Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 19
bab 21
bab 22
bab 23
EPILOG

bab 20

23 2 1
By rraiqah

     Lia membuka matanya. Dia heran dirinya sedang berbaring di atas katil hospital. Terdapat mama dan papa sedang duduk dihujung sudut bilik. Apabila mereka melihat Lia menyedarkan diri segera mereka berdiri mendekati Lia.

    "Ma..pa..kenapa Lia dekat sini?"

     "Sayang..kamu pengsan dalam kereta tadi. Irham kata dekat mama Arqel cuba nak perkosa Lia, betulke?" Tanya Datin Roziah dengan cemas.

   "Ye mama..Arqel jahat, nasib ada Ir tolong Lia, mama Lia tak nak kahwin dengan Arqel, dia jahat ma!" Rayu Lia sebelum matanya beralih menoleh pada pintu bilik.

   "Ir mana ma? Ir mana! Ir mana Lia nak jumpa dia!" Lia bertindak melulu dia lupa dirinya sedang sakit. Lia mencuba untuk bangun dari katil namun di tahan oleh mama dan papa. Kerana kondisi Lia saat ini masih lemah, dia perlukan rehat.

  "Lia perlukan rehat, papa takut jadi apa-apa dekat kesihatan Lia" Dato' Azman bersuara. Rasa bersalah yang ada pada Dato' Azman kerana dia juga yang merestui Arqel dan Lia bersatu. Sanggup dirinya merestui satu-satunya anak gadis untuk lelaki jahat seperti Arqel.

    "Baru sekarang nak peduli?! Selamani apa yang papa tahu hanya duit!duit! Papa ingat duit boleh bawa masuk syurga ke?!" Lia semakin emosi.

   "Lia sabar Lia" Datin Roziah cuba meredakan emosi Lia. Dia tahu anaknya sekarang tidak stabil emosinya dan dia perlukan Irham. Dia tahu Irham mampu menyejukkan hati Lia. Hanya Irham. Tapi sebaliknya Irham kata dia ada urusan yang harus dikerjakan dan ini melibatkan nyawanya. Datin Roziah agak kurang faham dengan penjelasan Irham. Tapi dia tahu Irham memang ada urusan penting dan tidak dapat menjenguk Lia buat masa sekarang.

                                 🌹

4 hari kemudian...

  
     "Nampaknya kesihatan anak puan dah baik, hari ini saya benarkan anak puan pulang, itu berita baiknya. Berita buruknya pula, Lia ada trauma. Seperti yang puan jelaskan sebelum ini Lia hampir diperkosa, mungkin itulah yang akan menggangu pemikiran anak puan. Sebaiknya puan jagalah dia daripada emosi dan perkataan yang menyebabkan dia mengigati masa lalunya"

   "Baik cik, terima kasih" Doktor hanya menganguk dan segera beredar.

Datin Roziah mengusap lembut kepala Lia yang sedang nyenyak tertidur, air matanya menitis. Allahu kesiannya anak aku.

****

Di sebuah gudang besar

     "Kau dari dulu memang suka ganggu geng aku ke?" Arqel memandang sinis ke arah Irham.

    "Bullshit. You said about yourself. Aku dah cakap jangan pernah dekati dia, atau kau akan terima nasib paling buruk dalam hidup kau" Tegasnya namun wajahnya terlihat beku. Terbenak dalam matanya sewaktu Arqel mencuba untuk perkosa Lia. Hatinya membara dengan api kemarahan. Aku akan pastikan sesiapa yang menyakiti Nur Amylia dia pasti akan jatuh dalam tangan aku.

     

     Suasana dalam gudang menjadi tegang. Kumpulan mafia antara 'The Colonna' dan 'Bazorz' saling berhentam nyawa dengan menggunakan senjata tajam dan pistol kecuali Irham. Irham sudah fasih dalam bidang taekwondo sejak kecil dia diajar cara menumpaskan musuh tanpa sebarang alatan senjata, jadi baginya tangan dan kaki sudah cukup untuk menyerang musuh.

    Ada yang sudah tidak sedarkan diri dan ada yang masih belum berputus asa untuk menumpaskan pihak musuh walaupun tubuhnya sudah separuh mati.

    "Tuan! Orang kita dah ramai yang jatuh, lebih baik kita berundur" Kata salah seorang geng Bazorz pada Arqel, anak ketua kumpulan.

    "Jangan jadi pengecut! Aku nak kita menang malam ni!" Arqel terus memukul orang-orang The Colonna tanpa sedar angota kumpulannya semakin lemah.

     Orang-orang Bazorz semakin sikit. Kebanyakkannya sudah tumpas berlumuran darah. Ini masa yang sesuai untuknya mendekati Arqel dan membalas dendam untuk Lia. Apa sahaja yang dia lakukan hanya untuk Lia. Perlahan-lahan Irham mendekati Arqel dengan muka menahan marah. Dia mengengam tangan dan..

DUSH!

Satu sahaja tumbukan kuat mampu didengar seluruh gudang tersebut. Arqel akhirnya tumpas tidak sedarkan diri. Mukanya mengalirkan darah keluar tepat pada bahagian bekas tumbukan Irham.

    " I told you again..don't touch her. She's mine! " Bibir Irham senget menyinis.

  " Ir! Stai attento indietro! " Irham dapat dengar panggilan Fariz dalam bahasa Itali. Malangnya sebaik sahaja Irham menoleh ke arahnya seorang pria datang dan memukulnya dengan kayu. Sebelum Irham lelap sepenuhnya dia dapat mendengar sayup-sayup suara Fariz memintanya untuk menyedarkan diri. Dan setelah itu dia tidak tahu apa yang terjadi.

                                  🌹

   "Ir..alhamdulilah dah sedar" Lia tersenyum melihat Irham sudah membuka matanya.

    "Lia..Ir rindu Lia" Sayu suaranya. Tak seperti biasa. Suaranya yang sentiasa mencengkam berubah menjadi lembut.

   "Ye Ir..Lia takkan tinggal Ir lagi. Lia cintakan Ir"

Itulah perkataan yang Irham inginkan keluar dari mulut gadis yang dia cintai.

   " Siapa hantar Ir dekat sini? "

   " Fariz. Dia kata Ir pengsan masa lawan dengan geng Arqel demi Lia. Terima kasih, tapi Ir tahukan benda ni bahaya" Terkejut juga aku semasa mendengar khabar dari telefon. Fariz menelefonku dan memberitahu Irham berada di hospital.

   " I do anything for my princess. you're my life I have to take care "  Tanggannya mengengam erat tangganku. Dapat aku rasakan keikhlasan hatinya untukku.

      " Tadi papa dan mama Lia ada datang, dia kirim salam dekat Ir. Mama dan papa kata lepas keluar hospital datang rumah mereka. Kak Sarah pula tadi ada call katanya dia dan makcik Lin akan datang sini esok melawat Ir dekat hospital" Irham hanya mengangguk.

    Kami saling bertatapan. Matanya tak lepas memandangku dengan senyuman. Aku turut mengukir senyuman. Rindu sungguh aku dengan senyuman Ir. Teringat sewaktu dahulu Ir selalu tersenyum melihatku, sudah lama dia tidak melihat senyuman itu sejak Ir menghilang dan kembali dengan wajah beku. Dan baru hari inilah senyuman paling manis yang pernah dia lihat. Senyuman Ir akan selalu ia kenang.

   " Ehem, maaf tuan saya menganggu " Tegur Fariz sebaik sahaja masuk di dalam bilik wad tersebut.

Setelah itu pandangan kami terputus. Malu pula aku dengan Fariz.

   "Sokay, nanti aku dah kahwin kau jangan ganggu aku malam-malam nak bermesra dengan isteri aku nanti" Irham berkata sambil memandang ku yang sudah kaku menahan malu. Dah sakit pun masih lagi gatal. Dasar Mr.Hero beku.

  "Opss, bau-bau nasi minyak" Usik Fariz membuatkan aku semakin malu. Rasa nak hilangkan diri aje dari bumi ni.

                                🌹

   Lia melihat keluar tingkap di bilik laundry hospital sambil menunggu pakaiannya siap dibasuh mesin.

   "Ir sangat cintakan Lia, untung kau. Masa dia menghilang dari kau dia selalu cerita tentang kau dekat aku. Dia rindu kau sangat. Irham selalu termenung kosong, aku tahu masa tu dia fikirkan kau" Fariz datang membuka cerita.

  "Tapi kenapa dia nak hilangkan diri?" Soalan yang selalu bermain dalam mindanya. Berharap soalan itu akan terjawab.

  "Pasal tu biarlah Irham sendiri yang cerita. Aku yakin dia akan bagitahu semuanya" Setelah menjawab soalan itu Fariz berlalu pergi tanpa memberitahu jawapan yang sebenar. Aku takut jika harus kecewa setelah tahu semuanya. Tapi aku harus terima semuanya. Aku yakin segelap apa pun kenyataannya nanti, aku tak akan pergi dari Ir. Dialah lelaki yang aku cintai sejak aku sekolah rendah lagi aku tahu perasaan cinta itu ada dan tak akan hilang.

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 61.7K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
1.4M 13.2K 11
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
125K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...