awak. Awak mesti di soal." Kahar cakap. Tangan dia di bahu aku. Kahar bongkok sedikit supaya muka dia betul-betul depan muka aku.

"Awak boleh kena tuduh." Kahar cakap lagi. Tangan dia yang dekat bahu aku tu boleh rasa yang tangan dia tengah ketar. Otak aku tadi di rasuk emosi dah mula rational. Apa Kahar cakap tu betul. Aku tak patut pon ada dekat sini. Aku angkat tangan aku dan letakkan di pipi dia.

"Kita lari dari sini." Aku cakap dengan serious. "Lari ke mana? Thailand?" Kahar tanya dengan confused. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang jadi. Otak dia foggy lah tu.

"Sekolah ni. Lari sekarang balik gym. Kalau ada orang report, Rahmat alibi kita." Aku cakap dan tarik tangan dia untuk turun tangga block. Kami senyap-senyap menuju ke bawah. Aware dengan surrounding dan akhir sekali panjat pagar sekolah keluar.

Aku hidupkan motor aku, Kahar duduk di belakang. Aku terus pecut balik ke gym. Tangan Kahar di letakkan di pinggang aku. Dia pegang tapi tak erat mana. Aku masih lagi boleh rasa tangan dia yang tengah bergetar.

Bila dah sampai gym, kami masuk. Ada lawan taruh yang tengah berlaku. Aku terus ke office, menarik Kahar yang masih lagi tak bersuara. Kahar duduk di atas sofa. Dia tengah termenung jauh. Muka dia tak ada reaksi.

His brain is registering apa yang dah berlaku.

Aku keluarkan med box dan unwrap tangan aku. Terus tuang alcohol yang ada. I hissed in pain. Dan terus tukar bandage baru.

Aku pusing balik. Kahar masih termenung. Dia sandar di sofa. Mata dia berair. Tiba-tiba dia tercungap-cungap. Menangis teresak-esak. Tangan dia dah diangkat menutup muka dan menggosok-gosok muka dia dengan aggresif.

"Mung buat apo ni Kahar! Bodoh!" Kahar menjerit ke diri sendiri. Tangan dia tadi yang menggosok muka mula memukul kepalanya sendiri. "Bodoh! Bodoh! Bodoh! Menyusahke! Jadi hambla dok jadi ore! Jadi hambla pon dok guno" Dia jerit lagi sambil memukul diri. Mengulang script ayah dia dekat diri sendiri.

Aku berjalan pantas ke arah dia lalu melutut di depan sofa. Aku tarik tangan di supaya dia tak sakitkan diri sendiri. "Kahar sudah!" Aku cakap. Kahar meronta-ronta sambil menangis.

"Kahar sakitkan Ayam. Ayam, sayang, Ayam. Kahar bunuh Ayam." Kahar mula cakap dengan laju. Tangan dia tadi yang aku gengam telah dia angkat untuk pegang muka aku. As if nak sedarkan aku apa yang dia dah buat.

Nafas dia terlalu laju. Aku terus peluk dia. Kahar sambung menangis di bahu aku. "Ayam. Ayam." Dia cakap berulang kali. "Awak tak sengaja." Aku cakap lembut. Tangan aku menyikat rambut dia dengan lembut. " awak tak sengaja." Aku ulang berkali-kali. Kahar tak bercakap apa cuma menangis di bahu aku. Dia peluk aku dengna erat.

Eventually Kahar berhentj menangis. Bila dia lepaskan aku dan bersandar semula ke sofa, I cupped his face in my hands. "Awak duduk sini sekejap" aku cakap. Tangan dia pegang lengan aku. "Awak nak pergi mana?" Muka dia berkerut, dia takut aku tinggal dia dalam situasi ni sorang-sorang.

"Sekejap ja sayang." Aku cakap dan keluarkan kotak rokok aku dari pocket. Aku tahu tabiat dia, kalau tengah genting macam ni, padek yang dia cari.

Aku hidupkan satu batang rokok dan menghisap satu kali. Kemudian rokok tu aku bagi dekat dia.
"Sekejap ja. Sebelum rokok ni padam, saya janji saya datang balik." Aku cakap. Kahar hanya mengangguk. Dia mula menghisap rokok tu.

Aku keluar dari office dan cari Rahmat. Dia tengah announce pemenang lawan taruh atas gelanggang. Sorakkan satu gym kuat berbunyi. Aku terus jalan menuju arah gelanggang.

"Dengar!" Aku jerit supaya satu gym dengar suara aku. Kesemua penontom terdiam. "Kalau ada sapa-sapa tanya. Malam ni, aku dan sorang budak nama Kahar, ada dekat sini. Faham? Aku lawan taruh dan Kahar yang jadi pengadil. Faham!?" Aku tanya. Aku perlukan saksi. Kalau Fakhri buat laporan, aku kena selamatkan Kahar.

Kesemua penonton tak berkata apa cuma mengangguk. Aku pusing ke Rahmat. "Kalau ada apa-apa berita yang aku atau Kahar kena lapor. Kau kemas barang tempat ni." Aku takut hal ni merebak sampai masuk gym. Aku taknak sapa-sapa lepas dalam macam bapak. Rahmat cuma mengganguk.

"Teruskan." Aku cakap dan turun dari gelanggang. Bila aku masuk office Kahar terus tengok aku. Rokok di tangan dia masih lagi menyala.

"Saya dah janji." Aku cakap dan duduk sebelah dia dan menyapai satu batang rokok baru. Kahar menyandar ke arah aku, lama-lama kemudian baring di atas paha aku. Tangan kanan aku yang memegang rokok aku tukar ke tangan kiri supaya tak terkena dia.

Kahar diam, cuma menghisap rokok sambil bebaring. Aku capai remote radio dan hidupkan radio. Tangan kanan aku muka bermain dengan rambut Kahar. Tangan kiri aku yang masih memegang rokok aku letakkan atas tangan sofa.

Lagu yang mula bermain, lagu yang aku selalu dengar waktu sekolah dulu sebab aku ambil French sebagai bahasa asing.

Zaman yang kurang kesialan.

Kami tak bersembang. Cuma merokok dan diam mendengar lagu. Lagu yang agak tenang bagi malam yang penuh conflict.

——
A/n: hi genk, smalam aku dpt result engineering material. Subject kimia yg aku expect fail. Dapat A mat 💀 anyways aku ada buat Pinterest board untuk cerita ni : https://pin.it/4PgeZHn

Continue Reading

You'll Also Like

320K 9.6K 101
Daphne Bridgerton might have been the 1813 debutant diamond, but she wasn't the only miss to stand out that season. Behind her was a close second, he...
664K 33.4K 61
A Story of a cute naughty prince who called himself Mr Taetae got Married to a Handsome yet Cold King Jeon Jungkook. The Union of Two totally differe...
23.1K 1.2K 16
"We used to be close, but I guess that's just the past" Published: April 24, 2018
24.7K 1.3K 52
Phc boys and their other roles. Some are reader insert and some are not (ft kahar from aku selalu ada)