The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

ramadhan kareem

1.6K 172 48
By akuorgbiasa

Salam,

Tiba-tiba je..hahaha..

Btw, selamat meraikan Ramadhan geng! Semoga kita dapat keberkatan bulan istimewa ni, inshaAllah...

***********

Skrin yang memaparkan laporan pesakit itu ditatap. Sesekali dia mencatat di buku notanya.

"Eh, Teja! Tak balik lagi? You dah off duty, kan?"

Teja mendongak sedikit memandang Anusha, sahabatnya yang menegurnya sebentar tadi.

"Eh Nusha. Sekejap lagi. Siapkan ni sekejap."

Anusha geleng kepala. "Esokkan dah nak start puasa. You baliklah. Bukan senang nak dapat off di waktu-waktu kita nak off ni."

Teja tersengih. Memang benar. Nak-nak lagi doktor pelatih sepertinya.

"Okey. Sekejap lagi."

Anusha tepuk bahunya dan berlalu.

Teja tarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

Lima belas minit kemudian, dia dah berjalan malas ke kereta.

Ramadhan. Untuk kesekian kalinya. Mungkin Ramadhan terakhir di bumi Melaka ini. Tinggal lagi beberapa bulan sebelum dia tamat latihan kedoktoran, dan bakal dilantik menjadi pegawai perubatan jika lulus.

Sepatutnya, dia bakal tamat latihan selepas raya. Sepatutnya, dia juga bakal tamatkan zaman bujang pada raya aidil adha.

Sepatutnya.

Namun bukan itu yang Allah mahu. Bukan itu yang tertulis dalam lembaran takdirnya.

Kerana lelaki yang bakal menjadi gandingannya diangkat menjadi raja sehari dah tiada. Pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Takkan kembali lagi.

Maka, tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Teja hilang semangat meraikan kehadiran Ramadhan dan Syawal.

Tahun ini, Ramadhannya bakal sunyi tanpa insan tersayang. Ahmad Tariq.

Tariq, saya rindu....

********

"Awak tolonglah kejutkan saya."

"Ei, mengada-ngada. Alarm clock kan ada!"

"Mana sama! Kalau dengar suara awak, barulah semangat nak bangun sahur."

Teje tertawa. "Asal kau gedik sangat ni, Ahmad Tariq! Aku lepuk kau kang..."

"Ha tengok! Aku kau pulak.... Kan dah janji tak nak beraku-kau dah... Merajuk ah!"

Makin galak tawa Teja. Dipandang wajah anak Mak Yam yang dah diangkat menjadi kekasih itu.

Tahun pertama berpuasa sebagai couple, katanya. Kena diraikan.

"Yalah. Yalah. Ei, geli-geleman pulak rasanya melayan budak gedik ni. Nak merajuk pulak," usik Teja.

Thor sengih selamba. Kisah apa. Gedik ke apa. Kan girlfriend! Nak menggedik dengan siapa lagi?

"Kejutkan saya sahur, okey?"

"Yalah. Saya kejutkan!"

"Terima kasih, sayang!" Ucapnya sambil sengih lebar.

Teja tertunduk segan. Masih belum biasa digelar sayang oleh Thor yang bertahun-tahun menjadi kawan baiknya.

Sama-sama kasih, sayang...

*********

"Biskut je? Mana cukup, sayang. Makanlah makanan berat sikit..."

"Tak sempat. Ada kes tadi. Saya kena ikut masuk OT."

Dia dengar lelaki itu berdecit.

"Nanti saya belikan energy bar tu lah. Awak makan tu biar ada tenaga. Sahur makan biskut. Lepas tu seharian kerja macam buruh kasar. Manalah tak lemah longlai je. Kena tiup angin pun terbang!" Bebel Thor.

"Ala, awak ni. Macam tak biasa pulak. Memang macam ni houseman..."

"Memang tak biasalah. Dulu masa awak belajar tak lah teruk sangat sampai tak sempat makan. Yang sakit tu pun, esok-esok masa tunang aku off lah datang sepital nak operate ke apa. Time ni jugak nak datangnya pun. Lipat kang. Arwah terus."

Teja tertawa kuat.

"Awak ni! Mulalah tu nak mengarut."

Dia dengar Thor berdecit lagi.

"Dah habis makan belum?"

"Dah."

"Air dah minum?"

"Dah."

"Berapa banyak?"

Teja dah tersengih lebar dek soalan cik tunang.

"Dua cawan, Mak Yam!" Sengaja dia mengusik dengan menggelar lelaki itu dengan nama bakal ibu mentuanya.

"Dua cawan tak cukup! Pergi minum lagi empat cawan!"

"Empat? Huish, tak mengagak awak ni pun. Kembung perut saya dengan air. Nanti saya jalan bunyi-bunyi air berkocak. Nak kerja pun tak selesa."

"Biarlah. Sebelum saya kembungkan perut awak dengan anak, biar air dulu kembungkan!"

Merah padam muka Teja. "Hish! Apa awak ni, Tariq! Yang aneh-aneh je guraunya tu! Pang kang!"

Barulah dia dengar lelaki itu ketawa.

"Sayang.."

"Hmm?"

"Rindu..."

Teja tersenyum. Dia kutil hujung tudung sarungnya itu.

"Dah nak separuh bulan Ramadhan dah. Tak dapat lagi buka puasa dengan awak."

"Alah, sabarlah. Lepas habis HO nanti, inshaAllah banyak masa boleh berbuka sama-sama."

Kali ini Teja dengar helaan nafas Thor di talian sana. "Janji tau! Tahun depan, lepas raya kita kahwin tau? No more delay?"

Teja senyum. "InshaAllah. Tak ada aral, kita kahwin," balas Teja perlahan.

"Okey! Saya dah semangat dah! Selamat berpuasa dan selamat jadi buruh for another day, sayang..."

Teja tertawa lagi. "Selamat berpuasa juga, Tariq..."

*************

Peti ais Sharp itu dingangakan agak besar. Dia mahu melihat apa yang boleh dia jamah untuk bersahur nanti.

Nak masak, malas! Untuk isi perut seorang je.

Teman serumah tak ada. Bertugas syif malam kedua-duanya. Mereka jururawat di hospital yang sama.

Dia mengeluh.

Cereal pun dah habis. Susu pun dah tinggal sikit sangat.

Nak sahur dengan apa aku ni?

Tiba-tiba telefonnya berdering.

Yan

Dia berkerut kening, namun cepat dijawab panggilan itu.

"Hello, sister..."

Teja senyum. "Waalaikumussalam.."

Yan berdecit. "Sorry. Assalamualaikum warrah matullah hi wabarakaaaatuh!"

Teja gelak kecil.

"Kau nak makan apa sahur?"

"Heh?"

"Roti telur? Ke mihun goreng telur mata?"

Semakin berkerut dahi Teja.

"Babe? Cepatlah. Aku nak order ni."

"Kau kat mana ni, Yan?"

"Dekat kedai mamak tak jauh dari rumah sewa kau ni. Aku singgan beli siap-siap."

"Kau kat Melaka??"

"Surprise!!!"

"Ya Allah! Yan...." sungguh dia rasa terharu mendapat tahu sahabatnya itu ada di Melaka.

"Touching later, please. Mamak ni tercongok depan aku tunggu aku order ni!"

Teja ketawa berdekah. "Mmm, nasi gorenglah, Yan. Telur mata, please."

"Okey! Air?"

"Esok buat air sendiri lah! Kau ni pun..."

"Manalah tahu kau nak ngeteh malam-malam ni.."

"No thanks."

"Alright. I see you in ten, or fifteen.  Bergantung kepada kepantasan mereka masak makanan kita."

Teja ketawa lagi. Sengal!

"Bye!"

Panggilan mati. Dia tarik nafas panjang. Sungguh tak menyangka Yan akan datang ke Melala. Patutlah bersungguh tanyakan jadual kerjanya. Ada kejutan rupanya.

20 minit kemudian, Yan muncul dengan makanan dan juga beg kecil. Beg pakaiannya kerana dia dah merancang bermalam di rumah sewa Teja.

Malam itu, mereka luangkan masa berbual-bual.

"Kau bukan sibuk nak setelkan hal kahwin ke, Yan? Buat apa pulak kau datang sini."

Yan berdecit. "Alah, kau ni. Macam tak suka je aku datang!" Rengek Yan dan mencebik.

"Bukan tak suka. Aku suka gila. Tapi, aku tak nak susahkan kau. Nanti Han kata apa pulak."

"Dia tak kisahlah! Dia pun suka agaknya aku jauh sikit daripada dia. Asyik hadap muka aku je, pakej kena marah lagi. Jauh sekejap, baru rindu..."

Teja mencebik jengkel. "Poyo!"

Mereka sepi sejenak.

"Kau okey ke? Masih jumpa kaunselor?"

Teja tarik nafas panjang. "Jumpa."

Yan mengangguk. "Baguslah. Untuk kebaikan kau juga, Teja."

Teja angguk. "Tahu. Sebab tu aku paksa jugak diri pergi appointment."

Yan senyum. "Macam nilah baru Teja Amani, my bff! Strong as steel..."

Teja sengih. "I'm bended, Yan. A bended steel."

Yan tenung wajah Teja. Sejak kematian Thor, Teja bukan lagi sahabatnya yang dulu. Dia hidup, sekadar meneruskan hidup. Tidak lagi semangat dan ceria.

Namun Yan dan semua orang yang tahu kisah Teja mengerti. Takkan memaksa. Apa yang Teja lalui tak mudah. Pemergian Thor itu terlalu tiba-tiba. Tak mudah untuk diterima. Sedangkan Yan yang hanya berkawan dengan Thor juga terasa pedihnya kehilangan lelaki itu, apatah lagi Teja yang bersahabat dan bercinta dengan Thor.

"Bended, but still intact. Tu yang penting..." perlahan ucap Yan.

"Kalau aku cakap, aku rindu sangat dengan dia hari ni, kau boring tak nak dengar, Yan?" Suara Teja mulai berubah.

Yan kemam bibir menahan tangis. Dia geleng. "Tak. Tak langsung. Aku akan dengar. Juta-juta kali pun. Aku akan dengar."

Teja angguk. Senyum. Air mata mula menitis. "Aku rindu dia, Yan. Aku rindu Tariq aku. Aku rindu tunang aku. Aku rindu sahabat aku. Aku rindu sangat-sangat pada dia, Yan..."

Yan angguk. Lalu dia rapatkan tubuh dan merangkul bahu rakannya itu.

Teja rapatkan wajah ke lutut yang dia bengkokkan. Dia menangis. Tumpas lagi. Berjuta kali pun dia ucap pada diri sendiri. 'Jangan menangis lagi, Teja! Life must go on!'

Dia kalah. Dia tetap akan menangis.

"Aku rindu dia, Yan. Allah je yang tahu... Sepatutnya ini Ramadhan terakhir kami bujang... Tapi, tahun ni dia dah tak ada untuk raikan Ramadhan. Aku rindu suara dia call aku tanya aku sahur apa. Aku rindu nak kejutkan dia sahur. Aku rindu nak buka puasa sama-sama via video call. Aku rindu semuanya pasal Thor..."

Yan angguk lagi. Kerana dia takkan pernah mengerti apa yang Teja rasa. Memori dan ingatan manis yang Teja punya bersama Thor. Yan takkan pernah tahu.

"Doakan dia, okey? Kita sama-sama doakan dia..."

Apa lagi yang mampu Yan ucapkan? Hanya itu.

Maafkan aku, sahabat. Aku tak mampu membantu hilangkan kesakitan yang kau rasai. Menangislah. Lepaskan semuanya... Tuhan itu mendengar.

Semoga Allah gantikan kesedihan kau hari ini, dengan bahagia di hari esok..

*******

"Cukup ke, Ed?"

Ed tertawa melihat pinggan yang bersusun terisi lauk pauk.

"Mama nak party ke apa ni?"

Emily berdecit.

"Cukup, ma. More than enough ni. I je yang nak makan."

"Mama bimbang Ed lapar nanti. You tak biasa puasa."

Kali ini Ed ketawa lebih kuat. "Mama ni underestimate my ability. I bukan macam Andy kuat makan."

Emily tertawa. Dia pukul lembut lengan si bongsu itu.

"Cukup, ya? Mama tak payah tambah apa-apa dah?"

Laju Ed menggeleng. "Ni cukup sampai berbuka!" Perlinya lagi. Sengaja mengusik sang ibu

"Okey. Nanti mama kejut Ed. Mama dah set alarm dah. Mama dah cek waktu imsya."

Ed tersengih. "Imsak, ma. Bukan imsya. And thank you so much for your effort, Dr Emily. You shouldn't have! Susahkan mama je. I yang puasa, mama yang sibuk-sibuk."

Emily berdecit. "Don't say that. Mama tak rasa susah pun. Mama happy dapat serve you nutritious food for your puasa."

Ed senyum. Bahagia.

Agaknya, kalau dia masih di Malaysia, masih serumah dengan Thor, ramadhan akan lebih meriah. Sama-sama bersahur Maggi mungkin, dan sama-sama melepek memerhati jam bergerak sehingga azan Maghrib berkumandang.

Sayangnya, tak sempat.

Sayangnya, bila ibadah puasa disyariatkan ke atas diri Ed sekaku seorang Islam, temannya itu, sudah tak ada untuk sama-sama mengharunginya.

Dia menunduk seketika. Nafas ditarik panjang.

"I masuk bilik dulu, Ma?"

Emily mengangguk mengizinkan.

Lalu Ed menapak masuk ke dalam kamarnya di rumah sewa mereka di bumi Jepun ini.

Punggung dihenyak ke atas katil. Dia pandang satu gambar dibingkai kemas di atas mejanya.

Gambar dia dan Thor semasa Glamping di Genting suatu ketika dahulu. Sengih lebar sahabatnya itu.

Macam orang tak ada masalah.

Macam orang yang hidupnya baik belaka.

Itulah Thor. Hamba Allah yang tenang menjalani liku-liku hidup.

"Bukan tak ada masalah. Banyak. Tapi kalau aku fikir lebih-lebih pun, bukan aku mampu selesaikan. Ada masa, kita kena serah bulat-bulat pada Allah. Sebab dia yang Maha Mampu buat apa-apa pun. Tugas kita, berdamai dengan takdir kita."

Mata berair. Begitulah acapkalinya. Asal terkenang, hati dihimpit rasa rindu dan sayu.

Thor, aku akan puasa tahun ni. Aku nak puasa penuh. Aku harap aku mampu tahan.

Bro, aku rindu... aku rindu gila...

******

Continue Reading

You'll Also Like

169K 2.9K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
8.6K 389 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
849K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.