Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
EPILOG

bab 23

25 1 0
By rraiqah


Rakaman audio..

Suara A: Esok aku nak kau cari perempuan tu dan culik dia. Aku akan pastikan dia mati.Kelemahan Irham hanya itu. Bini dan anak dia kita akan musnahkan setelah itu baru bapaknya pula.

Suara B: Baik Boss, saya akan laksanakan.

Suara A: Kalau kau gagal, kau tahulah apa nasib kau.

     "Kau kata dekat budak-budak yang lain suruh mereka jaga Lia dan anak aku dari jauh. Setiap masa. Jangan biarkan bini dengan anak aku keluar rumah" Pesan Irham kepada anak buahnya. Selepas mendengar rakaman video tersebut, dia semakin risau dengan keadaan isteri dan anaknya. Mereka dalam bahaya.

"Baik. Aku akan pastikan kedudukan strategi The Colonna akan aman. Merancang strategi tanpa diketahui musuh" Ujar Fariz sambil mengelap senapang M16 seberat 2.52 kilogram miliknya itu.

                                  🌹

     Nur Amylia terjaga dari tidurnya apabila anak perempuan di sebelahnya menangis teresak-esak.

"Qaisara sayang...kenapa menangis ni.." Lembut sahaja suara Lia. Dia mendukung Qaisara. Lia mengapai bakul di dalamnya terdapat susu botol.

Susu botol disuapkan ke dalam mulut anaknya itu. Barulah Qaisara terdiam dari tangisnya. Lia melemparkan senyum pada Qaisara. Mukanya memang sebiji macam papanya, bulu mata lentik, berkulit putih dan bermata biru. Kacukan orang Itali dan Malaysia anaknya itu.

Beberapa minit kemudian, Irham melangkah masuk ke dalam bilik.

"Abang dah balik? Nak sayang masakkan apa-apa tak? Abang mesti belum makan kan?" Tanya Lia sebaik sahaja melihat Irham menyusul masuk ke bilik.

Irham menggeleng perlahan.

"Abang tak lapar lagi" Ujarnya.

Irham lalu duduk melabuhkan punggung di hadapan isteri dan anaknya.

"Abang minta izin nak keluar, jaga Qaisara baik-baik, jaga diri, jangan keluar rumah buat sementara ini. Maafkan abang sebab tak dapat luangkan masa dengan sayang, dengan anak" Pesan Irham sambil mengusap lembut pipi anaknya. Dia rindu hendak meluangkan masa dengan isteri dan anaknya. Ya, sejak akhir ini dia agak kesuntukan masa. Hal di office masih banyak yang perlu diselesaikan ditambah pula masalah tentang rancangan musuh yang mahu membunuh isteri dan anaknya. Dia sangat takut jika gagal melindungi dua buah hatinya itu. Hanya isteri dan anaknya yang dia ada.

"Takpe, sayang faham. Jaga diri abang juga..Kami sayang abang" Lia tahu suaminya sibuk dengan hal kerja.

Sebelum keluar Irham terlebih dahulu mencium dahi dan pipi kedua isteri dan anak perempuannya. Irham tidak mahu memberitahu hal yang sebenar kerana takut isterinya ketakutan. Biarlah dia menjaga isteri dan anaknya dalam diam.

Irham berlalu dari situ. Mata Lia mengekori suaminya sehingga keluar. Jujur dia agak risau. Suaminya akhir-akhir ini seperti menyimpan sesuatu masalah. Sering suaminya asyik termenung seolah tiada harapan untuk hidup. Dia takut jika terjadi apa-apa pada suaminya.

"YaAllah kau lindungikah keluarga kami" Bisik hati Lia

                                🌹

"Aku taknak ikut kaulah Arqel! Lia tu kawan aku dari kecil! Aku tak sangka selamani kau buat kerja haram macam ni!" Tekik Qaseh. Tidak dia menyangka teman rapatnya selama ini adalah seorang mafia jahat. Lebih teruk lagi dia baru tahu keluarga Arqel adalah keluarga pengedar dadah! Dia berasa jijik dengan dirinya kerana selama ini dia berteman dengan setan!

"Kau ikutjelah cakap aku! Aku beri kau dua pilihan. Antara ikut cakap aku atau...aku sebarkan gambar ni" Ugut Arqel bibirnya tersenyum sinis. Jelas di kaca telefon itu memaparkan aksi kotor antara seorang lelaki dengan Qaseh yang sedang bercumbu tanpa rasa berdosa.
Manusia rela melakukan apa sahaja tanpa berfikir apa azab yang akan dikenakan. Berfoya-foya di dunia yang tiada apa ini. Menjual diri demi wang ringgit yang tidak akan di bawa mati.

"Kononya kerja pengedar dadah itu haram, tapi diri sendiri tak cermin! Dasar pelacur!" Tengking Arqel.

Qaseh terdiam. Dia tidak mahu jika temannya itu dibunuh, dia juga tidak mahu jika gambar dia bercumbu bersama lelaki di kelab malam tersebar.

"FINE!" Qaseh bersetuju. Biarpun berat untuk melakukannya. Dia mahu menjaga aibnya supaya tidak tersebar luas. Meskipun maruah dalam dirinya sudah hilang tapi dia masih malu jika aibnya itu disebar luas.

"Pelacur yang bagus, ingat..kalau kau lari aku akan cari kau sampai lubang cacing dan aku akan jadikan kau pelacur dekat Thailand" Arqel merendahkannya. Qaseh sudah menahan geram. Rasa mahu sahaja dia bunuh lelaki dihadapannya sekarang juga! Tapi kakinya dan tangannya pula diikat. Dasar setan! Seburuk-buruk harga diri aku pun tak adalah aku sampai nak membunuh sesuka hati!

Setelah itu Arqel hanya berlalu dari gudang meninggalkan Qaseh yang terikat di kerusi.

"Kau memang jantan tak guna!" Jerit Qaseh.
Beberapa kali dia cuba untuk membuka ikatan di tanggannya, tapi ikatan itu terlalu kuat mustahil baginya untuk melepaskan diri.

                                   🌹

     "Kamu pasti apa yang kamu nak lakukan ni?" Daddy syam bertanya pada anaknya yang baru sahaja berada di dalam bilik.

"Sampai bila daddy nak curang dengan mama?" Arqel pasti jika ibunya, puan Imah mengetahui aksi suaminya yang sudah tua itu masih belum puas bermain dengan banyak wanita pasti hatinya akan terguris. Daddynya memang mahir dalam menyembunyikan sesuatu. Sudah bertahun bermain dengan wanita lain tapi puan Imah tak pernah mengetahui sifat kotor suaminya itu.

"Kamu tak payah nak acah suci lah Arqel..jangan ingat daddy tak tahu kamu asyik melanggan pelacur diluar sana" Sinis daddy Syam sambil tersenyum sinis. Di sebelah bahu kiri dan kanannya terdapat dua wanita pelacur yang sejak tadi mengusik dada lelaki tua itu. Tidak difikirkan lagi tentang halal dan haram. Bagi pelacur itu yang penting setelah itu dia mendapat duit yang banyak untuk memuaskan nafsu mereka.

Ya. Memang  dia sering melanggan. Selepas cintanya ditolak oleh Lia, dirinya semakin tak keruan. Siang asyik mabuk. Malam pula menikmati tubuh para pelacur. Semua dilakukan untuk memuaskan nafsu dan untuk melupakan wanita yang dia cintai.

"Ikut daddylah. Esok Arqel tetap akan uruskan rancangan ni" Sudah malas dia menasihati daddynya. Walau Arqel juga seorang pelanggan pelacur tetapi dia masih sayang ibunya dan tidak sanggup hati melihat daddynya curang.

Arqel melangkah keluar membiarkan orang tua bangka itu bersenang-senang sebelum kubur menjemput.

Saat ini yang dia takutkan hanyalah ibunya. Dia tidak mahu puan Imah tahu sisi gelap anak dan suaminya. Arqel tahu jika semua ini terbongkar ibunya pasti akan kecewa dan sedih.

                                 🌹

     Lia menyuapkan bubur nasi pada mulut anaknya. Sambil itu dia juga menyuapkan dirinya sendiri, nasi lauk ayam masak merah. Kalau sudah jadi ibu nak makan pun agak sulit.

"Sara sayang...Aaaa.." Qaisara membuka mulut apabila sudu di tangan ibunya melingkar-lingkar mendekatinya. Itulah teknik supaya anaknya mahu makan.

     "Assalamualaikum..."

Lia berhenti menyuap anaknya apabila mendengar suara salam dari luar rumah.

"Qaisara sayang duduk sini jap ye, mama nak buka pintu" Lia meletakkan sudu bubur di atas pinggan dan berlalu membiarkan Qaisara di atas kerusi bayi.

"Waalaikumusalam" Seraya itu dia membuka pintu.

"Eh..Qaseh, dah lama tak jumpa. Masuklah" Lia menjemput Qaseh masuk apabila melihatnya.

Qaseh hanya mengangguk.

"Duduklah dulu. Aku ambil Qaisara jap, takut pula biarkan dia seorang dekat dapur" Lia berlalu dari ruang tamu meninggalkan Qaseh seorang diri.

Setelah itu kelibat Lia dan anaknya muncul kembali.

"Comelnya Qaisara!" Qaseh teruja melihat kecomelan anak kawannya itu. Memang cute! Macam anak orang barat.

Qaseh merenung dalam mata Qaisara. Dia berfikir sejenak, betulke apa yang dia akan lakukan sebentar lagi. Melihat kembali wajah Qaisara, di dalam hatinya terdetik rasa kasihan. Bagaimana kalau benar dia membunuh Lia, Qaisara akan hidup tanpa seorang ibu? Hatinya sangat berat, dia juga seorang anak yatim. Dia tahu deritanya hidup sebagai yatim. Dia tidak mahu Qaisara turut merasakan hal itu.

"Kau datang sini ada apa Qaseh?" Pertanyaan itu membuatkan Qaseh kembali sedar dari lamunannya.

"A..Aku..aa..ku.." Gagapnya. Dia sudah menggegam erat pistol di dalam begnya.

"Qaseh?kau okey tak?" Lia sudah pelik dengan Qaseh. Melihat wajah Qaseh seakan menahan tangis.

"A..aku..aa.." Pistol yang digenggam dilepas kembali. Dia sudah bertukar fikiran dan memikirkannya dengan matang! Tidak guna dia mendengar arahan lelaki durjana seperti Arqel!

"Lia kau kena sembunyi! Aku datang sini sebab ada orang suruh aku bunuh kau! Tapi aku tak sanggup! Sekarang aku nak kau pergi menyorok dalam rumah ni! Cari tempat aman! Sebab ada orang jahat yang akan datang untuk cari kau dan bunuh anak kau!" Jerit Qaseh. Mukanya sudah merah, air matanya berlinang. Dia benar-benar tidak mahu membunuh! Lebih baik aibnya tersebar daripada harus membunuh!

Lia terkejut mendengar itu. Lantas dia memeluk erat tubuh anaknya.

BANG!

Pada waktu itu juga mereka melihat kaca cermin ruang tamu berlubang di tembak. Bertaburan kaca dilantai. Mereka berdua tersentak dengan bunyi kuat tembakan dari luar rumah.

"Lia lari! Bawa anak kau!" Sekali lagi Qaseh berpesan. Dia tahu orang bawahan Arqel sudahpun berada di luar rumah. Jika mereka terlambat maka nyawa mereka akan turut diragut oleh anak buah Arqel.

Lia mengangguk. Dia benar-benar ketakutan. Langkahnya berlari secepat mungkin untuk bersembunyi. Suasana di luar rumah sudah tidak aman. Dia mendengar bunyi tembakan dan juga pecahan kaca.

Anaknya Qaisara tidak berhenti menangis. Lia juga sudah menggigil bersembunyi di balik almari. Dia tak henti mengusap air mata anaknya.

Lia tidak berputus asa mengucap dan berdoa agar Allah melindungi mereka.

                                  🌹

"Pelacur sial!" Carut Arqel. Tidak sangka pelacur itu menghianatinya.
Seharusnya aku bunuh pelacur tu dulu!

Arqel mengumpalkan penumbuknya. Dia melihat aksi anak buahnya di dalam cctv kepunyaannya.

Untuk sekarang dia berada di dalam kereta dahulu sambil memantau. Biar anak buahnha melakukan pencerobohan, belum masanya dia harus pergi di rumah itu lagi.

                                  🌹

"Shot!" Irham memberi arahan pada Irfan. Salah satu anak buahnya yang mahir dalam bidang sniper.

BANG!

Peluru sniper dilepaskan.

"Now! Kill them!" Arah Fariz.

Disekeliling rumah itu dari awal sudah dijaga oleh The Colonna Gang. Bertubi-tubi peluru dikenakan pada badan musuh. Satu persatu dari mereka tumpas.

     "The Fu*k! Sejak bila diorang ada dekat situ!" Arqel memukul  dashboard kereta mewah miliknya. Rancangan dia sesenang itu dihalang oleh pihak musuh. Dia seharusnya lebih teliti sebelum merancang pencerobohan ini!

                                   🌹

Kelihatan semua kumpulan Barzors sudah tumpas berlumuran darah. Tiada lagi yang tersisa. Tapi firasat Irham tidak semudah itu untuk mematikan pihak musuh. Dia pasti masih ada yang perhatikannya dari jauh. Sekilas dia melihat kembali ke arah bumbung rumahnya. Dan benar firasatnya. Di atas bumbung rumah terdapat satu kamera yang tertacap disitu.

Mata mereka tiba-tiba berpaling pada bunyi kereta yang berlalu dari rumah itu. Setelah itu Irham mengetahui Arqel sudah lama berada di situ dan sekarang dia cuba untuk melarikan diri. Pengecut!

    Pecutan kereta dilajukan. Irham menekan minyak sekuatnya untuk mengejar kereta hitam di hadapannya itu. Sebuah pistol kelihatan keluar dari tingkap kereta di hadapannya.

"Tunduk semua!" Irham memberi arahan pada anak buah Colonna yang berada di dalam itu.

Fariz dan Zaiq pula mengisi peluru dan terus mengeluarkan pistol dibalik tingkap kereta. Satu demi satu tembakan di lepaskan. Irham masih cuba mencapai kelajuan yang tinggi untuk menghalang kereta hitam itu terlepas dari pandanggannya. Dia akan pastikan dendamnya terbalas..

    
     Arqel memandang ke arah cermin belakang, matanya berkali-kali melihat kereta putih yang sudah hampir dekat dengan belakang keretanya. Sekilas dia memandang kembali ke arah depan, tanpa dia sedar dirinya sudahpun terlepas dari landasan jalan raya akibat terlalu fokus memandang ke arah belakang cermin. Keretanya terhempas memasuki gaung yang dalam.

"Stop!" Tegas Fariz, bergema suaranya di dalam kereta itu.

Irham lalu menghentikan gerakan keretanya. Mata mereka berempat tertumpu pada kereta Arqel yang terbabas memasuki gaung.

                   

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
304K 19.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
137K 12.4K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
628K 24.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...