EMYR EDRA

By thelifeof_rene

25.3K 2.3K 137

[ON GOING] Emyr x Edeline Edra More

EMYR
Prolog
Edeline-01
Edeline-02
Edeline-03
Edeline-04
Edeline-05
Edeline-06
Edeline-07
Edeline-08
Edeline-09
Edeline-10
Edeline-11
Edeline-12
Edeline-14
Edeline-15

Edeline-13

2K 132 13
By thelifeof_rene

Seminggu sudah berlalu, hari untuk Edeline tinggalkan Malaysia juga semakin dekat. Hujunh bulan ni dia sudah diminta untuk terbang ke Korea.

Saat ini dia sedang termenung memikirkan macam mana dia nak bagitahu hal ni kepada Emyr.

"Kau kenapa?" soal Emyr apabila dia perasan yang Edeline sepertinya tak senang duduk.

"Kau ada masalah ke?" soalnya lagi. Muka Edeline menunjukkan yang dia sedang sembunyikan sesuatu.

"Emyr.."

"Hmm.."

Edeline keluarkan surat tawaran yang dia simpan di dalam begnya lalu diberikan kepada Emyr. Tanpa banyak soal, Emyr terus sahaja membaca isi surat tersebut. Emyr tak mampu nak berkata selain hanya tersenyum lebar.

"Congrats Ede.." ucapnya dengan ceria.

Edeline langsung tak membalas senyuman Emyr. Dia gembira melihat senyuman Emyr tapi dalam masa yang lain dia rasa berat hati pula. Emyr pasti suruh dia terima tawaran ni.

"Yang kau monyok ni kenapa? Kau dah lama tunggu tawaran ni, senyumlah sikit." Tegurnya dengan pelik.

"Emyr..." kelihatan ada takungan air mata membuatkan Emyr tergelak.

"Kenapa?" soalnya dengan lembut.

"I harap sangat you halang I. I tak nak jauh dari you." Takungan air mata yang terkumpul akhirnya tumpah jua.

"Mana boleh aku nak halang kau, itu namanya selfish." Balasnya dengan senyuman masih lagi menghiasi bibirnya. Walaupun dia tersenyum namun dalamannya tak. Dia juga sedih nak berpisah dengan Edeline.

Tambah lebat air mata Edeline. Bukan setakat itu, tangisannya juga semakin kuat membuatkan mereka menjadi tumpuan orang ramai.

"Ede, dahlah. Jangan nangis, orang ingat aku sakitkan kau." Air mata Edeline dibersihkan menggunakan lengan kemejanya.

"I tak nak pergi..." ujarnya bersama dengan air mata.

"Sayang, mana boleh macam tu. Kau dah tunggu lama nak dapatkan tawaran belajar ni, takkan nak tolak macam tu je." Rambut yang melekat di pipi Edeline dibawa ke belakang telinga Edeline.

"You takkan cari perempuan lain, kan? You tak akan curang dengan I, kan?" entah kenapa dia boleh keluarkan soalan ini walaupun dia tahu Emyr setia dengannya.

Tergelak besar Emyr dengan soalan cepumas tersebut. Ternyata ini yang buat Edeline tak nak pergi jauh.

"Kau tak percaya aku ke?" soal Emyr seusai dia menghamburkan gelaknya.

"I cukup percaya dengan you tapi benda tu tetap jadi kerisauan I."

"Ede, kalau aku nak curang dari dulu lagi aku dah duakan kau, tak payah nak tunggu kau duduk jauh baru aku nak curang. Curang tu pilihan dan aku memilih untuk tak curang dan setia dengan kau." Katanya yang membuatkan rasa ragu-ragunya terhadap Emyr terus hilang.

"You janji akan tunggu I, kan? I tak pergi lama Emyr, sekejap je." Ujar Edeline dengan tangisan kecilnya.

"Iya sayang. Nak setahun, dua tahun atau lima tahun pun kau dekat Korea, aku disini tetap setia tunggu kau." Tersenyum malu Edeline dengan apa yang dikatakan oleh Emyr.

"Lepas I habis belajar, I harap you dah ada kata putus untuk status hubungan kita." Emyr menganggukkan kepalanya.

"Minum ni, legakan sikit hati kau tu." Airnya diberikan kepada Edeline.

...

Dua minggu sebelum Edeline berangkat ke Korea, Emyr selalu mengajak wanita itu untuk keluar. Lepas kerja, Emyr sentiasa ambil Edeline dan bawa kekasihnya jalan-jalan sebagai kenangan untuk mereka berdua.

"Barang-barang semua dah kemas ke?" soal Emyr dengan matanya memandang sahaja ke hadapan, fokus dengan pemanduannya.

"Belum. I belum kemas satu barang pun." Jawab Edeline dengan selamba.

Emyr terus sahaja pusing kepalanya dengan jawapan selamba tersebut.

"Kau tinggal dua minggu lagi Ede, nanti adalah tu barang yang tinggal, lupa nak masukkan dalam beg. Hujung-hujung nanti pandailah tu kalut sendiri lepastu merengek minta tolong." Bebel Emyr. Dia dah masak dengan perangai Edeline, suka buat kerja last minit.

"I malas nak kemas awal." Edeline langsung tak ambil hati pun dengan bebelan tersebut. Apa yang Emyr katakan betul jadi tak payah lah dia nak bidas. Buang masa lagi.

"Kau bukan malas tapi kau berat hati nak pergi, kan?" itu bukan alasan yang tepat untuk diberikan. Nak bohong, agak-agaklah. Dia dah lama kenal Edeline, dia tahu sangat perangai Edeline.

"Tahu pun," jawabnya dengan perlahan.

"Ede, kalau perangai kau macam ni memang semua benda akan terasa berat. Cuba kau terima dengan hati terbuka, tiga tahun tu terasa macam tiga hari je."

Edeline tersenyum nakal. "Bukan I yang rasa berat hati tapi you. You berat hati kan nak izinkan I pergi?"

Senyap. Tak ada jawapan yang keluar dari mulut Emyr. Apabila dia fikir balik macam menyesal pula dia izinkan Edeline untuk terima tawaran tersebut tetapi apa dia boleh buat. Takkan dia nak tarik balik kata-katanya.

"Kesayangan I sedih ke?" sakat Edeline yang ditemani dengan gelak kecilnya.

Emyr membalas dengan jelingan tajam. Nasib dia sedang memandu kalau tak memang siaplah Edeline.

"Dahlah kau! Aku serius, kau boleh bergurau." Katanya sambil tangan mengawal stereng kereta.

"Eh, Emyr kita nak pergi mana ni?" bingung Edeline apabila kereta Emyr masuk ke satu tempat yang tak asing untuknya. Tempat ni..

"Aku belum solat isyak, aku singgah sekejap. Kau tunggu sini, boleh?" ujarnya. Dia berhentikan keretanya di dalam perkarangan masjid.

Edeline memandang keluar. Tak ada kereta selain kereta Emyr. Takut pula nak tunggu sendiri.

"I ikut you, boleh tak?" Emyr menggaru keningnya. Takkan nak biarkan Edeline masuk dengan rambut yang terurai macam ni.

"I tunggu depan tangga tu je, yang penting I boleh nampak you."

"Sekejap," Emyr keluar dari kereta dan dia menuju ke bonet. Edeline turut turun untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Emyr.

"Pakai hoodie ni, tutup rambut kau." Emyr menghulurkan hoodie hitam kepada Edeline. Edeline tanpa banyak kata terus sahaja menyarungkan hoodie tersebut.

Inikan tempat ibadah Emyr jadi dia tahu sebab kenapa Emyr meminta dia untuk menutup rambutnya. Dia faham akan Emyr dan dia tak ambil hati pun.

"Okey?" Emyr menyelitkan beberapa helaian rambut yang masih kelihatan.

"Okey, jom!"

Edeline menunggu sahaja Emyr di tangga masjid tersebut. Teringat kembali pertemuan pertama mereka. Matanya tak lari dari memandang Emyr yang sedang mengerjakan solat.

Dia tak sedar pun Emyr sudah selesai sembahyang. Emyr yang melihat Edeline menggeleng sahaja kepalanya. Angau betul lah Edeline ni.

"Puas tenung muka aku?" soalnya tepat dihadapan Edeline.

"Tak puas." Dalam angaunya sempat juga dia menjawab.

Emyr tersenyum manis.

"Jadi nak tenung sampai bila ni? Aku lapar."

"Sayang I lapar ke? Kesian dia." Dilayannys Emyr seperti anak kecil.

"Tak lawak lah Ede," malas betul dia melayan kerenah Edeline ni. Tak tahu dari mana je dia belajar nak layan dia macam budak-budak.

Edeline gelak besar melihat muka cemberut Emyr. Nak ajak bergurau pun tak boleh. Serius je kerja.

"Okey sayang. Jom kita pergi makan!" ajaknya dengan jari menarik hujung lengan kemeja Emyr membawa lelaki itu menuju ke keretanya.

...

Mereka singgah di cafe kegemaran Edeline. Suasan cafe ini menjadi pilihan mereka kerana suasananya yang sunyi.

Edeline mengambil tempat duduk sementara Emyr berbaris untuk memesan makanan. Tak payah risau dengan apa yang akan dipesan oleh Emyr kerna lelaki itu sudah tahu apa yang dia nak.

Emyr datang bersama dengan makanan yang dia pesan tadi. Kecur liur Edeline memandang makanan tersebut.

"Green tea untuk kau," minuman Edeline diberikan kepada wanita itu.

"Thank you sayang." Dia tak jemu untuk minum green tea kerna inilah minuman kegemarannya.

Emyr senyum sahaja. Dia mengambil tempat disebelah Edeline membuatkan Edeline mengerutkan dahinya.

"Kenapa duduk sini? Selalunya duduk depan I." Soalnya.

"Saja."

Edeline menaikkan bibirnya. Tak pandai betul Emyr ni nak romantik sikit.

Sebelum makan Emyr membaca doa dulu dan perlakuan itu dipandang sahaja oleh Edeline.

"Amin.." perlahan sahaja suaranya kedengaran.

Emyr yang perasan dirinya diperhati dari tadi menongkat kepala meniru perbuatan Edeline.

"Pandang apa?"

Edeline menukar posisi. Dari tongkat kepala ke tongkat dagu.

Edeline menggelengkan kepalanya. Dia memejam mata untuk dia mula berdoa dan kali ini Emyr pula yang memandang kekasihnya.

Nyata apa yang dilakukan Edeline mengundang perhatian dari pelanggan di meja sebelah mereka. Tadi mereka lihat yang lelaki menadah tangan dan sekarang yang perempuan menggenggam tangannya.

"Mereka sudah tahu di penghujung kisah cinta mereka tetapi mereka tetap pilih untuk jalinkan hubungan." Emyr dengar dengan apa yang dikatakan oleh orang disebelah.

Apa yang dikatakan betul. Hubungan ini tak pasti sampai bila.

Bersambung-

Selamat membaca💋

Continue Reading

You'll Also Like

602 150 12
Rahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana k...
23.7K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
369 112 11
𝘉𝘖𝘖𝘒 | 4 Status : OG Perwatakan seorang gadis berubah dalam sekelip mata disebabkan oleh ayah kandungnya sendiri. Dia juga turut membenci kepada...