strelitzia; p. high council

By karaeyuii

15.8K 974 970

"gila ah," @karaeyuii | 2023 used to be 'mimpi'. reader insert; oneshots. More

announcement !
-?: INTRODUCTION.
KAHAR; LUKA.
ARIZ; ULANGKAJI.
FAKHRI; BULAN.
FAKHRI; BUNGA.
NAIM; RAHSIA.
KAHAR; SESAL.
AMIRR; PEN.
KAHAR; TUTOR II.

KAHAR; TUTOR.

1.4K 130 377
By karaeyuii

BERJALAN KE ARAH PEJABAT PENGETUA- aku hanya mengenang semula setiap kelakuan aku di sekolah, setahu aku, aku belum melanggar apa - apa peraturan sekolah.

Malangnya, aku dipanggil ke pejabat. Atas dasar apa? Tak tahu. Sedar atau tidak, aku sudah tiba di destinasi yang ingin dicapai.

"Assalamualaikum?" aku memberi salam, mengetuk pintu sebelum memulas tombol pintu pejabat tersebut.

Memasang telinga apabila suara pengetua dan seseorang yang menyahut salamku, aku menolak pintu tersebut.

Kahar?

"Buat apa pula dia kat sini?" aku bermonolog, menjegilkan mata ke arahnya namun dia hanya tersengih ke arahku, menghela nafas berat lalu mengalihkan pandangannya ke arah pengetua semula secara acuh tak acuh.

"Maaf mengganggu hari kamu, sila duduk terlebih dahulu," Tuan Yusof mempelawa, manakala aku hanya tersenyum ringkas dan melabuhkan diri di atas kerusi yang terletak tidak jauh dari Kahar, namun aku sengaja menjauhkan lagi kerusi tersebut dari dia.

"Saya nak minta kamu jadi tutor peribadi Kahar hingga hari kedua sebelum percubaan SPM dimulakan," Tuan Yusof berterus terang, menyilangkan lengannya semasa mengarah.

"Tapi Tuan Yusof -," aku sedia membantah sebelum Tuan Yusof memotong percakapanku.

Peh, suka hati je.

"Ya, saya tahu lebih ramai pelajar berprestasi tinggi seperti kamu, tetapi mereka semua tingkatan empat, kamu pula seumur sama Kahar," Tuan Yusof memulakan sesi pemujukan, "Kamu sahaja harapan untuk gred prestasi akademi Kahar meningkat semula,"

Mengerling ke arah Kahar yang tidak endah sama situasi yang sedang berlaku aku menarik nafas yang dalam sebelum menghembuskannya secara perlahan.

"Baiklah," aku hanya memerintah, menahan diri untuk mencekik semua makhluk yang berada di dalam bilik pengetua ini.

"Bagus," Tuan Yusof memuji, lalu memberi ruang untuk aku balik ke bilik.

Menghantar senyuman yang terakhir ke arah Tuan Yusof dan menundukkan diri, aku bergegas ke pintu keluar, mulut terkumat - kamit cacian yang ditujukan pada jejaka yang tidak endah tentang situasi genting sebentar tadi.

"Harap muka je handsome, perangai tak lain macam biawak tepi jalan," aku berbisik, api amarah yang membuak - buak dari tekanan yang berada di dalam bilik pengetua sebentar tadi dilepaskanku.

Tidak menyedari derapan tapak kaki di belakang mengekori, aku tersentak apabila lengan baju aku ditarik.

Mesti mamat tak guna ni.

"Nak apa?" menolehkan seluruh badan ke arahnya, aku menarik semula lengan baju aku dari genggamannya.

Dia tersengih, "Nak kau,"

"Kau gila?" aku menjegilkan mata ke arahnya.

"Takdelah, kata tutor kan, nak mula bila?" Kahar bertanya, menggaru belakang telinganya yang tidak gatal.

"Nanti aku bagitahu," sebaik sahaja aku memusingkan badan dia menarik kolar belakang baju aku pula.

Memang cari pasal.

"Nak apa?" aku menepis tangannya setelah menoleh ke arahnya semula.

"Nombor aku, kau ada lagi tak?" dia mengetap bibir.

"Tak ada, dah blocked," aku tersenyum memerli, menjulingkan mata 180 darjah ke atas.

"Eh, sumpah lah?" riak wajahnya menunjukkan reaksi terkejut yang hampir membiarkan satu tawa keluar dari bibirku.

"Ada, nanti aku bagitahu bila, bye," aku bergegas ke arah dewan makan.

"Betul ke dia blocked aku eh?" Kahar bermonolog, memeriksa telefon bimbitnya.

Bergegas ke arah Naim yang sedang menikmati hidangan juadah yang dihidangkan oleh kekasih cinta hatinya sendiri akak dewan makan tu bersama Amirr, aku terus duduk di sebelah Amirr, mengambil karipap yang berada molek di atas tray Amirr.

Oh, tak apa. Amirr tak kisah, dah banyak kali aku kacau dia orang makan.

"Naim kau kena tolong aku do, kalini je," aku merungut, menggabungkan kedua - dua tapak tanganku untuk membentukkan seperti aku terdesak meminta pertolongan dia.

Ya, memang aku terdesak.

"Siapa buli kau kalini?" Naim membalas, mulut penuh dengan makanan.

"Eh kau, mulut tu jaga sikit. Dahla makan bersepah," menudingkan jari ke arahnya buat seketika, aku menyambung perbuatanku sebentar tadi.

"Nak apa?" Amirr memandang ke arahku yang enak mengunyah karipapnya.

"Tak adalah, kan tadi aku kena panggil, kan?" aku bercerita, selamba mencapai air Naim pula.

"Cerita tu cerita, air aku jangan rembat," Naim menepis tangan aku, "Kedekut," aku berbisik, mencapai air Amirr pula.

"Rembat air aku pula," Amirr menepuk dahi aku, menyebabkan karipap yang aku pegang terjatuh atas meja.

"Sakitlah!" aku separuh berbisik, mengambil semula karipap yang jatuh. "Tak lebih lima saat, tak apa," aku tersengih apabila Amirr memandang aku dengan kening yang berkerut.

"Eh, lari topik. Ha lepastu kau nak tahu Tuan Yusof kata apa?" aku bercerita dengan fokus, mengunyah karipap kepunyaan Amirr yang kini menjadi kepunyaan aku sementara bercerita.

"Kata apa?" Naim menyoal, meneguk airnya.

"Dia kata, aku kena tutor Kahar beb," aku merungut, memasukkan semua karipap yang tersisa ke dalam mulut.

Sebaik sahaja aku memberitahu hal yang dikatakan Tuan Yusof, Naim menyembur airnya ke arah aku.

"Amirr ada depan mata kau, aku juga kena," stres, aku menjegilkan mata ke arahnya. "Memanglah aku nak air kau tadi, tapi ni kau bagi pakej dengan air liur kau sekali dah kenapa?"

Tidak mengendahkan aduan aku, dia hanya tergelak, manakala aku dan Amirr memandang satu sama lain sebelum mengalih pandangan ke arahnya semula.

"Kau? Tutor Kahar? Hancur gred mamat tu weh," dia tertawa.

"Eh kau, aku humban kau dalam parit biar tak boleh dating dengan akak dewan makan kau lagi kang, aku top student tau, kau apa tahu,"

"Tak ada lah, tapi kenapa Tuan Yusof assign kau? Tak ada orang lain ke?" Naim bertanya dengan kening berkerut, manakala Amirr hanya mampu mengangguk - anggukan kepalanya.

"Tuan Yusof kata aku je harapan, nak buat macam mana. Tapi! Kau kan pandai nauzubillah Naim, tolong ambil posisi aku, please?" aku memujuk, menghadiahkan Naim senyuman terpaling manis aku pernah bagi.

"Taknak," dia menjawab ringkas, mengalihkan pandangannya ke arah Amirr.

"Aku? Kalau aku tutor Kahar, aku tak ada masa nak rehat sama dengan kau, lepastu nanti minah ni rembat makanan kau pula," Amirr memberi alasan, menjuihkan bibirnya ke arah tray makanan miliknya lalu ke tray milik Naim.

"Aku kena hadap sorang - sorang ke ni?" aku mengetap bibir.

"Ya," Naim dan Amirr serentak membalas.

YOU
sejarah. library. 4-6 petang.

kahar batak
oke
seen

Menutup telefon bimbit aku setelah memberikan Kahar maklumat tentang jadual tutor, aku mengerling ke arah jam yang tertera.

3:50 petang.

Menyarungkan sepasang windbreaker aku hanya membawa buku teks sejarah dan nota sejarah yang aku luangkan masa berjam untuk menyelesaikan semata - mata Naim memaksa.

Menyarung beg sanding yang berwarna hitam sehitam - hitam masa depan aku.

Tak adalah hitam mana.

Bergegas ke arah perpustakaan selepas mengunci pintu, aku menjenguk ke dalam perpustakaan setelah tiba di destinasi.

"Tak ada pun," aku berbisik, menjengket agar dapat melihat kawasan dalaman perpustakaan dengan lebih baik.

"Tak ada apa?" satu suara dari tepat - tepat tepi telinga aku muncul, tindakan refleks aku mengatakan untuk menoleh ke arah suara tersebut muncul hanya untuk bertemu dengan wajah Kahar yang tersengih macam kerang busuk.

Ini bukan setakat kerang busuk, satu hidupan laut tu busuk terus.

Sebaik sahaja aku menyedari kedekatan wajah kami, aku bergerak melangkah kebelakang, membuka pintu perpustakaan tanpa sengaja lalu jatuh tersungkur akibat penghadang di hadapan pintu.

Nak tahu benda paling malang?

Kelip - kelip mata Kahar atas aku siot.

Rasa macam nak mati pun ada.

"Eh - sana lah," aku menolak tubuhnya. Macam batu ada, macam dinding besi pun ada.

Bergegas mengangkat diri sendiri dari aku, dia hanya tersengih seperti tiada apa - apa yang berlaku.

"Tutup pintu perpustakaan tu, nanti aircond tak sejuk," aku mengingatkan dirinya, lalu meletakkan beg aku di atas meja yang terletak bersebelah sama rak buku sejarah.

Bergerak menuju rak sejarah, aku hanya mencari buku yang sesuai untuk subtopik sejarah pada hari ini.

Risau juga kalau cari buku sains masa ulangkaji sejarah.

Mencapai beberapa buku yang diperlukan, mata aku mengerling ke arah Kahar yang hanya berdiri tegak di jalan keluar rak sejarah, melambaikan tangannya apabila aku menjegilkan mata aku ke arah dia.

"Siapa ajar librarian letak buku paling berguna dekat tingkat atas sekali ni?" aku merungut, melompat - lompat untuk mencapai buku yang terakhir sebelum aku menyedari kehadiran seseorang di belakang aku.

"Pendek," dia terkekeh, mengambil buku tersebut lalu meletakkan di rak yang lebih tinggi.

"Kahar," mataku terkebil - kebil menyaksikan aksi Kahar yang terlebih tiada otak.

"Kalau nak, cuba cakap 'Nak buku tu boleh, Kahar sayang?'" dia terkekeh, mengambil buku tersebut lalu melambai - lambaikan buku itu di atas capaian aku.

Jantan tak guna.

"Okay, taknak tutor takpe, jumpa kau hari lain," aku berpusing ke arah jalan keluar rak tersebut sebelum dihalang juga oleh lengan Kahar.

Bapak dia.

Menurunkan badan untuk melalui kawasan bawah lengannya tetapi dilarang juga oleh lengannya yang bergerak.

"Pergi mana? Tak boleh kan?" dia tertawa, masih melambai buku tersebut.

Aku terkedu, memandang ke arah wajahnya yang semakin mendekat. "Nak..."

"Nak apa?" kedua - dua keningnya terangkat bagaikan mengutuk aku.

"Nak mati,"

"..."

"..."

"Bukanlah!" Kahar mengetuk kepala aku menggunakan buku yang dipegang lalu aku menarik buku tersebut dari genggamannya dan melarikan diri ke arah meja yang aku meletakkan buku sebentar tadi.

"Aha!" aku menggelakkan Kahar yang berdiri di hadapan rak tersebut dengan riak wajah yang membisu.

Mendengus, dia hanya bergerak melabuhkan diri di kerusi sebelah aku.

"Sibuklah," aku mencuba menepuk dahinya namun ditahan oleh tangannya sendiri.

"Tak tanya," dia mengalihkan tangannya ke arah aku, menyebabkan tangan aku memukul dahu aku pula.

"Apa tak tanya - tak tanya? Macam budak - budak," aku membebel, membuka buku sejarah yang diambil dari rak perpustakaan lalu mencari nota sejarah aku di dalam beg.

Kejap.

Mana.

"Cari ni?" Kahar melambaikan buku nota aku di sisinya.

"Bagi sini," aku meminta dengan tegas, menghulurkan tanganku.

"Hm, cuba minta elok - elok,"

Demand betul mamat ni.

"Nak buku tu, please?" mataku terkebil - kebil, menahan diri untuk mencekik jejaka seorang ini.

"Macam tertinggal sesuatu," Kahar berpura mencebik, kini melambaikan buku tersebut lebih tinggi dari capaian aku.

"Bagi jela," aku bergerak mencapai buku tersebut namun usaha yang sia - sia apabila aku jatuh di atas Kahar pula.

Terbalik pula sekarang.

"Ish, kalau nak ngorat aku pun, janganlah dengan cara begini," Kahar tertawa sinis, memberikan aku buku nota itu semula apabila aku bergegas duduk di kerusi aku semula.

Malu.

"Ni nota ke kod rahsia?" Kahar menyoal setelah aku membuka buku nota aku.

"Jangan banyak songeh, baca yang ini dulu. Nanti aku soal, cuba jawab," aku menunjukkan point - point yang penting, lalu mengangkat kepala tetapi ditemukan sama mata Kahar.

Cantik.

"Kau dengar tak?" aku menjentik dahinya.

"Dengar, tapi tak nampak," dia tersengih, kini mengalihkan pandangan ke arah buku.

"Baca ini," aku menudingkan jari ke arah subtopik yang penting. "Nanti aku tanya, kau cuba jawab, boleh?"

Menganggukkan kepala, dia membaca sekilas sebelum menutup buku tersebut semula.

"Dah?" aku tersentak, cepat betul baca.

Menggelengkan kepala, dia menjawab persoalanku dengan selamba. "Bosan,"

"Kalau aku bantai kepala kau, baru kau tahu erti bosan tu apa. Baca lah!" aku mengetuk kepalanya lalu mengalihkan pandangan.

"Jahat," Kahar mencebik, membuka semula muka surat tadi.

Mengeluarkan telefon bimbitku, aku membuka group chat yang sering aku buka.

geng nasyid (fek)
amirr botak, naim jawline, you

YOU
someone tolong aku di library

amirr botak
Kenapa.

YOU
kahar bertindak kurang bijak

naim jawline
gapapa mirr palau aja dia

amirr botak
Ok.

YOU
ges jangan begini
ah sudahla
dasar fek fren
aku rembat stok makanan kau nanti
seen

Mendengar bunyi buku ditutup, aku mengerling ke arah Kahar.

"Dah?" aku menyoal, menutup telefon bimbit aku.

Mengangguk, dia tersengih.

Suka betul tersengih, sedekah mungkin.

"Okay, kita start yang senang. Daulat dalam Bahasa Arab?"

"... Al - daulatun?" dia tersengih, sekali lagi.

"Kahar,"

"Taktahu!" dia merengek, menggoncang badanku.

"Okay, pandangan tokoh Ibn Khaldun tentang kedaulatan?" aku menyoal sekali lagi, memberanikan diri untuk bertentangan mata bersamanya.

Menunggu jawapan, dia hanya menghadiahkan aku senyuman yang ringkas.

"Kahar, kau baca ke tidak?"

"Daripada belajar sejarah, baik kita buat sejarah sendiri, nak tak?" dia tertawa, mendekatkan dirinya ke arahku.

"Poyo lah kau ni," aku menolak dirinya kebelakang, mengemas nota yang diperlukan.

"Eh, awalnya. Baru 5:50," Kahar mencapai diri aku yang sedang mengemas beg.

"Kemas buku dekat rak, kemas meja, kan banyak benda kena buat say -," aku berhenti apabila aku hampir mengatakan nama panggilan yang aku memanggil semua orang.

Semua orang, kecuali Kahar.

"Sa apa?" Kahar menongkat dagunya.

Tidak mengatakan apa - apa, aku bangkit lalu menyimpan buku di rak mengikut nombor serial yang ditentukan.

Berjalan dengan lancar, kecuali satu sahaja buku. Memandang sekeliling untuk memeriksa apa - apa kelibat, aku melompat lalu memasukkan buku tersebut ke dalam rak yang benar.

Nasib tak kena hempap dengan rak.

Berjalan melepasi Kahar yang hanya meneliti setiap pergerakan aku selepas aku menyarungkan beg sandingku, aku melambaikan tangan ke arahnya, "Jumpa kau pada hari lain,"

"Okay tak tutor semalam?" Amirr menyoal, menghiraukan aku yang selamba menyuap mihunnya ke dalam mulut aku.

"Tak do, sumpah tak. Kalau macam ni aku kena hadap sampai trial SPM, boleh depressed hidup aku," aku mengadu, menyuap Amirr mihunnya pula. Tersengih apabila dia hanya mengikuti sahaja.

"Kesian, tapi nak buat macam mana? Kalau kau nak lepas awal, kau ajar dia lima topik sehari," Naim tertawa, meneguk airnya.

"Ajar dia satu subtopik pun tak load, ni nak ajar lima topik. Memang sampai esok aku duduk dalam perpustakaan dengan dia," aku menjegilkan mata ke arah Naim.

"Hm, petang ni subjek apa pula?" Amirr menyoal, membuka mulutnya untuk bersiap sedia aku menyuap mihun ke dalam mulut dia.

Menyuap mihun ke dalam mulut Amirr, aku mengangkat kepala dari tray makanan.

"Matematik tambahan," aku menjawah ringkas, lebih mementingkan mihun yang hanya tinggal suku seuhingga habis.

Menganggukkan kepala mereka berdua, Naim hanya mengangkat bahu.

"Goodluck,"

Bangun, mandi, makan, pergi kelas, tutor Kahar.

Benda yang sama sahaja diulang.

Tetapi, rutin yang terakhir yang sering menjadi rutin yang paling aku benci berubah kepada rutin yang aku lebih dari teruja menanti apabila hari terakhir aku tutor Kahar tiba.

YOU
kimia. library. 4 - 6 petang.

kaharr
baiklahh
seen

Bergegas ke arah perpustakaan, aku memastikan sekeliling tiada Kahar sebelum melangkah masuk, namun sebaik sahaja aku membuka pintu, Kahar menarik lengan bajuku dari dalam perpustakaan.

Tersentak akibat aksinya yang melulu, aku terkebil - kebil sebelum memukul kepalanya.

Dia hanya tertawa kecil, bergerak mengekori aku ke meja yang bersebelahan dengan rak sejarah, meja yang sama aku pilih tika hari pertama aku tutor dia.

Sebaik sahaja Kahar menyedari aku terus melabuhan diri di kerusi, dia mengekori untuk duduk di samping aku lalu menongkat dagu ke arahku.

"Kau tak ambil buku dekat rak?" dia menyoal, mata tidak lekang dari setiap pergerakanku.

Tak sabar lah tu nak kenakan aku dekat rak buku. Hobi baru dia kot.

"Aku dah ambil siap - siap semalam," aku mengeluarkan buku - buku yang dibawa dari beg sandingku.

Menjenguk ke arah buku yang dibawa, dia sambung menongkat dagu.

"Banyak buku, boleh pula kau angkat?"

"Apasal tak boleh pula?"

"Semut kalau angkat barang kan kena angkat ramai - ramai," dia tersengih.

"Semut - semut, aku gigit kau macam semut api kang," aku berceloteh, mengatur buku yang diperlukan. Mencebik, satu soalan terlintas di fikirannya.

"Kau pergi perpustakaan seorang diri semalam?" Kahar meneliti setiap pergerakan aku yang masih mengaturkan buku. Menggelengkankan kepala, aku menoleh ke arahnya secara tidak sengaja, namun aku memandang ke arah buku semula "Pergi dengan Amirr semalam, dia yang tolong angkatkan buku,"

"Kenapa tak ajak aku?" dia merungut, menjatuhkan kepalanya di atas bahuku.

Menolak kepalanya, aku menjentik dahinya kemudian. "Suka hati lah - kau kan sibuk sangat dengan High Council kau tu,"

"Untuk kau, High Council aku sanggup tinggalkan," dia tersengih, namun mengerang kesakitan apabila aku mengetuk kepalanya sekali lagi.

"Poyo, nah baca ni dulu," aku menolak nota last - minute yang aku bertungkus - lumus menyiapkan malam semalam sehingga aku hampir terlepas kelas.

"Kau memang suka bagi aku nota yang tak boleh dibaca eh?" Kahar menyandar pada kerusinya, menyilangkan kaki di atas kerusi.

"Nota tu aku buat lewat malam semalam sebab awal malam semalam sibuk, tu yang cikai," aku menjulingkan mata ke atas, menahan senyuman untuk terukir di bibir.

"Sumpahla? Kau buat ni demi aku?" Kahar tersentak, menegakkan posture kedudukannya semula.

Hanya menganggukkan kepala, aku mengemas buku yang tidak digunakan untuk diletakkan semula di rak.

"Sini kejap," Kahar memanggil, tetapi aku buat tidak endah kerana pastinya ianya sesuatu yang tidak berfaedah.

"Awak, sini sekejap pandang saya," suaranya lembut memanggil yang serta merta membuat aku menolehkan kepala ke arahnya. Dia tertawa. "Kena panggil lembut macamtu baru nak dengar eh?"

"Tebal gila eyebag kau," kutuk Kahar, tersengih. "Diamlah," aku berbisik, menjegilkan mata ke arahnya.

"Eyebag tebal pun cantik, tak apa," dia tersenyum, menunjukkan sebaris giginya.

"Awal malam kau buat apa sampai kena buat nota lewat malam?" Kahar menyoal, masih tidak mahu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"...Ulangkaji? Kerja rumah?" aku terkebil - kebil memandang Kahar yang tidak lekang memandang.

"Yeke? Semalam aku nampak kau dekat koridor depan bilik pengawas basah - basah. Kau bukan pengawas dan semalam tak hujan. Cuba beritahu apa yang terjadi malam semalam? Jujur," Kahar menyoal sekali lagi, tetapi dengan lebih tegas.

Seram anak Yamin ni.

"Aku... tertumpahkan air?" aku menjawab tergagap - gagap, daya upaya untuk memandang tempat lain selain Kahar hilang.

"Tumpah air tak sampai atas hingga bawah basah, cerita betul - betul," suaranya yang semakin menegas membuatkan aku terkedu, menelan air liur.

"Naim tolong aku report dekat guru pengawas pasal form five yang selalu kacau aku bila aku tak buat kerja sekolah dia orang - aku ralat buat nota untuk tutor kau aku lupa buatkan kerja dia orang," aku berbisik, pasti masih kuat untuk Kahar mendengar. Untuk beberapa saat, dia terdiam manakala aku melihat ke riba aku yang kini menghala ke arah Kahar.

Confirmed aku kena marah sebab jibam.

"Kenapa tak beritahu aku?" suaranya lembut memanggil.

Mengangkatkan kepala ke arahnya, aku terkebil - kebil. "Buat apa?" aku membulatkan mata ke arahnya.

"Cakap siapa nama form five tu,"

"Ha?" riak wajahku penuh dengan kehairanan.

"Nama form five tu, cakap," dia memendekkan arahannya.

"Kau tak payah ngada - ngada, dah lewat ni. Balik jom," aku mencapai buku yang berada di atas meja, serta - merta memalingkan badan ke arah buku tersebut lalu memasukkan ke dalam beg.

"Taknak cakap, tak apa. Aku minta Naim," Kahar selamba menjawab, menolong aku mengemas buku.

"Kahar, tak payah la. Nanti aku kena lagi teruk, tu baru baling air. Kang dia orang baling batu siapa nak habiskan makanan Amirr," aku tertawa kecil pada ayat terakhir.

"Dia orang baling batu dekat kau, aku baling dia orang dalam sungai banyak buaya,"

Seminit tanpa suara berlalu.

"Harini hari terakhir kita jumpa dekat sini kan?" aku menukar topik, meletakkan buku perpustakaan di atas kaunter yang berdekatan.

"Ya, kenapa?" Kahar menolehkan kepalanya ke arahku.

"Nota tu baca, semua. Dan..," aku mengetap bibir, memusingkan badan ke arahnya setelah aku siap menyusun buku di atas kaunter.

"Kau tak marah aku jibam dekat guru pengawas?" aku berbisik, berjalan ke arahnya perlahan untuk mencapai beg sandingku.

Menggelengkan kepalanya, dia memandang aku seperti aku sudah membunuh orang, dramatik betul jantan ni.

"Untuk kau, semua boleh," dia tersengih.

Menjulingkan mata ke atas, aku tertawa. "Poyo,"

"Kau..." Kahar menudingkan jarinya ke arahku dengan mata yang terbeliak. Memandang ke arahnya dengan riak wajah yang konfius, dia terkebil - kebil.

"Kau gelak! Tadi, kali pertama aku nampak," Kahar tersenyum teruja.

"Tahniah, anda istimewa. Dah, cepat. Lusa trial SPM. Buat elok - elok," aku mencapai beg sandingku, lalu menoleh membelakangi Kahar namun dia menarik kolar bajuku.

"Kalau aku score trial, kau nak bagi aku apa?" dia tersenyum, mencapai begnya juga.

"Kau nak apa?" aku mengangkat keningku sebagai tanda tanya.

"Nak bergambar dengan kau, boleh?"

"Itu je? Taknak benda mahal?"

"Ambil gambar dengan kau je dah mahal," dia tersenyum.

Aku membuka dan mengatup mulutku, hilang kata untuk membidas kenyataannya namun satu senyuman terukir di bibir.

"Gediklah kau ni, cepat," aku tertawa, menarik lengan bajunya, jarang dia memakai baju lengan panjang, tetapi mungkin kerana cuaca hari ini dingin.

Tawa Kahar menyusuli, "Balik nanti cek buku teks sejarah, matematik, dengan kimia kau, muka surat paling depan," dia mengingatkan sebelum melangkah ke arah bangunan dorm lelakinya.

Hal terakhir yang aku sedari sebelum dia melangkah pergi merupakan riak wajahnya yang serta - merta bertukar apabila dia mencapai telefon bimbitnya.

Tiba sahaja di bilik, aku mengeluarkan buku teks kimia dari beg lalu berlari anak ke arah rak buku dan mencapai buku teks matematik tambahan dan sejarah.

Membuka setiap muka surat hadapan, aku mengerutkan kening ketika memeriksa setiap sticky note yang ditampal. Macam mana aku boleh tak perasan?

SEJARAH- seindah sejarah negara kita dahulu, indah lagi jika kita mencipta sejarah yang tersendiri, bukan? -A.K.

Mencabut nota yang ditampal pada buku sejarah tersebut, aku meletakkan di atas meja belajarku.

Membuka buku matematik, aku meneliti nota tersebut sehingga aku menyedari nombor yang tertera di belakang nota itu.

Mengambil semula nota sejarah yang diberi, aku meneliti nombor yang tertulis di belakang nota.

Sejarah, lapan. Matematik, tiga.

MATEMATIK- my love for you is like an exponential curve, unbounded -A.K.

Tertawa pada notanya, aku membuka pula buku teks Kimia.

KIMIA- i've got my ion you -A.K.

Memusingkan kertas tersebut, aku ditemukan dengan nombor satu.

Sejarah, lapan. Matematik, tiga. Kimia, satu.

Ikut turutan subjek aku ajar dia ke?

Lapan, tiga, satu.

I love you?

"Poyo gila," aku tertawa.

Bergerak menuju ke dining hall menggunakan laluan shortcut selepas berjumpa dengan Naim dan Amirr yang tak habis memberikan kata - kata semangat, aku tersentak apabila tiga form five yang sering mengacauku menghalang jalan.

"Kau, kau jibam dekat Kapla dengan cikgu kan?" salah seorangnya menudingkan jarinya ke arahku, matanya lebam - Afiq.

"Aku taktahu apa sayang sangat si Kapla tu dekat kau sampai kau jibam dekat cikgu pun dia tak kisah, apa masalah kau sekarang?" rakannya yang memakai plaster di pipi kian bersuara - Putra.

Tidak mengatakan apa - apa, aku terkedu, perlahan - lahan melangkah ke belakang.

Naim, mana kau?

"Kau nak lari mana?" Rakannya yang terakhir menarik lengan bajuku - Iman.

Aku menepis tangannya dari bajuku. Jijik.

"Tak payahlah kacau, benda dah lepas kan?" aku mengetap bibir.

Amirr, kau dekat mana ni?

Memegang erat beg sandingku, aku bersedia untuk lari ke arah yang sama aku datang.

"Haih, aku dah kata jangan kacau dia lagi kan?" kedengaran suara yang dikenali datang dari belakang, aku menolehkan kepalaku ke arahnya, menghela nafas berat.

Kahar - namanya tidak sekali terlintas di dalam mindaku untuk meminta pertolongan.

"Kahar! Err," Afiq bersuara, melangkah kebelakang apabila menyedari kedatangan Kahar yang hanya menggaru belakang tengkuknya, berhenti tepat - tepat di belakangku.

"Apa? Nak kena bantai lagi?" Kahar bersuara. Sebaik sahaja mereka menggelengkan kepala, Kahar menghela nafas berat. "Dahtu, tunggu apa lagi? Blah la,"

Sebaik sahaja ketiga - tiga pelajar tersebut lari lintang - pukang dari tempat kejadian, Kahar memusingkan badanku ke arahnya manakala aku mendongak untuk melihat wajahnya dengan penuh.

"Kenapa muka kau banyak luka ni?" aku menarik rambutnya kebelakang yang menunjukkan satu lebam besar di dahinya.

"Kau okay?" Kahar menghiraukan soalan aku, tangannya masih diatas bahuku.

"Kahar, muka kau kenapa?" aku mengerutkan kening apabila aku menyedari bibirnya yang pecah, darah beku menggantikan setempat di bawah bibirnya.

"Kau gaduh?"

Terkedu, dia mengalihkan pandangan.

Tidak mendapat jawapan dari Kahar, aku menarik hujung bajunya disebabkan dia tidak memakai lengan panjang.

"Kau ke yang buat budak - budak tu teruk macam tu?" aku menyoal, mengatur langkah ke bilik rawatan. Masih tidak mendapat jawapan, aku berhenti di tepi bilik rawatan.

"Kahar? Jawab lah," risau, aku mendongak ke arahnya. Dengan anggukan yang lemah, dia mengetap bibir. "Dia orang takde buat apa - apa dekat kau kan?" dia bertanya dengan suara yang serak, matanya kini berjumpa dengan mataku.

Menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada persoalannya, aku menghela nafas berat, menariknya masuk ke dalam bilik rawatan.

"...Rahsiakan rawatan ni dari pihak sekolah, please?" aku meminta bantuan jururawat disitu, terukir senyuman dibibir apabila dia bersetuju.

Setelah beberapa minit dia dirawat, luka - luka di wajahnya kini surut, tidak terus hilang tetapi surut.

Trust the process.

Mengucapkan terima kasih pada jururawat yang bertugas, aku membawa Kahar ke dorm lelaki.

"Bilik kau kat mana?" aku mengerling ke arahnya yang hanya membisu lalu menggelengkan kepalanya. "Ha?"

"Taknak bilik sini, nak bilik kau," dia tersengih.

"Memilih," aku menjegilkan mata ke arahnya, membawa dia ke bangunan aras bilikku.

Susah juga bawa orang sakit berjalan, mamat ni sengaja langgar - langgar aku bagi aku tumbang ke apa?

Membuka kunci pintu bilikku, aku menyuruh dia masuk terlebih dahulu.

Sebaik sahaja dia memasuki ruang bilikku, dia melabuhkan diri di atas kasur milikku.

Menutup pintu, aku duduk di sampingnya.

"Kau dah kenapa ajak dia orang gaduh - tiga lawan satu kot, macam mana agaknya kau boleh menang," aku mengeluh, membuatkan Kahar memalingkan badannya ke arah aku.

"Kalau dia orang kacau kau lagi, cakap je. Okay?"

Mengangguk lemah pada permintaannya, aku mendongak ke arahnya, matanya tidak lekang dari wajahku.

"Percubaan SPM esok, buat elok - elok," aku tersenyum ke arahnya.

"Kau tengok tak nota dalam buku teks tu?" dia menyoal, menongkat dagu. Menganggukkan kepala, aku tertawa mengimbas semuka detik - detik aku menyedari nota - nota tersebut.

"Jadi?" Kahar mengangkat kedua keningnya.

"Jadi apa?" aku mengerutkan kening, berpura - pura tidak memahami persoalannya.

"Janganlah macamni, ya atau tidak?" dia merungut, menjentik dahiku.

"Lepas percubaan SPM aku bagitahu,"

"Janji?"

"Janji,"

"Boleh jawab?" aku berbisik ke Kahar, tidak mengendahkan pandangan dari pelajar lain. Terselit senyuman di bibir, Kahar menganggukkan kepala, mengajak aku untuk ke dewan perhimpunan, mendengar pengumuman tentang percubaan SPM.

"Kahar, aku duduk dengan geng aku dulu eh? Nanti kita jumpa balik," aku melambai ke arahnya yang hanya tersengih.

"Okay, jumpa tau? Kau belum bagi jawapan,"

"Iya,"

Mendengar taklimat Tuan Yusof, aku hampir melentok ke ruangan kosong malah jatuh kerusi jika bukan kerana Amirr yang menahan kepalaku.

"Terima kasih," aku tersengih, mengabaikan perasaan sedang diperhati yang muncuk di lubuk hati.

"Itu sahaja untuk hari ini, jika kamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelajar yang skor percubaan SPM tahun ini, sila bergerak ke foyer," Tuan Yusof menamatkan ucapannya lalu setiap pelajar bangkit dari kerusi.

"Aku nak jumpa Kahar kejap, kejap tau," aku tersengih, melambai ke arah Naim dan Amirr yang hanya memandang satu sama lain.

"Sah bercinta tu,"

"Sah,"

Tiba di foyer, aku meneliti kawasan sekeliling untuk mencari Kahar, namun batang hidungnya pun tidak dikesani.

"Cari aku?" satu tangan menarik kolar bajuku, yang serta - merta membuat aku menoleh ke arah suara yang amat dikenali.

Dengan wajahnya yang masih terdapat luka - dia tersengih menampakkan sebaris giginya.

"Kahar," senyuman terukir dibibirku, lalu menarik lengan baju sekolahnya ke display top three students yang skor percubaan SPM. Melihat pelajar - pelajar lain, yang terkejut akan keputusan top three students tersebut, aku sudah dapat agak siapa.

"Kahar, kita," aku menepuk bahu Kahar, menudingkan jari ke display board yang tertera nama aku dan Kahar.

Pelbagai bisikan disekitar, tidak percaya akan kejayaan Kapla High Council tersebut.

"Aku dapat nombor dua," keluhnya, secara sengaja meletakkan lengannya di atas kepalaku. Wah wah, kurang ajar.

"Okay lah tu," aku menjegilkan mata ke arahnya, tidak menghiraukan namaku yang tertera pada tempat pertama. "Jadi?" Kahar tersengih, mengalihkan pandangannya dari display board ke arahku.

"Jadi apa?" aku tertawa, masih berpura - pura tidak memahami.

Menjentik dahiku, dia mencebik.

"Jadi, ya," aku tersengih, mendongak ke arah display board tersebut semula.

"Oh ya, pickup line kau dalam sticky note tu sumpah cringe,"

"Asalkan kau, aku okay kena panggil cringe hari - hari,"

-

requestor: @sinyuet

LMAOAOAOAO 4.3K WORDS ONLY IF I PUT THIS EFFORT INTO MY BM ESSAY 💔💔💔

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 131 14
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
5.1K 681 60
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
1.7K 21 11
Meet Wonho The Perfect Mr Stranger
19.4K 697 23
"kenapa awak kahwin dengan saya?" Mia Armanda "Sebab bapak kau" Tengku Aiman Adryan "Tapi-" "Tapi apa? Aku memang jahat tapi bab perempuan aku Masih...