The Lost Girl

By rubyadena

36.4K 1.8K 246

"Kau..." Khaleel memandang tepat ke dalam anak mata perempuan itu. Perempuan itu mula memeluk tubuh, menutup... More

๐“๐‡๐„ ๐‹๐Ž๐’๐“ ๐†๐ˆ๐‘๐‹
๏ผฐ๏ผฒ๏ผฏ๏ผฌ๏ผฏ๏ผง๏ผต๏ผฅ
ใ€Ž1ใ€
ใ€Ž2ใ€
ใ€Ž3ใ€
ใ€Ž4ใ€
ใ€Ž5ใ€
ใ€Ž6ใ€
ใ€Ž7ใ€
ใ€Ž8ใ€
ใ€Ž9ใ€
ใ€Ž10ใ€
ใ€Ž11ใ€
ใ€Ž12ใ€
ใ€Ž13ใ€
ใ€Ž14ใ€
ใ€Ž15ใ€
ใ€Ž16ใ€
ใ€Ž17ใ€
ใ€Ž18ใ€
ใ€Ž19ใ€
ใ€Ž20ใ€
ใ€Ž21ใ€
ใ€Ž22ใ€
ใ€Ž24ใ€
ใ€Ž25ใ€
ใ€Ž26ใ€
ใ€Ž27ใ€
ใ€Ž28ใ€
ใ€Ž29ใ€
ใ€Ž30ใ€
ใ€Ž31ใ€
ใ€Ž32ใ€

ใ€Ž23ใ€

683 46 4
By rubyadena

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟸𝟹 - 𝙾𝚗𝚎 𝚜𝚝𝚎𝚙 𝚌𝚕𝚘𝚜𝚎𝚛

-

Kakinya masih setia berlipat di atas sejadah walaupun solat sunat yang didirikan sudah selesai 10 minit lepas. Tangan pula menutup buku panduan solat itu sebelum meletakkan ia ke sisi sejadah.

Hari ini perasaan resah gelisah, takut dan kesedihan yang mendiami jiwa selama beberapa hari ini, semakin beransur pergi. Damai itulah yang digambarkan sekarang ini. Yang kini tinggal hanyalah sebuah ketenangan yang dicari-cari.

Entah mengapa selesai menunaikan solat sunat dia seperti tidak mampu mengangkat tubuh dari sejadah dan kembali tidur. Dia selesa begini. Merenung setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya sejak akhir-akhir ini.

Kehidupannya sekarang dan empat bulan lepas berubah 360 darjah tanpa sekalipun terlintas dalam fikirannya bahawa dia akan sampai ke tahap ini.

Pandangan jatuh pada telekung yang dipakai. Daripada meminjam barang dan pakaian Ainul, sekarang dia meminjam daripada Aisyah pula. Hanya beberapa helai t-shirt dan seluar saja kepunyaannya. Yang lain, bukan milik dia.

Memang pahit menerima hakikat bahawa hidupannya sekarang serba banyak bergantung atas orang lain. Dia benar-benar tidak punya apa-apa ketika keluar daripada kelab malam itu. Ketika Khaleel membeli dan membebaskannya seperti seekor burung yang akhirnya dapat mengepakkan sayapnya setelah sekian lama dikurung dalam sangkar pada malam itu.

Keluhan meluncur keluar di antara dua ulas bibirnya yang kering.

Serta merta mata tertacap pada buku panduan solat tersebut, dan wajah si pemberi muncul di fikiran. Perbualan mereka pada hari terakhir Khaleel melawat dia di rumah itu, berlegar-legar dalam gegendang telinga.

Bukan perbualan mereka yang bertukar air mata di belakang rumah pada petang itu tetapi sewaktu Khaleel hendak meninggalkan rumah itu. Di pagar rumah, dia memberikan kata putus kepada lamaran Khaleel.

"Saya terima lamaran awak Khaleel."

Terhenti kasut kulit Khaleel yang baru hendak melangkah masuk kereta. Kedua matanya tidak berkedip merenungnya. Nampak sangat terkedu.

"Apa kau cakap? Aku tak dengar." Pinta lelaki itu agar dia mengulangi kata-katanya walaupun dia cukup yakin, Khaleel sudah mendengar dengan jelas.

"Saya terima lamaran awak. Saya setuju nak jadi isteri awak."

Tidak pernah selama ini dia melihat senyuman manis Khaleel selebar itu, sehingga ke telinga dan hari ini dia menyaksikan lelaki itu menjadi lelaki paling bahagia dalam dunia ini. Masih melekat lagi dalam memorinya ketika mata hazel itu bersinar-sinar, teruja tidak terkata.

"Kalau macam tu nanti aku bawa kau jumpa papa dan mama. Walaupun dorang dah pernah jumpa kau sebelum ni tapi kali ni aku nak bawa kau jumpa dorang lagi sebagai. "

Dan hari yang dijanjikan sudah tiba.

Mungkin disebabkan terlalu takut dan gementar memikirkan tentang itu, dia tidak dapat tidur lena malam ini yang akhirnya membawa dia bersimpuh di sejadah pada dua pertiga malam ini.

Dia rasa pilihannya untuk menjadikan Khaleel sebagai suaminya adalah tepat. Malah tiada apa yang perlu diragukan lagi. Bahkan jika mana-mana perempuan diluar sana menerima lamaran daripada lelaki seperti Khaleel, mungkin tidak sampai sesaat mereka sudah memutuskan untuk berkahwin dengannya. mereka pasti merasakan sangat beruntung bakal mengahwini dan memiliki lelaki sesempurna Khaleel.

Berharta, berupa, cukup berakhlak dan paling penting, di dadanya tinggi ilmu agama.

Tapi sayangnya keputusan yang diputuskan tidak mudah bagi gadis sepertinya. Bukan tentang Khaleel yang membuatkan hatinya berat untuk menerima lamaran itu tapi dirinya...

Persoalannya kini, adakah dia sudah cukup baik untuk menjadi pelengkap hidup Khaleel?

Adakah layak gadis yang mempunyai masa lalu yang hitam sepertinya bergandingan dengan lelaki sesempurna Khaleel yang umpama kain putih bersih tanpa sedikit pun calitan hitam itu?

Bagaimana pula penerimaan keluarganya? Ikhlas kah mereka menerima dia yang tiada apa-apa selain daripada seketul hati yang ikhlas mencintai anak mereka sepenuhnya? Dengan Datin Fauziyah yang sudah terang lagi bersuluh tidak menyukai dia.

Dan ketika itu air mata mengalir deras tanpa disedari.

❋❋❋

"Dah belajar sampai mana?" Hampir tercekik Qaisarah dibuatnya mendengar soalan pertama yang meluncur dari mulut Datin Fauziyah. Semua mata-mata yang senyap menyantap masakan lima bintang chef peribadi keluarga Khaleel itu terus memandang Datin Fauziyah dan Qaisarah bergilir-gilir.

Qaisarah terkulat-kulat hendak menjawab. Sungguh dia tidak faham dengan soalan Datin Fauziyah. Belajar di sekolah kah maksudnya? Kerana seingatnya, dia cuma sempat bersekolah rendah saja dan selepas itu semuanya gelap. Kotak memorinya masih tidak dapat berfungsi dengan baik sebenarnya dan setiap kali dia cuba memutarkan ke belakang perjalanan hidupnya mesti denyutan tajam saja dirasakan mencucuk hemisfera serebrumnya itu.

Badan mengeras apabila mata berlanggar dengan renungan tajam yang Datin Fauziyah lemparkan apabila dia masih tidak bersuara. Daripada segan hendak makan terus tidak jadi makan. Serius dia rasa nak menangis saja sekarang ini. Sudahlah Aisyah tiada untuk menemaninya kerana dia terpilih sebagai salah seorang pensyarah untuk mengendali program kemasukan pelajar baharu secara atas talian.

Mata beralih pada Khaleel tapi lelaki itu tengah sedap mengunyah makanan sampai tidak angkat muka. Seolah-olah dia tidak mendengar apa-apa tadi.

Padahal sudu garfu dalam tangan kuat Khaleel genggam saat soalan Datin Fauziyah itu mencecah gegendang telinga. Sampai jelas timbul urat-urat belakang telapak tangannya. Bukan dia tidak faham akan maksud Datin Fauziyah itu. Sengaja mahu menjatuhkan air muka Qaisarah depan mereka dan memprovokasinya.

"Tak ada masalah pun kalau tak ada education sampai tahap mana. Khaleel nak cari isteri bukan nak hire staff." Baru Qaisarah hendak membuka mulut, Khaleel terlebih dahulu menjawab. Terkebil-kebil dia memandang Khaleel yang nampak selamba bersuara sambil menolak sisa nasi yang tinggal dalam pinggan atas sudu.

Berdengung telinga Datin Fauziyah mendengarnya. Lain ditanya lain yang pula tukang jawabnya.

"Habis tu sekarang kerja apa?" Tanya Datin Fauziyah dalam nada tidak puas hati. Masih berapi dengan jawapan Khaleel agaknya tapi sekarang dia lempar soalan lain pula nak mengenakan gadis itu.

Bercakap tentang kerja, Qaisarah lagi tidak betah hendak buka mulut. Automatik pekerjaan lamanya itu lalu dalam kepala. Dia tidak tahu sama ada perlu berterus terang dengan bakal mentuanya itu atau tidak, memandangkan Datin Fauziyah bertanyakan tentang pekerjaanya sekarang bukan dulu.

Tapi jawapan yang dia ada pun. Mesti mengundang kemarahan Datin Fauziyah lagi.

"Saya tak kerja tapi nanti saya cari kerja."

Khaleel tarik nafas lega dalam diam bila dengar Qaisarah beri jawapan sebegitu. Takut gadis itu buka cerita lamanya. Buat masa sekarang dia tidak mahu ibu tirinya mengetahui latar belakang gadis itu. Cukuplah dia tahu gadis itu anak yatim piatu. Selebihnya biarlah selepas mereka berkahwin dia bagitahu. Time tu Datin Fauziyah hendak meroyan pun bukan dia boleh buat apa.

Wajah bersih dan berseri Datin Fauziyah terus berkerut seribu.
"Habis kalau tak kerja siapa nak menanggung duit persiapan nak kahwin ni? Takkan Khaleel sorang je nak keluar duit?"

Qaisarah mengetap bibir. Sungguh malu apabila di marahi depan yang lain. Kalau orang lain jumpa dengan ibu bapa pasangan mesti dilayan baik-baik saja tapi dia pula sebaliknya. Siap kena marah lagi. Daripada mula-mula dia muncul depan pintu rumah ini lagi, Datin Fauziyah tunjuk muka tidak suka. Lenggang kangkung wanita itu beredar ke dapur dan hanya menyuruh pembantu rumahnya menjemput dia masuk.

Selebihnya Datuk Majid lah yang banyak melayaninya. Nasib baiklah lelaki itu peramah orangnya. Cukup senang masuk. Paling penting Qaisarah dapat rasakan Datuk Majid sangat mengalu-alukan kedatangannya dalam keluarga kecil ini.

Mengenang tengkingan Datin Fauziyah tadi, tubir mata sedikit berair. Ada betul juga wanita itu cakap. Takkan dia bersenang-senang saja mengharapkan Khaleel seorang diri bayar segala persiapan kahwin mereka.

Khaleel tarik nafas panjang, menyelesakan duduknya dengan perut yang telah penuh diisi. Pada masa yang sama cuba tidak membiarkan rasa marahnya meruap keluar. Nanti kang daripada datang nak bincang terus jadi perbalahan pula.

"Ma... Khaleel datang sini untuk bincang tarikh nikah dan nak ajak papa mama kenal kenal dengan bakal isteri Khaleel bukan untuk temuduga dia macam nak serap masuk kerja kementerian."

Datuk Majid yang sejak tadi jadi diam sekadar menjadi pemerhati akhirnya mencetus tawa pendek sebelum diikuti anak lelakinya.

Datin Fauziyah sudah menjengilkan mata ke arah dua orang lelaki itu namun mereka langsung tidak kisah. Malah lagi galak ketawa.

"Jadi macam mana? Nak buat majlis tunang dulu atau nikah terus?" Kini giliran Datuk Majid pula bersuara.

Qaisarah baru perasan satu sikap Datuk Majid ini. Dia lebih suka bertanyakan tentang hal yang penting daripada yang remeh temeh seperti soalan yang diajukan oleh isterinya itu. Selebihnya, dia akan memasang telinga dan bertindak jika perlu kalau isterinya sudah buat sesuatu atau bercakap perkara yang melebihi had dari sepatutnya.

"Nikah lah terus lebih baik. Nur, okay kan?" Jawab Khaleel lalu menyambung mata dengan Qaisarah yang perlahan lahan menyuapkan makanan masih berbaki dalam pinggan.

Seraya kepala di angkat. Pandang kedua-dua lelaki hadapannya itu.

"Okay saja. Saya tak kesah." Ujar Qaisarah yang tidak terkejut dengan jawapan Khaleel

"Dah bincang pasal tarikhnya bila?"

"Belum lagi tapi kalau boleh hujung bulan ni?-"

Qaisarah terbatuk-batuk tidak tentu arah. Tersedak mendengar jawapan Khaleel. Hujung bulan? Lagi tiga minggu dari sekarang! Dia tidak sangka secepat ini Khaleel hendak dia berkahwin dengannya.

Khaleel terus menyuakan segelas air kepada Qaisarah yang masih tunduk terbatuk-batuk. Datin Fauziyah jegilkan mata kepada Qaisarah yang dirasakan sungguh mengada-ngada itu.

"Kenapa Qaisarah? Cepat sangat ke?" Datuk Majid pula rasa risau. Takut memberi tekanan pula pada gadis itu.

Qaisarah yang masih terpinga-pinga, sekadar menggeleng geleng kepala. Lagipun bukan dia boleh buat apa. Dia siapa pun hendak bantah itu ini. Kira baiklah segala persiapan ini Khaleel yang uruskan. Sudah sesen pun dia tidak keluarkan.

Hati rasa berat pula bila fikir tentang itu dalam diam.

"Dengan apa yang dah jadi ni, Khaleel rasa lebih baik lah begini."

Qaisarah tahu apa yang dimaksudkan Khaleel itu. Selain daripada kejadian dia larikan diri itu, tentang Ainul, sekarang mereka adalah buruan pihak wartawan yang tidak habis-habis cuba membongkarkan rahsia pertemuan mereka berdua selain daripada cuba mencerobohi privasi hidup mereka juga. Walaupun dia tiada media sosial tapi Qaisarah tahu dengan apa yang berlaku sekarang. Kontroversi mereka masih hangat diperkatakan.

"Akad nikah nak buat dekat masjid ke dewan? Ataupun kita buat dekat dua tempat. Akad dekat masjid, sanding dekat dewan? Macamana?"

"Ah! Yang awak nak jemput ramai ramai kenapa? Kita buat majlis kahwin tertutup sudahlah. Tak payah grand grand sangat. Saya malas nak jemput sesiapa. Malu lah dapat menantu macam ni. Akad nikah je. Tak payah nak sanding bagai."

Datuk Majid yang nampak beria mengutarakan pelbagai idea, bertukar hampa mendengar jawapan isterinya. Khaleel pula sudah mengetap rahang. Namun wajahnya masih tenang. Di teguk air sehingga licin. Mungkin cuba menenangkan hati yang panas.

"Fauziyah..." Baru di sebut nama isterinya, Datin Fauziyah telah bangun dan berlalu ke dapur. Membersihkan tangan dan mulut. Pinggannya masih bersisa tapi wanita itu tidak luak ingin menjamah makanannya. Terasa mungkin dirinya di ketepikan, dia rasa lebih baik dia angkat kaki.

Sekarang tinggal mereka bertiga di ruang makan yang mewah itu.

"Tak apa saya tak kisah. Lagipun risau juga apa-apa jadi kan..." Ujar Qaisarah takut-takut bersuara. Sekadar memberi alasan dan menutup suasana canggung melingkari mereka itu. Dalam hati sudah meraung sebenarnya. Dia tahu dia perempuan yang jijik dan tidak layak diperisterikan oleh sesiapa tapi entah kenapa tuhan mempertemukan dia dengan orang seperti Khaleel.

Datuk Majid terangguk-angguk. Ada benar juga alasan yang diberikan Qaisarah. Tak ke naya jika mereka diserang satu van wartawan ketika sedang bersanding nanti. Huru-hara terus nanti. Nasib baik jugalah menantunya tidak banyak songeh orangnya. Ikut saja.

"Tapi Khaleel masih nak adakan majlis sanding. This my wedding papa not her." Khaleel yang sejak tadi mengunci mulut akhirnya menyuarakan hasratnya. Ditekan perkataan her itu supaya papa tidak turutkan saja permintaan bukan-bukan isterinya itu.

Qaisarah pun tidak boleh buat apa. Dia kan kena ikut je. Kalau Khaleel kata A, maka A lah jawapannya.

"Kalau macam tu nanti papa minta orang-orang papa carikan dewan yang sesuai. Urusan dewan ni biar papa uruskan. Papa nak sponsor. Sekarang ni papa nak kamu berdua pergi settle kan pasal kursus kahwin dengan ujian kesihatan sebelum berkahwin dulu."

Tiba-tiba tekak rasa berpasir. Cakap pasal ujian kesihatan mesti ada HIV test kan?

Saat itu badan mula seram sejuk.

❋❋❋

Patut kah dia batalkan semua ni sebelum terlambat? Qaisarah kembali berperang dengan suara dalam kepalanya.

Datin Fauziyah nampak sangat tidak redha dengan hubungan mereka. Walaupun wanita itu cuma ibu tiri Khaleel tapi dia masih seorang ibu kan? Tipulah kalau dia tidak kecil hati dengan apa Datin Fauziyah katakan tadi. Nampak sangat wanita itu tidak menyukai dia langsung.

Tapi kan ini sebagai salah satu cara dia melangsaikan hutang dengan Khaleel... Dia pasti Khaleel pun takkan biarkan dia membatalkan perkahwinan mereka dengan persiapan yang sudah separuh jalan ini.

"Aku minta maaf atas apa yang mama cakap tadi. Kau lupakan je. Aku tahu lambat laun dia akan terima kau juga. Cause she can't change my feeling towards you. I going to choose you at the end of the day. Only you."

Khaleel yang seakan-akan boleh membaca fikirannya ketika itu bersuara, memujuk. Hati yang diselebungi kesedihan itu rasa terubat mendengar pujukan lembut Khaleel.

Qaisarah lempar segaris senyuman. Diangkat sikit jubah hijau pekat pemberian Aisyah yang meleret itu ke tanah itu.

"Saya tak nak awak bergaduh dengan ibu awak disebabkan saya." Terang Qaisarah masih serba salah.

Khaleel hantar renungan redup. Tersentuh apabila gadis itu masih memikirkan soal hati ibu tirinya walaupun jelas wanita itu telah menyakiti hatinya tadi

"She just my step mother. Nothing to worry about."

Qaisarah hanya mengangguk. Malas hendak meleretkan lagi tentang itu, Qaisarah memilih untuk mengutarakan satu persoalan yang bermain di mindanya beberapa hari lepas.

"Awak nak tanya..."

Sebelah kening Khaleel terangkat, menanti soalan yang mahu keluar dari bibir gadis itu.

Qaisarah ketap bibir. Entah kenapa gemuruh pula hendak bertanya.

"Kenapa kak Ainul call awak hari itu?"

"Oh sebab-"

Mata Khaleel mengecil. Lain macam bunyi nada gadis itu bertanya. Macam ada bau-bau... cemburu!

"Kenapa kau nak tahu?" Khaleel main tarik tali. Qaisarah yang tercegat depannya kelu lidah. Merasakan seperti Khaleel cuba mengorek sesuatu yang tersembunyi dalam hatinya.

"Se-sebab saya kan dah l-lama tak dengar pasal kak Ainul jadi saya cuma tanya.

"Kenapa kau gagap?" Bibir sudah senget sebelah. Senyum mengusik.

"Awak ni dah kenapa?" Kali ini Qaisarah naik suara sedikit. Tutup rasa gemuruh disebabkan oleh pertanyaan Khaleel itu.

"Ke sebab kau cemburu dia telefon aku?"

Tepat mengenai sasaran. Dan perasaan itulah yang Qaisarah cuba tolak tepi sejak beberapa hari lepas dengan menggantikan pelbagai alasan yang muhasabah. Tapi bila apa yang dirasakan meniti di bibir lelaki itu hati semakin kuat mengiyakan.

Tapi sumpah! Dia juga rasa ingin tahu apa yang mereka cakapkan!

Khaleel geli hati tengok reaksi Qaisarah yang nampak tak senang duduk itu. Pada masa yang sama dia rasa gembira jika benarlah itu respon yang dirasakan oleh Qaisarah. Bermakna gadis itu sedang mula mencintai dia.

"Jangan risau, hati aku setia pada satu. Kau je." Lembut bicaranya serta merta membuatkan hati Qaisarah pula tercuit. Kepala terus rasa seperti dihempap batu. Buatkan dia mahu terus tertunduk dan berlalu pergi dari situ.

"Khaleel... Betul awak nak kan saya?" Entah apa yang merasukinya, Qaisarah dengan berani menyuarakan isi hatinya.

"Kau ni memang suka eh aku sebut banyak kali yang aku sayangkan kau?" Khaleel masih dalam mood mengusiknya lagi. Hujung ayat disambut dengan tawa halus.

Terus Qaisarah angkat kepala dan tunjuk wajah cemberutnya.

"Bila aku cakap,aku terima kau seadanya aku tak pernah main-main Nur. Bila aku putuskan untuk lamar kau dulu, aku tahu yang aku dah bersedia untuk ambil kau dan jaga kau sepenuhnya disisi aku dengan cara yang halal." Terang Khaleel serius. Daripada nadanya Qaisarah tahu Khaleel tak pernah bermain-main dengan apa yang dia cakap.

Lagipun tengoklah usahanya juga. Susah payah cuba membuat persiapan perkahwinan mereka seorang diri. Kalau boleh dia tidak mahu Qaisarah terlibat atau susah hati memikirkan tentang ini.

"Saya cuma nakkan kepastian. Saya taknak awak tersilap buat keputusan. Masih tak terlambat untuk awak batalkan... Ingat Khaleel, saya tiada apa-apa" Ketika itu terasa mata masuk habuk. Untuk ke sejuta kali Qaisarah mengingatkan Khaleel tentang darjat antara mereka.

Supaya lelaki itu sedar mereka ini bagai langit dan bumi kadang-kadang. Yang tidak akan di takdirkan bercantum sampai bila-bila.

"Khaleel... Awak tak rasa cepat sangat ke kita nak bernikah ni? Kita masih tak cukup kenal antara satu sama lain..."

"Kau ragu-ragu tentang aku ke Nur? Aku memang bukan lelaki yang sempurna tapi aku cuba jadi yang terbaik buat kau."

"Tapi awak dah cukup sempurna bagi saya Khaleel. Cuma saya saja... Yang penuh dengan cacat celanya." Di panggung wajah pada muka tampan lelaki itu yang tenang saja tapi nampak keletihan sebenarnya.

"Lepas kahwin lah kita kenal kenal. Lagipun kan lebih baik bercinta lepas kahwin. Time tu boleh kenal each other lagi mendalam. Nak buat apa pun boleh dah." Qaisarah rasa meremang bila dengar hujung ayatnya Khaleel.

Lebih-lebih lagi bila Khaleel tayang senyuman itu... senyuman yang jelas membayangi sesuatu yang dia juga sama terbayang.

Ish, dosa!

"Dan pasal Ainul tu dia ada minta nak jumpa kita. Kau okay ke nak pergi atau kau masih perlu masa?" Tiba-tiba Khaleel bangkitkan tentang Ainul, menjawab persoalan Qaisarah yang tergantung tadi.

Qaisarah hairan. Jantung pun berdetak kencang. Tipulah kata jika dia rasa tidak seram ingin berjumpa dengan perempuan itu setelah apa yang terjadi.

Memang dia sudah maafkan Ainul tapi hatinya yang dicantum kembali selepas kejadian itu tidak sama lagi rupanya.

"Kenapa dia nak jumpa kita?"

Khaleel angkat bahu.

"Tak tahu tapi mungkin... dia sedar mana kesilapan dia." Khaleel bersangka baik. Lagipun daripada nada suara Ainul hari itu, dia dapat dengar ada bunyi sesalan di situ.

Kalau betul apa yang diperkatakan oleh Khaleel, Qaisarah dengan senang hati ingin berjumpa Ainul. Perempuan itu masih mempunyai tempat yang istimewa dalam hidupnya. Banyak juga memori baik yang mereka lakarkan bersama. Dan tidak mungkin dia lupa bahawa perempuan itu lah yang banyak mendekatkan dirinya dengan tuhan.

"Anyways you look stunning tonight. Barely recognize you earlier." Lamunan Qaisarah mati mendengar pujian Khaleel. Mereka bertentang mata sekali lagi sebelum Qaisarah larikan ke tempat lain.

Macam biasa pipi bertukar merah padam selepas itu. Dia rasa perlu berterima kasih pada bakal kakak iparnya itu yang sempat mencontengkan sedikit mukanya sebelum masuk ke dalam meeting tadi. Siap belikan dia baju lagi. Serius dia rasa sangat terhutang budi dengan keluarga Khaleel ini.

"Dan selepas kita akan jumpa banyak kali. Hope kau tak muak tengok muka aku." Ujar Khaleel sengaja ingin lihat reaksi Qaisarah. Tapi memang betul pun. Lepas ini kerap kali juga mereka akan bertemu. Banyak persiapan kahwin perlu diuruskan.

Tapi siapa suruh juga nak kahwin cepat cepat! Kan dah kelam kabut.

"Tak mungkin saya muak nak tengok muka bakal suami saya hari hari." Balas Qaisarah sebelum lenyap di sebalik pintu kayu rumah itu.

Dan sampai ke tidurlah, Khaleel terngiang-ngiangkan ayat Qaisarah yang satu itu. Senyuman di bibir sedikit pun tidak pudar daripada dia menghantar gadis itu ke depan pintu sehinggalah sekarang, sudah baring terlentang atas katil.

-

Hope you guys suka this chapter!

©ruby

Continue Reading

You'll Also Like

243K 12.5K 58
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
53.8K 3.5K 43
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
2M 89.9K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
297K 11K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...