MRS ARFAN DANIEL©

Bởi Starezella

1.1M 42K 1.2K

[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH... Xem Thêm

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 !
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER !

95 - End

14.1K 374 23
Bởi Starezella

SETAHUN KEMUDIAN,

ARFAN mengurut dahi perlahan memikirkan perihal isterinya, sejak kebelakangan ini Marisa lebih banyak meluangkan masa di luar rumah berbanding dengan dirinya. Setiap kali Arfan menyoal, sang isteri hanya membalas keluar dengan Qayra.

Puas Arfan memikirkan silapnya di mana tetapi malangnya hanya buntu yang dijumpai.

Ketukan di pintu membuatkan Arfan tersedar dari lamunan yang panjang. Muncul Syafina, setiausaha baru yang dilantik selepas sahaja Arfan menyuruh Marisa menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia tidak mahu Marisa penat berkerja sedangkan duit yang dimiliki cukup menampung keluarga mereka sehingga tujuh keturunan.

"Kenapa Syaf?" Soalnya senada, moodnya sedang tidak baik-baik sejak kebelakangan ini. Sejak Marisa banyak menghidari dirinya seakan wanita itu menyorokkan sesuatu.

"Maaf menganggu tuan muda Dani.. Encik Adam datang nak berjumpa dengan tuan," ucap Syafina penuh hormat. Segera Arfan membenarkan setiausahanya menyuruh Adam masuk memandangkan sudah lama dia tidak mendengar khabar dari sahabatnya seorang ini.

Adam segera bersalaman dan memeluk tubuh sasa Arfan sebelum disuruh untuk melabuhkan punggung di kerusi getah yang disediakan.

"Apa khabar Adam? Lama dah tak dengar khabar sejak berjaya buka syarikat sendiri." Bicara Arfan dahulu, dia bangga dengan kejayaan Adam membina nama sendiri. Lelaki berkot hitam itu sekadar tersenyum segan, kepalanya diggeleng perlahan.

"Khabar baik je Arfan. Semuanya kerana kau sudi bagi aku dana dulu untuk mulakan syarikat kalau tak, aku tak berjaya dah berada dekat sini sahabat. Terima kasih atas bantuan kau." Arfan pantas menggeleng. Semuanya kerana usaha keras Adam sendiri bukan kerana dirinya. Dia hanya membantu dari segi duit, selebihnya atas Adam. Lelaki itu sepatutnya berterima kasih kepada dirinya sendiri kerana tidak putus asa hendak mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.

"Kenapa kau datang? Jarang-jarang Ceo berjaya macam kau nak datang ke sini," seloroh Arfan membuatkan Adam tertawa perlahan.

"Kau cakap macam Adam Enterprise lagi berjaya dari Aris Company." Seloroh Adam kembali membuatkan Arfan pula tertawa perlahan.

"Aku datang sini sebab nak bayar semula duit modal kau beri dulu bro, dulu aku pernah janji kalau aku berjaya.. aku akan bayar semula. Jadi.." Arfan segera menggeleng menolak.

"Simpanlah untuk emergency case," putus Arfan.

"Tapi bro.."

"Kalau macam itu, apa kata one day if aku perlukan duit ni. Aku akan minta pada kau. Buat masa sekarang.. kau simpan je dulu, buat sebagai emergency money untuk diri kau and bakal wife kau. Kita tak tahu bro bila Allah akan uji kita jadi better save for the future kan?" Adam lama mendiamkan diri sebelum mengangguk akur. Ada benar kata-kata sahabatnya.

"Thanks Arfan,"

"Small matter Adam,"

"Hah aku nak tanya ni.. kenapa muka kau nampak serabut je? Sejak dari aku masuk sampai sekarang walaupun kau gelak, tapi kau nampak macam tengah ada masalah. Nak kata pasal duit, aku baru je offer tapi kau tolak. So, ini pasti tak lain tak bukan pasal wife takpun peribadi matter?" Teka Adam membuatkan Arfan segera mengeluh berat.

Segera tali lehernya dilonggarkan sedikit.

"Hmm ada masalah sikit bro,"

"Nak share ke? Mana tahu aku boleh tolong." Soal Adam, segera wajah bermasalah sahabatnya dipandang. Dia sudah lama berkawan dengan Arfan, dia kenal sungguh sikap lelaki itu setiap kali memiliki masalah.

"Macam ini.. wife aku, sejak kebelakangan ni dia macam pelik tau. Aku tak tahulah perasaan aku je ke semata tapi setiap kali aku balik rumah, wife aku mesti dekat luar lagi. Bila aku call tanya, dia cakap dia masih lepak dengan Qayra. Lepastu ahad lepas, aku fikirkan hari minggu dapat lepak dengan dia dan Adrian tapi tahu-tahu je dia nak keluar rumah. Alasan dia nak lepak dengan Qayra. Dia macam cuba mengelak dari aku tau. Itu aku tengah pening fikir, kenapa wife aku macam itu." Luah Arfan sedikit kesal. Rambutnya diraup ke belakang. Sedikit stress.

Adam berkerut perlahan.

"Berat masalah kau ni bro. Korang bergaduh ke?" Soalan Adam membuatkan nafas yang dihela semakin kasar.

"Itu buat aku lagi stress Adam. Nak kata gaduh, tak. Kami bercakap masih elok, Marisa masih layan aku baik, makan pakai aku dia masih jaga. Tapi entah sejak kebelakangan ini dia pelik sangat. Aku tak tahu silap aku dekat mana, bila aku tanya. Dia cakap aku tengah demam ke? Entahlah, aku stresslah Adam." Kepalanya ditelangkupkan ke meja. Sudah beberapa hari kerjanya tidak dapat difokuskan kerana memikirkan hal tersebut.

"Mungkin dia memang betul nak luang masa dengan adik ipar kau? Jadi, kau janganlah risau sangat Arfan." Pujuk Adam. Meskipun awalnya dia kata, dia mungkin dapat membantu. Namun selepas mendengar luahan Arfan, dia turut buntu seperti Arfan.

"Hmmmm tadi kata boleh tolong aku Adam tapi kenapa sekarang kau cakap macam itu," ujar Arfan sedikit merengek kesal, wajahnya masih melekat di meja kerjanya.

"Aku cakap mana tahu... bukan seratus peratus yakin." Bidas Adam membuatkan rengekan Arfan semakin kuat.

"Aku tengah stress ni Adam."

"Aku lagi stress tengok kau macam siput je sekarang ni Arfan." Balas Adam membuatkan Arfan segera memberi pandangan maut kepadanya. Keluhan sekali lagi dilepaskan kasar, kepalanya stress memikirkan masalah yang dihadapi saat ini.

"Cuba tanya Haikal?"

"Sudah. Dia cakap Qayra tak kasi dia bagitahu," jawab Arfan pasrah. Sudah berulang kali dia memaksa Haikal memberitahunya namun Haikal tetap menolak untuk jujur. Dia sedar lelaki itu bertindak sebegitu kerana takutkan Qayra, siapa je yang tidak takut dengan angin monsun Qayra?

"Hmmm kalau macam itu, kau kena tanya isteri kau sendiri Arfan."

Arfan diam. Rambut diraup kasar.

MARISA yang sedang memakai pakaian yang baginya cantik dipandang. Sedikit sebanyak hatinya dipagut rasa cemburu kerana memikirkan banyak mata keranjang di luar sana yang memandang isterinya. Pinggang ramping Marisa segera dikucup lalu ciumannya jatuh pada bahu putih sang isteri.

"Sayang.." seru Arfan perlahan.

Marisa segera melepaskan pelukan mereka.

"Abang tak mandi lagi ke?" Soal Marisa membuatkan Arfan tersentak, segera tubuh badannya dihidu. Masih kuat bau sabun Lux yang digunakan tidak lama tadi.

"Sayang nampakkan abang baru je lepas mandi?"

"Hmmm kalau macam itu, Mar nak keluar sekejap dengan Qayra. Mar bawa Adrian sekali." Balasan singkat sang isteri membuatkan Arfan segera mengejar langkah Marisa yang sedang mendukung Adrian keluar dari bilik tidur mereka.

"Eh... sayang tapi harini kan hari minggu? Sayang masih nak keluar macam minggu lepas ke? Sayang taknak spend time dengan abang ke?" Soal Arfan sedikit lirih, wajah Marisa ditatap dalam mengharapkan Marisa membatalkan niatnya hendak keluar minggu ini.

"Uhmm Qayra dah tunggu Mar. Mar janji Mar balik awal. Sayang abang, muah." Sempat dikucup sekilas pipi sang suami sebelum kakinya laju menuruni tangga. Arfan mengeluh perlahan, segera bayangan sang isteri yang sedang menaiki kereta Swift milik adik iparnya dihantar dengan sorotan mata.

Sedih? Iya, Arfan sedih saat ini. Isterinya sudah berubah. Marisa sudah tidak lagi mencintai dirinya? Arfan terduduk di atas lantai marmar, air matanya perlahan mengalir. Hatinya tidak mampu menerima sekiranya Marisa sudah tidak mencintainya lagi.

ARFAN tersedar dari lena saat telefon pintarnya menjerit-jerit meminta diangkat, sempat waktu dilihat. Sekarang jam sudah menghampiri 8 malam, kawasannya rumah masih gelap tanpa sebarang cahaya membuktikan Marisa belum pulang. Arfan segera bangkit lalu butang hijau ditarik.

"Kenapa Qay?"

"A-abang... tolong Qay. Kak M-Mar.." suara Qayra yang sedang teresak-esak membuatkan anak mata Arfan segera membulat besar, seketika hilang rasa mamainya.

"Kenapa dengan isteri abang?" Suara Arfan melengking tinggi, jantungnya sudah berdetak kencang. Dia takut sekiranya sesuatu sudah berlaku kepada Marisa dan Adrian.

"K..kak Mar.."

"Share location sekarang. Abang datang!" Arfan pantas bangkit, kunci kereta yang tergantung di dinding segera digapai sebelum kakinya laju melangkah menuju ke arah kereta miliknya.

Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang Arfan rasakan saat ini, tangannya sudah mengigil hebat menggengam stereng kereta. Air mata sudah hendak mengalir namun dipaksa tahan sehingga menyebabkan pandangannya sedikit kabur.

Kereta segera dipandu menuju lokasi yang diberikan Qayra, otak serta fikirannya kosong saat ini. Cuma Marisa dan Adrian sahaja yang dia fikirkan, dia cuma mahu kedua mereka selamat.

"Abang datang sayang. Please bertahan untuk abang."

Kejadian di mana Marisa dilanggar oleh motosikal membuatkan jiwa Arfan semakin tidak tenteram, bayangan tubuh Marisa dan Adrian dibaluti oleh darah yang banyak membuatkan Arfan semakin takut.

"Ya Allah, selamatkan isteri dan anak hamba."

ARFAN berkejar keluar dari kereta, bayangan sang isteri dan anaknya dicari. Arfan segera mendail nombor Qayra semula, jantungnya semakin rancak berdetak. Tidak sampai sesaat, suara Qayra kedengaran dari hujung corong.

"Qay.. mana? Abang dah sampai location yang Qay hantarkan. Tapi tiada sesiapa? Isteri abang mana? Adrian dengan isteri abang selamat ke?" Soal Arfan bertubi-tubi, jiwanya benar-benar risau saat ini.

"Abang... ikut Haikal tu,"

"Hah?"

Muncul Haikal membuatkan Arfan segera berlari mendapatkan adik lelakinya itu.

"Isteri abang mana? Adrian mana? Apa semua ni? Korang jangan cuba nak main-mainkan abang. Abang serious. Abang tengah risau separuh mati ni," herdik Arfan, hatinya sudah separuh mati takut.

"Abang ikut Haikal dulu,"

Segera langkah adiknya diikut meskipun dia sedang tidak mengerti saat ini. Semakin mereka berjalan, semakin matanya dapat menangkap cahaya lampu yang terang.

Sesampai sahaja di sana, Haikal segera menghilangkan diri di dalam kegelapan. Meninggalkan Arfan sendiri, di hadapan lelaki itu terdapat sebuah meja dihiasi dengan cahaya lilin.

"Haikal.."

"Qayra.."

Serunya kuat, dia semakin tidak mengerti semua maksud di sebalik ini. Di mana isterinya? Di mana Adrian? Selamatkah mereka?

Segala persoalan Arfan terhenti di saat suaranya menangkap satu suara lembut yang sentiasa mampu membuatkan hatinya bahagia saat mendengar suara tersebut sedang menyanyikan satu lagu, suara tersebut kuat datang dari arah belakangnya membuatkan Arfan segera membalikkan badan.

"Happy birthday to you,"

Arfan tersenyum kesal, dia barusan diprank oleh Marisa dan keluarganya.

"Happy birthday to you," Marisa melangkah merapati suaminya sambil memegang kek coklat di tangannya.

"Happy birthday to you, suamiku." Arfan segera menghapuskan sisa air mata yang sudah muncul di tubir bibirnya. Dia sendiri sudah terlupa hari ini merupakan hari jadinya sendiri.

"Happy birthday to you." Langkah Marisa tepat berhenti di hadapan Arfan, bibirnya mekar mengukirkan senyuman. Arfan segera mengucup dahi isterinya penuh kasih.

"Sayang buatkan abang separuh nyawa takut.. rupanya sayang sengaja nak kenakan abang." Marisa tersengih.

"Suprise abang! Selamat hari jadi suami tercinta Mar," kek dihulurkan ke hadapan Arfan, tanpa menunggu lelaki itu segera meniup lilin untuk memadamkan api yang masih menyala.

"Terima kasih sayang." Dikucup sekali lagi dahi bersih Marisa penuh sayang.

Marisa segera meletakkan kek ke atas meja sebelum menarik Arfan untuk melabuhkan punggung di meja yang sudah disediakan khas buat mereka berdua.

"Cinta berkomplot dengan Qayra dan Haikal untuk buat semua ni?" Laju mendapatkan anggukan dari Marisa membuatkan Arfan tersenyum. Nampaknya Marisa pandai berlakon untuk mengenakan dirinya.

"Mar nak suprisekan abang sempena birthday abang sebab Mar tahu abang akan tolak kalau Mar jujur Mar nak sambut birthday abang. Lagipun, Mar pasti abang takkan ingat hari jadi abang macam selalu. Tengoklah tadi, abang sendiri terkejut bila Mar nyanyi lagu birthday." Ujar Marisa sedikit kesal membuatkan Arfan tertawa perlahan. Baginya, menyambut hari jadinya sendiri tidak penting. Tetapi berbeza bagi isterinya dan Adrian, wajib membuat besar-besaran.

"He he terima kasih sayang. Abang fikirkan sayang kenapa macam menjauh dari abang seminggu dua ni, rupanya sayang tengah plan nak buat semua ni. Terima kasih sayang. Abang happy sangat," tangan isterinya digenggam erat, sempat belakang telapak tangan isterinya dikucup kasih.

Akhirnya persoalan tentang perubahan aneh isterinya selama ini terjawab jua, Arfan lega kerana segala pemikiran negatifnya bertentangan dengan punca kenapa Marisa berubah.

"Uhmm Mar ada suprise lagi untuk abang." Ucap Marisa perlahan, bibir bawahnya digigit perlahan. Sebenarnya suprise kedua ini jauh lebih membuatkan Marisa gelisah berbanding suprise pertamanya.

"Hah? Eee isteri abang ni, banyak prepare suprise untuk abang rupanya." Sempat dicuit manja hidung Marisa.

"Abang potong kek tu dulu nanti abang jumpalah suprisenya." Meski hatinya dipalu rasa aneh namun diturutkan sahaja, pisau kek yang telah disediakan segera diambil sebelum kek coklat yang terletak cantik di hadapannya segera dipotong.

Matanya menangkap sesuatu di tengah-tengah kek tersebut, segera tangan menarik kertas tersebut sebelum Arfan terkedu. Air mata lelakinya perlahan-lahan mengalir saat matanya melihat ke arah gambar tersebut.

Gambar tersebut merupakan gambar ultrasound.

"Ini p..punya sayang ke?" Soal Arfan sedikit tergagap memandangkan dirinya sedang terkejut hebat. Marisa mengangguk sambil mengalirkan air matanya, dia bahagia melihat reaksi wajah Arfan saat mengetahui dirinya sedang mengandung anak kedua lelaki itu.

"Ya Allah.. ini hadiah birthday terbaik sayang berikan kepada abang." Segera Arfan bangkit dan memeluk tubuh Marisa erat. Ubun-ubun halus Marisa dikucup berulang kali membuktikan bahawa dia benar-benar bahagia dengan berita tersebut. Dia sekali lagi bergelar papa.

"Alhamdulillah syukur ya Allah," tidak henti-henti air matanya mengalir.

Arfan segera melepaskan pelukan lalu segera duduk di hadapan Marisa, kepalanya segera dilekapkan ke perut Marisa.

"Assalamualaikum anak papa.. apa khabar sayang? Papa bahagia sangat sekarang ni sebab waktu hari jadi papa, papa dapat baby sebagai hadiah hari jadi papa. Terima kasih anak papa sebab sudi hadir dalam rahim mama," dikucup perut Marisa yang masih kempis.

Marisa tersenyum bahagia melihat tingkah suaminya, rambut Arfan dibelai penuh sayang.

"Bila sayang tahu sayang mengandung?" Soal Arfan teruja, wajahnya jelas menunjukkan dia benar-benar sedang bahagia saat ini.

"Tiga minggu lepas. Masatu Mar tiba-tiba rasa pening.. itu Mar ajak Qayra pergi ke klinik. Ingat nak bagitahu abang tapi Mar nak jadikan dia sebagai suprise untuk birthday abang." Balasan sang isteri membuatkan Arfan segera menarik hidung Marisa perlahan. Pandai Marisa merancang segalanya.

"Terima kasih sayang. Anak dalam kandungan cinta sekarang ini memang benar-benar hadiah ulang tahun terbaik yang pernah abang miliki." Ucap Arfan romantis, dikucup seluruh muka Marisa sehingga wanita itu tertawa perlahan. Segera dada bidang suaminya ditolak.

"Eee Qayra dengan Haikal tengok je perangai abang."

"Biarlah abang tak kisah pun diorang nak tengok. Yang penting abang betul-betul bahagia hari ini, terima kasih cinta untuk segalanya." Dikucup lagi wajah isterinya penuh kasih. Marisa sekadar membiarkan, lagipula dia rindu hendak bermanja dengan Arfan dek kerana seminggu lebih sibuk merancang sambutan hari jadi Arfan.

"Sama-sama abang."

ARFAN yang tidak berhenti ke hulur ke hilir selepas sahaja Marisa di hantar masuk ke dalam wad pembedahan untuk melahirkan anak kedua mereka melalui c-section proses memandangkan Marisa pernah sekali melahirkan c-section sebelumnya membuatkan dia tidak selamat jika melahirkan normal.

Kuku digigit perlahan, jiwanya tidak tenang sejak sejam lalu.

Ahli keluarganya yang turut hadir menunggu Marisa melahirkan keturunan mereka yang seterusnya sekadar memandang tingkah gelisah Arfan manakala Kalsom yang sudah tidak tahan melihatnya segera menahan lengan anak lelakinya.

"Duduk dulu Arfan. Istighfar banyak-banyak. Ibu pasti Mar akan selamat melahirkan," pujuk Kalsom. Arfan menggeleng.

"Arfan tak tenang selagi isteri Arfan tak selamat melahirkan. Ibu sendiri dengar berapa besar risiko akan isteri Arfan hadapi jika melahirkan c-section." Ucapnya risau, kukunya kembali digigit.

"Kalau Arfan tak boleh tenang macam ini.. apa kata ambil wuduk, pergi solat sunat sekejap. Tenangkan hati dan fikiran. Kalau doktor dah keluar, ibu akan panggil Arfan." Arah Kalsom. Arfan lama terdiam, memikirkan bahawa kata-kata ibunya ada benar. Arfan segera bangkit, Adrian yang sedang tertidur pulas di dalam stroller sempat dipandang sekilas.

"Arfan pergi ke surau sekejap. Ibu tolong perhatikan Adrian. Kalau doktor dah keluar, cepat-cepat call Arfan." Kalsom mengangguk akur. Walaupun kakinya terasa berat hendak melangkah namun dipaksa juga Arfan menuju ke surau. Cuma luahan kepada yang Maha Esa dapat mampu mengurangkan rasa gelisahnya saat ini.

SELEPAS beberapa jam berlalu, akhirnya doktor melangkah keluar dari pintu wad yang meletakkan isterinya, Arfan segera bangkit mendapatkan doktor tersebut. Jantungnya sudah berdetak hebat, takut jika berita negatif yang menyapa hatinya. Berulang kali hatinya mendoakan semoga isterinya selamat.

Doktor tersebut melepaskan topeng berwarna biru yang dipakainya sebelum mengukir senyuman lebar.

"Macam mana keadaan wife saya doktor?" Soalnya tanpa menunggu. Doktor lelaki separuh baya tersebut segera menepuk bahu Arfan.

"Tahniah encik Arfan, isteri encik selamat melahirkan anak perempuan. Syukur selama pembedahan, isteri encik tidak mengalami sebarang komplikasi, sekarang kami akan mengalihkan puan Marisa ke dalam wad semula. Kalau encik nak berjumpa dengan anak encik, encik boleh minta nurse pada kaunter untuk bawakan anak encik." Ujar doktor lelaki itu membuatkan kesemua yang berada di situ menghela nafas lega dan senang.

Kelopak mata Arfan sudah dipenuhi air mata, sesungguhnya dia sedang benar-benar bahagia sekarang ini.

"Tahniah abang." Ucap Hanif sambil menepuk lembut bahu Arfan, dia turut senang kerana sudah bergelar pakcik kepada tiga anak buah. Anak sendiri? Dia belum tahu bila dia bakal menemui separuh lagi belahan jiwanya seperti Arfan dan Haikal. Dia hanya berserah kepada Allah soal jodohnya.

"Alhamdulilah syukur," Arfan segera menadahkan tangan lalu disapukan muka.

"Terima kasih Hanif."

"Tahniah abang." Giliran Haikal pula, sekali-sekala wajah isterinya dipandang. Sama seperti kakak iparnya, Qayra turut menunggu waktu hendak melahirkan cahaya mata kedua mereka. Melihat wajah abangnya yang bahagia, dia yakin dia turut merasakan perkara yang sama ketika Qayra melahirkan nanti.

"Terima kasih Haikal."

Kalsom segera merapati anaknya.

"Syukur alhamdulilah Mar selamat bersama anak kamu." Datin Halimah menyokong kata-kata bekas madunya, Arfan segera tersenyum. Tangan ibu dan mamanya diambil.

"Terima kasih ibu dan mama kerana mendoakan keselamatan isteri Arfan." Kedua mereka sekadar menggeleng. Genggaman Arfan turut dibalas bersama.

"Ini kamu nak jumpa Mar dulu atau nak tengok anak kamu?" Soal Datin Halimah, lama Arfan terdiam.

"Wife Arfan dulu nanti Arfan akan minta nurse untuk bawakan Maleeka ke katil isteri Arfan, nanti senang Marisa boleh terus tengok anak kami." Balas Arfan membuatkan mereka mengangguk mengerti.

Segera kesemua mereka melangkah menuju ke bilik Vvip yang dibayar khas oleh Arfan sebagai wad isterinya seorang sahaja.

LAMA Arfan menunggu Marisa untuk sedar memandangkan isterinya masih di bawah pengaruh ubat selepas sahaja selamat melahirkan anak perempuan mereka. Tangan Marisa diggengam erat, tidak lepas dari tadi. Arfan yang sudah terlelap di sisi Marisa segera bangkit selepas mendapat pengerakan dari isterinya. Saat matanya terbuka, wajahnya dihidangkan dengan Marisa yang sedang tersenyum penat. Bibir sang isteri jelas kelihatan kering dan pucat.

"Alhamdulilah sayang." Arfan segera bangkit dan mendapatkan isterinya, senyuman sang isteri dibalas.

"Te..tekak Ma..mar rasa sa..sakit sangat," melihat sang isteri yang bersusah-payah bersuara membuatkan hati Arfan bagai dicucuk dengan pisau. Rasa bersalah mencengkam hatinya memandangkan isterinya telah berkorban dalam melahirkan anak kedua mereka. Tambahan pula, punca tekak wanita itu sakit kerana selepas sahaja Marisa selamat ditempatkan di wad, doktor segera melepaskan getah yang dimasukkan ke dalam anak tekak isterinya.

Dia sendiri telah menyaksikan perkara tersebut.

"S-sayang nak air?" Suara Arfan jelas kedengaran sebak, lambat-lambat Marisa mengangguk membuatkan Arfan segera mendapatkan gelas kosong. Air putih segera dituangkan lalu dibantu isterinya untuk minum meskipun keadaan terlihat sukar untuk Marisa.

Tekaknya benar-benar sakit saat ini.

"Anak kita.. anak kita se..selamat ke?" Laju mendapat anggukan dari Arfan, segera tangan Marisa diggengam erat.

"Maleeka Arfa selamat sayang." Air mata Marisa perlahan-lahan mengalir, lega hati ibunya mendengar kata-kata suaminya. Dia takut jika terjadi sesuatu kepada anak yang sudah dikandung selama 9 bulan itu. Arfan pantas menghapuskan sisa air mata sang isteri mengunakan ibu jarinya, jika Marisa menangis, dia akan turut menangis. Kelemahannya adalah melihat Marisa menangis.

"A..Adrian mana abang?"

"Adrian ikut nenek dia pergi kantin. Sementara tunggu sayang tadi, ibu dengan yang lain minta nak ke kantin sekejap." Marisa mengangguk perlahan, wajah Arfan yang kelihatan seakan sedang menahan tangis segera disentuh mengunakan tangannya. Meski sukar namun dipaksa juga.

"Ab..abang okay? K..kenapa abang nampak macam tak gembira? Ab..abang tak gembira Mar l..lahirkan anak p..perempuan?" Arfan laju menggeleng. Sudah semestinya tidak, dia sentiasa gembira tidak kira anaknya lelaki atau perempuan. Asalkan anak itu datang dari hasilnya bersama Marisa, dia sudah bahagia.

"Abang sedih tengok keadaan sayang. Sayang berkorban melahirkan Adrian dan Maleeka untuk abang. Terima kasih sayang untuk segalanya, hanya Allah yang dapat membalas jasa isteri abang yang berkorban melahirkan anak-anak abang. Abang sayangkan sayang. Terima kasih cinta untuk segalanya," Arfan segera bangkit dan mencium dahi bersih Marisa, wanita itu tersenyum bahagia mendengar kata-kata suaminya.

Rasa seakan sakit di tubuhnya menghilang selepas mendengar kata-kata Arfan.

"Sama-sama ab..abang. Selagi anak itu, m..milik Arfan Daniel. Ma..Marisa sanggup berkorban n..nyawa melahirkan anak a..abang." Air mata yang ditahan akhirnya mengalir, Arfan tidak mampu menahan sebaknya. Kata-kata isterinya terlalu membuatkan jiwa lelakinya bahagia. Tidak disangka wanita yang didambakan sejak dia masih sekolah menengah akhirnya menjadi miliknya selamanya.

"Terima kasih sayang sebab sudi terima abang sebagai suami kepada sayang, ayah kepada anak-anak sayang dan jadi malaikat pelindung sayang sehingga ke akhir nafas sayang. Abang sangat bahagia kerana memiliki sayang sebagai isteri dan cinta hati abang. Terima kasih kerana melahirkan Adrian dan Maleeka, cahaya hidup abang. Hanya Allah yang mampu membalas jasa sayang kerana rela berkorban nyawa melahirkan dua nyawa berharga dalam hidup kita. I love you sayang for the rest of my life, abang berjanji tidak akan pernah meninggalkan sayang. I love you so much, sayang." Bibirnya naik dan mengucup dahi Marisa lama. Air mata Marisa mengalir perlahan kerana terharu mendengar ucapan romantis suaminya.

"I love you so much too, abang. T..terima kasih kerana sudi mencintai Mar sehin..sehingga sekarang." Marisa turut mengucup perlahan dahi isterinya, Arfan segera mencarik senyuman bahagia.

Pada hari itu, menjadi saksi bahawa cinta Arfan Daniel hanya menjadi milik Marisa Hani selamanya. Kedua-dua mereka berdoa semoga Tuhan sentiasa merahmati hubungan mereka dan bahagia yang mereka perolehi akan kekal selamanya.

Meskipun awalnya hubungan mereka tercipta kerana cemburu, bersama kerana terpaksa dan akhirnya mencintai tanpa sedar namun bahagia yang dikecapi akhirnya membuatkan hubungan mereka terasa bahagia sehingga ke akhirnya.

Takdir, tiada sesiapa yang ketahui. Bagaimana permulaannya, bagaimana pengakhirannya? Yang kita tahu, manusia yang rancang tetapi Allah lah yang menetapkan segalanya. Kerana akhirnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Doa mereka pada haritu, semoga keluarga kecil mereka sentiasa bersatu sehingga akhirnya dan bahagia sentiasa menjadi milik mereka.






***

TAMAT.









NOTE;

Yeay finally selepas tiga tahun berjuang menulis (MRS ARFAN DANIEL), akhirnya berjaya juga dilengkapkan. Terima kasih pada yang sudi menyokong, menunggu sehingga buku ini lengkap. Terima kasih juga pada yang sudi komen dan tekan vote button untuk buku ni *cry*

Apa-apa pun, ucapkan selamat tinggal kepada Arfan dan Marisa secara officialnya. *lap hingus*

Maafkan saya jika selama membaca ada terkurang, ada merepek. Saya masih baru dalam dunia penulisan ni, (sekitar tujuh tahun dalam dunia menulis) jadi, idea saya taklah segempak orang lain tapi apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang tidak lelah menyokong karya saya.

Kalau anda baru sahaja kenal saya? Hehe

Boleh checkout my other book which is;

1) Mrs Haiden Riyaz
2) Mrs Noah Qaiser.

Dijamin seronok walaupun tak sure hahahaha. Okay tu sahaja, sila nantikan buku terbaru saya tak lama lagi. Dah ada idea ni cuma mungkin malam ni lepas berbuka baru saya upload cerita terbaru tu.

Ok dada guys and please enjoy!

Please tinggalkan vote and comment if you want ;)

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

499K 24.2K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
763K 45K 80
[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH...
96.8K 11.2K 24
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...
1.2M 35.6K 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari k...