[C] Mrs Amirul Hafrez : His B...

Door hsdahlia

334K 12K 144

Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pa... Meer

AMIRUL KAIRA | 01
AMIRUL KAIRA | 02
AMIRUL KAIRA | 03
AMIRUL KAIRA | 04
AMIRUL KAIRA | 05
AMIRUL KAIRA | 06
AMIRUL KAIRA | 07
AMIRUL KAIRA | 08
AMIRUL KAIRA | 09
AMIRUL KAIRA | 10
AMIRUL KAIRA | 11
AMIRUL KAIRA | 12
AMIRUL KAIRA | 13
AMIRUL KAIRA | 14
AMIRUL KAIRA | 15
AMIRUL KAIRA | 16
AMIRUL KAIRA | 17
AMIRUL KAIRA | 18
AMIRUL KAIRA | 19
AMIRUL KAIRA | 20
AMIRUL KAIRA | 21
AMIRUL KAIRA | 22
AMIRUL KAIRA | 23
AMIRUL KAIRA | 24
AMIRUL KAIRA | 25
AMIRUL KAIRA | 26
AMIRUL KAIRA | 27
AMIRUL KAIRA | 28
AMIRUL KAIRA | 29
AMIRUL KAIRA | 30
AMIRUL KAIRA | 31
AMIRUL KAIRA | 32
AMIRUL KAIRA | 33
AMIRUL KAIRA | 34
AMIRUL KAIRA | 35
AMIRUL KAIRA | 36
AMIRUL KAIRA | 37
AMIRUL KAIRA | 38
AMIRUL KAIRA | 39
AMIRUL KAIRA | 40
AMIRUL KAIRA | 41
AMIRUL KAIRA | 42
AMIRUL KAIRA | 43
AMIRUL KAIRA | 44
AMIRUL KAIRA | 45
AMIRUL KAIRA | 47
AMIRUL KAIRA | 48
AMIRUL KAIRA | 49
AMIRUL KAIRA | 50

AMIRUL KAIRA | 46

4.8K 177 4
Door hsdahlia

"Jom duduk situ." Amirul hanya pasrah mengikut langkah Kaira. Dari tadi lagi mereka tidak berhenti berjalan di persisiran pantai itu. Sekarang baru Kaira mengajaknya untuk duduk.

"Cantiknya bulan malam ni." Senyuman terbit pada bibir kedua-dua mereka apabila menatap bulan purnama itu. Sungguh cantik.

Cahaya terang pada bulan menyebabkan langit pada malam itu kelihatan sungguh cerah. Dapat mereka lihat cahaya bulan yang memancar ke atas air pantai di hadapan mereka.

Amirul dan Kaira masing-masing mendiamkan diri. Mata masih setia menatap bulan purnama yang indah itu.

"Cepat masa berlalu kan. Tahu-tahu kita dah setahun kahwin." Kaira mula bersuara.

Pita memori dalam kepalanya mula mengimbas waktu pertama kali mereka berjumpa sehingga lah hari dimana mereka disatukan sebagai suami isteri.

"Dalam setahun tu, banyak juga kan ujian yang kita kena hadap." Amirul pula membalas. Kaira menoleh memandang ke arahnya dengan senyuman tipis sebelum mengangguk.

"Banyak sangat. Sampai Kaira tak yakin sama ada masjid yang kita bina ni boleh bertahan atau akan runtuh."

Kepala Kaira kembali menoleh ke arah pantai itu. Jari menguis-nguis pasir pantai, ingin menghilangkan rasa kekoknya.

"Tapi Alhamdulillah. Allah masih selamatkan rumah tangga kita. Masjid kita masih kukuh walaupun macam-macam bencana melanda."

"Tu maknanya jodoh kita kuat sayang. Kalau tak, mungkin sekarang kita dah tak bersama lagi."

Kaira angguk mengiyakan kata-kata suaminya. Benar apa yang Amirul cakap. Mungkin sudah tertulis bahawa dia adalah sepenuhnya buat seorang Amirul Hafrez.

"Terima kasih abang. Sebab setia dengan Kaira walaupun macam-macam jadi dekat Kaira."

"Terima kasih juga sayang. Terima kasih sebab sayang kuat, sayang berusaha lawan sakit tu walaupun abang tahu isteri abang ni terseksa."

Pipi Kaira diusap lembut dengan ibu jarinya. Matanya menatap lembut mata Kaira. Seolah-olah berkongsi apa yang mereka rasa tika itu.

Dahi Kaira dicium lembut sebelum dia menarik badan kecil itu masuk kedalam dakapannya.

"Abang tak kisah kalau kena hadap apa-apa ujian berat lepasni. Cuma abang minta satu je dari Allah. Abang harap kita dah tak perlu hadap ujian macam ni lagi. Abang tak kisah kalau abang sakit, tapi bukan isteri abang."

Kaira senyum sahaja. Kepala diselesakan di dada Amirul. Belakang badan suaminya itu turut diusap. Biarlah bulan pada malam itu menjadi saksi cinta mereka.

°•❁•°

"Sayang." Panggil Amirul memecahkan lamunan Kaira. Mereka masih lagi berada di pantai tadi walaupun jam sudah hampir pukul 10 malam.

"Hm?"

"Ingat lagi tak waktu kita mula-mula jumpa?" Soal Amirul membuatkan Kaira pantas memusingkan badan menghadapnya. Kepala diangguk laju bersama tawa kecilnya.

"Ingat ingat. Dekat airport! Waktu tu Kaira nak merajuk dengan papa sebab tak datang jemput Kaira. Sekali dia hantar jodoh Kaira tolong jemput Kaira balik."

Terletus tawa Amirul mendengar tutur kata comel dari isterinya. Hantar jodoh eh.

"Abang ingat lagi orang tu, dulu bukan main benci lagi dekat kita ni. Tapi last last dia juga yang goda kita. Ajak kita couple."

Ujar Amirul mengejek membuatkan pipi Kaira bertukar tona. Kaira menekup wajahnya dengan tapak tangan. Malu pula jika diingatkan kembali semua perkara itu.

"Tapi bukan tu yang abang nak cakap sekarang." Amirul bersuara lagi membuatkan Kaira memandangnya. Wajah tidak faham ditayangkan buat suaminya.

"Maksud abang?"

"Ingat tak waktu sayang gaduh dengan papa sebab papa tak bagi sayang keluar tu?" Kaira diam sekejap. Kepala dijatuhkan sekali selepas mengingati kejadian itu.

"Lepastu abang pujuk Kaira suruh berbaik balik dengan papa kan." Amirul angguk.

"Ingat tak apa abang cakap waktu tu?" Kaira geleng bersama sengihan. Kepala yang tidak gatal digarunya.

"Maaf abang. Ingatan Kaira ni short term. Apa yang abang cakap pagi tadi pun Kaira tak ingat dah." Ujar Kaira dengan lagak sengaja dicomelkan. Sengihan di bibirnya semakin lebar apabila melihat Amirul yang sudah menggelengkan kepalanya.

"Abang cakap apa eh waktu tu?" Soal Kaira lagi membuatkan Amirul tersenyum nipis.

"Papa layan abang baik walaupun abang hanya anak tiri dia. Ayah kandung abang sendiri pun tak pernah layan abang sebaik papa." Amirul mengulangi ayat yang pernah dia katakan kepada Kaira.

"Abang pernah cakap juga yang Kaira bertuah dapat ayah macam papa. Sebab tak semua orang dapat rasa kasih sayang seorang ayah macam apa yang Kaira rasa. Contohnya macam abang." Ujar Amirul lagi. Pandangan dari Kaira diabaikan. Dia faham akan pandangan itu.

"Kaira tak faham."

"Abang tak pernah rasa kasih sayang seorang yang bergelar ayah sampai lah papa muncul dalam hidup abang." Ujar Amirul.

"Sebenarnya abang dah lama lupakan benda ni. Tapi harini abang nak buka balik cerita ni. Abang nak isteri abang tahu pasal masa lalu abang, apa yang abang dan umi dah lalui sebelum kenal dengan papa."

Amirul menarik nafas dalam. Jujur dia masih berkira-kira untuk mengingati kembali kisah itu.

"Jangan paksa diri abang untuk ceritakan semua ni kalau abang tak mampu." Kaira mengusap lembut lengan Amirul.

"Tak. Abang tetap akan ceritakan semua ni dekat sayang. Sayang perlu tahu semuanya."

"Okay then. Cerita setakat abang mampu."

Amirul senyum sebelum angguk. Badan Kaira ditarik mendekatinya sebelum dipeluk dari arah belakang. Mata merenung bulan yang hampir ditutupi oleh awan.

"Kaira tahu tak yang papa, arwah mama Kiara dengan umi dulu kawan baik?"

"Serious lah." Terlepas tawa Amirul selepas melihat reaksi Kaira. Tidak main-main dia punya terkejut tu.

"Abang, Kaira tanya ni."

"Iya. Papa, arwah mama Kiara dengan umi kawan baik. Baik sangat. Sampaikan umi cerita ramai yang ingat dia dan arwah mama tu adik beradik."

"Haah lah. Kaira pun perasan muka umi hampir sama dengan arwah mama." Kaira berkata. Memang dari awal dia perasan akan hal itu, tidak menyangka pula yang Puan Yasmin dan arwah mamanya itu berkawan baik.

"Well dari apa yang papa dan umi cerita dekat abang lah kan. Diorang bertiga tu kalau buat apa-apa mesti bersama. Takkan jadi kerja diorang kalau salah seorang dari diorang tu tak ada."

Amirul meneruskan cerita. Sempat dia mengintai wajah Kaira dihadapannya dari tepi. Kusyuk betul dengar.

"Sampai lah satu hari tu papa decide nak lamar arwah mama Kiara. Waktu tu umi lah tolong papa set up tempat untuk papa lamar arwah mama. Macam-macam diorang plan sampai arwah mama merajuk sebab papa dengan umi buat sesuatu tanpa dia."

"Dari situ abang nampak lah sayang punya perangai datang dari siapa."

"Like mother like daughter lah abang." Kaira berkata bangga. Encik Fatih pun ada cakap yang perangai Kaira ni sebiji macam perangai Puan Kiara. Suka merajuk, suka marah tidak tentu pasal.

"Tapi sekejap je arwah mama merajuk. Tak macam dia." Kaira mencebik.

Tengok lah tu, dia yang cari pasal, lepastu tuduh kita suka merajuk. Nasib suami kalau tak dah lama selam dalam air pantai tu.

"Lepastu apa jadi?"

"Papa dengan arwah mama kahwin lah. Tapi sebelum diorang kahwin, umi dulu kahwin dengan ayah abang."

"Papa dengan arwah mama kahwin dua tahun lepas umi kahwin. Waktu tu abang dah ada. Umur abang dalam setahun lebih. Tapi tu lah. Umi tak pergi pun majlis kahwin diorang." Ujar Amirul sedikit sayu.

Kaira yang perasan akan perubahan suara Amirul pantas menoleh kebelakang memandang suaminya. Wajah kelat lelaki itu memenuhi kornea matanya.

"Kenapa?"

"Ayah abang tak bagi." Amirul tersenyum nipis. Tidak tahu kenapa, sebut sahaja perkataan 'ayah' membuatkan hati dia sakit. Umpama ditikam seseorang.

"Awal perkahwinan umi dengan ayah, semua baik je. Tapi lepas abang lahir, ayah berubah. Tak, dia tak berubah, tapi dia tunjuk siapa diri dia yang sebenar."

"Penagih dadah, kaki judi, kaki botol, kaki pukul."

"Sampaikan dia pernah cuba untuk jual abang sebab perlukan duit. Untuk dia berjudi, untuk dia beli dadah."

Terdiam Kaira mendengar apa yang dikatakan oleh Amirul. Sungguh dia tergamam tika itu.

Sanggup seorang ayah menjual anaknya hanya kerana ingin mendapatkan duit untuk berjudi. Allah, binatang pun sayang anak-anak mereka.

"Ayah selalu pukul umi sebab umi tak nak bagi ayah duit. Bila abang dah masuk umur 5 tahun, ayah start pukul abang pula. Hari-hari dia pukul abang sebab nak lepaskan amarah dia."

"Sampai lah suatu hari Allah hantarkan dua makhluk dia datang rumah. Papa dengan arwah mama datang nak melawat umi. Tapi lain pula jadi. Depan mata diorang, ayah pukul abang sampai abang tak sedarkan diri."

Amirul menarik nafas dalam. Mengingati kisah itu seolah membuka semula luka lama di hatinya. Wajah Kaira yang turut dibasahi air mata diusap lembut.

Senyuman nipis diberikan buat gadis itu menyatakan bahawa dia tidak apa-apa.

"Papa dengan arwah mama tolong abang dengan umi?" Amirul mengangguk bagi menjawab cerita Kaira.

"Papa mengamuk waktu tu. Dia tak sangka ayah sanggup buat kitorang macam tu. Ayah pun terkejut bila nampak papa dengan arwah mama. Sebab nak hilangkan rasa takut dia, dia fitnah ibu ada hubungan sulit dengan papa. Macam-macam jadi waktu tu sampai ayah ceraikan ibu."

"Lepastu dia menghilang. Takde siapa pun tahu dia pergi mana. Tiga tahun lepas, abang dapat tahu yang dia dah meninggal. Overdose dadah. Serious abang tak tahu nak rasa apa. Abang benci tapi apa-apa pun dia masih lagi ayah abang kan." Kaira angguk perlahan.

"Kesiannya dekat umi." Teresak-esak Kaira berkata. Air mata yang yang tidak henti mengalir dikesat kasar dengan lengan bajunya.

"Umi je? Abang?"

Kaira tidak berkata apa malah hanya mendepakan tangannya. Melihatkan Amirul yang hanya memandang dirinya, terus dia menarik suaminya itu masuk ke dalam pelukannya.

"Abang lelaki terkuat Kaira pernah kenal lepas papa." Ujar Kaira masih lagi dengan esakkannya. Teruk dia nangis mendengar cerita Amirul tadi.

"Comel je isteri abang ni." Badan Kaira ditolak perlahan. Pipi gadis itu diusap, menghapuskan sisa air mata isterinya.

"Apa jadi lepastu? Sambung lah." Kaira merapatkan badannya dengan badan Amirul. Makin larut malam, makin sejuk pula.

Orang-orang sekeliling juga sudah tidak ramai. Mungkin semua sudah beredar kerana sudah lewat malam.

"Papa dengan arwah mama jaga abang dan umi. Tapi lepas arwah mama meninggal, papa memang tak munculkan diri. Dia cuma hantar orang untuk uruskan apa yang dia dan arwah mama selalu buat untuk abang dan umi. Waktu abang 17 tahun papa muncul balik. Macam-macam jadi waktu tu sampailah papa dengan umi kahwin."

"By the way, pertemuan pertama kita sebenarnya bukan dekat airport. Waktu kita kecil dulu dah pernah jumpa. Tapi masing-masing budak lagi. Sayang pun baru umur setahun waktu tu. Memang tak ingat apa-apa lah."

"Papa, arwah mama dengan umi dari kawan baik lepastu jadi suami isteri. Kita ni dari abang tiri dan adik tiri tiba-tiba jadi suami isteri. Gempak betul."

"Iya gempak sayang. Dah jom balik. Ke nak tidur sini?" Soal Amirul. Dia sudah pun berdiri. Kasut yang dijadikan alas untuk duduk disarungkan kembali.

Kepala ditunduk memandang Kaira yang masih duduk. Sengihan gadis itu ditatap tajam.

"Tidur sini jom!"

Amirul tersenyum. Mata melirik ke kiri dan kanan. Selepas memastikan tiada orang di situ terus dia menundukkan badan sebelum Kaira selamat berada dalam dukungannya.

"Tak payah mengada. Jom balik."

"Ee main dukung-dukung pula."

"Biarlah. Isteri kita."

"Gedik!"

"Dia juga yang ajar."

"Tak baik fitnah!"


Panjang betul chap kalini ><

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

631K 24.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
216K 8.4K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...
101K 12.7K 53
[KERANAMU 1 TIADA KERANA DIDELETE OLEH WATTPAD] [SEQUEL KERANAMU] -beautiful cover by @atieiza❀- 2 tahun hidup berjauhan,akhirnya Aira kembali pulang...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...