MAFIA GAME

By kenhendri

11.1K 2.2K 560

Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang k... More

MAFIA GAME'S RULES
Prolog: Enter
Jilid 1: Detektif
Bab 1: The Key
Bab 2: Trust
Bab 3: No One
Bab 4: Traitor
Bab 5: Among Us
Interlude Chapter: Begin
Jilid 2: Mayor
Bab 6: Revenge (Part 1)
CHARACTERS POSTER
Bab 6: Revenge (Part 2)
Bab 7: The Other Roles
Bab 8: Promise
Bab 9: The Lost Leader (Part 1)
Bab 9: The Lost Leader (Part 2)
Bab 9: The Lost Leader (Part 3)
Bab 10: One Night Long (Part 1)
Bab 10: One Night Long (Part 2)
Jilid 3: The Joker
Bab 11: Kill Or Be Killed
Bab 12: The Only Wish (Part 1)
Bab 12: The Only Wish (Part 2)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 1)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 2)
Bab 14: Jester
Bab 15: No More Dream
Interlude Chapter: End
Jilid 4: The Eyes Of Truth

Bab 10: One Night Long (Part 3)

224 50 9
By kenhendri

“Jadi ... kau memang nak bunuh aku. Well, good luck with that!

Ivan menepis pistol daripada tangan Eden. Dia membuka langkah seribu, berlari keluar dari makmal komputer. Ingin sahaja Eden mengacu pistol ke arah Ivan, Xin menolak Eden sehingga kedua-dua mereka terjatuh.

“Kau ni, memang menyusahkan aku!” bentak Eden. Dia menyiku wajah Xin sebelum bangun, berlari mengikut jejak langkah Ivan.

Namun, tatkala selangkah keluar dari makmal, Harisya yang sudah menunggu di sebalik pintu menyepak kaki Eden. Lelaki itu jatuh tertiarap. Ivan yang bersama dengan Harisya, cuba merenggut pistol daripada tangan Ivan.

Eden menyepak belakang lutut Ivan, biarpun dia masih terbaring. Tubuh Ivan longlai lalu jatuh terduduk. Harisya pula cuba mendepak tangan Eden, namun gadis itu ditumbuk di pipi kanan sehingga jatuh tersandar pada dinding.

Eden bingkas bangun. Dia mengacu pistol ke arah Ivan. Ivan pula memeluk tubuh lelaki itu sehingga terjatuh duduk. Mucung pistol kini di belakang badan Ivan. Ingin menarik picu, Harisya pula menghalang. Gadis itu cuba merebut pistol daripada tangan.

“Pergi!”

Eden menyiku keras Harisya. Gadis itu terdampar. Kening kanannya berdarah. Mengalir keluar, turun di pipi. Ivan dilutut pada bahagian perut sehingga lelaki itu melepaskan pelukan.

Eden bangun. Sempat dia menyepak kepala Ivan berkali-kali sehingga wajah lelaki itu berlumang dengan darah.

“Tengok, apa yang aku ada kat sini. Mayor dan juga seorang lagi Villager. Atau ... aku nak panggil kau ... Protector?” suara Eden. Nafasnya kencang, lelah dengan pergelutan. Langkahnya mendekati Harisya yang masih di atas lantai.

“Macam mana kau tahu aku Protector?”

“Aku dapat surat daripada Ash. Dia dah beritahu aku pasal kau, Ivan dan juga Yuri. Dari awal lagi aku tahu identiti kau dan Yuri. Tadi, Ash hantar surat dan beritahu aku pasal identiti Ivan pula. Ash dah atur aku untuk bunuh korangp. Malam ni, aku tak rasa nak bunuh Ivan. Aku rasa, kau pun patut mati sebab kau dah gunakan kelebihan kau untuk lindungi Ivan, kan?”

Eden masih tidak tahu bahawa Harisya telah menggunakan kelebihannya untuk melindungi Yuri. Namun, Yuri pula diundi keluar. Belum tamat durasi 24 jam untuk dia menggunakan semula kelebihan Protector.

“Ash? Siapa Ash? Tak ada orang yang nama Ash dalam kalangan kita.”

“Entah. Tapi, aku peduli apa pasal tu? Now, die!

Harisya pejam mata bagaikan sudah akur. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Mana mungkin wanita sepertinya mampu melawan fizikal Eden.

Namun, tatkala picu itu ditarik, Ivan menghalang tubuh Harisya. Kolar besi pada leher lelaki itu menghasilkan renjatan elektrik untuk seketika. Ivan jatuh terbaring. Terkejut besar Harisya dengan tindakan Ivan. Eden pula menggetap gigi.

Eden cuba menarik picu pistol kembali. Entah kenapa picu itu bagaikan tersekat. Jadi, benarlah. Pistol itu telah khas dicipta untuk membunuh hanya seorang.

Kolar besi pada leher Ivan berkedip kemerah-merahan. Ia tidak ubah seperti yang pernah terjadi kepada Yuri ketika gadis itu diundi keluar.

“Kau ... kenapa kau selamatkan aku!” tergamang Harisya tatkala melihat keadaan kolar besi pada leher Ivan. Imbasan akan kejadian yang berlaku terhadap Yuri, kembali menghantuinya.

“Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Dah tak guna. Aku akan mati,” lemah balasan Ivan.

“Aku yang patut mati, bukan kau! Kau, Mayor! Kau penting!”

“Lupakan pasal tu! Sekarang waktu yang sesuai, pergi tekan butang kecemasan! Pergi!” lantang Ivan bersuara.

Harisya pula bagaikan dilema. Dia menggetap gigi, akur dengan arahan Ivan. Gadis itu bingkas bangun, berlari menuju ke tangga naik.

Ivan yang bersandar pada dinding, mengenang nasibnya. Kolar besi pada leher hanya menunggu waktu hendak meledak. Namun, ketika itu juga segala memori dan imbasan hidupnya bagaikan sekilas melalui ruang benak.

‘Risa ... mungkin kau akan bahagia kalau kau terus lupakan aku,’ monolog hati kecil Ivan.

“Aku takkan biarkan kau, Harisya!” Eden menjerit lantang. Dia membuka langkah seribu, mengejar tubuh Harisya.

Ivan pula bingkas bangun. Dia mengejar Eden semahunya. “Don't you dare touch her!”

Ivan memeluk tubuh Eden dari belakang. Mereka berdua jatuh, terguling. Namun, ingin sahaja Eden mengikut wajah Ivan, kolar besi pada leher Ivan meledak. Darah memercik ke serata tubuhnya.

Ivan sudah tidak bernyawa.

Eden menelan air liur sendiri. Dia tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada dirinya. Dia mengalihkan tubuh Ivan yang tidak bernyawa sebelum menyambung langkah, mengejar Harisya yang sudah di hujung koridor.

Harisya berlari tanpa menghiraukan perasaan. Air mata dan darah pada keningnya jatuh menitik ke atas lantai. Ingin dia menangis sekehendaknya.

Dia menjejakkan kaki ke lantai tingkat atas. Matanya sempat menangkap susuk tubuh seseorang sedang terpacak di kaki lima. Tapi, dibiarkannya. Gadis itu meneruskan larian ke bilik mesyuarat.

Eden yang masih mengejar Harisya juga menjejakkan kaki ke tingkat lima. Namun, tatkala tiba di koridor, kaki Eden disepak dengan kuat sebelum lelaki itu ditolak. Dia jatuh tergolek di atas tangga sehingga terdampar di atas lantai.

Eden mengerang kesakitan. Alis matanya dibuka luas. Jelas, Mikhail sudah berdiri di kaki lima tingkat atas. Lelaki itu menyilangkan tangan ke dada seraya memandang sinis ke arah Eden.

“Kau akan mati malam ni, Eden.” Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Mikhail sebelum Harisya menekan butang kecemasan pada meja bulat.

Kring!

Loceng kecemasan menggegarkan bangunan. Tidur para pemain mula dimusnahkan. Lena mereka dikejutkan. Seorang demi seorang tersedar daripada tidur, bingung dengan keadaan.

***

Semua pemain dikumpulkan di meja mesyuarat. Tiada kata daripada lidah mereka tatkala menyedari darah pada wajah Harisya, Xin dan juga Eden. Harisya sudah menceritakan segalanya. Bahkan, Mikhail dan Xin juga menyokong suara Harisya.

“Semua orang dah tahu siapa yang kita akan undi, jadi ... kita tunggu je masa berbincang habis,” kata Irene.

“Malam-malam buta macam ni pun nak mesyuarat. Ganggu tidur aku betul,” ucap Lutfi pula seraya menguap.

“Kau ada apa-apa yang nak cakap, Eden? Kau dah bunuh Yuri! Kau dah bunuh Ivan! Sekarang, tiba giliran kau pula rasai mati,” bentak Harisya.

“Kau orang tak faham! Aku buat semua ni untuk kawan baik aku! Kau orang takkan faham masalah hidup aku!” balas Eden dengan pekikan.

“Kau ingat kau sorang ada masalah? Semua orang yang ada kat sini, ada masalah! Aku ada masalah, Yuri ada masalah! Ivan ada masalah! Semua orang kat sini ada masalah! Tapi, kau ... pembunuh!” bidas Harisya pula.

Eden mengetap gigi. Dia terdiam. Tidak tahu hendak membalas apa. Hatinya sekadar menerima semua kata-kata itu.

“Kita ada kurang seminit lagi. Ada apa-apa nak cakap?” tanya Mikhail.

Eden tidak membuka mulut. Hatinya kini hanyut dengan nasib yang bakal menimpanya. Dia tahu, dia akan menemui ajal. Dia tidak dapat lari lagi. Entah mengapa kenangan bersama dengan Lorelay menerobos sel-sel otaknya. Bagaikan tertayang segala kenangan bersama gadis itu.

“Aku buat semua ni sebab seseorang. Seseorang yang aku sayang. Betul apa yang kau cakap. Kita semua ada masalah. Tapi, aku tak pilih nak jadi Mafia. Aku ikut arahan. Aku hanya ikut permainan. Aku nak berubah jadi baik, aku nak tolong orang yang aku sayang, tapi apa yang aku dapat?” sayu Eden bersuara. Semua pemain hanya diam, bagaikan tidak peduli.

Tiba-tiba, telefon pintar Eden bergetar. Lelaki itu mengeluarkan telefon dari poket seluar. Dia mendapat sebuah pemberitahuan. Tatkala dia menekan pemberitahuan itu, dia terkejut besar.

Lorelay sudah sedar daripada koma sehari yang lalu. Keadaan dia bertambah baik.”

Itulah mesej yang dia dapat daripada nombor yang tidak dikenali. Eden tersenyum. Air mata mengalir di pipinya. Dia menangis teresak-esak. Tidak menyangka akan berita itu.

Ketika itu juga, sesi undian dimulakan. Semua pemain mula menekan gambar pemain yang ingin diundi pada skrin telefon.

Sesi undian itu berakhir. Skrin televisyen besar memaparkan keputusan undian. Tujuh undian berada pada nama Eden. Eden mengundi diri sendiri. Dia sudah pasrah. Sudah tahu nasib diri. Tapi, dia tidak peduli lagi. Dapat tahu akam berita tentang Lorelay sudah kembali pulih, cukup membuatkan hatinya senang.

Bang!

Kolar besi pada leher Eden meledak. Tubuh lelaki itu jatuh di atas lantai. Darahnya memercik ke serata meja dan tubuh Lutfi yang berada di sebelahnya.

“Masih ada Mafia yang tersisa.”

Itulah yang terpapar di skrin televisyen.

Lutfi bangun daripada kerusinya, berjalan keluar dari bilik mesyuarat seraya berkata, “Kau orang buatlah apa yang patut. Aku nak pergi mandi.”

“Aku akan uruskan mayat Eden. Fiqa, tolong aku,” pinta Irene. Fiqa menurut arahan tanpa kata.

“Aku akan ke tingkat bawah, uruskan mayat Ivan,” kata Mikhail pula. Dia membuka langkah, keluar dari bilik mesyuarat.

Harisya masih diam tanpa kata. Dia termenung sendiri, bagaikan tidak dapat menerima situasi yang berlaku. Selepas kematian Yuri, kini Ivan pula yang menghantui mindanya.

“Harisya? Hoi, Harisya!” panggil Xin, mematikan lamunan Harisya.

“Maaf. Aku...”

“Aku tahu kau susah nak terima semua ni. Tapi, kita kena buat sesuatu sekarang. Aku rasa, ni masa yang sesuai.”

“Masa yang sesuai untuk?”

“Kita ke Kafeteria sekarang,” pinta Xin. Dia bangun dari kerusi, berjalan keluar diikuti oleh Harisya yang masih bingung dengan kata-kata lelaki itu.

***

Pintu Kafeteria ditutup rapat. Xin dan Harisya duduk bertentangan, menghadap satu sama lain. Harisya masih tertanya-tanya dengan kata-kata Xin. Entah apa pula yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

“Apa yang kau nak cakap?”

“Aku patut beritahu kau lebih awal tapi, aku tak nak Mikhail tahu benda ni.”

“Kenapa pula?”

“Aku akan jelaskan nanti. Tapi. sekarang ni ... kau tengok ni.” Xin menghulurkan sekeping kad maklumat yang dijumpainya kepada Harisya.

Harisya mengambil lalu membaca setiap patah kata yang tertulis pada kad itu.

“Executioner: Pemain yang menerima peranan ini tidak menyebelahi Mafia mahupun Villager. Executioner akan diberikan nama seorang pemain yang disasarkan. Executioner perlu menghasut pemain-pemain lain agar pemain yang disasarkan berjaya disingkirkan dalam Sesi Perbincangan. Jika pemain yang disasarkan, disingkirkan dalam Sesi Perbincangan, Executioner akan menang.”

“Ini peranan lain lagi ke?” tanya Harisya.

“Ya. Peranan yang tak memihak kepada Mafia ataupun Villager. Peranan ketiga. Aku namakan peranan ni, The Death Role. Aku takut, kita asyik undi orang yang kita rasa Mafia tapi orang tu ialah sasaran Executioner, kita pula yang akan mati nanti.”

“Betul cakap kau, aku rasa ni masa yang sesuai nak tangkap Executioner. Jadi, apa yang kita nak buat? Kau dah ada syak sesiapa?”

Xin tersenyum sinis sebelum membalas, “Aku dah ada nama.”

“Siapa?”

“Mikhail.”

“Kau ... serius? Tapi, dia cakap pada aku dan Ivan ... dia Detektif kedua selepas Yuri?”

“Oh? Kebetulan pula.” Xin menghulurkan kad maklumat yang dijumpainya di dalam makmal komputer awal malam tadi.

Harisya yang membaca setiap kata yang tertulis pada kad itu pula terkejut besar. “Hanya ada seorang Detektif?”

“Ya. Itu kad maklumat yang aku jumpa tadi. Hanya ada seorang Detektif. Kalau Yuri betul-betul Detektif macam apa yang kau cakap, jadi apa peranan Mikhail? Kenapa dia nak tipu kau dan Ivan pula? Kau rasa ... kau boleh percayakan dia?”

“Mikhail ... Executioner?”





























Tamat untuk Jilid 2: Mayor.

one night long: kill or be killed

Continue Reading

You'll Also Like

235K 15.2K 52
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang p...
30K 1.4K 47
Dark Romance Author hantam ja nie🐒 Qayla Qaisara seorang gadis lembut.peramah.baik.oleh kerana itu,dia dibenci oleh ayahnya dan abangnya Setelah ib...
10.4K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
21.1K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...