HELLO QASWAR

By evenadine

1.9M 100K 9.2K

[ PRIVATE CHAPTER ] - COMPLETED ๐‘ผ๐’๐’…๐’†๐’“ ๐‘บ๐’๐’–๐’—๐’†๐’๐’Š๐’“ #1 Kepada hati, kenapa dia? โHello- ingat saya la... More

โ€ข akitkatsarchives โ€ข
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ“ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ’ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ”๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
THE END
AKITKATSARCHIVES | 1
EBOOK SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER | 2
SPECIAL CHAPTER | 3
SPECIAL CHAPTER | 4
XXTRA HIDDEN SCENE

SPECIAL CHAPTER | BABY MEL Chapter 16

9K 572 63
By evenadine

"Your name, little girl?"

Pipi kembung seperti hamster. Mata bulat terkebil – kebil polos. Menghadam pertanyaan yang diajukkan sehingga ia mengambil masa beberapa saat.

Satu, dua, tiga..

Gadis kecil berambut messy bun itu, mengeleng kepala sambil mengunyah buah strawberry.

"Takder nama,"

"T– takder nama?" Diulang kembali.

Lelaki asing yang duduk mencangkung dihadapan Amanda, membuang pandangan ke sisi. Tertawa kecil. Anak mat saleh ke yang aku jumpa ni.. alahai..

Bekal makan berisi strawberry yang dipegang kemas oleh gadis kecil itu, dikerling.

Amanda Rai Imelisa.

Lama dihadam sebelum merenung empunya bekal itu. Mata bulat, rambut hitam pekat, sekilas pandang macam.. 50 - 50! mat saleh, tak juga. Melayu pula iya.. tapi entahlah! Kerana kulit Amanda putih seperti tidak sesuai dengan cuaca panas, kemerah - merahan macam lepas kena lempang. Eh tidak! tapi begitulah.. kalau perasaan malu bertandang, mesti kulit wajahnya cepat berubah warna. Pasti! Ditambah dengan cara Amanda berucap. Pelat sungguh!

Amanda sengih lebar, menampakkan baris gigi susunya yang rapi. Ngeee!

"Uncle ader girlfriend?"

Geleng.

"Takhader, uncle takhader sesiapa.."

"Whoaaaa!" Mata Amanda langsung membulat sempurna. Sinarnya mata bulat itu seperti mangsanya termasuk perangkap yang dibuat olehnya. Muehehehe.. takder gegirl..

Pap!

Selamba saja Amanda menjatuhkan tangan kecilnya pada belakang tangan lelaki asing dihadapannya. Refleks, kening si lelaki terjungkit ke atas. Amboi dik.. bagitau mak engkau yang kecik – kecik dah gatal!

"Aip! Aper ni sentuh – sentuh kiter?" Sengaja mengunakan cara Amanda berbicara. Muka dibuat pura – pura marah. Mata terjengkil, tapi tidak terlihat seram dan menakutkan di mata Amanda. 

Sengih lagi! Amanda menarik tangannya semula.

"Hehehe... sowyyy! Er... kiter jadi boyfriend - girlfriend.. boleh? Manda takder boyfriend, uncle jadi boyfriend Manda, macam Hannah dengan.. t– tak tahu nama dia aper.."

"Uncle– "

Amanda memotong, belum selesai lagi bicaranya. Strawberry seterusnya dimakan. Pipi kembung, mulut penuh mengunyah. Mata ke arah lain, lawan bicara di arah lain. Fokusnya dari bermacam sisi.

"Nama uncle aper? Nama Manda.. MANDA! Kalau uncle.. nama– " Yasmin– guru taska Amanda, mencelah.

Amanda menoleh, melihat ke arah Audi ditunjuk oleh cikgu Yasmin. Terparkir tepat di hadapan sekolah taska Amanda.

"Papa kamu dah datang, Amanda."

Qaswar. Menghampiri anak gadisnya dengan penuh berkarisma. Ceh! Kalau Marissa ikut bersamanya untuk menjemput Amanda, pasti bola mata Marissa sudah tergolek keluar. Jatuh cinta, iya. Cemburu pun mungkin, iya! Kerana ada kehadiran wanita asing disitu, iaitu cikgu Yasmin. 

Riak Amanda berubah ceria. Menelan sebiji strawberry dengan paksa sehingga biji matanya sempat terbeliak besar. Woi! terkejut aku! Hampir jadi saksi anak orang tercekik strawberry.

"Papaaaaaaaa,"

Amanda berlari ke dalam pelukkan Qaswar.

"Ya sayang, tak terbang papa sampai kamu nak berlari macamni." Cap dark green yang tersarung di kepalanya dibuka, disarungkan di kepala sang anak.

"Berry boo Manda habis, nanti kiter beli lagi tau.. papa?"

"Kiter! Kiter! Awak tu melayu, tak perlu nak pelat - pelat macamtu!" Tegur Qaswar sambil merapikan anak rambut Amanda. Dahi berpeluh, pipi kemerahan. Tanpa sedar Qaswar mengeluh. Cepat saja anak bongsunya berpeluh macam itu.

Amanda mencebik.

"Manda bukan melayu!"

"Bukan melayu?" Dahtu, anak import ke apa?

Amanda menyambung kata, merehatkan dagu pada bahu Qaswar. Lidah dijelirkan pada penumpang yang duduk di sebelah pemandu.Nawal Qadree, mencerlung Amanda bagai nak telan. Cemburu melihat Amanda yang kena dukung.

Amanda sakan menyakat. Mengoyangkan kepala bersama jeliran lidah. Bluwerk!

Dree, takhader!

"Manda orang Australia! Macam mama kata."

"Yela, yela," putus Qaswar.

Tiada daya ingin berdebat panjang. Perang macam mana sekalipun, Qaswar akan kalah juga. Sebagai suami mahpun papa anak anaknya, dia akan tetap salah! Semua ini angkara Marissa, bila mana isterinya pernah menunjukkan gambar sewaktu dia bercuti di Australia dulu. Seorang diri dan ada juga sewaktu kecil bersama keluarganya. Alhasilnya, dengan tak malu– mini Nurynmarissa meng'claim diri sendiri bahawa dia warga Australia.. walaupun ada benarnya kerana papa Marissa kacukkan orang sana, tapi itulah.. tak tahu celah mana DNA gadis kecil itu tersangkut dengan DNA Australia.. padahal banyak ikut dia saja.

"Papa! Papa! Papaaaaaa, turunkan Manda! Turunkan Manda!"

Akur.

Menuruti permintaan Amanda, kerana telinga Qaswar sudah sakit akibat jeritan nyaring anak gadisnya berserta pergerakkan seperti cacing kena azab! Turun saja, Amanda terus berlari masuk ke kawasan taska semula. Terkedek – kedek gadis berumur 3 tahun itu berlari.

Mendekati lelaki asing yang menegurnya tadi.

Lelaki tersebut, mengangkat kepala. Mengalihkan pandangan dari telefon bimbit. Bukan terkejut dengan kehadiran Amanda, tapi terkejut melihat lelaki tinggi lampai di belakang Amanda. Saling bertatapan tapi dihentikan oleh suara Amanda. 

"Nama uncle aper?"

"Apa, Amanda rai! A, P, A, Apa! Berapa kali nak kena tegur?" Qaswar membetulkan. Menyampah pula aku! Mujur anak sendiri. Messy bun Amanda, diusap dengan kasar. Geram aku! Geram! 

Amanda cemberut. Memutarkan bola mata bersama jelingan.

"Isy! Papa ni, sibuk je!" Marah Amanda. Menolak tangan Qaswar. 

"Cepatlah, namer uncle aper?" 

Semakin jauh pelat Amanda, semakin menyampah riak Qaswar.

"Ad,"

"Ed?"

"A, D, little strawberry.. Adraf."

"Ehe.. berry.." Tak malunya, Amanda tersipu malu di depan mata papanya sendiri. Memeluk kaki panjang Qaswar. Masih tersipu – sipu. Terjengkil mata Qaswar dibuatnya.

Allahuakbar.. perangai mama dia betul!

Amanda menjeling Qaswar bersama senyuman misteri. '"Macam papa panggil mama.. MAMA?? Erk.. okaylah! Bye – bye, uncle Ad! Mama nak jumpa Manda. Eh, saler saler! Manda nak jumpa Mama! Ha, betul! Letsgoo papa!"

Amanda berlari teruja sambil menarik tangan sang ayah agar berlalu bersamanya. Mahu tak mahu, Qaswar mengikut. Malu sampai nak tanam diri. Tak versi giant, versi mini pun sama saja miangnya! Qaswar sempat berpamitan dengan Adraf. 

"Dree duduk belakangggggggg, itu tempat Manda!"

Qaswar memasuki kereta. Tak jadi menutup pintu, bila mana Adraf menahan pintu kereta dengan cara meletakkan lengannya di situ. Kalau beza jantina, gaya macam tengah test market, mengayat anak orang. Tapi sesama jantina ni, buat Qaswar ingin memijak usus orang rasanya.

"Pahal?"

"Kalau jadi biras, elok rasanya," Adraf menyakat sambil melambai manja kepada Amanda.

Jeling!

"Keep dreamin!" Qaswar memperingatkan keras. Tak habis lagi emosinya terganggu dengan sikap Amanda, ditambah dengan Adraf lagi. Boleh gila aku!

Dengan selamba, Qaswar menendang kaki Adraf, kemudian menutup pintu kereta. Bum! Adraf mengaduh sakit. Ingin membalas, tapi Qaswar terlebih dahulu melarikan diri dengan menekan pedal minyak dengan kuat.

"Bangsat! Kau tunggu, Al!"

"Papa kenal uncle Ad?"

"Kenal. Jangan kawan dengan dia, otak tak betul sikit."

🍓🍓🍓

MARISSA menghembus nafas berat, bercekak pinggang bersama mata terkedip lemah melihat telatah anak – anaknya. Menoleh ke sisi, bila menyedari kehadiran suaminya.

Sebelah tangan bersembunyi rapi dalam kocek seluar, sebelah lagi mengenggam telefon bimbit. Membetulkan rambut. Usap sana, usap sini, elok dahtu! Namun, langsung tidak ada tanda – tanda ingin berhenti dari menilik rambut sendiri.

Marissa berdecit garang. Sengaja ingin mendapatkan perhatian Qaswar walaupun tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

"Kenaper jeling – jeling kiter?"

"Teringin nak sumbing? Kalau nak, Rissa tolong sumbingkan,"

Uish.. marah.

"Kenapa? Perasaan tak elok apa yang bertandang di hati, Dinda?" Santun Qaswar bertanya, buat nasi - nasi di dalam perut Marissa berteriak ingin dimuntahkan keluar.

Sebelah kening dinaikkan sekali. Tak lupa hujung bibir ternaik menyakat.

"Qasayang!" Runggut Marissa.

"Ya, ya! Kenapa? Cuba bagitau kenapa? susah nak faham bahasa telepati, ilmu belum cukup kuat."

"Isy! Tengoklah minions abang tu! Psikopat semua!" Adu Marissa dengan kesal.

Qaswar mengalihkan pandangan, memastikan seberapa psikopat anak mereka. Pandangan pertama, jatuh pada Uwais Nadiro. Tak banyak pergerakkan, ia hanya duduk di atas kucing seperti menunggang kuda. Semangatnya mengarah, macam seorang cowboy yang sedang beraksi bersama pistol mainan. Sayangnya, kucing tersebut tidak melayan permintaan Uwais.

Tak jauh, Noah dan Amanda.. seperti permintaan anak kedua mereka untuk ada adik perempuan, maka dialah yang paling rapat dan sayang terhadap Amanda Rai. Kalau dilihat sekilas, mungkin biasa saja, mereka bermain anak patung Barbie.. tetapi setelah diamati, benarlah aduan Marissa. Psikopat! Rambut patung Barbie Amanda seperti lepas kena sambar petir. Tak cukup dengan itu, dikafankan pula dengan cebisan kain sisa dari hasil kerja Marissa.

Disiksa, dipijak ultramen, kafankan, dihantar oleh ulftramen ke tanah dan.. kubur!

Allahukbar! Tak boleh dibiar! Qaswar pantas mendekati kedua anaknya itu tapi niatnya terbantut akibat jeritan Marissa berserta gelak tawa ceria Qadree.

Qaswar mematung. Kelopak mata dipejam sesaat. Tolong.. bak kata Marissa, jebal.. Tolong normalkan yang terakhir ini. Penuh pengharapan, Qaswar menoleh ke arah anak ketiganya, Nawal Qadree.

Gelak tawa, ditemani dengan bunyi kibasan sayap ayam yang terdengar agresif. Mana tak agresif kalau diheret Qadree macam ayam itu tak boleh berjalan sendiri.

"NAWAL QADREEEEEEEE!" Suara Qaswar memetir. Meluru laju, mendapatkan anak ketiganya. Paling tak boleh dibiarkan! Qadree ketawa lucu, menghindar Qaswar bersama ayam jiran yang selalu melepak di laman rumah mereka. Qadree lebih psikopat! Berlari menjelajah halaman rumah sambil mengheret paksa ayam hidup itu.

"Qadree! Patah kaki ayam tu, nanti!!"

"Ayam goreng.. ayam goreng.. hehehehehe ayam gorengggggg!" Bernyanyi senang. Lagaknya, malaikat maut untuk ayam itu. Pasti ayam itu menyesal seumur hidup kerana termasuk ke rumah yang salah. Isinya orang - orang tak betul!

Riuh – rendah. Hebohnya macam kat Jurassic park!

Nurynmarissa jatuh terduduk. Lambat – lambat tangannya naik menarik rambut sendiri. Ini semua.. di luar dugaan.. ini semua bukan random.. tapi gila!

"Mama! Jom baca Al – fatihah untuk arwah Barbie!"

"Haha.. arwah Barbie."

...

ADRAF SAFARAZ - from RATU TSABINA

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 6.3K 2
Mahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.
1.8M 132K 83
โ˜ ๏ธ 1st Knight Series โ™ฅ๏ธ Tengku Azreal Attar X Shafiqah Amanda ๐Ÿ€ Dead man tells no tales. "Abang Azreal?" Shaf tersenyum lebar. Azreal mengangguk pe...
372K 13.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
196K 9.8K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...