EMYR EDRA

Autorstwa thelifeof_rene

26.3K 2.4K 138

[ON GOING] Emyr x Edeline Edra Więcej

EMYR
Prolog
Edeline-01
Edeline-02
Edeline-03
Edeline-05
Edeline-06
Edeline-07
Edeline-08
Edeline-09
Edeline-10
Edeline-11
Edeline-12
Edeline-13
Edeline-14
Edeline-15

Edeline-04

1.1K 117 6
Autorstwa thelifeof_rene

Emyr termenung sendiri memikirkan apa yang dikatakan oleh mamanya tadi. Perbincangan mereka baru sahaja berakhir sekejap tadi. Ini pun dia yang minta mamanya untuk sambung esok kerna dia sudah tak mampu nak dengar bebelan mamanya.

Apa yang dikatakan oleh mamanya tadi sangat-sangat buat dia tak senang nak bernafas.

Emyr hanya memandang jari jemarinya membiarkan mamanya mengeluarkan segala ketidakpuas hatinya.

"Emyr bohong mama!" kata Puan Juliana.

"Mama memang beri kebebasan Emyr untuk pilih sendiri wanita untuk dijadikan isteri Emyr tapi kenapa Emyr pilih wanita yang lain agama dengan kita? Kenapa Emyr? Dalam banyak-banyak perempuan yang ada di muka bumi ni, kenapa mesti Edeline?" soal Puan Juliana dengan geram.

"Mana lah Emyr tahu. Perasaan tu datang tanpa dipinta." Balas Emyr dengan perlahan.

"Mama tak nak tahu hubungan ni Emyr perlu tamatkan." Nyata apa yang dikatakan oleh mamanya mampu membuatkan kepalanya terangat. Kini, mereka berdua saling berbalas pandang.

"Tak mungkin ma. Macam mana Emyr nak putuskan hubungan ni kalau Emyr dah cinta mati dengan Edeline." Emyr menggelengkan kepalanya. Ini adalah arahan yang sukar untuk dia patuhi.

"Tak kisah lah Emyr, nak cinta mati atau cinta apa pun. Salah tetap salah!" Puan Juliana juga bertegas dengan apa yang dikatakan.

"Ma, Ede kan boleh masuk agama kita." Emyr mula merendahkan suaranya. Nak memujuk mamanya dia tak perlu nak tengking-tengking.

"Mama tahu itu perkara paling baik kalau Edeline masuk islam tapi Emyr pernah fikir perasaan keluarga Edeline? Emyr pernah bincang dengan mereka yang Emyr nak ambil anak mereka? Ha?"

Emyr terdiam di tempatnya. Kata-kata mamanya memang betul. Mummy Edeline.

"Emyr.." Puan Juliana masih nak bersuara namun anaknya pantas mencelah.

"Ma, kita stop dekat sini. Bagi Emyr masa." Air mata Emyr mula bergenang memikirkan hubungannya.

Puan Juliana memandang kesian anaknya. Dia tahu perasaan Emyr. Rasa kehilangan orang yang dicintai. Suaminya pergi disaat dia belum bersedia dan Emyr dalam keadaan itu.

Suara Puan Juliana hilang serta merta apabila ada suara deringan yang kuat memekik di biliknya. Ternyata telefonnya berbunyi dan tertera nama Edeline di skrin telefonnya.

Emyr terus sahaja menyambut panggilan tersebut. Kedengaran suara lembut Edeline memanggil namanya membuatkan dia tersenyum.

"Emyr.." panggil Edeline.

"Kau dah sampai rumah ke?" soal Emyr.

Edeline menggigit bibir bawahnya. Takut pula nak bagitahu tentang keberadaan sekarang.

"Sebenarnya, I dekat tempat kerja Liyyan. Dia minta I temankan dia makan." Beritahu Edeline dengan gugup. Dia dah janji dengan Emyr untuk tak singgah mana-mana tapi Liyyan ajak dia makan pula. Memandangkan perutnya pun dah berkeroncong hebat jadi dia terima sahaja ajakan tersebut.

Emyr tersenyum mendengar nada suara Edeline yang kedengaran sedikit bergetar.

"Tak apa sayang. Lepas kau temankan Liyyan makan, terus balik. Jangan singgah mana-mana tempat lagi." Dia tak marah pun kerna dia tahu Edeline pasti lapar.

Kedengaran nafas lega di corong telefon namun hanya sekejap apabila dia terasa ada yang aneh dengan kekasihnya.

"You okey ke Emyr? Kenapa suara you lemah je I dengar?"

Emyr diam seketika. Rambutnya diraup kebelakang. Dia yang tadinya duduk di birai katil bangun lalu dia menuju ke balkoni biliknya.

"Ede apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan kau." Ujar Emyr setelah lama dia berdiam.

Edeline tersenyum sahaja dengan ayat manis Emyr.

"Ya, I tahu. I pun sayangkan you." Balas Edeline.

Liyyan yang kelihatan sedang melangkah kearahnya tersenyum lebar. Tangannya penuh dengan makanan yang dia beli di cafe berdekatan dengan hospital tempat dia bekerja.

"Emyr, I tutup dulu tau. Liyyan dah sampai." Kata Edeline.

"Hmm, goodnight mummy"

Telan liur Edeline bila Emyr menggelarnya dengan panggilan tersebut. Dasar Emyr.

"Goodnight sayang."

Serta merta perbualan mereka terhenti.

"Emyr, aunty merayu dengan Emyr. Jangan ambil Edeline dari hidup aunty. Edeline satu-satunya yang aunty ada di dunia ni."

Kata-kata mummy Edeline terngiang-ngiang di telinganya. Itu adalah permintaan mummy Edeline sewaktu dia bertemu dengannya. Mummy dan mamanya minta hal yang sama namun dia belum sedia nak berpisah dengan Edeline.

...

Liyyan dan Edeline menikmati burger yang dibeli olehnya tadi. Dia perhati sahaja cara Edeline yang nampaknya seperti tak makan sehari.

"Ede, kau bukan baru balik dari rumah Emyr ke? Kau tak makan dekat sana ke?" soal Liyyan dengan pelik.

Edeline menghabiskan kunyahannya. Cola yang berada di atas kerusi diambil dan diteguk dengan rakus. Saat ini mereka berada di luar hospital. Kebetulan ada tempat berehat yang disediakan.

"Aku tak sempat makan dekat sana. Mama Emyr jatuh sakit dengan tiba-tiba." Beritahu Edeline.

Liyyan menganggukkan sahaja kepalanya. Patutlah nampak kebulur sangat rupanya tak sempat makan.

"Mama Emyr okey tak? Garang?" soal Liyyan ingin tahu.

"Okey je aku nampak tapi itulah aku tak sempat nak kenal lama sebab kesihatan mama dia." Jujur dia kecewa kerna tak sempat nak berbual panjang.

"Biasalah orang dah berusia."

Perbualan mereka terhenti. Mereka menyambung semula kunyahan mereka yang tergendala tadi.

"Ede, hubungan kau dengan Emyr okey ke?" soal Liyyan.

Edeline memandang pelik ke arah Liyyan. Kenapa pula perempuan ni tanya macam tu?

"Okey je, kenapa?"

"Ede kau tahu tak sekarang ni kau bercinta dengan siapa?"

"Dengan Emyr lah." Balas Edeline selamba.

Liyyan menggulingkan matanya. Apa ke bengap Edeline ni.

"Dahlah kau. Aku nak masuk, banyak kerja lagi nak dibuat." Bungkusan makanannya dikumpul lalu dia berdiri dari duduknya. Malas nak layan perangai bengap Edeline.

"Nak masuk dah ke? Aku baru nak berborak dengan kau."

"Aku makan gaji, tak macam kau boss besar." Kata Liyyan dengan datar. Hal itu mengundang gelak besar Edeline.

"Aku masuk dulu. Kau terus balik, jangan nak singgah mana-mana lagi." Pesan Liyyan. Edeline menganggukkan kepalanya. Dia melambaikan tangannya sebagai salam perpisahan.

Setelah bayangan Liyyan hilang, Edeline melunjurkan kakinya dan tangan dibawa ke belakang menyokong badannya. Dia memandang langit yang terbentang luas.

"Aku tahu Yan, aku jatuh cinta dengan siapa. Lelaki  yang tak akan boleh aku miliki."

Teringat kembali pertemuan mereka berdua yang membuatkan masing-masing jatuh cinta.

Edeline berjalan dengan pandangan kosong. Waktu ini sudah jam 9:00 malam tapi dia masih lagi berada di luar mencari ketenangan.

Tak tahu kenapa dia rasa tak tenang. Tak ada benda yang menganggu fikirannya tapi hatinya dari tadi berdegup dengan kencang. Dia nak tidur pun tak boleh. Oleh sebab itu, dia keluar mencari ketenangan.

Perasaan takut langsung tak dirasa walhal jalan yang dia lalui ini gelap dan sunyi. Memang ini yang dia nak, jauh dari manusia yang lain.

"Apa tak kena dengan aku ni?" soalnya dengan bingung.

Dia berjalan dan terus berjalan tanpa ada arah tujuan. Dia ikut sahaja kemana kakinya membawa dia.

Kerna terlalu lama berjalan, dia ambil keputusan dulu untuk berehat. Dari jauh dia melihat ada sebuah kubah berwarna biru tak jauh dari tempatnya.

Dia buat keputusan untuk berehat disana sahaja memandangkan tak ada tempat lain yang dia nak tuju. Lagipun dia nak rehat tak buat apa-apa pun.

Sampai sahaja dia di tujuannya, dia terus duduk di atas tangga merehatkan kakinya yang dari tadi tak berhenti melangkah. Ternyata jauh juga perjalanannya.

Sedang dia rehatkan diri, dia terdengar suara sayup-sayup yang datangnya dari dalam. Edeline menoleh ke belakang mencari pemilik suara merdu tersebut namun dia tak lihat bayangan seseorang pun namun dia tak terasa pula nak lari kerna suara itu membuatkan dia nak terus berada disini, dengar suara merdu itu.

Lama dia mendengar suara tersebut sehinggalah suara merdu itu hilang. Edeline berdiri lalu dia menoleh di sekelilingnya mencari suara tadi.

Seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengaji keluar dari masjid tanpa mengetahui ada seseorang sedang berdiri di hadapan tangga utama.

"Ya Allah!" terkejut dia apabila angkat sahaja kepala, benda pertama yang dia lihat adalah wajah perempuan yang kebingungan.

"Kau siapa? Kenapa kau ada dekat sini?" soal Emyr dengan serta merta.

Edeline diam tak menjawab membuatkan Emyr mengemam bibirnya. Dia rasa dia dah salah tegur ni.

"Suara you ke tadi?" soal Edeline ingin tahu.

"Kau manusia ke?" Emyr tak menjawab soalan wanita itu kerna dia ragu-ragu dengan wanita ini.

"Manusia lah," balas Edeline dengan pelik.

Kedengaran nafas lega keluar dari mulut Emyr. Jadi yang dia tegur ni manusia bukan hantu.

"Kau buat apa dekat sini?" Emyr terus sahaja menyarungkan kasutnya yang berada dekat dengan wanita tak bertudung itu.

Edeline memerhati sahaja tingkah Emyr. Bila Emyr mula melangkah dia mengekor dari belakang.

"Suara you ke tadi tu?" soal Edeline apabila soalannya tadi tak dibalas.

"Hmm.." Emyr langsung tak memandang wajah wanita tersebut. Tak tahu kenapa dia rasa wanita ini akan bertukar wajah bila mereka saling berbalas pandang.

"Apa yang you baca tadi?"

Emyr tak menjawab. Dia lajukan lagi langkahnya menuju ke keretanya.

"I tanya ni, kenapa you terburu-buru sangat?" pelik Edeline apabila langkah lelaki itu semakin laju.

"Sah ini bukan manusia. Mesti dia rasa panas sebab dengar aku baca Al Quran tadi." Ujar Emyr dengan perlahan.

"You!" teriak Edeline dengan kuat.

Dia tak ada pilihan selain menghalang langkah lelaki pelik ini. Edeline berlari dengan laju lalu dia berhenti tepat di hadapan Emyr dengan tangan didepakan menghalang laluan Emyr.

Emyr serta merta terhenti. Nasib sempat berhenti, kalau tak memang terpeluk dah dia dengan wanita cantik ini.

Eh! Sekejap.

Tak terkelip matanya memandang seraut wajah yang sangat sempurna di pandangannya. Edeline yang melihat pandangan Emyr mengundurkan kakinya setapak ke belakang. Kenapa pelik sangat tatapan lelaki ni?

"Hello!" Edeline melambaikan tangannya dihadapan Emyr.

Emyr terus melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Kau boleh ke tepi tak? Aku nak balik ni." Belakang lehernya digosok menghilangkan debarannya.

"I tanya, you baca apa tadi?" Edeline masih lagi dengan soalannya. Dia tak akan lepaskan lelaki ini selagi dia tak bagi jawapan untuk soalannya.

Emyr yang dari tadi mendengar soalan yang sama mendengus kasar.

"Eh, kau tak pernah menga..." terhenti terus mulut Emyr apabila matanya tak sengaja terlihat rantai salib di leher wanita cantik ini.

Patutlah tanya soalan macam tu rupanya mereka tak sama agama.

"Ke..napa?" dia terus mengubah soalanya.

"I tak pernah rasa setenang ni lepas dengar suara mendayu you tadi." Edeline terus terang dengan apa yang dia alami tadi.

Emyr menggaru keningnya. Dia baru je balik kerja, singgah sekejap dekat masjid ni nak solat isyak. Ada masa sikit dia baca lah al quran dan tak sangka pula ada yang mendengar bacaannya.

"Terima kasih dah buat I rasa tenang. I tak tahu apa yang you baca tadi dan jujur ianya mampu membuatkan segala kegusaran I hilang. Terima kasih sangat-sangat." Katanya bersama dengan senyuman manis.

"Jangan senyum!" ujar Emyr dengan tiba-tiba.

"Ha?" Edeline menjadi bingung.

"Aduh.." kerna tak betah dengan kecantikan Edeline, Emyr pergi meninggalkan wanita ini.

Seketika Edeline terpinga-pinga dengan lelaki misteri itu. Begitu je dia pergi tinggalkannya bersendiri. Tapi itu tak membuatkan dia geram apalagi benci dengan lelaki yang dia baru jumpa tadi. Lelaki ini sudah memberi rasa tenang yang dia cari selama ini.

"Terima kasih!!" teriak Edeline dengan kuat.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

833 54 12
𝒐𝒏𝒍𝒚 her 𝒄𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒎𝒆 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒐 𝒅𝒆𝒆𝒑𝒍𝒚
12.8K 1K 5
[ Terbit ] "Manusia semuanya ada silap, dan tak ada manusia yang berhak menghukum." "Tolong bantu Rey ubah apa yang perlu diubah. Rey perlukan bantua...
10.8K 605 6
𝑂𝐺 | 𝐹𝐼𝑅𝑆𝑇 𝑆𝑇𝑂𝑅𝑌 𝐴𝐿𝐸𝑅𝑇!𝑇𝑅𝐴𝑈𝑀𝐴𝑇𝐼𝑆𝐸𝐷 𝐴𝐿𝐸𝑅𝑇 ! Dibesarkan sebagai seorang yang ayu , lemah lembut dan sopan hanya untuk...
4.8M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...