Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
EPILOG

bab 19

20 3 0
By rraiqah

       NUR AMYLIA merebahkan dirinya di atas katil. Hatinya masih sakit mengenang perbuatan Arqel. Hanya tinggal lagi 6 bulan lepas itu aku akan menjadi isteri untuk Arqel Daniel. Bagaimana aku melanjutkan hidup berumah tangga dengan lelaki yang tidak aku cintai? Merana? Dengan cara apa lagi harus aku lakukan untuk meleraikan pertunangan aku dengan Arqel? Merayu? Atau membantah? Semua sudah tidak berguna jika itu pilihan papanya bagaimana ia harus membantah.

     Satu minggu bagaikan satu hari. Lagi satu minggu disini aku akan pulang ke Itali. Ada kerja yang harus siapkan di Uni.

     Ada kesempatan ini aku bercadang dengan Qaseh untuk pergi jalan-jalan bersama. Qaseh ialah kawan sekolah rendah aku. Dulu semasa kami darjah 6, kami pernah berjanji untuk sekolah menengah bersama, namun Qaseh tidak dapat untuk sekolah menengah bersama denganku atas faktor keluarga. Kami terpisah, tetapi dengan redha Ilahi kami dapat bertemu lagi. 3 hari yang lalu kami terserempak di salah sebuah kedai baju di Kuantan City Mall. Pada mulanya aku tidak ingat siapa gadis yang menegurku, untungla dia mengimbas kembali kenangan sewaktu kami sekolah rendah dahulu. Kalau tidak sampai kesudah aku lupa tentangnya.

Bukannya kacang lupa kulit, tetapi gaya dan penampilan Qaseh sangat lain berbanding dahulu sampai aku keliru siapa dirinya. Qaseh dahulu hanya budak hingusan yang memakai tudung terlalu ke depan persis kanak-kanak berumur 5 tahun dan badannya yang agak besar. Tapi sekarang sangat lain. Kurus dan cantik. Dah macam model gayanya.

                                 🌹

     Hari ini Qaseh hendak belanja makan sushi. Memang sushi adalah makanan kegemaran Qaseh. Lia ingat lagi sewaktu sekolah rendah kawannya itu selalu tidak makan pada waktu rehat kerana ingin menyimpan wang untuk membeli sushi, Lia pula yang selalu membelikannya roti pada waktu rehat, kasihan melihat Qaseh yang hanya memandang orang lain yang sedang makan.

     "Kau takde boyfriend ke Lia" Lia tertawa perlahan mendengar pertanyaan itu.

     "Aku? Ada boyfriend? Tak adalah..tapi aku dah ada tunang"

    "Kalau dah tunang maknanya tu boyfriend kau lah" Pelik pula dia tengok Lia ini. Kalau tunang maksudnya ada boyfriend lah kan?

     "Maksud aku tunang, tapi tak macam boyfriend, aku kena kahwin paksa. Even lelaki tu yang nak aku tapi dia macam tak cari aku dah sekarang, lagipun aku tak cintakan dia" Ceritanya perlahan.

    "Oh hm..aku harap kau tabah. Aku yakin suatu hari kau akan bahagia dengan jodoh kau" Qaseh tersenyum tawar sambil mengambil sushi.

     Dalam beberapa minit kami berbual kosong. Tiba-tiba soalan Qaseh kembali buatkan aku berfikir 100 kali untuk menjawabnya.

     "Btw bestfriend kau dulu mana eh dah lama aku tak dengar dari mulut kau pasal dia" Memang sewaktu kami sekolah rendah Lia selalu membuka cerita tentang sahabatnya itu, Arraz' Irham. Lia suka menceritakan tentang Irham. Bercerita bagaimana Irham berbaik dengannya dan semua tentang Irham diluahkan pada Qaseh, Qaseh orang yang Lia percayai.

     Tiba-tiba seorang pria muncul di sebelah Qaseh.

    "Hey Qaseh"

    "Eh, hai Fariz!"

    "Rancak berbual boleh aku join sekali?" Kata Fariz

    "Ofc lah boleh"

Pria itu mengambil tempat di sebelah Qaseh. Lalu pria itu memandang ke arah Lia.

   "Ni kawan kau ke Qaseh?" Tanya Fariz

   "Oh ya, perkenalkan ni kawan sekolah rendah aku, Lia. Lia ni kawan colage aku, Fariz"

   "Hye Lia cantik nama, macam tuannya" Lia hanya menganguk. Dia kurang selesa dengan Fariz apabila ia berkata begitu. Persis seperti kata-kata lelaki buaya darat.

    Kami bertiga berjalan menuju ke kedai pakaian. Qaseh kata dia mahu mencari seluar jeans. Aku pula mahu mencari sweetshirt.

    "Weh korang..aku sakit perutlah korang pergilah dulu aku tak tahan ni" Qaseh terus melarikan diri dari kami. Ini mesti sebab makan sushi banyak sangat. Kenapalah time ni baru kau nak sakit perut. Janganlah sidai aku dengan Fariz kat sini!

    "Lia jom kita duduk dulu sambil tunggu Qaseh" Aku hanya menganguk kecil dan kami duduk di bangku yang di sediakan di dalam mall itu.

   "Awak ni memang tak banyak cakap ye?"

    "Takdelah, cuma saya malu sikit" Ye memang dia malu dan tidak selesa berduaan dengan Fariz di tempat umum begini.

   "Awak jangan malu dengan saya, anggap je saya ni kawan awak, lebih dari tu pun boleh je" Fariz tersenyum seperti kerang busuk di sebelahku. Geram pula aku dengan kawan Qaseh ini.

    Aku melihatnya mengeluarkan sekeping kad dan memberikannya padaku.

    "Ni nombor saya kalau awak free call je la kita keluar jalan-jalan"

Aku menerima kad tersebut dan melihat nombor yang bertulis di atas kad tersebut.

  "Sorryla korang lambat sikit, sakit gila perut aku" Qaseh menyapa kami dari belakang.

   "Lama sangat kau kat tandas tu, sempat aku berdating dengan Lia tau" Gurau Fariz. Qaseh hanya ketawa sambil melihat ke arah kami dan tersenyum nakal. No! Qaseh jangan fikir yang bukan-bukan.

   "Thanks korang dah teman jalan-jalan harini"

   "No problem, thanks juga dah sudi jalan dengan aku"

  "Jumpa next time beb"

Qaseh melambaikan tangannya begitu juga dengan aku. Nasib Fariz kawannya itu tidak menghantarku sampai ke luar Mall kerana ada hal yang perlu ia selesaikan dan mengambil keputusan awal untuk pulang sendiri.

  Sambil menunggu teksi aku melihat telefon pintarku. Namun dengan tiba-tibanya mulutnya ditekup dengan kain. Lia cuba melepaskan dirinya namun dia tidak berdaya. kudrat orang yang menekupnya dari belakang lebih kuat berbanding dirinya.

                                  🌹

      Lia membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya sedikit pusing. Lia perhatikan di sekeliling tempat itu seolah di dalam gudang stor. Ruangan yang agak gelap hanya di terangi dengan satu lampu yang malap. Dia hendak melepaskan diri dari tempat menyeramkan tersebut tetapi tangannya pula di ikat ketat.

  "Tolong! Tolong!" Lia menjerit sekuat hati berharap ada yang menolongnya. Tapi lain pula yang diharapkan.

  "Ye sayang..awak minta tolong saya?" Ar..Arqel..

   "Apa yang kau buat ni ha?! Dah gila ke!" Ada pula lelaki durjana macam Arqel ni sampai hendak ikat aku macam ni. Sungguh tak berhati perut!

   "Ye memang aku gila! Aku gilakan kau! Susah sangat ke kau nak terima aku!" Suaranya semakin kuat, nampak mukanya sedang menahan marah susah betul nak paksa hati Lia.

   "Aku tak cintakan kau! Lepaskan aku!" Sudah tidak tahan dia menahan rasa sabarnya. Kenapa Arqel perlu memaksa sampai macam ni?

   "Kau memang degil. Aku tahu kenapa kau tak nak aku, sebab kau cintakan Irham kan?" Arqel tersenyum sinis, lalu perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya pada Lia. Jantung Lia semakin berdebar. Takut hal yang buruk terjadi. Sudahlah hanya mereka berdua disini.

   "Tak ada kaitan langsung! Kau jangan nak apa-apakan aku! " Lia tertanya dalam hati bagaimana Arqel boleh tahu tentang Irham? Itu dia tidak kisah sangat dia hanya memikirkan bagaimana dia hendak melepaskan diri dari setan tak guna itu.

   "Aku tahu Lia kau sedang berbohong. Sebelum Irham dapat kau dan rasai tubuh kau, baik aku rasa dulu, sedap ke tak. Aku tak sabar nak habiskan kau harini" Arqel tersenyum miang. Kini dirinya betul-betul dekat denganku. Arqel menarik hujung kaki ku dia cuba untuk menanggalkan seluar yang dipakai Lia. Namun Lia semakin mengganas menyukarkan perbuatan jahat Arqel. Dia tidak mahu maruahnya di biarkan begitu sahaja oleh lelaki yang belum menjadi suaminya.

     PANG! Kepala Arqel di ketuk dengan kayu. Irham yang mengetuknya sehingga pengsan. Lalu Irham melepaskan ikatan dari gelanggang tangan Lia. Mujurlah Irham datang pada waktu yang tepat.

   "Ir tolong Lia ir!"

   "Lia bertenang, Ir ada"

Setelah ikatan dibuka, Lia dan Irham segera meninggalkan gudang stor tersebut membiarkan Arqel tergelentang di lantai seorang diri.

  

  

Continue Reading

You'll Also Like

58.2K 3.7K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
94.4K 4.8K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
1.4M 65.7K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...