BLIND DATE [OG]

Von chenndol_

198 11 19

3 jejaka, beza personaliti, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berhart... Mehr

1 | PAYUNG KUNING
2 | BERKENAN
3 | BADUT
5 | TERTARIK
6 | TERKUNCI
7 | SALAH AIM
8 | HERO
9 | JUTAWAN
10 | KAWAN
11 | UBAT
12 | PINDAH
13 | HOME
14 | LELAKI
15 | MIMPI
16 | MIOR

4 | MALAYSIA

18 0 0
Von chenndol_

"Wallahi, antum memang dah melampau kan?"

   "Bukan setakat ana antum dah cabar, antum cabar cara hidup dekat sini, antum cabar kesabaran ana, antum cabar semua keimanan Iman!"

   "Njet-steng sekarang!" Iman acah-acah memekak seperti mahu mengajak manifesto.

   "Ampun, kapla! Lepas ni janji tak buat lagi!" Aqil melutut merayu depan Iman seperti apa yang telah diagak oleh Hero. Tangannya digosok-gosokkan dengan laju. Elak jadi bekalan elektrik percuma je Aqil ini mengumpul haba.

   Iman memeluk tubuh. Aqil ditiliknya tajam bak parang butcher.

   Keluhan panjang dilepaskan. Tangan diangkat mengurut pelipis. Kepala digeleng-gelengkan.

   "Alhamdulillah, arwah sudah ana tanam di tempat yang tenang dan subur. Mudah-mudahan rohnya tidak berdendam dengan orang yang melambatkan pengebumiannya." Perli Iman secara halus cukup untuk membuatkan Aqil terus terbaring meniarap atas lantai. Semalam malam Aqil call Hero lagak seperti mahu selesaikan tugas yang diamanahkan. Tapi, bertuah. Lepas end call je, Aqil sambung melayan 'Gilmore Girls' dekat Netflix sampai tertidur. Habis kelas malam itu je, Iman yang uruskan jenazah yang dah kecut seharian.

   "Lepas ni janji tak nak tangguh-tangguh! Ampun! Insaf dah!'

   "Sudah, pergi pack baju sana." Arah Iman dengan tiada penjelasan lanjut. Dia terus menapak ke biliknya.

   "Aik? Mana?" Hero yang memegang sudu dan memeluk bekas aiskrim di tangan menutup freezer dengan kepalanya. Tanduk seperti main bola. Tengok je Iman tak cakap apa, menonong masuk bilik, Hero memandang Aqil. Mengharapkan jawapan. "Tanya aku macam aku tahu." Wajah Aqil masih menempel di lantai.

   Hero menarik hoodie Aqil sehingga dia terduduk. Mengerang Hero dibuatnya.

   "Pergh, berat juga eh kau ni."

   Aqil mencebik. "Mestilah. Aku makan orang bukan nasi."

   "I beg your finest pardon?"

   Aqil pandang Hero dengan mata berkedip-kedip. "Aku cakap apa tadi?" Soal Aqil balik. Dalam fikirannya sudah bercelaru sebenarnya. Tengah sibuk memikir nasib apabila dikacau roh cicak tak aman nanti.

   "Kau duduk termenung, fikir pasal cicak itu dah kenapa? Tak ada benda lah." Pujuk Hero seakan-akan tahu apa yang berada di dalam minda Aqil. Ya lah, kenal dari kecil. Duduk sebumbung pula tu.

Spesies Aqil ini nak kena kutip hari-hari je. Sebabnya bila ramai orang mula menyirap dengan mamat seketul ini, selalu sahaja dia dibuang di mana-mana. Tapi sekarang, Hero setia mencuba tenangkan Aqil yang overthinking benda yang tak perlu dithinking.

   Penutup aiskrim dibuka sebelum disuapkan satu sudu penuh mint choco ke dalam mulut.

   "Makan duduk, setan."

   "Astaghfirullah..." Hero meletakkan tangannya ke dada. "Terasa ana." Hero langsung tiru cara percakapan Iman.

   Aqil merengus. Dia bingkas bangun. Langkah disusun memasuki bilik tidur Iman. Masuk sahaja, terus dilempar badan ke atas katil empuk Iman yang rapi.

   Iman yang tengok Aqil selamba badak selepahkan katilnya tersenyum hambar. Zikir meniti bibir tanpa henti.

   Baru sekejap tadi dia siap gosok cadar katilnya.

   "Packing balik Malaysia?" Tebak Aqil. Iman mengangguk. Dia kembali melipat pakaian masuk ke dalam luggage berwarna biru gelapnya.

   "Berapa hari?"

   "Balik hari."

   Aqil tertawa sinis. "Kasar. Shouldn't have asked."

   "Pack your things too. Ayah Hero nak buka meja bulat. Suruh Hero kemas barang dia sekali. Pukul 4 pagi nanti gerak pergi airport."

   "Seriously?" Soal Hero dan Aqil serentak. Kepala Hero dah menjenguk dalam bilik Iman. Aqil pun dah terduduk tegak atas katil macam spring.

   "Yes."

   Ringkas, tetapi cukup untuk buat si adik-adik mengeluh panjang.

   "Nanti-nanti je lah pack." Aqil berbaring semula.

   "Bukan antum kata tak nak tangguh-tangguh kerja dah ke? Atau ana yang silap dengar rayuan seseorang insan tadi?" Iman sengaja menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

   "Aku beli je lah baju baru nanti. Balik sehari je, apa nak kecoh." Kini, Hero pula yang hidup stress-free.

   "Aqil?"

   Aqil menutup muka dengan bantal. Baring semula. Bunyi dengkuran sengaja dibuat-buat.

   Iman menggeleng.

   Tanpa banyak songeh, Iman terus mengatur langkah ke bilik Aqil. Bajunya dilipat oleh Iman sebelum dimasukkan ke luggage polo milik Aqil.

   Patah je balik kat bilik dia semula, Aqil sudah pun lena. Beg luggage diturunkan. Perlahan-lahan Iman cuba nak zip beg tanpa kejutkan Aqil.

   Sudah lengkap semua, dia tutup lampu dan melangkah ke ruang tamu.

   "Hero, tidur," arah Iman lagak seperti seorang abang kepada adik bongsunya. Padahal jarak umur Iman dan Hero tiga bulan sahaja. Dengan Aqil, sebulan. Umur sama sahaja. Tetapi matangnya tahap dewa kalau nak dibandingkan dengan Aqil dan Hero.

   "Alah, satgi lah," rengek Hero. "Awal lagi ni." Jam ditilik.

   2.34 a.m.

   "Pandai tengok jam ke tak?"

   Hero toleh, merenung jam dinding lama. Mata dikecilkan.

   Jam jarum.

   "Tak reti," jawab Hero mudah. Mata kembali tertancap pada skrin televisyen yang menayangkan filem Barbie: the Princess and the Popstar.

   "Malas aku nak kira jarum dia berhenti kat mana. Juling mata tenung lama-lama." Cermin mata ditanggalkan. Iman mencekak pinggang.

   "Pukul 3.30 nanti ana tengok antum masih terbongkang atas katil, ana berhenti bayar Netflix. Biar antum tak boleh marathon barbie." Sepantas kilat remote diraih. Punat off ditekan lalu televisyen pun ditutup.

   Dengan tak kemas saki baki makanan dia, Hero terus bergegas masuk ke dalam bilik. Pintu dikatup rapat.

   Iman tercengang.

   "DAH SIAPA PULA NAK KEMAS BEKAS SISA KAU MAKAN NI SEMUA, HERO? AKU NI KULI ENGKAU ORANG BERDUA KE, HUH?!"

   Dah kata, baru nak jadi abang mithali, ada je kegagalan.

•••

Hero meregangkan badannya serenggang-renggangnya. Kalau boleh, gaya nak tarik sama macam Elastic Girl dari filem 'The Incredibles'. Stretchy.

   16 jam dalam kapal terbang mana tak lenguh satu badan.

   "Iman!" Panggil seorang bapa yang sudah dimamah abad. Iman menoleh.

   "Ba!"

   "Baba!" Belum sempat Iman mahu lari lagak adengan popular Diwale, Hero pantas menghalang. Topi Iman yang disarung elok di kepala dipaut sekali dengan rambutnya. "Zzzdont."

   Iman mengaduh sakit. Tangan Hero ditepis kuat. Mahu patah tangan anak muda itu dibuatnya. Tali hoodie disarung Hero ditarik menutup separuh wajah tampannya. "Suka hati kau je nak sentuh-sentuh aku," decit Iman.

   Personality split sungguh.

   Hero yang tayang muka nak nangis, tapi anak jantan tak boleh menangis ditikam dengan jelingan membunuh. Kemudian, Iman mengeluh panjang. "Suka hati lah, baba ana. Bukan baba antum. Hrmph!" Tarik muncung.

   "Eh, lupa dah ke tujuan meja bulat? Punca kita ke Malaysia balik hari?" Sampuk Aqil.

   "Buat-buat lupa ke memang lupa atau banyak kunyah kerengga kau ni?" Sambung Hero. Menanya selagi mana boleh tanya.

   "Ana...." Mati kata-kata. Kepala ditunduk. Pelik baba Iman melihat gelagat tiga sekawan ini duduk tercegat depan pintu gate.

   "Ha, buat-buat tak tahu. Sudah, mari kita balik villa. Time dinner, baru jumpa baba you," cadang Aqil.

   "Seburuk mana pun bapamu itu, dia tetap bapamu jua."

   Eh.

   Sentap.

   Aqil dan Hero terkatup rapat mulutnya.

   Memang benar bapa-bapa mereka sering berkeras mahu aturkan hidup mereka walaupun sudah dibantah banyak kali mahu jalankan hidup sendiri. Tapi apa daya, seorang bapa pun mahukan yang terbaik untuk anaknya.

   Itulah maksud meja bulat.

   Hidup mereka bagaikan kereta yang dipandu oleh pemandu yang bukan pemilik kunci keretanya.

   Punca mereka pulang ke Malaysia hari ini pun disebabkan mereka perlu dijodohkan dengan gadis pilihan bapa masing-masing.

   "Iman?"

   Iman menongkatkan kepala. Babanya sudah terpacak di hadapan.

   "Elok sikit nak, kamu bertiga blocking orang belakang nak lalu," tegur baba Iman. Beg sandang Iman ditarik sekali dengan dia ke tepi. Si tua sudah ditarik ke tepi, si adik-adiknya pun ikutlah.

   Usai itu, ramai penumpang airplane baru dapat keluar daripada gate. Baba Iman tayang senyuman kekok sambil mengucapkan kata maaf berulang kali.

   "Ba, Iman balik villa dulu. Nak rehat sekejap. Malam nanti baru kita jumpa," tuturnya sungguh sopan. Nada Iman bercakap pun sangat lembut apabila dia berbicara dengan babanya.

   "No."

   "NANI?!"

   Tapi kesopanan dan kesusilaan buat seketika sahajalah.

***

"Hero... aku dah pasangkan dengan anak perempuan Tengku Ahmad. Hasilnya kita tunggu sahaja." Hero mengsiat dumpling dengan pisau daging. 'Mampus aku kalau ayah tahu apa jadi...' getus hatinya.

Blind date dah gagal. Siapa lagi yang bakal dipasangkan dengan Hero?

"Aqil dengan Iman... nak aku carikan juga ke pasangannya?" Soal ayah Hero kepada orang tua Aqil dan Iman. Mereka adakan makan malam bersama di restoran Cina. Jadi, terpaksalah mereka ambil flight balik ke UK pagi esok.

Topik ini boleh tahan mengambil masa yang lama jugalah untuk dibualkan.

"Elok lah juga itu. Aku pun mahu luaskan pengaruh syarikat. Susah betul nak cari business partner dekat Malaysia ini," sokong Dato' Hairul. Dia tubuhkan food company yang producekan banyak makanan yang berkualiti. Tapi yang peliknya, Aqil bantah untuk teruskan legasi yang maju milik papanya. Dia berkeras untuk mengambil jurusan seni di universiti. Bila disuruh ambil jurusan sains makanan, memberontak pula anak muda itu.

"Baba dah uruskan perjumpaan kamu dengan semua anak perempuan CEO yang baba kenal. Baba nak kamu hadiri blind date itu setiap minggu tiga kali," pesan Tengku Anas kepada anak lelakinya, Iman.

"Eh, apa bisa begitu? Siapa antum untuk menentukan jodoh ana? Antum Tuhan? MASYAALLAH! HARAM! CANNOT DES!" Iman bersuara. Tajam mata Tengku Anas mencerlungnya. Terus Iman terdiam.

"Papa dah beri Aqil kebebasan untuk belajar bidang yang Aqil minat di U, bukan? Jadi, sekarang papa nak kamu balas jasa papa dengan jadi CEO kepada syarikat papa nanti." Dato' Hairul pula kini mengingati Aqil. "Dah macam mana ilmu seni boleh menuju ke arah business syarikat makanan pula dah ni?" Aqil berbisik pada dirinya sahaja.

Nah, ini lah dia fungsi meja bulat. Kecoh dengan bantahan dua beranak.

Tengku Anas berdehem. "Iman... biar aku carikan. Kena pasangkan dengan wanita solehah. Jarang nak jumpa wanita berbudi zaman sekarang ini."

"Jangan risau."

Iman buat muka toya. "Dating tu bukan dikira haram juga ke?"

"Sebab berdua-duaan...?"

Diam.

   Dinilai.

    Iman mendengus. "Whatever."

***

Aqil dan Iman sudah lama pulang ke villa. Sekarang, tinggallah Hero seorang dengan bapanya.

   Suasana antara mereka berdua kekok.

   Hening.

   Makanan di atas pinggan dikuis-kuis.

   "Aku dah dengar semuanya daripada Linda." Suara garau Dr. Reyzar memecahkan kesunyian antara mereka. Perlahan Hero mengangkat wajah, melontarkan pandangan kepada ayahnya. Napkin dilipat lalu diletakkan di tepi.

   Jadi origami angsa pula.

   Hero mengemamkan bibir. Hidung kembang, kempis. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk gelak tertawa.

   "Apa yang buatkan kau ni tak laku, ya?" Wajah Hero ditiliknya. "Ada rupa. Hidung, mata, bibir semua cukup. Tak ada pula yang lebih. Sempurna je macam aku."

   "Tapi kenapa...?" Soalnya. Pelik. Dia memang mengaku ketampanannya diwarisi oleh Hero.

   Hero mengangkatkan kedua belah bahunya. "Can't blame her that Hero tampan sangat dan buatkan dia insecure. Maybe I'm out of her league to call hers." Dr. Reyzar angguk setuju. Mujur dia tidak dimarahi.

   Jari diketuk-ketukkan pada paha. Hero menggigit isi di dalam pipinya.

   Gusar tolakan Linda tidak bermakna untuk ayah berhenti carikan jodoh yang lain.

   "Ayah dah aturkan perjumpaan blind date kamu. Esok, pergi. Satu lagi, kamu akan jadi CEO. Ganti tempat ayah. Ayah dah tua. No more excuse and never try again to disobey me. Cita-cita kau tu tak menjamin masa hadapan pun." Kan dah kata. Cita-citanya untuk menjadi seorang chef mana pernah disokong ayahnya sendiri.

Dipandang keji adalah.

   "Hm..."

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
226K 15K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
180K 12.8K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
7.5K 468 65
♥️#2nd book of Royal series♥️ *Kalau tak keberatan sila lah baca book 1 dulu..tapi kalau tak nak..tak apa.* Steve,James,Max,Michael,Joseph dan Alex S...