DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 9

1.1K 42 1
By Rosida_Rosdi

"Piqa?"

Aku menepuk-nepuk perlahan pipi Piqa. Matanya semakin kuyu.

"Call ambulance cepat!" jeritku kepada Amir. Amir terkial-kial membawa keluar telefonnya.

Tsk! Lambat betul budak ni! "Nevermind!" aku memapah Piqa perlahan-lahan masuk ke dalam keretaku.

"Tuan? Ambulance?" laung Amir dari jauh.

"Tak payah lah. Biar I hantar sendiri dengan kereta," jawabku ingin cepat. Aku menekan pedal minyakku meninggalkan Amir di lapangan. Aku tak sempat berfikir dah. Pandai-pandai lah dia tunggu di situ ataupun balik sendiri. Dia sudah besar panjang.

Aku menuju ke hospital panel syarikat dan memberhentikan keretaku dihadapan Emergency Room. Keadaan Piqa masih lemah. Mukanya kemerah-merahan kerana suhu badan yang tinggi. Nafasnya juga kencang. Suhu badannya makin meningkat.

"Nurse! Staff saya rebah sebab demam," aku memanggil staff hospital di kaunter.

Mereka segera membawa stretcher menuju ke keretaku. Tidak sampai 5 minit Piqa sudah berada di dalam wad kecemasan. Sungguh pantas dan cekap. Aku tidak dibenarkan masuk. Aku berlegar-legar di luar lalu menghubungi ibu-bapa Piqa.

Aku duduk di kerusi menyilangkan tanganku. Kaki aku tidak boleh berhenti bergedik. Macam mana aku boleh terlepas pandang? Patut aku boleh perasan kalau Piqa tak sihat.

Aku lihat ada dua susuk tubuh orang yang sedikit berusia menghampiri kaunter. Aku bangkit mendapatkan mereka.

"Ayah dan ibu Syafiqa?" soalku.

"Ya saya," jawab lelaki yang berusia di awal 50an itu.

"Saya rakan sekerja Syafiqa," kataku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa Piqa. "Syafiqa masih dirawat di wad kecemasan."

Wajah orang tua Piqa kelihatan sugul. Mungkin mereka begitu risau akan keadaan anak perempuan mereka.

"Kenapa dengan Piqa Encik..." soal bapa Piqa.

"Aaron. Panggil sahaja Aaron pakcik."

"Oo Aaron. Katanya Piqa pengsan. Macam mana boleh pengsan?" Sambungnya lagi.

"Saya rasa dia demam la pakcik. Badan dia panas betul tadi," jawabku. Aku mempelawa mereka duduk di ruang menunggu. Kudrat orang tua tidak sama dengan yang muda. Kasihan pula kena berdiri lama-lama.

"Piqa memang macam tu. Dia tak sihat pun masih gigih nak buat kerja. Dia suka pendam kalau dia sakit ke tak sihat ke," ujar ibu Piqa. "Mujurlah Aaron ada. Tolonglah tengok-tengokkan anak makcik tu ye?"

"Yelah makcik...," jawabku.

Seorang doktor melangkah keluar dari zon kuning. "Siapa waris Nur Syafiqa di sini?"

"Kami doktor," sahut bapa Piqa. "Macam mana keadaan anak kami doktor?" soal bapa Piqa tenang.

"Anak encik sudah stabil. Kami masukkan drip ke dalam badannya. Dia sedikit dehydrated. Mungkin dia overworked," kata doktor. Tangannya membelek-belek kertas laporan ditangannya.

"Kami perlu memasukkan cik Syafiqa ke dalam wad sehari dua untuk memantau keadaannya dan juga untuk menunggu keputusan ujian sampel darah," terang doktor panjang lebar. "Jika tiada apa-apa selepas itu anak pakcik dibenarkan pulang."

"Alhamdulillah... Terima kasih doktor," ucap ibu Piqa. Muka mereka sudah nampak sedikit ceria kembali.

"Haaaa...." aku menghembus nafas lega. Aku menyandar di kerusi. Kepenatan berkejar kesana kemari tadi baru menghentam badanku.

"Aaron dah makan ke?" tanya ibu Piqa kepadaku. "Kalau belum lagi pergilah makan dulu, rehat. Kasihan makcik tengok kamu, nampak penat."

"Belum lagi makcik. Saya nak kena balik ke pejabat dulu ni. Saya beransur dulu ye makcik, pakcik," aku meminta diri untuk kembali ke ofis.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Aku terlupa untuk makan dan minum. Hilang selera aku melihat keadaan Piqa yang lemah tadi. Macam mahu hilang nyawaku melihat dia terkulai di dalam dakapanku.

Aku begitu panik sebentar tadi. Aku takut apa-apa terjadi kepada Piqa. Hati aku rasa tidak tenang selagi Piqa tidak sembuh kembali seperti sediakala.

Aku pulang ke pejabat dan memaklumkan mengenai keadaan Piqa kepada Saiful. "Nanti you jangan lupa inform kepada HR."

"Baik Tuan Aaron," balas Saiful.

"How's Piqa?" Andrew mendapatkanku. Dahinya berkerut-kerut, risau.

"Piqa dah stabil. Tapi kena tahan di wad beberapa hari," balasku. Ramai mengerumuni aku bertanyakan soal Piqa. Ramai yang sayang kau Piqa.

"Tuan. Piqa ok ke Tuan?" soal Amir. Aku merenungnya atas bawah. Masih one piece. Pandai pun kau balik ke pejabat sendiri. Aku sudah terlupa tentang Amir. Mujur kau tak kena sidai dekat site tadi.

"Dia OK. Parents dia dah datang ke hospital tadi," jawabku.

"Oo.. Ermm.."

"Anything else?" soalku melihatkan Amir masih berdiri di depanku mengusap-usap sikunya.

"Tuan. Tuan ada apa-apa ke dengan Piqa? Semua orang terkejut tengok Tuan papah Piqa seorang diri. Tuan nampak macam cuak gila tadi," sambung Amir.

Aku tergamam. Aku tak tahu nak balas apa. Aku pun tak pasti kenapa aku bertindak sedemikian. Badanku seperti reflex bergerak sendiri tanpa aku berfikir. Hidup aku banyak berubah sejak kehadiran Piqa di Alam Bina. Aku keliru.

Aku malas menjawab pertanyaan Amir. Aku terus berlalu keluar menuju ke bilikku. Aku meninggalkan Amir terpinga-pinga disitu.

****


"Bro."

Aku tersentak mendengar panggilan dari Afham.

"Apa dia?" tanyaku. Kaki aku memijak setiap anak tangga stairmaster. Berpeluh juga layan benda ni.

"Apsal kau nampak tak ceria je? Ada masalah ke?" soalnya lagi.

"Hmm.. Piqa," aku terdiam sejenak. Berat pula mulut aku nak ceritakan perihal Piqa kepada Afham.

"Kenapa dengan Piqa?" tanya Afham termengah-mengah. Dia menaiki stairmaster sepertiku juga.

Kami kerap melayan gym bersama. Paling kurang pun tiga kali dalam seminggu. Kalau aku rasa malas dia akan heret aku, begitu juga sebaliknya.

"Piqa masuk wad. Kau tak tahu ke?"

Afham menghentikan mesin stairmasternya. Dia mengelap peluhnya dengan tuala kecil yang digantung di lehernya.

"Patutlah aku mesej dia tak berbalas. Kenapa masuk wad? Teruk ke?" soal Afham bertubi-tubi.

"Demam. Overworked. Exhausted," balasku.

"Kau buli dia kot?" duga Afham tersengih.

"Mana ada. Aku jaga tau kebajikan pekerja aku. Takde nye aku nak bebankan dengan kerja yang diluar kemampuan," kataku membidas tuduhannya.

Aku menekan butang suis di hadapanku. Tangga yang kunaiki pun mula perlahan dan berhenti. Aku mengelap peluhku yang mencurah-curah hingga basah kuyup singlet yang kupakai.

"Tapi aku rasa bersalah jugak sebab tak alert dengan keadaan kesihatan pekerja aku. Aku risau jugak apa-apa jadi kat Piqa. Kau bayang la, dia pengsan atas riba aku. Tak ke biru muka aku?" terangku.

"Kau risaukan pekerja kau ke, kau risaukan Piqa?" Afham mengangkat keningnya.

"Kau jangan macam-macam la!" aku menggonyoh rambutnya yang kerinting itu dengan tuala kecilnya tadi. Afham hanya mentertawakan aku.

"Here..." aku menghulur air tonik yang aku beli dari vending machine di tepi kaunter kepada Afham.

"Thanks!"

Kami menelan sebotol air tonik itu dengan sekali nafas sahaja kerana terlalu dahaga.

"Aaahhhh...."

Segar betul tekak dapat pekena air sejuk-sejuk macam ni bila badan sedang panas baru selesai bersenam.

"Aku nak cakap sikit boleh tak?" soal Afham. Dia menyalin pakaiannya di sebelahku. Tubuh badannya begitu berotot walaupun kurus. Kami berlumba-lumba menaikkan six packs. Terasa bersemangat sedikit bila ada cabaran.

"Cakap la. Aku dengar ni," jawabku. Aku juga menanggalkan bajuku dan menyalin memakai baju baru yang masih bersih berbau detergent. Afham menjeling ke arah badanku tak mahu kalah.

"Ermm... kau betul ke takde apa-apa dengan Piqa?" Afham bertanya sambil menggaru keningnya.

"Ada apa pulak?" soalku kembali. Aku tak faham apa yang dia mahukan.

"I mean, kau takde perasaan ke dekat Piqa? Maksud aku perasaan suka."

Aku terdiam. Aku tak faham kenapa Afham ingin tahu tentang perasaan aku. Tapi kalau nak cakap aku benci Piqa tu memang tak lah. Dia tidak ada buat salah apa-apa dengan aku.

Suka?

Perasaan suka tu macam mana pun aku tak tahu. Aku tak pernah merasa suka kepada sesiapa setakat ini. Hmm..

"Lambat betul kau nak proses soalan aku," kata Afham sambil tangannya menepuk-nepuk bahuku. Afham sudah siap mengemas. Laju betul kau buat kerja.

"Takdelah... aku confius sebenarnya. Kenapa kau nak tahu perasaan aku kat Piqa pulak?" soalku. Tanganku sibuk mengemas beg sukan dihadapanku. Lalu aku menyilang beg itu di bahuku.

"Hmm.. Aku taknaklah nanti dicop perampas kekasih kawan aku pulak," kata Afham. Kami pun berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.

"Maksud kau?" soalku inginkan penjelasan.

"Actually. Aku rasa aku suka lah kat Piqa. Aku nak try dia," luah Afham.

Tiba-tiba dadaku terasa ngilu. Ughh.. Kenapa ni? Kenapa perasaan ni datang kembali? Langkahku terhenti.

"Eh. Kenapa dengan kau ni Aaron?" langkah Afham juga turut terhenti.

"T-tak ada apa-apa," kataku cuba berlagak tenang. "Baguslah kalau kau suka dia. Tapi jangan buat pelik-pelik pulak. Kau tu suka pasang ramai-ramai. Piqa tu bukan jenis macam tu," kataku sambil mataku memandang ke tempat lain. Aku tidak boleh bertentang mata dengan Afham.

"Kalau untuk Piqa aku sanggup tinggalkan yang lain. Because she is special."

Aku pun setuju bab tu. Piqa memang special. Personalitinya boleh membuatkan sesiapa sahaja tersenyum.

Aku mengukir senyuman hambar dibibirku. Hatiku merasa tidak tenang. Bukan maksudku hendak memburukkan sahabatku. Tapi bayangan Afham dan Piqa bersama itu membuatkan aku sesak nafas.

"Esok aku dengan staff aku nak lawat Piqa. Kau nak ikut tak?" pelawaku. Aku pun tak pasti kenapa aku menjemput Afham. Mungkin aku mahu berlagak seperti cupid?

"Boleh jugak. Esok kau call aku lah sebelum gerak." muka Afham tampak ceria dapat berjumpa Piqa esok.

Aku berjalan memasuki keretaku. Aku termenung memandang steering dihadapanku. Pandanganku tembus.

Betul ke apa aku buat ni?

Continue Reading

You'll Also Like

324K 11.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.5K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
1.4K 213 36
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...
407K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...