QAYYUM'S WEAKNESS | OG

由 nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... 更多

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘23∘∘°

20.2K 1.7K 133
由 nabilllss

Ada sebuah mangkuk kaca di atas meja ruang tamu. Ralit tangan Fredella mengesat rambutnya yang basah bersama tuala. Sambil dia mengeringkan rambut, mangkuk kaca itu menarik perhatiannya. Fredella menapak ke arah meja tersebut.

Spontan tangannya berhenti dari bekerja. Tuala tadi disangkut ke atas bahu. Mangkuk tersebut berisikan nasi goreng cina. Ternaik hujung bibir wanita itu mengukir senyuman nipis.

"Nasi goreng, and..." Bebola matanya jatuh ke arah sekeping kertas kecil yang diselitkan di bawah mangkuk itu. Siapa lagi yang buat semuani kalau bukan Qayyum Darwish.

Lipatan kertas itu dibuka. Terkumat-kamit bibir Fredella baca isi dalamnya.

"Good morning dear weakness. Saya keluar awal pagi ni sebab abang kesayangan awak nak jumpa. And... I will back home late for today, sorry isteri. Kunci kereta saya tinggalkan untuk awak. That's all from me. Oh by the way, this coffee is served for you. Enjoy!

From,
Your Awish."

Kalau nak digambarkan, naik sehingga telinga senyuman yang diukir Fredella! Kalaulah notes ni panjang lagi.... tak jemu untuk dia baca. Suami sendiri tulis kut!

Fredella melabuhkan punggung. Perutnya meminta-minta untuk menjamah nasi goreng buatan Qayyum itu. Baru satu suap, sudah cukup membuatkan dia menjerit. Sedap!

━─━─━──༺༻──━─━─━
QAYYUM'S POV

"Restoran Li' Moscow. Bemula pukul 7 malam, dan beroperasi sampai pagi. Sarang GRO yang menjadi tempat utama Uqael setiap kali dia balik dari airport." iPad miliknya dihulurkan buat Khalaf.

"Jadi.. bila kau orang nak selesaikan benda ni?" Soal Khalaf sambil fokus menatap skrin iPad Qayyum.

"As fast as we can." jawab Qayyum mendatar.

"Starts from?" Khalaf menaikkan wajah, membalas renungan kedua-dua jejaka dihadapannya.

"Today. Harini aku dah mulakan undercover." Setelah lama menyepi, barulah Rykarl bersuara. Air teh yang terhidang di atas meja menarik perhatiannya.

"Aku dengan Qay akan ke restoran tu. Datang sebagai pelanggan dan balik pun sebagai sebagai pelanggan." Cawan dibawa rapat ke bibir. Rykarl mensisip air teh itu bagi menghilangkan haus di tekak.

"Aku tak izinkan pergi kalau korang guna identiti sebenar—"

"Fake identity, Tuan Muda Khalaf. That's our plan. Nama, umur and everything." Cantas Qayyum sebelum Tuan Mudanya berubah fikiran untuk batalkan misi.

Lama Khalaf membisu setelah mendengar ayat itu. Wajah adik iparnya tidak lepas diperhatikan.

"You know what's on my mind right? Aku taknak apa-apa jadi dekat Della. I mean, she has the same habits as you. Suka libatkan diri dalam mission. Walaupun aku selalu halang dia." Bukan reti duduk diam Si Della tu. Lagi-lagi kalau bab Uqael. Agaknya simpan dendam sampai mati. Jadi dia taknak adiknya membahayakan diri.

"Haah Qay. Aku serba salah nak bagitahu Della yang kau dengan aku sebenarnya aim Uqael sejak kes culik haritu." Entah mengapa Rykarl setuju dengan kata-kata Khalaf.

"And I didn't expect that she was targeting the same person." Tambahnya lagi turut beri pendapat yang sama. Nampak je Fredella chill chill. Kita taktahu apa yang bermain dalam otaknya.

"Aku tahu apa yang kau fikirkan Tuan Muda Khalaf. Aku sendiri tak boleh sorok mission apa yang aku tengah buat. Let her be. Aku percayakan dia. If she comes to join us, I will protect her as best I can."

"Aku akan jaga dia... dari Uqael." Jawapan Qayyum membuatkan Khalaf terdiam. Namun disebalik 'diam' itu dia berasa senang hati dengan tanggungjawab yang dipikul oleh Qayyum terhadap Fredella. He's probably proud as a brother.

Tanpa sedar bibir Khalaf Farrel mengukir senyuman nipis. Ayat Qayyum ringkas tetapi mampu meningkatkan kepercayaannya.

"Aku banyak terhutang budi dengan Qay, Khalaf. Kes Uqael ni sebenarnya dah lama. Tapi disebabkan title tengku yang dia dapat, kes dia ditutup. Aku tak rasa Datin Sofi tahu," Jujur! Terlalu banyak info yang dia dapat melalui encik hacker sorangni.

"Oh I see. Pastikan dia masuk dalam pagar besi kau. All the best for you guys." He wants the best results. Dah pinjamkan anak buah TERPENTING kut?

Qayyum lega tetapi belum sepenuhnya. Yang berbaki itu soal isterinya di rumah. Rasa macam ada CCTV yang Fredella pasang aje diruangan ini.

"You berdua ni nak minum-minum atau nak some treats by our girls?" Seorang gadis yang kemungkinan pekerja disitu menghentikan langkah Rykarl dan Qayyum. Mereka sudah terpacak di hadapan pintu Restoran Li' Moscow.

Qayyum pandang Rykarl, menantikan respon jejaka itu. Dia nak jawab? Memang tak lah.

"No we don't. Nak lepak-lepak je cuci mata." Selamba reaksi Deen Rykarl.

"Okey. Boleh I mintak nama? Rasanya korang baru lagi kut dekat sini. I takut boss curiga." Pinta gadis itu bersama senyuman manis. Qayyum sedar yang dia diperhatikan atas hingga bawah.

"I'm Kai." Kalau bisu takut dipandang pelik. Jadi Qayyum cuba jawab meskipun sepatah.

"Hayqal." Balas Rykarl pula.

"Hensemnya nama! Rugi taknak our girls, kalau tak untung besar korang." Muka dah hensem apatah lagi nama. Terlebih layak untuk menjejakkan kaki ke sini. Bisik gadis itu nakal didalam hati.

"Next time kut.."

"Boleh dah masuk?" Malas hendak membazir masa, Qayyum bersedia hendak melangkah masuk.

"Sure. Enjoy your time." Kepala diangguk perlahan. Pintu restoran dibuka oleh gadis itu.

Pintunya diperbuat daripada kaca yang legap. Apabila terbuka sahaja pintu tersebut, suara-suara pelanggan mahupun pelayan sudah didengari dengan jelas. Ada yang gelak, bercampur baur dengan keseronokan.

"Thank you." Ucap Rykarl sebelum menyusuri langkah Qayyum.

Mata Qayyum melilau ke setiap sudut. Meja mereka terletak di hujung restoran dan tidak berapa jauh daripada pandangan orang lain.

"Welcome.." Seorang gadis berkemeja putih lengan pendek tiba di hadapan meja mereka.

"Yes?" Rykarl mengangkat wajah.

"En-encik nak order?"

Terangkat sebelah kening Rykarl. Gagap ke takut minah ni? Pelik pulak kalau perempuan yang kerja disini takut ambil order. Ingatkan menggeletis macam kat luar restoran tadi.

"Iced lemon tea satu." Biarlah kalau dia pelik sekalipun dengan order aku. Asalkan air halal. Getus hati Rykarl.

"Kawan encik... taknak order?" Makin perlahan pula suara gadis itu.

Rykarl alihkan pandangan ke arah Qayyum. Eh jantan ni, sibuk tinjau sana sini. Kaki Qayyum ditendang perlahan.

"Ha?" Terkial-kial reaksi Qayyum. Bebola matanya spontan naik memandang gadis tadi.

"Kau nak minum apa? Makan ke?" Nafas berat dilepaskan.

"Aku ikut apa yang kau order." Raut wajah ketat Rykarl dipandang sekilas.

"Sorry, dua iced lemon tea." Tubuh disandar kebelakang dan kembali fokus memerhatikan gadis itu.

"B-baik. Later saya ha-hantar.." Masih lagi dengan cara bercakap yang sama. Bergetar dan gagap! Bagus juga Qayyum tambah order, sekurang-kurangnya dia jelas mentafsir suara gadis itu kalini.

"Alright."

Selesai pelayan restoran itu jauh dari pandangan mata, Qayyum dan Rykarl pandang antara satu sama lain.

"Kau nampak apa yang aku nampak, Tuan Rykarl?" Nada yang digunakan Qayyum agak perlahan. Apa pelik sangat ke mereka sampai begitu sekali perwatakan gadis itu?

"Aku tahu, she's shaking. Gagap pulatu—"

"Something fishy," Potong Qayyum masih tidak berpuas hati.

"Takkan tak selesa kut? Mesti dah biasa kerja tempat macamni." Tambahnya lagi. Ternyata pendapat mereka sama. Tak logik kalau gadis itu tahu identiti sebenar mereka. Mesti ada perkara lain yang menyebabkan tingkah lakunya seperti itu.

"Aku tahu nak buat apa. Be ready with your words." Bisik Rykarl perlahan apabila matanya sempat menangkap gadis yang sama menerpa ke arah mereka.

Qayyum beri respon melalui anggukkan kepala. Kembali fokus menyambung sesi penyamaran. Jam tangan dipandang sekilas. Pukul 8 malam dah ni, resah pula memikirkan tentang Fredella di rumah.

"Here's the iced lemon tea." Kedua-dua gelas minuman yang dipesan telah dihidangkan buat mereka.

"Tunggu." Baru saja gadis itu hendak berlalu, Rykarl segera menghentikan langkahnya.

"Ke-kenapa encik?" Dulang dipegang erat. Tertunduk-tunjuk wajahnya, enggan membalas renungan Rykarl.

"Aku nak kau layan kitaorang, boleh?" Dia mengubah fikiran. Layanan yang diminta bukanlah atas dasar keinginan... tetapi sebaliknya.

"Ss..saya," Gadis itu memandang ke sekeliling. Tercari-cari akan kelibat seseorang.

"Hayfa! Sini kejap—" Tangannya melambai-lambai ke arah seorang pekerja yang tidak jauh dari situ.

Dari jauh Qayyum perhatikan. Si gerangan yang dipanggil berlari anak mendapatkan meja mereka. Panggil kawan pulak dah.

"Kenapa Intan? Awak ada masalah ke?"

Oh, Intan rupanya nama. Senang kerja aku! Rykarl beri renungan isyarat buat Qayyum.

"Saya sibuk. Awak boleh gantikan saya untuk layan diorang tak?" Terselit nada merayu dalam ayat tersebut.

"Awak sibuk? T-tapi Hayfa nak—"

"Alahhh please Hayfa tolong saya—"

"Enough." Qayyum menghentikan pergaduhan mulut mereka. Tak boleh leka sangat dengan lakonan mereka ni. Dah kalau dua-dua sekali ketar ketir, memang ada benda yang tak kena.

"Aku dengan dia tak makan orang pun lah. Duduk. Duduk sebelum aku panggil boss kau orang berdua." Rykarl turut mencelah. Mengarah mereka berdua untuk duduk.

"Encik jangan bagitahu boss!" Lontaran suara yang kuat pekerja bernama Intan itu tenggelam akibat suasana restoran yang kian padat dan ramai.

"Duduk." Terlakar senyuman sinis di bibir Rykarl.

Terus mereka berdua tarik kerusi yang berhadapan dengan kedudukan Rykarl dan Qayyum.

Tanpa disuruh, Qayyum tahu apa yang patut dibuat. Tangannya yang berada di bawah meja memegang alat rakaman kecil bewarna hitam. Butang start ditekan.

"Encik berdua nak apa? Ka-kami tak reti sangat bab-bab melayan ni.." Hujung baju kemejanya digenggam bagi menghilangkan resah.

"Kau gagap. Kau takut. Kau tak pandai melayan customer. Cemana kau boleh kerja dekat sini?" Banyak 'kekurangan' yang dia nampak kalau nak dibandingkan dengan pekerja lain.

Yang dilihat dengan anak mata sekarang, pekerja lain suka mendapat 'request'. Jauh beza dengan mereka berdua ini.

"Eh t-takdalah. Saya okey je layan pelanggan." Intan melagakan bahunya bersama Hayfa.

"Haa... betul!" Sokong Hayfa menutup janggal.

Rykarl pandang Qayyum. Memaparkan wajah penat atau lebih kepada geram.

Qayyum melepaskan keluhan ringan. Dia tahu Rykarl memerlukan pertolongan.

"Suka hati korang lah nak sorok apa sekalipun. Dah dibayar mungkin. Sebab tulah sanggup mati dari bagitahu hal sebenar." Bidas Qayyum penuh maksud mendalam.

"Pergi sambung kerja kesukaan korang ni." Tajam renungan jejaka itu membuatkan Intan dan Hayfa tenggelam dengan rasa serba salah.

Dah dibayar? Sanggup mati? Macam mana dia boleh tahu sedangkan aku tak cakap apa-apa lagi? Mereka ada niat baik atau sebaliknya? Kata-kata Qayyum penuh tamparan.

"Tunggu apa lagi?" Rykarl tahu apa yang bermain dalam kepala kedua-dua gadis itu. Mereka sedang bermain tarik tali dengan rahsia besar yang disimpan.

"You two are allowed to leave here," Sengaja Rykarl menaikkan tangan kanannya seraya dihala ke arah orang ramai.

Hayfa mendekatkan bibir di telinga Intan, membisik sesuatu. Usai lebih kurang dua minit mereka saling membalas bisikan, kedua-duanya mengangguk kepala seperti setuju.

"Kalau niat encik baik, saya dan Hayfa akan jawab semua soalan." Putus gadis itu memberanikan diri.

"Kalau niat aku buruk?" Balas Rykarl dengan nada mengejek.

"Errr.." Intan berubah risau. Kepala yang tidak gatal digaru. Tapi... muka diorang nampak baik! Hayfa aku nak cakap apani?

"Aku gurau." Ternyata bidasan Qayyum berjaya membuatkan dua orang itu hendak jujur.

"Kerja dekat sini atas dasar apa? Rela atau paksa?" Silih berganti Rykarl memandang mereka. Malas nak tapis-tapis dah.

"Te-terpaksa. Kami terpaksa." Jawab Hayfa perlahan takut disyaki oleh pekerja lain.

"Terpaksa? Korang diugut oleh sesiapa ke?" Qayyum membiarkan Rykarl meneruskan pertanyaan seterusnya. Biarlah Inspektor ni yang buat sesi soal jawab. Dia tak berminat untuk bercakap banyak.

"Ya. Diugut. Tapi... sa-saya takut nak bagitahu encik." Jujur Intan mereka diugut. Diugut dan diikat selamanya di dalam sarang....

"Aku tak boleh tolong kalau korang taknak bagitahu."

"Tapi, saya dengan Hayfa taknak kerja dekat sini dah. Boleh ke encik bawa kami keluar dari sini kalau saya bagitahu siapa orangnya?"

Jelas dengan cara Intan dan Hayfa memandangnya. Seolah-oleh merayu untuk selamatkan mereka. Rykarl menyepi beberapa saat.

"It may take a long process. Tapi aku janji, aku akan bawa kau keluar dari sini.. Intan." Dia menabur janji kerana dia pasti si gerangan yang mengugut itu ialah Uqael. 'Boss' yang mereka takutkan.

"Intan jeke? Saya nak keluar jugak—" Hayfa tak berpuas hati apabila namanya tidak disebut. Yang encik lagi sorang ni, diam aje ke? Bisu? Tadi bukan main bagi tazkirah. Polos gadis itu berbisik di dalam hati.

"I mean... both of you. Sorry, Hayfa." Rykarl baru tersedar setelah Hayfa menegurnya.

"So, macam mana? Dah percayakan aku belum?"

Serentak kedua-dua gadis itu mengangguk kepala. Betul dengan apa yang disangka, lelaki dihadapan mereka ini nampak baik. Cara bercakap mahupun ayat yang keluar dari bibir.

"Saya dan Hayfa terpaksa kerja dekat tempat macam ni disebabkan Tengku Uqael. Kami diugut. Kalau tolak untuk kerja dekat sini, dia akan jual kami dekat customer."

"Dan tak boleh lari mana sebab dipantau oleh pembantu dia." Bergetar lutut Intan membongkarkan rahsia. Dia rasa tak selamat. Terasa seperti ada orang yang memerhati.

"Ulang. Kalau kau tak kerja dekat sini, dia nak jual dekat siapa?" Perkataan 'customer' itu menarik perhatian Rykarl.

"Pe-pelanggan yang beli dadah dia." Spontan Hayfa menjawab apabila Intan terkial-kial.

"Sebenarnya... bukan kitorang je yang diugut buat semuani," Ujar gadis itu lagi.

"Apa maksud kau? Bukan kau orang berdua je yang terpaksa? Ramai lagi lah?" Sekian lama Qayyum menyepi, dia mula bersuara. Langsung satu info pun tidak lepas didengari.

"Ya. Kawan-kawan kitorang yang lain pun terpaksa.." Bersungguh-sungguh Hayfa mengangguk kepala

"Mana kawan-kawan yang kau cakap tu?"

"De-dekat hostel."

Rykarl dan Qayyum diam beberapa minit. Mereka saling memberi pendapat tetapi dengan nada suara yang perlahan. Giliran dua gadis itu pula memerhatikan mereka.

"Err encik, boleh kami tanya s-satu soalan?"

Serentak wajah mereka menoleh ke arah Intan. Rykarl beri respon melalui gerakan keningnya. Sekilas pandang, muka Intan ni nampak macam budak baik yang tak pernah buat salah. Macam manalah kau boleh termasuk dalam tempat macamni? Entah-entah maksud GRO pun taktahu.

"Nama encik berdua apa? Ke-kenapa muka macam tak pernah nampak pun dekat sini?" Semakin tak selesa dibuatnya dengan pandangan Rykarl. Intan memaut lengan kiri Hayfa. Dipeluknya lengan gadis itu seperti anak yang mahukan perhatian mak.

"Nama samaran aku Hayqal. Aku akan bagitahu nama sebenar bila aku dapat bawa kau, dan kawan-kawan kau keluar dari sarang Uqael. Is it okay?" Suka dia melihat Intan gelabah.

"Okey..." Ringkas gadis itu menjawab. Apa lah agaknya pekerjaan dua orang inikan? Cara bercakap tak ubah macam inspektor!

"Encik pula?" Semua memandang ke arah Qayyum pula.

Qayyum mematikan alat rakaman kecil itu sebelum dia masukkan ke dalam poket jaket hitamnya.

"Nama aku—"

"Qay!"

Damn! Bukan salah orang dahni. Puan Khalisa Fredella! Wanita itu menyilang tangannya memeluk tubuh.

"Sayang?" Jari telunjuk Qayyum naik ke bibir. Menunjuk isyarat senyap.

Dua orang gadis tadi beranggapan yang Fredella adalah teman wanita Qayyum. Mimik muka nampak marah betul. Tapi sumpah cantik! Kacukan apa lah agaknya teman wanita encik..... eh encik apa ya tadi?

"Nama encik, Kai ke?" Soal Hayfa.

Asal bunyi lebih kurang yang keluar jadi lahhh. Qayyum mengangguk laju.

"Amboi! Siap nak tahu nama suami orang pula tu—" Panas telinga Fredella mendengarnya. Lagi panas bila tengok si Rykarl ni tergelak-gelak.

"Wahhh, cantiknya isteri Encik Kai! Jangan risau, kami tak buat apa-apa pun pada diorang. Kejap saya ambilkan kerusi untuk cik." Memandangkan kerusi yang disediakan di meja ini hanya 4, Hayfa ringan tulang untuk mengambil lagi sebiji kerusi.

Selesai kerusi itu tiba di hadapan meja, Hayfa meletakannya bersebelahan dengan kedudukan Qayyum.

"Thank you." Walaupun terkejut dek kerana gadis itu sanggup mengambil kerusi untuknya, Fredella masih tidak berpuas hati dengan Qayyum.

"Saya taknak kawan awak! Tak bagitahu pun nak pergi sini!" Semakin menjadi-jadi suara Fredella meninggi.

Rykarl, Intan, dan Hafya hanya menonton pergaduhan lucu dari pasangan itu.

"Shhh, sayang! Saya tengah buat undercover ni. Please act like you don't know me. We're on a mission." Bisik Qayyum di tepi telinga Fredella. Perlahan tetapi masih didengar jelas oleh isterinya.

"Oo-ohh sorry. Della tak sengaja! Hi everyone, I tak kahwin lagi!" Kali ini, lontaran suara Fredella menarik perhatian pelanggan lain. Sesetengah dari mereka ada yang tercari-cari akan suara wanita itu.

"Cik.... boleh perlahankan suara?" Intan dan Hayfa kembali berasa tidak senang duduk disini.

Qayyum meraup wajahnya. Karenah si isteri dihadapi dengan penuh sabar.

"Kepala otak kau. Si Della dah claim kau suami dia depan diorang tadi. Nak sorok apa lagi?" Yang Qayyum pun sengal. Undercover apanya kalau bini dah tuntut awal-awal! Reaksi Intan dan Hayfa pun nampak biasa dan tak kekok apabila mereka tahu akan Qayyum sudah beristeri.

"Betul. Encik Kai tak perlu sorok depan kitorang. Saya dengan Intan janji takkan bagitahu sesiapa! Asalkan kitorang dapat keluar dari sini. Hehe," Hayfa mengukir senyuman manis. Begitu juga dengan Intan, walaupun senyumannya tidak ketara tetapi mata Rykarl sempat menangkapnya.

"Terima kasih." Ucap Qayyum lega melihat pelanggan lain sambung berseronok.

"Intan, Hayfa," Rykarl mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Aku rasa, kau orang berdua tak boleh lama-lama dekat meja ni. Kitorang pun tak boleh duduk lama sangat dalam restoran ni." Dua keping duit RM 100 dibawa ke hadapan mereka.

"Ambil ni simpan. Jangan mengharapkan hari-hari kitorang datang sini. Take care of yourself."

"Macam yang aku janjikan, aku akan bawa kau orang keluar dari sini. Just wait and see." Dia bercakap atas dasar perkara yang benar. Bukan hari-hari sesi menyamar ini dijalankan.

Tujuan mereka ke sini untuk mengumpul sedikit sebanyak bukti dan maklumat. Cukup dengan rakaman suara yang dirakam, barulah strategi dapat dibentuk dengan tepat. Hanya menghitung hari untuk memusnahkan Tengku Uqael.

"Terima kasih Encik Hayqal. Encik Kai pun,"

Selesai saja pesanan diturunkan buat Intan dan Hayfa, mereka semua bangun dari duduk.

Rasa berat hati betul nak tinggal dua orang itu tapi apakan daya? Uqael sangat kejam sehingga mereka terikat selamanya dengan pekerjaan itu. Wujud lagi manusia gila macamni.

Bukan setakat maruah Fredella seorang saja yang hampir dibeli, perempuan-perempuan lain yang naif seperti inipun tersiksa disebabkan kerja kotor Uqael.

"Awish...."

"Awish!!"

"Kita minta maaf niiii—" Mengah dibuatnya apabila Qayyum langsung taknak melayannya. Jejaka itu menekup wajah bersama bantal. Hanya suara nyaring Fredella yang memenuhi ruangan bilik tidur.

"Awak tahan nafas lama sangat tahutak? Nanti tak sempat saya nak mintak maaf sebelum awak ma—"

"Haaaa," Segera bantal itu dicampak ke tepi.

Terdiam Fredella apabila Qayyum merenungnya tajam.

"Suka sangat cakap benda bukan-bukan dekat suami. Siapa nak peluk sayang kalau petir muncul nanti?" Lama anak mata mereka bertembung.

Yang kau pun satu Della. Suka sangat terlepas cakap dah kenapa? Bisik hati wanita itu. Mana boleh! Takda orang lain yang boleh gantikan Qayyum.

"Forgive me pleaseee..... saya janji saya tak cakap macamtu dah," Tangan kekar suaminya digenggam lembut.

"I will forgive you if you answer my question." Sebenarnya dah sejuk hati lama dah. Tapi ada satu soalan yang lama disimpan sejak berada di restoran tadi.

"Seratus soalan pun takpa, hehe.." Terlakar sengihan dibibir Fredella.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat restoran tu? Abang awak bagitahu ke? Or... are you spying on me, sayang?" Harap-haraplah Uqael tak pernah bawa Fredella ke tempat macamtu sebelum ini.

Qayyum buat-buat tak tahu ke apa? Terangkat alis kening Fredella.

"Did you forget that your wife is a hacker too? Mana lah tahu, kut kut Si Uqael tu buat apa-apa dekat awak ke.... saya tembak je dia." Wanita itu memaparkan wajah selamba. Like brother like sister.

"Awak akan tembak dia biarpun awak pernah ada hubungan dengan dia?" Soalan kedua ini bukan untuk menguji, tetapi Qayyum hanya sengaja.

"Of course I will! He's just wasting time to live." Dia menekan kata-kata itu dengan penuh maksud.

Qayyum tersenyum nipis. Jawapan tersebut benar-benar wujud dalam kamus hidup Fredella. Dia menyimpan seribu satu dendam. She will, Uqael.

繼續閱讀

You'll Also Like

1.3M 2.6K 1
[ ROMANCE SERIES VOL 1 ] • ʏᴏᴜ'ʀᴇ ᴀʟᴡᴀʏꜱ ɪɴ ᴛʜᴇ ᴄᴀʀᴇ ᴏꜰ ᴍʏ ᴅᴀʀᴋ ꜱɪᴅᴇ ꜱᴀʏᴜɴᴋ - Red flag LIQ ZUHYR • Dia seorang jejaka kerek, bengis, kerap senyum sin...
225K 15K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
8.2K 171 10
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
1.1M 55.8K 128
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...