C | Eryna's Love Story

By ssarserans

187K 12.2K 1.2K

( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022 More

∞ 1 ∞
∞ 2 ∞
∞ 3 ∞
∞ 4 ∞
∞ 5 ∞
∞ 6 ∞
∞ 7 ∞
∞ 8 ∞
∞ 9 ∞
∞ 10 ∞
∞ 11 ∞
∞ 12 ∞
∞ 13 ∞
∞ 14 ∞
∞ 15 ∞
∞ 16 ∞
∞ 17 ∞
∞ 18 ∞
∞ 19 ∞
∞ 20 ∞
∞ 21 ∞
∞ 22 ∞
∞ 23 ∞
∞ 24 ∞
∞ 25 ∞
∞ 26 ∞
∞ 27 ∞
∞ 28 ∞
∞ 29 ∞
∞ 30 ∞
∞ 31 ∞
∞ 32 ∞
∞ 33 ∞
∞ 34 ∞
∞ 35 ∞
∞ 36 ∞
∞ 37 ∞
∞ 38 ∞
∞ 39 ∞
∞ 40 ∞
∞ 41 ∞
∞ 42 ∞
∞ 44 ∞
∞ 45 ∞
∞ 46 ∞
∞ 47 ∞
∞ 48 | FINAL ∞
NEW STORY ‼️

∞ 43 ∞

2.7K 198 15
By ssarserans

'. '. '. '.

"Kesian suami kita muntah-muntah kat mall tadi, tanda sayang bini la ni,"

Eryna yang sedang mengunyah bertih jagung menggeleng kepala melihat Faeeq yang terbaring di atas sofa selepas seharian mereka membeli belah.

Faeeq menoleh kearah Eryna yang sedang syok mengunyah makanan.

"Haah tanda sayang bini ketat sendat padat. Sampai tak sanggup tengok bini kena alahan, memang automatik sampai ke kita la kan?"

Faeeq geleng kepala untuk menghilangkan rasa pening. Ketika mereka membeli belah barang bayi, Faeeq asyik ke tandas kerana nak termuntah bau mall katanya.

Eryna meletakkan bekas bertih jagung di atas meja sebelum mengangkat kepala Faeeq lalu diletakkan di atas peha.

Rambut Faeeq diusap. "Kesian dia muntah sebab kita. Esok rehat lah kat rumah, okay?"

ujar Eryna. Faeeq mengangguk perlahan. Tangan Eryna mengurut dahi Faeeq bagi mengurangkan rasa pening.

"Sayang, awak pakai perfume apa?" soal Faeeq lalu bangun dari baring. Eryna memandang Faeeq hairan.

"Ni kan minyak wangi yang awak bagi waktu wedding kita dulu? Awak lupa dah ke?"

Berkerut dahi Faeeq. "Err takpelah lupakan saya nak sambung tidur balik," Faeeq terus baring pada Eryna kembali.

Takkan dia nak kata minyak wangi yang dipakai Eryna busuk kalah bau loji? Dia taknak Eryna sedih lagi sebab dia. Faeeq tak sanggup tengok Eryna sedih lagi.

"Haih macam-macam suami saya ni ye,"

Faeeq hanya melemparkan segaris senyuman apabila Eryna berkata begitu.

'. '. '. '.

"Kau muntah banyak kali sebab Eryn pakai minyak wangi yang kau bagi kat dia time tidur? Siot betul perangai,"

Arman geleng kepala mendengar cerita Faeeq. Luth di sebelah sedaya upaya menahan tawa.

"Nak buat macam mana? Aku sanggup lari guna tandas bawah sebab taknak ganggu dia tidur tahu tak? Bau minyak wangi tu memang busuk!"

Kali ini Luth tidak dapat kawal tawanya. Arman disebelah juga begitu.

"Sweet tapi kelakar la kau ni! HAHAHAHA"

Luth menepuk lengan Arman sambil ketawa terbahak-bahak. Arman menjeling Luth sekilas, dengan segera lelaki itu berhenti menampar lengan Arman.

"Kau ni, tepuklah meja. Tepuk aku pulak, yang boleh tepuk aku bini aku je,"

"Cehhh mentang-mentang dah ada bini cehhh" sakat Faeeq. Arman menolak ubun rambutnya.

"Biasalah. Si tua ni memang lambat lagi lah majlis dia,"

Mereka berdua melirik kearah Luth. Lelaki itu menjulingkan biji mata menyampah.

"Kau tunggu la aku kahwin nanti, lagi 200 kali ganda sweet daripada korang," Luth berkata dengan nada tidak puas hati.

"Kita tengoklah nanti siapa yang romantik, HAHAHAHA!" Faeeq balas. Luth menjeling Faeeq tajam.

"Eh dah dah, back to the topic asal kau ajak jumpa ni Luth?"

"Ibu kata dia tak sedap hati,"

Faeeq pandang Luth tidak percaya begitu juga dengan Arman.

"Asal? Ada apa-apa pelik ke?" soal Arman.

Luth menjungkit bahu tanda tidak tahu. "Aku nak minta korang hati-hati je. Jangan bagitahu isteri korang pasal ni, risau tak tentu pasal nanti,"

Faeeq dan Arman angguk. Setuju dengan arahan Luth.

'. '. '. '.

"Terima kasih bawak jalan-jalan harini Luth," Nadrah menoleh melihat tunangnya.

Luth tersenyum, "Sama-sama, harap awak suka,"

Nadrah angguk laju. "Gila tak suka? Seronok tau hari ni," Luth tertawa perlahan melayankan saja tunangnya itu.

Luth terpandang dua orang lelaki berbaju hitam seperti mengekori mereka berdua.

Tiba-tiba Luth mempercepatkan langkah mereka apabila dia ternampak dua lelaki itu mengajar mereka.

Nadrah memandang Luth hairan. "Awak kenapa ni-"

"Cepat masuk kereta dan kunci pintu!" Luth menarik tangan Nadrah sebelum memaksa gadis itu masuk ke dalam kereta.

Nadrah terkejut apabila dua lelaki asing menyerang Luth. Nadrah hendak keluar untuk menolong namun ditahan Luth.

"Jangan keluar! Call Eryna!" arah Luth yang bergelut melawan dua lelaki yang agak handal itu.

Nadrah dengan segera mendail nombor Eryna.

"Assalamualaikum Nad-"

"Eryn tolong aku Eryn! Aku dengan Luth kena serang kat sini! Dua orang lelaki tengah lawan Luth! Aku takut Eryn-"

pang!

"Eryn tolong aku!"

Cermin kereta yang di duduki Nadrah dipecah, gadis itu teriak ketakutan. Luth menoleh, baru sahaja dia hendak berlari kearah Nadrah setelah membelasahi dua lelaki itu sehingga lunyai.

buk!

Mulut Nadrah dicekup membuatkan gadis itu meronta-ronta dan lama-kelamaan Nadrah tidak sedarkan diri.

Luth jatuh terjelepok ke tanah. Kepala lelaki itu dipukul dengan kayu oleh seseorang.

Eryna berkali-kali memanggil Nadrah namun jawapannya hanya diam tidak berkutik.

Kehulur-kehilir ibu mengandung itu kerana risau keadaan Nadrah.

"Kenapa ni sayang?" Soal Puan Fatimah. Eryna menoleh memandnag Puan Fatimah kerisauan.

"Ibu, Ibu tolong call kan Faeeq boleh? Eryn nak keluar kejap. Tolong Eryn ibu!" Eryna terus menyalam Puan Fatimah lalu berlari keluar ke rumah.

"Tapi kamu nak kemana- Allahuakbar.."

Puan Fatimah terus mendail nombor Faeeq. Jeneral Khairul yang baru muncul menyoal Puan Fatimah apabila melihat wajah risau isteri nya itu.

"Kenapa ni yang?"

Puan Fatimah melirik sekilas Jeneral Khairul, tangan diangkat menyuruh Jeneral Khairul tunggu sebentar.

"Faeeq, kamu tolong tengokkan Eryna. Dia keluar tadi lepas telefon dengan Nadrah. Nampak macam ada sesuatu yang dia sorokkan,"

"Allahuakbar, baik. Faeeq cari Eryna. Terima kasih ibu, jangan risau okay?"

Sejurus itu panggilan terus dimatikan. Faeeq mengambil kunci motornya sebelum berlari keluar dari pejabat.

"Bro backup nanti!"

Teriak Faeeq pada Arman. Arman hanya menghantar pemergian Faeeq dengan pandangan sayu.

"Ya Allah Lindungilah kawan ku,"

'. '. '. '.
Chapter 43! Dah nak habis dah :(

Continue Reading

You'll Also Like

592K 34.7K 45
[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...
1.3M 72.5K 84
Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seora...
140K 11K 34
𝐌𝐑. 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏.𝟎 "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧" ~𝐌𝐫. 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐇𝐚𝐜𝐤𝐞𝐫~ 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭: 𝟏...
2.3M 94.2K 73
cerita ini bknlah fakta dan saya tahu ianya salah yg teramat sgt. Jdi mohon anda bca secara santai dan anggap sahaja ini cerita imaginasi Mengisahka...