Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

π“πˆππ“π€ ππ„ππ”π‹πˆπ’πŸ’Œ
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 23
EPILOG

bab 22

35 0 0
By rraiqah

     Aku memandang ke arah cermin kereta. Lagi berapa minit aku akan bergelar sebagai isteri orang. Perasaan gembira berbaur cemas mulai hadir. Aku melangkah keluar dari kereta dan aku lihat Irham sedang berdiri segak di hadapan pintu masuk masjid. Kacak sungguh bakal suami aku ini. Bila tengok banyak kali boleh pengsan aku. Irham berpakaian baju melayu berwarna putih, jawline yang tajam persis orang barat, bulu matanya yang lentik dan urat ditangannya. Hati Lia berdebar-debar melihat betapa kacaknya bakal suaminya itu.

🌹

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Amylia Binti Azman dengan emas kahwinnya bernilai RM 500 tunai!"

" Aku terima nikahnya Nur Amylia dengan emas kahwinnya berjumlah RM 500 tunai! " Irham menarik nafas lega selesai melafazkan akad nikah. Bibirnya diukir senyuman sambil melihat isterinya yang tidak jauh dari situ. Seraya Lia turut tersenyum melihat suaminya.

ALHAMDULILAH... Aku sah menjadi milik Arraz' Irham buat selama-lamanya.

Selesai akad nikah, kami sekeluarga segera bergerak ke majlis. Majlis Lia dan Irham diadakan di dewan. Kami hanya menjemput jiran, saudara dan juga rakan-rakan.

Sebaik sahaja pengantin turun dari kereta kompang dimainkan oleh sekumpulan anak muda. Irhamdan Lia berjalan bersebelahan. Terukir senyum manis antara pengantin lelaki dan perempuan itu. Di sekeliling pengantin digeruni oleh kumpulan the colonna gang. Orang-orang Colonna terlihat segak memakai suit berwarna hitam. Serba hitam macam dalam film-film mafia.

Dari jauh sudah terdengar bunyi riuh-rendah majlis yang berlangsung. Pelamin besar di dalam dewan, kini sudah semakin jelas kelihatan.

🌹

"Selamat pengantin baru bro, malam ni aku nak call kau boleh?" Perangai pengapit pengantin lelaki disebelahnya ini memang suka mengusik, siapa lagi kalau bukan Fariz.

"Kalau kau nak hidup tak lama, cubalah" Uishh tidak beranilah Fariz hendak berurusan serius dengan ketua mafianya itu. Mahu berlari tak cukup tanah dibuatnya. Dia tahu Irham hanya bergurau.

Kami melihat ke arah sekeliling. Tetamu sedang sibuk menjamu selera. Lia dan Irham hanya di atas pelamin sambil bersalaman dengan tetamu yang ingin pulang. Apabila Lia merenung kembali ke arah tetamu matanya tertuju pada Fariz dan Qaseh yang sedang berbual mesra, Lia tersenggih.

"Abang tengoklah kawan abang tu lain macam je" Aku berbisik di sampingnya. Suka melihat kemesraan dua orang itu.

"Fariz...Fariz... Kau pun nak kahwin juga ya" Kami berpandangan dan ketawa melihat gelagat Fariz. Melihat cara Fariz berbual dengan Qaseh memang tidak dapat cam yang dia ialah seorang mafia. Walhal nampak macam lelaki biasa yang mesra. Macam itu rupanya gaya secret mafia.

Majlis sudahpun selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. Lia dan Arqel mengambil tempat di meja kosong. Melihat Kak Sarah, makcik Lin dan mama papa sedang sibuk bergambar di atas pelamin. Bukan main lagi mama dan papa berkepit macam dia pula pengantin baru harini. Seketika aku tersenyum melihat mereka.

"Sayang..dari tadi tersenyum kenapa tu" Aku beralih memandang Irham

"tengok mama dengan papa sweet je kan" Aku menunjuk ke arah mama dan papa yang sedang bergurau senda.

"Sayang nak juga ke? Kalau nak boleh je..tapi malam ni lah..senang sikit orang tak nampak" Irham memandang miang isterinya.

"Ishh abang!" Lia naik geram dengan suaminya. Buatkan pipinya menjadi merah merona, malu dan rasa takut pun ada malam ini. Dia belum sedia. Takut pula nak tidur malam ini dengan suaminya.

🌹

Malam ini kami membuat keputusan untuk menginap di rumah mama.

"Lia jadi isteri yang baik ya, patuh arahan suami, jangan nak mengada sangat perangai tu" Macam dia tidak tahu perangai anak perempuannya itu yang suka berubah-ubah. Mahu pening Irham menjaganya.

"InshaAllah ma.." Aku hanya tersenyum.

Tiba-tiba Irham muncul dihadapan mereka berdua dan..

"Sayang..jom mandi" Ajaknya dengan meriakkan wajah bekunya itu. Selamba!

Nak terkeluar biji mata Lia dibuatnya. Mandi sama? No!

"Tak nak! Malu lah!" Bidas Lia. Aku cepat menggelengkan kepala. Yang bukan-bukan dah suami aku ini.

"Lia..mama dah cakap patuh arahan suami..mandi dengan suami kan lebih baik, dapat pahala dalam islam bila gembirakan suami" Aku dapat melihat mama menekup mulutnya menahan ketawa. Malunya! Kenapalah dia ajak aku mandi time ada mama dekat sini. Tak malu ke?! Memang beku betul hati suaminya.

Dan akhirnya aku terpaksa. Mahu tak mahu kami kan sudah sah. Berdosa pula membantah ajakan suami.

🌹

Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Rasa sangat penat menjadi pengantin satu hari. Bibirku pula dah rasa macam tidak ada. Sepanjang majlis aku hanya tersenyum. Tidak pernah aku senyum lama sebelum ini. Haruslah senyum kalau tidak di cam kahwin paksa pula.

Irham mengerengkan badannya bertentangan dengan Lia yang sedang nyenyak tertidur. Dia tersenyum. Syukur dia terhadap Ilahi kerana mengabulkan doanya sebelum ini agar berjodoh dengan Lia. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk menjaga Nur Amylia dengan baik. Dan memberi kasih sayang dengan sepenuh hati tanpa menunda-nunda.

Irham memeluk erat isterinya dan mendepakan kepala Lia ke lengannya. Sekilas itu Lia memeluk kembali Irham. Nyenyak sungguh tidur sampai tak sedar sedang peluk suami sendiri. Tadi bukan main malu nak peluk.

🌹

"Goodmorning my princess, bangun solat subuh dengan abang" Irham mencium lembut pipi isterinya.

"Awalnya abang nak solat" Padahal laungan azan di masjid masih belum selesai.

"Sayang..ada baiknya kita jangan melewatkan solat, dah bangun ambil wuduk, ke nak abang dukung?" Sempat Lia menjeling sekilas ke arah Irham yang sedang membentangkan sejadah. Lia tersenggeh mendengarkan itu sebelum tubuhnya bangun dari tilam empuk.

Benar juga kata suaminya, selama ini Lia bangun pukul 6 untuk solat subuh. Setelah menikah dia harus bangun sebaik sahaja azan dilaungkan. Tidak salah aku memilih suami seperti Irham.

Segera aku bangun dari katil dan menuju ke arah bilik mandi.

Selesai solat subuh kami bersalaman, setelah itu Irham mencium dahiku sebelum dia melipat kembali sejadah. Indahnya rasa percintaan selepas kahwin. Bukan hanya bercinta tapi membimbing pasangan ke arah yang lebih baik. Aku beruntung dapat suami seperti ini.

Sebaik sahaja aku menjenguk ke dapur, aku melihat mama sedang sibuk menyiapkan sarapan. Aku turut membantu. Manakala Irham dan papa di ruang tamu sambil berbual bersama Fariz.

Selesai bersarapan kami sekeluarga dan Fariz berbual mesra di ruang tamu sebelum Fariz pulang ke Itali. Tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya yang sudah membantu majlis kahwin Irham dan Lia semalam.

"Ha Fariz..hati-hati dekat jalan, kalau ada apa-apa beritahu pada kami" Pesan Dato' Azman.

Fariz mengangguk, mengiyakan. "Baik uncle, inshaAllah semuanya berjalan dengan baik"

Fariz dan Irham menghampiri kereta teksi yang akan membawa Fariz sehingga di lapangan terbang. Aku melihat dari depan pintu rumah Irham dan Fariz bersalaman lalu berpelukkan buat bekalan rindu. Fariz kata selepas dia sampai di Itali dia akan menguruskan semua urusan yang masih belum selesai dan akan kembali ke Malaysia untuk terus menetap di sini kerana mahu menjaga ibunya yang sedang sakit tenat. Kasihan sungguh, sudah belajar hingga ke luar negara namun pada akhirnya harus berhenti. Tapi apalah sangat berbanding dengan orang tua lebih penting dari segalanya. Anak yang baik pasti ada jalan rezekinya.

"Bro..aku pergi dulu. Tugas aku dah selesai, kau dah mampu jaga Lia sendiri, lepasni aku akan keluar dari The Colonna. Orang tua aku dah sakit tenat. Apa-apa kau call je aku" Fariz melepaskan pelukan.

"Thanks bro untuk segalanya, aku hargai perjuangan kau selama ini. Moga ibu kau sihat. Jaga ibu kau, aku tahu kau anak yang baik" Fariz tersenyum mendengar itu. Rindu pula dia pada ibunya. Dia juga masih berharap pada The Colonna. Tapi dia mahu rehat, mahu menjaga ibunya. Kini tiba masa untuk dia berhenti menjadi seorang mafia. Fariz pasti dia akan rindu dengan Irham yang banyak membantunya, sejak awal bertemu lagi Irham sudah membantunya. Dari awalnya Fariz hanya seorang anak jalanan yang meminta rezeki di tepi jalan. Dia mengemis. Sehingga suatu hari Irham datang padanya dan membawanya berjumpa dengan Daddy Daruz, bapa Irham untuk memasuki kumpulan mafia The Colonna. Mereka berdua mengubah nasibku dari awalnya orang yang hanya dihina dan di tindas di tepi jalan sehingga menjadi seorang mafia yang ditakuti. Aku tak akan lupa jasa mereka.

Setelah itu Fariz bersama kereta teksi berlalu dan menghilang dari pandangan.

🌹

(5 bulan berlalu...)

"Sayang..bangun princess, jom breakfast abang dah buatkan nasi lemak kesukaan sayang" Irham menatap dekat wajahku yang masih memejamkan mata di atas katil.

"Ye baby..iam wake up" Lia mengeliatkan badannya ke kanan dan ke kiri sebelum berdiri turun ke bawah untuk sarapan. Aku melangkah menuruni tangga Irham turut mengikuti langkah di sebelah sambil memegang tangan kiriku. Macam budak-budak dibuatnya. Dari awal dia berkahwin sehingga sekarang Irham menjaga dan melayaninya seperti seorang princess. Sampai kadang Lia ingat dia ni masih budak-budak kerana asyik di manjakan seperti kanak-kanak. Tapi dia suka dengan cara Irham. He treat me like princess. Untungnya aku dapat princess treatment!

Belum setengah tangga lagi aku turun. Namun entah kenapa tiba-tiba sahaja perutku rasa tidak selesa, tekakku rasa mual. Aku terhenti melangkah menuruni tangga itu.

"Sayang? Kenapa berhenti?" Aku melihat Irham yang sudah risau melihatku.

"Sayang rasa nak mun..muntah"

"Blewkk, blewkk" Lia sudah berkarenah, dia lantas menaiki semula tangga dan menuju ke arah toilet lantai atas. Irham pula mengejar Lia yang sudah lari terpungkang.

"Sayang! Kenapa dekat dalam tu! Buka pintu ni" Dia mengetuk-ketuk pintu beberapa kali.

Lia membuka perlahan pintu. Terlihat wajah Lia lesu sambil memegang ke arah perutnya.

"Sayang..mengandung ke?" Soal Irham. Bibirnya lama kelamaan mengukir senyum.

"Ish abang ni, mana sayang tahu. Maybe tu muntah biasa je" Bantah Lia, dia sukar percaya dia akan mendapatkan zuriat.

Dan lagi penjelasannya di bantah. Irham mengajaknya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Mana tahu ada rezeki dapat anak.

Sepanjang jalan menuju ke klinik si suaminya itu tak habis berkata pasal anak. Belum pasti ada kandungan dalam perut isterinya, tapi excited dah macam comfirm ada anak dalam perut. Sebaliknya Lia hanya diam, takut pula kalau suaminya kecewa di klinik nanti, sebab tak dapat zuriat.

"Tahniah pada encik, saya sudah periksa Lia dan dia positif hamil" Beritahu doktor Rina.

Aku tidak menyangka. Akhirnya setelah penantian 5 bulan untuk mendapatkan anak. Dari perjalanan pulang ke rumah aku lihat Irham tidak berhenti tersenyum. Tidak lekang senyuman di bibirnya itu. Dia memandu sambil membelai halus perutku. Padahal Belum lagi perut Lia membulat seperti ibu hamil.

"Dahlah abang gosok perut Lia. Drive elok-elok" Risau Lia melihat cara suaminya memandu. Kalau tengok pada kelajuan memang perlahan. Tapi tangganya itu, sebelah kiri mengosok perut Lia, sebelah kanan pula memegang stereng kereta. Maklumlah Lia tidak reti memandu kereta dengan menggunakan sebelah tangan. Dia tahu itu bahaya.

"Abang happy lah cinta dapat baby, tak sia-sia abang usaha tiap-tiap malam" Haihh suami aku ni, nak cakap pasal benda ni memang tak bertapis, haritu semasa malam pertama dia kata nak mandi sama-sama, depan mama dia ajak aku. Ini nasib baik tiada orang lain di sekeliling. Kalau tidak aku akan malu buat kali kedua.

🌹

Sampai sahaja di rumah. Seperti biasa kalau Lia mahu turun dari kereta Irham terlebih dahulu membuka pintu untuk isterinya. Lia bukan tidak suka tetapi kadang rasa kasihan melihat Irham. Dia tahu Irham tak pernah penat melayannya seperti ratu, cuma kadang rasa serba kasihan melihat suaminya bersusah payah untuknya padahal benda itu Lia boleh sahaja lakukan sendiri.

Aku duduk bersandar di atas katil. Irham pula baring bersilang menghadapku, matanya dari tadi tak lepas memandang ke arah perutku. Sudah Lia tahu, pastinya dia memikirkan kandungan dalam perut.

"Sabar ye my hero..tunggu 9 bulan baru boleh dukung baby" Ujarku melihat bibirnya yang tak lekang senyum.

"Lambat lagi lahni baby nak keluar hmm.. Tapi takpe abang kan ada princess yang boleh abang dukung sekarang"

Lia tertawa mendengar usikkan suaminya itu. Dapat juga anak, kalau dulu hanya mampu tengok anak orang bermain dekat taman aje, sekarang dia dah boleh jaga anak sendiri, terwujud jua impian ingin menjadi seorang ibu.

Continue Reading

You'll Also Like

79.8K 4.7K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
62.4K 3.3K 41
Elyana lyra β™‘ Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
57.4K 2.1K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
1.1M 34.8K 79
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. ...