HELLO QASWAR

By evenadine

2.1M 103K 9.3K

[ PRIVATE CHAPTER ] - COMPLETED ๐‘ผ๐’๐’…๐’†๐’“ ๐‘บ๐’๐’–๐’—๐’†๐’๐’Š๐’“ #1 Kepada hati, kenapa dia? โHello- ingat saya la... More

โ€ข akitkatsarchives โ€ข
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐ŸŽ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ“ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ‘๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ’
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ”
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ’๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐ŸŽ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ‘
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ’ [PRIVATE CHAPTER]
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ“
๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ•
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ–
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ—
๐๐”๐‘๐˜๐๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ”๐ŸŽ [PRIVATE CHAPTER]
THE END
AKITKATSARCHIVES | 1
EBOOK SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER | 2
SPECIAL CHAPTER | 3
SPECIAL CHAPTER | BABY MEL Chapter 16
XXTRA HIDDEN SCENE

๐๐”๐‘๐˜๐ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ | ๐Ÿ“๐Ÿ”

35.4K 1.6K 353
By evenadine

QASWAR melepaskan keluhan. Kepalanya di jatuhkan pada sisi katil yang menempatkan Marissa. Tangan kecil itu digengam erat. Dingin. Mata di pejam erat.

Mengeluh lagi.

Genggaman tangan semakin dieratkan bila teringat akan kejadian tragis yang hampir menimpa Marissa dan anak mereka. Mujur dia cepat sampaikan ke tempat kejadian sebelum keadaan menjadi semakin buruk. Dimana, sepatutnya dia berada di butik Florence untuk menjemput Marissa tapi isterrinya sudah terlebih dahulu keluar dengan menaiki grab.
Alvin, lelaki itu yang memberitahunya mengenai kejadian tadi.

"Assalamualaikum."

Qaswar angkat kepala dan menoleh ke belakang, dia meraup muka kasar sebelum bangun mendekati Puan Qaleeda di muka pintu.

"Kenapa datang? kan umi tak berapa nak sihat." Tanya Qaswar lembut. Dia menyalami tangan uminya, pipi wanita separuh abad itu turut dikucup kasih.

Puan Qaleeda hanya tersenyum nipis. Menatap sayu ke arah menantunya yang terbaring lemah pada katil hospital. Keluhan dilepaskan sebelum datang menghampiri Marissa. Walaupun demam, dia tetap gagahkan diri untuk melawat menantunya.

Kasihan.

"Umi tak tenang selagi tak tengok keadaan Marissa depan mata Umi sendiri." Balas Puan Qaleeda.

Kepala Marissa diusap lembut, kasihan dia tengok wajah pucat itu terbaring lemah. Mata tuanya tercacap pada bawah dagu Marissa yang kemerahan. Lama ditenung sebelum dahi puan Qaleeda pasang kerut. Terdapat kesan calar halus. Semakin diteliti, semakin jelas calar itu.

Refleks Puan Qaleeda mengucap terkejut.

"Ya allah! sampai luka macam ni?" Marahnya. "Jelaskan dengan Umi, apa yang orang tu buat dengan menantu umi ni along? Siap pengsan lagi. Teruk sangat ke kejadian tadi?" Soalan Puan Qaleeda bertubi tubi.

Qaswar melabuhkan duduk pada kerusi disebelah katil pesakit.

"Pisau, penjenayah tu sempat ancam dengan acukan mata pisau kat dagu Rissa, tu yang calar. Kalau pengsan.." Qaswar berjeda.

"Phobia. Rissa phobia dengan darah." Balas Qaswar dengan nada kasihan.

Kalau bukan disebabkan kejadian hari ini, sampai bila bila pun dia takkan tahu yang Marissa ada phobia dengan darah. Sedangkan darah tadi tidak lah banyak mana, tapi boleh buat isterinya jadi lemah sebegitu.

Qaswar berdiam diri.

Hanya itu yang dia boleh beritahu, mengenai ugutan mahu menikam perut isterinya itu cukuplah hanya mereka yang tahu. Nanti makin risau pula Uminya. Silap hari boleh dikejar penjenayah tadi dengan pisau daging Puan Qaleeda.

"Dah lama ke tak sedar?"

"Tadi dah sedar, tapi penat sangat tu tidur balik." Balas Qaswar sambil memperkemaskan selimut yang menyelubungi tubuh Marissa. Tangan isterinya itu digenggam lagi, menyalurkan haba pada tangan dinginnya.

Puan Qaleeda geleng geleng kepala.

"Biarlah Rissa nak tidur, bagi rehat yang cukup dengan bawa baby lagi mesti penat sangat." Pesan Umi Qaleeda. Beg kertas yang dibawanya diletakkan pada meja di depan katil pesakit. Qaswar dipandang.

"Umi ada masak sup ayam dengan bekalkan buah sekali. Bila isteri kamu dah sedar nanti, along bagi makan ya? Biar sikit, janji perut Rissa ada isi."

Qaswar mengangguk.

"Baik umi, terima kasih sebab datang jenguk isteri along."

"Kak long!"

Qaswar berdecit. Sekali dia pejam mata sebelum memutarkan tubuh ke belakang.

Alfah Nurin berlari kecil ke arah mereka bersama Haedi dan Afiera di belakangnya. Belum sempat Nurin ingin menyentuh tangan Marissa, Qaswar lebih pantas menepis bersama jelingan tajamnya.

"Apa along ni!" Runggut Nurin.

Qaswar bangun dari duduknya. Haedi dan Afiera yang menyalami tangan uminya dikerling sekali. Sekali lagi tubuh Nurin ditolak supaya menjauh.

"Kau tak nampak yang bini aku tengah rehat." Marah Qaswar bersama suara yang dikawal.

Matanya tidak berhenti dari menjeling adik perempuannya. Tak bini, adik dia pun sama. Main terjah aje.

Puan Qaleeda geleng kepala. Alfah Nurin hanya mampu memutarkan bebola matanya ke atas. Kacau sikit pun tak boleh.

"Ye la.." Pasrah Nurin.

"Rissa dah sedar?" Soal Afiera pula. Matanya tidak lepas dari menatap sahabatnya itu. Lama. Hatinya masih risau dengan keadaan Marissa.

Qaswar mengangguk saja.

"Danish mana?" Soal Qaswar.

Afiera menunjuk ke arah luar tingkap. "Kat luar, saya singgah kejap untuk tengok keadaan Rissa." Balas Afiera.

Qaswar mengangguk lagi. Memberi ruang kepada Afiera untuk mendekati isterinya.

Haedi mengangkat kening beberapa kali bila matanya bersambung dengan pasang mata cantik dari Qaswar.

"Nak aku cabut kening kau ke?" Sinis Qaswar mendapat pukulan dari Puan Qaleeda.

Sedikitpun dia tidak mengadu kesakitan malah semakin menjeling Haedi yang masih tersenyum mengejek padanya.

"Cuba elok sikit mulut tu Al Qaswar. Nak jadi bapak orang pun, masih nak beremosi macam ni ke? Haedi ni perempuan, bukan Danish sampai kamu nak ugut macam tu." Tegur Puan Qaleeda. Tidak senang dengan sikap anak sulungnya itu. Bukan dia tak tahu yang Marissa pun pernah kena layan macam itu.

Haedi ketawa.

"Rissa taknak sedar ke? aku datang ni nak berkenalan-"

"Keluar!" Halau Qaswar.

Terjengkil mata Puan Qaleeda mendengar itu. Wanita tua itu tidak dapat tahan diri dari mengucap. Afiera hanya memandang tanpa kata sebelum kembali menyibukkan diri dengan menemani Marissa walaupun sahabatnya itu sedang tidur.

Tudung Marissa diperbetulkan sedikit. Setitis air mata yang mengalir tanpa sengaja kesat dengan laju. Sedih. Afiera berbisik bersama usapan pada bahu Marissa.

'Aku tinggal kau dengan Qaswar ya.. aku kena balik. Aku cuma ta..tak sanggup untuk tengok Marissa yang aku kenal lemah macam ini.' Bisik Afiera.

Lama dia merenung wajah pucat itu.

Setelah itu Afiera berganjak ke belakang. Tanpa disedar Afiera terus keluar dari wad yang menempatkan Marissa. Hanya sempat berpamitan dengan Alfah Nurin sebelum dia berlalu keluar sendiri. Puan Qaleeda masih lagi memarahi Qaswar. Sempat bibir Afiera mengukir senyum nipis. Marissa nampak ni, mahu gelak tak henti dia nanti.

"Astaghfirullahalazim! kamu datang bulan ke Al Qaswar?" Marah puan Qaleeda lagi.

"Umi.."

"Hahaha takpelah makcik. Saya gurau saja." Balas Haedi.

"Haih.. budak ni kalau tak ditegur. Haa macam ni lah, makin menjadi jadi. Entah apa jin apa yang rasuk dia sampai nak melenting macam tu."

'Singa benor.' Bisik Haedi.

"Alahan lah tu." Sampuk Nurin.

"Kau taktahu apa apa, baik diam aje." Bidas Qaswar. Nurin geleng kepala bersama mulut ternganga.

"Sah! mesti anak along lelaki kan? sampai along jadi macam ni." Duga Nurin.

Qaswar kerut kening. Hairan. Apa kena mengena anak lelaki dengan jeles?

"Kau baru lepas minum ke?" Soalnya. Kesudahnya Haedi dan Nurin ketawa dengan soalan itu. Nurin menarik tangan Haedi untuk berlalu keluar. Makin pelik abang aku.

"Jeles! along jeles bila ada orang lain nak dekat dengan kak long." Ujar Nurin dan berlalu keluar bersama Haedi.

"Makcik saya balik dulu.. dan Al." Haedi berhenti di muka pintu. Sekali dia kenyit mata dengan sengaja. "Sampai jumpa lagi."

Keluhan berat dilepaskan. Qaswar tidak membalas malah terus melabuhkan duduk pada kerusi yang dia duduki tadi. Lantak engkau lah.

Wad menempatkan Marissa jadi sunyi kembali.

"Umi minta diri dulu. Sampaikan salam Umi dengan Rissa."

"Baik umi."

"STRAWBERRY.."

Panggilan itu menyentakkan lamunanku, senyum nipis aku tayangkan kepadanya. Menoleh ke arah muka pintu.

"Dari mana?"

Qaswar mengambil tempat di sisi katil wad, bersama riak datarnya. Tangannya pula naik memperbetulkan anak rambutku yang terkeluar dari tudung. Sedar, tapi tiada daya untuk bergerak biarpun sedikit. Lagipula doktor yang rawat aku adalah perempuan. Jadi malas mahu bergerak. Malas!

"Hantar Umi tadi, feeling better?" Soal Qaswar sambil menundukkan wajahnya sedikit. Dahiku dikucup sekali.

Angguk.

"Kenapa tak kejut Rissa? kesian Umi datang tengok orang tidur." Balasku pelan.

Masih kurang bertenaga walaupun sudah rehat dua kali. Wajah Qaswar aku pandang. Fokus pada matanya, walaupun kurang jelas tapi terlihat seperti kusut.

"Umi taknak ganggu-"

"Abang okay?" Potongku.

"Haa.."

"Rissa buat Qasayang risau ke?" Soalku lagi.

Qaswar terdiam.

Pelan pelan dia geleng kepala bersama senyum nipis di bibirnya. Kepalaku diusap dengan lembut sebelum dia bangkit berlalu ke arah meja didepan wad.

"Umi ada tinggalkan sup ayam untuk Rissa. Makan ya?" Soalanku tadi dibiar tak berjawab.

Dalam diam aku mengeluh.

Bungkusan plastik di depan meja aku tenung. Macam makanan. Lah memang makanan pun.

Dengan laju aku mengangguk.

"Nak!" Ujarku ceria.

Qaswar tergelak kecil. Hanya sesaat.

Bebolaku mata tekun memerhati tangan Qaswar yang lincah menyediakan makanan dari Umi. Satu persatu bekas makanan bertingkat itu dikeluarkan. Tidak sabar untuk isi perut.

Dalam menunggu. Fikiranku tiba tiba melayang. Terasa masih menjadi beban tentang kejadian tadi. Siapa dia? apa yang dia mahu dari aku. Itu yang masih bermain difikiranku.

Termenung.

"Dah sampai Amsterdam ke?" Teguran itu buat aku tersentak kecil. Tahu tahu Qaswar sudah duduk disebelahku.

Aku masih diam. Tidak menjawab soalannya.

"Jangan fikirkan sangat, insyaAllah semua akan baik baik. Orang tu, dah kena tahan dengan orang Haedi." Sambung Qaswar lagi.

Keningku langsung berkerut hairan.

Haedi.

"Macam mana Haedi boleh.." Terdiam sebentar dan membalas pandangan Qaswar. Dia menanti kataku

"Kenapa d..dia boleh ada kat kedai Fira?"

Pelik. Sedangkan kejadian tadi hanyalah tiba tiba, boleh pula diorang datang dengan kelengkapan keselamatan macam tadi.

"She does her job. Police. Nanti sambung sembang, strawberry makan dulu." Mangkuk berisi sup ayam aku tenung.

Tiba tiba aku tersengih dengan mata terkedip.

"Nak abang suap!" Pintaku. Qaswar menaikkan hujung bibir.

Namun, lambat lambat dia bergerak sebelum menuruti permintaanku.

"Manja!" Komennya.

"Biarlah, ingat ada orang nak kisah? kalau ada pun Rissa taknak kisahkan dia orang." Balasku selamba bersama mulut penuh dengan suapan pertama dari Qaswar.

Qaswar berdecit.

"Kalau tengah makan jangan bersembang." Tegurnya sambil menyuapkan suapan seterusnya. Sekali hujung bibirku dilap dengan ibu jarinya.

Akur.

Aku mengangguk. "B..baik."

Suapan demi suapan aku telan. Bersama mata siap terpejam. Nikmatnya makan kena suap, macam tuan puteri. Hehe. Dengan lauk sedap, masih panas pula tu.

Complete sekali.

Extra complete, Qasayang yang suapkan!

"Sedap?"

"Sedap? apa yang sedap?" Soalku sambil mengunyah ayam dimulutku.

"Rissa ada makan benda lain selain sup ayam ni ke? ke nak makan sudu juga?" Perli Qaswar.

Spontan aku tersengih malu.

"Sedap abang! ada ke makanan tak sedap? kenapa orang boleh nak bandingkan makan? abang tahu tak. Selagi sesuatu benda itu adalah makanan, sudah pasti sedap. Dan Rissa takkan tolak dan kata tak sedap kecuali Tomyam dan coffee."

"Hm.. ikut suka awak lah Nurynmarissa." Pasrah Qaswar.

Suapan terakhir aku telan bersama cemberut.

Habissss.

"Makan buah ni, Kalau lapar lagi nanti kita cari kat luar." Seperti faham. Qaswar berkata begitu tanpa diminta. Buah apple dia suakan kepada aku.

Buah apple itu aku gigit. Makan buah mana boleh kenyang. Qaswar yang mengemas sisa makan aku tadi, aku pandang.

Dengan lembut. Aku memanggilnya.

"Abang..."

"Yes, strawberry?" Sahutnya tanpa menoleh.

"Rissa rasa, Rissa nak makan sesuatu. Craving sangat sangat!" Kataku dengan menekan kata sangat. Mata sudah bersinar. Terbayang sesuatu yang aku inginkan.

Ya allah.. nikmatnya kalau dapat makan benda tu.

Qaswar kembali duduk di sisi katil.

"Say it."

"Arnab."

"Hah?!"

Mata yang membesar bulat itu buat aku ingin tergelak. Aduhai... kita tak habis cakap lagi.

"I mean sate arnab. Mesti sedap kan? dahlah comel gebu gebu, mesti daging arnab tu empuk! Abang carikan sate tu untuk strawberry boleh?" Bibir aku cebikkan sambil memegang pipinya. Tidak lupa mata dibuat comel seakan arnab. Ceh..

Memohon.

"Please.. Qasayang?"

Lambat lambat Qaswar mengangguk.

"O..okay, abang boleh cari tapi.." Jeda. Qaswar mengaru tengkuk yang tak gatal.

"Ye la.. janji tak minta bela kambing macam sebelum ini." gumamnya pelan.

Sekali aku bersorak gembira.

Tak sabar.

Tak sabar.

"Fira pernah cakap, sate arnab tu soooo softttt dan cair di mulut. Aw! tak sabar! tak sabar! Kita kena beli sekarang!"

"Hha ha ha... baiklah."

Semangat terujaku tadi pelahan lahan menghilang. Senyumku mengendur.

"Qaswar macam tak ikhlas." Ujarku sedikit menjauh.

Pantas dia mengeleng laju.

Dengan kuat aku menghembuskan nafas. Keluhan paling berat.

"Maksud abang-"

"Haa apadia?"

Kepala aku turunkan mendekati perutku. Kelakuanku membuat Qaswar sudah tidak senang duduk. Biar! "Kita merajuk ke baby? betul ni? haa okay. Faham faham.. oh macam tu... really baby? mama okay aje kalau nak merajuk. Seminggu pun boleh sayang! takde hal. Oh dua minggu eh-"

"Hei!" Qaswar menepis tanganku yang sedia mengusap perutku sendiri.

Bersama muka selamba, aku memandangnya tanpa riak bersalah.

"What?" Soalku.

Kembang kempis hidung Qaswar pandang aku. Menahan rasa. Jauh di sudut hati aku sudah in gelak tapi sabar, plan masih in progress.

"Fine, kejap lagi abang beli!"

See?

PINTU kereta ditutup kasar. Button lock ditekan. Qaswar melangkah laju memasuki balai. Beberapa anak tangga di langkah luas. Tegang saja riak wajahnya. Setelah menghantar Marissa pulang ke rumah mereka, dia kembali keluar untuk membeli makanan yang diinginkan Marissa. Sekali jengguk orang kat balai.

Sambil menyelam minum air. Kan?

Haedi yang sedang berbincang dengan dua orang pegawai dihampiri. Menyedari kehadiran Qaswar dia terus menutup fail dan diberikan kepada pegawai itu. Dia tersenyum nipis kepada orang bawahannya. Suit warna Blueblack yang dipakainya diperbetulkan sedikit.

"Hae.." panggil Qaswar.

Dia sempat mengeluarkan id card dirinya kepada pegawai yang berkhidmat di bahagian depan. Sekali dia menjatuhkan kepala tanda menyapa.

"Talk later. I ada urusan." Pamit Haedi seraya mengejar langkah Qaswar.

"Where's that culprit."

"Interrogation room."

Qaswar mengangguk. Langkah mereka semakin laju menuju ke arah bilik soal siasat yang ditempatkan pada hujung bangunan.

"Anything you got?"

"Well.. masih berkeras taknak buka mulut. So, aku pass dengan Raf. Bagi dia yang uruskan hal ini." Jelas Haedi.

Baru sahaja Qaswar ingin menarik tombol pintu, tangan Haedi lebih laju meluncur untuk memegang tombol itu. Qaswar sempat berdecit. Dia memandang Haedi dengan bosan.

"Under police not force."

"Fine!"

Pasrah Qaswar membuat Haedi tersenyum. Lantas pintu bilik itu dibuka. Terdapat dua ruangan dalam satu bilik yang dihalang dengan dinding kaca kedap bunyi iaitu bilik soal siasat dan bilik pemerhatian.

Memandangkan bilik soal siasat masih sedang berjalan. Qaswar memilih untuk memasuki bilik permerhatian terlebih dahulu, diikuti dengan Haedi disebelahnya. Alvin yang memerhati dengan memeluk tubuh itu menunduk sedikit. Seorang pegawai pula duduk sambil mengawal computer yang memaparkan rakaman ruangan bilik soal siasat yang membolehkan mereka mendengar apa yang dibincangkan pada bilik itu sekali gus menjadi bahan bukti untuk sesi soal siasat.

"Dah lama ke?" Qaswar menyoal.

"30 minutes."

Qaswar mengerut pelik. Mustahil tak selesai lagi. Sekurang kurangnya Rafnan boleh keluar dan bertukar tugas dengan Haedi.

"Dia lengahkan masa, aku pula yang stress tengok Raf kat dalam tu." Luah Alvin bersama riak bosan.

"Aku suruh keluar, kau taknak."

Alvin menjeling.

"Dah tu, nak aku ke hulu ke hilir macam anak itik ikut mak dia?"

Siapa lagi mak itik tu kalau bukan Haedi. Haedi gelak saja.

'Kalau kau taknak buka mulut, macam mana kes ni nak settle!'

Mendengar suara Rafnan yang semakin meninggi dari radio membuat Qaswar panas hati. Makin lambat urusannya kat luar. Pantas dia masuk ke dalam bilik soal siasat walaupun sempat dihalang oleh Haedi. Perempuan itu mengeluh lemah tapi tetap mengikuti langkah Qaswar.

Klak!

Terbuka saja pintu, Rafnan bangun dari duduknya dan berganjak sedikit. Dia memberi isyarat kepada Qaswar untuk mengambil ahli tugasnya. Penat, kalau takde undang undang dalam menyiasat sudah lama lelaki itu diasak dengan penumbuk agar buka mulut.

Qaswar menarik nafas dalam dalam.

"Kau nak apa?" Soalnya kasar.

Tangan ditompangkan pada meja dan sebelah tangannya lagi diletakkan pada belakang kerusi yang diduduki oleh lelaki bernama Multazam dengan kasar sehingga membuatkan kerusi itu terundur sedikit.

Qaswar mengetap rahang. Kedengaran gigi gerahamnya berlaga sesama sediri. Panas hatinya tengok muka tahanan mereka. Terimbas kejadian tadi. Muka Multazam diteliti. Riak ketakutan yang terpancar pada wajah lelaki itu buat Qaswar tersengih sinis. Anak matanya mengerling telinga Multazam yang berbalut dengan bandage. Sasaran tembakan tadi terkena pada telinga lelaki itu. Mujur tidak berlubang kerana hanya terkena pada hujung telinga Multazam dan itu sudah cukup membuatkan telinga itu berdarah.

Multazam telan air liur. Terasa aura Qaswar lain daripada Detective Rafnan. Membuat dia seram sejuk dan memilih untuk menekur ke bawah. Mana tak lain, kalau itu adalah suami dari perempuan yang hampir dia cederakan.

Rasa sakit pada telinganya semakin menjadi jadi. Tiada rehat. Lepas kena rawat dia terus diheret ke bilik interrogation.

"Who are you? apa yang kau nak dari bini aku?" Qaswar bertanya ketas.

"A..apa maksud kau.. aku tak faham." Gelengnya.

Qaswar mengenggam penumbuk. Tunggu masa untuk melayang saja. Elok, telinga masih ada peluang untuk sembuh boleh jadi cacat selamanya pula kena tumbuk.

"cctv on" tegur Rafnan.

Qaswar merengus.

Dia melirik sekeliling interrogation room dengan tajam. Kosong. Otak ligat berfikir barang apa yang dia boleh dapatkan tika ini. Bebola matanya terhenti pada tangan Haedi yang lincah bermain dengan pen. Sempat dia menyungging senyum sinis sebelum merampas pen itu dari Haedi.

"Pinjam." Kata Qaswar dan kembali mendekati Multazam.

Keluar saja mata pen yang berukuran 0.5 itu, dia terus menghalakan pada dagu Multazam dengan kasar. Mukanya tidak menunjukkan sebarang riak sama sekali bila Multazam mulai menyerigai sakit. Baru sikit.

Tegang.

"Woi! telinga budak tu dah nyawa nyawa ikan, kau nak bocorkan dagu dia pulak ke?" Marah Rafnan.

"Kalau boleh? apa salahnya." Jawab Qaswar bersahaja.

Tercenggang Rafnan dibuatnya.

"Macam ni lah kalau mangsa orang tersayang sendiri." Perli Rafnan.

Ingin memberi ruang, Rafnan memilih untuk keluar saja. Tanpa berbasa basi dia terus menarik Haedi untuk keluar bersama. Mahu tak mahu kena keluar juga. Perempuan ini pun satu hal, asyik nak menempel aje. Penyibuk kan?

Tinggal saja mereka berdua, Qaswar mula berbicara lagi. Mata pen tadi masih tidak berganjak dari dagu Multazam.

Serius.

"Kau lupa kedai tu ada cctv?" Soalnya.

Semakin memperdalamkan mata pen itu. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mata pisau rambo yang kena pada dagu isterinya.

"Aku takda masa nak berlembut dengan orang macam kau. Aku tanya sekali lagi. Kau siapa dan kau nak apa dari bini aku." Desak Qaswar.

"A.. aku di... suruh! aku hanya ikut akan perintah dari seseorang." Jujurnya.

Belakang kerusi itu ditolak kuat seperti mengesa mangsa.

"WHO!" Jerkah Qaswar.

Multazam terkejut. Ya.. tuhan, di tepi telinga dia bantai jerkah. Lelaki bergari itu menelan air liur kesat. Mahu tidak mahu dia kena kena mengaku juga.

"Kami takde niat jahat.. hanya memerhati. Aku ditugaskan untuk perhati tindak tanduk cik Nurin sahaja."

"What the hell with this guy! Aku tanya siapa! bukan kenapa! Susah sangat ke kau nak sebut nama orang tu!"

"E..encik Achmad."

"Encik Mad yang upad aku. Kau mesti kenal." Sambung Multazam lagi.

Sebaris nama itu membuatkan tubuh Qaswar mengeras. Lambat lambat dia berdiri menegak.

Mati kata.

"Her father?"

"BAH!"

"Waa terkejutnya."

Tanpa riak Qaswar memegang dada.

Aku muncung mulut kedepan. Alah tak jadi ke, penat aku plan. Pintu utama aku tarik semula dan menolak tubuh Qaswar untuk keluar.

"Eh?"

"Abang keluar semula, kena betul betul terkejut tau."

"Really, strawberry?"

"Yes!"

Serentak itu, aku menolak keluar tubuh Qaswar dan menutup pintu utama semula.

BAM!

Bibirku tersengih sendiri.

"Qasayang, Rissa kira tau baru Qasayang masuk semula." Laungku sedikit kuat.

"Mhm.."

"One..."

"Two.."

"And three!"

Serentak itu, pintu utama dibuka semula. Aku terus melompat kecil dari belakang pintu bersama muka ingin mengejutkan Qasayang.

"BAH!!!"

Qaswar tersentak.

"astaghfirullahalazim.... astaghfirullahalazim" Qaswar mengurut dada sambil berpejam mata.

"Strawberry! terkejut abang! tak baik buat macamtu."

Aku adalah director dan Qaswar adalah bintangnya.

Seperti diarahkan dia buat sebaik mungkin bersama riak terkejut yang di rancang. Aku mengekek ketawa. Terhibur. Mana aku tak sayang dengan Qaswar yang disayangi kalau dia tidak pernah menidakkan permintaanku.

Coba cakap mana sisi red Qaswar? dia ni pinky purple tau!

No hijau hijau.

Lengan Qaswar aku peluk suka bersama sengih ceria di bibir. "Cwebecca saya bawa balik apatu?" Tanyaku walhal sudah tahu isi dalam plastik yang dibawanya.

"Bawa madu!"

Langkahku terhenti dan melihat sekeliling. Kok bisa ada suara asing?

"Ehem! ehem! maaf jikalau kehadiran tuan hamba menganggu putera raja dan pemaisuri hatinya, tapi adakah kehadiran tuan hamba memang tidak diiktiraf di sini?" Pantas lengan Qaswar aku tepuk perlahan.

"Siapa tu.." Bisikku.

Qaswar pula mengeluh perlahan seraya memusingkan badan ke pintu utama. Aku turut mengikut sama. Cer teka... cer teka dia siapa!

"EH?"

"EH?!"

Serentak kami sama sama ber eh'eh!

"Hai..." Sapaku dengan kekok kekok ceria. Tangan siap melambai mesra.

"Ada ambik document yang abang minta?" Soal Qaswar disisi membuat aku menjatuhkan kepala. Nasib dah ready tutup rambut dengan kain, kalau tak free hair lah jawabnya.

"Rissa pergi ambik kejap."

Tidak lama lepas itu aku datang kembali bersama satu document yang diminta Qaswar sebelum dia sampai ke rumah.

"Ambik dan berambus!" Ujar Qaswar tenang.

"Choi! satu bintang, sangat tidak ramah penghuni rumah ini" Bebel Danish. Document tersebut dia tarik kasar.

"Dani masuk lah." Pelawaku

"No thanks, i nak merajuk! bye!" Jelingnya.

Huk'aloh.

"Danish, wait!" Tahanku.

Plastik ditangan Qaswar aku capai dan menyeluk isi dalamnya.

"Nah, mochi si comel untuk awak! jangan merajuk tau dan balik dengan tenang." Senyumku.

"Tak perlu." Tolak Danish sambil menjeling, perkara itu buat Qaswar berdecit. Aku tahan tawa. Amboi perangai dia. Merajuk sangat tu.

"Tak sudi terima pemberian saya ke? baiklah, kalau macam tu nanti awak gaduh dengan Fira saya taknak tolong dah. Biar korang putus-"

"Okay! okay! terima kasih awaknya." Mochi tadi dia sambut dengan riang.

"Sama sama awaknya." Balasku tidak kalah riang.

Kami berdua gelak terhibur, gaya macam friendship budak tadika yang bertukar hadiah.

"Berambus!" Halau Qaswar lagi.

"Ya! ya! aku pun tak hingin nak jadi penonton drama swasta kat sini. Danish Idham masih 'underage lover' terlalu suci—"

BAM!

"Abang!"

Terjengkil mataku bila pintu utama tertutup rapat. Tetamu masih kat luar woi!

Betul kata Danish, satu bintang untuk Qaswar! sangat tidak ramah dengan tetamu.

"BULLSHIT! CHEWBACCA STAR WARS!"

Danish berteriak kencang diluar rumah. Namun tiada kesan bagi Qaswar, dia terus menarik aku menghampiri sofa berhampiran.

"Astaghfirullah-" Kataku terhenti bila terdengar deruman kereta yang mulai menjauh.

"See? dah balik."

Mata aku kecilkan. Dia ni kan.. memang chewbacca yang rrrughhhh rawrrr. Menjengkelkan. Tapi hati tetap sayang.

"Tapi Dani tetamu kita, tak baik buat macamtu abang. Berdosa. Dilaknat. Masuk-"

"Sebelum abang hantar Rissa pergi syurga, baik diam."

Diam.

Aku terdiam.

Mulut aku kunci dari berbicara.

Ohh... syurga eh.

Bungkusan plastik diatas meja aku jeling. Uwu! apatu? Perasaan ingin merajuk sedikit langsung tidak jadi.

"Banyaknya abang beli!" Ujarku teruja.

Sate arnab aku keluarkan dan letak ke dalam pinggan. Pinggan? kita dah ready awal awal tau. Muahehehe.

"Orang cakap lain kedai lain rasa dia, tu abang beli dari tiga kedai sekali."

"Ohmaigad!" Pipi Qaswar aku kucup geram.

"Terima kasih, Qaswar yang disayangi." Ucapku dengan senyuman paling manis di dunia. Qaswar turut tersenyum sama. Ikhlas dan manis.

"Sama sama, Nurynmarissa yang dikasihi." Balasnya dengan penuh kelembutan.

Tersenyum malu. Bahunya aku tolak perlahan.

"Aw! sho sweet."

"Makan lah, nanti sejuk." Arahnya.

"Baik! tapi nak makan yang mana dulu ya, sate sedap! mochi pun nampak sedap. Ahh aku pusing memikirkannya." Sekali aku pegang kepala sendiri. Qaswar hanya memerhati bersama gelengan kecil.

Dramatic.

Yah! aku minta dia beli mochi sekali. Entah kenapa, rasa nak makan yang comel comel hari ini. Hehe! sorry bunny... you memang comel tapi macam sedap dimakan. Kan.. kan?

"Satay first then the sweet one."

Dengan laju aku mengangguk mendengar kata. Takpe, takpe. Semua ni tetap Marissa punya.

Dengan bismillah satu cucuk sate selamat dalam mulut aku. Yummy. Sate itu aku kunyah dengan nikmat sambil memejam mata. Bahagia rasa hati bila satu impian itu dapat tercapai. Cucuk sate yang seterusnya aku ambik. Makan punya makan, tiba tiba aku teringat akan sesuatu. Sedih. Muka ceriaku menjadi mendung. Kunyahan menjadi perlahan sebelum beberapa butir air mata jatuh mengalir. Qaswar yang baru mahu lelap berehat sedar semula.

Aku menarik hingus.

"Hei, kenapa ni?" soalnya risau. Hujung ibu jarinya mengusap pipiku.

"Kenapa strawberry? abang salah beli?" Soalnya lagi membuat aku mengeleng laju.

"Sedap..."

"Dah tu kenapa nangis?"

"tapi bunny comel abang.... dan kenapa sedap sangat. Rissa makan orang comel ke? eh--- haiwan comel ke Qasayang?" soalku.

Terdiam.

Ternganga.

Terkesima.

Qaswar menunduk sebelum mengaru kepala. Nafas dihela dengan panjang. Lambat lambat dia mengangguk sendiri sebelum kembali mengangkat wajah. Ya.. tenang Qaswar.

"Ya. Yang.. c.. comel comel memang sedap."

Semakin sedih riakku dengan ucapan Qaswar. Kasihan. Kenapa aku sanggup makan? mesti anak bunny tu cari mak dia. Jahatnya saya...

Qaswar jadi tidak keruan. Menangis pula.

"Ya allah! T.. takpe! Tak perlu fikir pasal benda lain. Rissa makan okay? Jangan nangis macam ni." Pujuk Qaswar lembut.

"Nanti anak bunny cari mak dia macam mana? kasihan lah little bunny yang lain. Bersalahnya Rissa abang. Jahat dengan spesis comel macam ni."

Tiada kata lain selain dari kata pasrah. Sempat lagi Qaswar memicit pelipis. Pening. Dramatik.

Satu cucuk sate dari tanganku dirampas dan terus disumbat ke mulutnya. Terkebil aku tengok cara dia makan. Ganas betul.

"Sama sama bersalah. Berry makan. Abang teman."

Mataku terkebil kebil. Menyengetkan kepala ke sisi sambil melihat wajah pa..pasrah? wajah pasrah Qaswar. Kenapa wajah pasrah?

"Betul ni? abang teman Rissa? Sama sama bersalah?"

"Ya! makan bagi habis. Lagi kasihan kalau tak dimakan, dah kena sembelih, kena bakar. Di sia siakan pula tak di makan. Tak tenang roh dia" katanya buat aku berfikir sejenak. Haiwan ada roh ke?

Lama berfikir, aku melihat beberapa cucuk sate yang masih tersisa.

"Okay!"

Dengan gembira dan semangat tidak ingin mengecewakan roh si arnab. Aku menyambung semula makan sate seterusnya. Bibirku kembali tersenyum.

Ya allah... sedapnya.

Sungguh nikmat.

Dalam masa yang sama, Qaswar mengeleng dengan tahan tawa. Kasihan sangat kan?

"Sedap kan abang? daging arnab ni sangat soft dan manis. Tak sama macam ayam. Unik. Sedap. Comel dan enak!"

Qaswar menjatuhkan kepala.

"Makan."

Setelah ke semua sate yang ada berjaya masuk kedalam perutku, aku menjatuhkan tubuh pada belakang sofa dengan lega. Semua ya semua! Tiada yang tersisa biar satu pun. Dia punya sedap sungguh mashaAllah tabarakallah. Lain hari akan repeat.

Lepas makan terus rasa boleh nyanyi lagu new jeans.

"Oh my oh my God.." Nyanyian kecilku menarik perhatian Qaswar. Dia memandang bersama anggukan kecil. Kenapa? soalnya tanpa suara.

"Rissa rasa dah reti nyanyi lepas makan arnab tadi." Aku duduk menegak semula. Menatap anak mata Qaswar sebelum kembali bernyanyi kecil.

"Oh my oh my God.. Yesanghaesseo na.. i was really hoping that he will come through..." Perut aku tepuk perlahan. Tergelak kecil lihat wajah Qaswar yang kebinggungan. Mesti tak kenal new jeans ni. Lepas ni kena ajar dia ber oh my oh my god. Baru tak zaman purba sangat.

First craving lunas! Tak lama lepas itu, mataku bersinar kembali. Makan arnab dah, dah jadi member new jeans pun dah. Kini nak jadi orang jepun pula. Bungkusan plastik mochi aku capai.

"Next! mochi pula!"

"This one, kiyowo!"

Bungkusan mochi pertama aku buka. Wah, pinky pinky! sempat lagi aku cucuk dengan jari sebelum picit geram. Comel betul. Sampai penyek aku kerjakan. Senyuman dari tadi tidak pernah lekang dari bibirku.

"Toink! toink! aw, so cute!"

Mochi itu aku gigit perlahan. Kunyah punya kunyah senyuman semakin melebar suka. Yang ini comel tanpa kasihan sebab tak bernyawa. Mochi itu cair dimulut dengan rasa yang manis. Aku menghela nafas lega selepas selamat menghadam rasa mochi itu.

"Hubby! I feel so cute after eating this mochi." Kataku sambil memegang pipi yang kembung akibat mengunyah mochi.

Qaswar geleng geleng kepala.

"Haih.. macam macam lah, strawberry." Gelaknya dengan merdu.

Aku mengunyah mochi ke tiga dengan riang. Qaswar cuma memerhati dengan gaya tangan yang diletakkan pada belakang sofa. Geleng kepala. Matanya tidak lepas dari memerhati.

"Qasayang! look at this! dalam mochi ni ada strawberry dengan coklat. Ahh kenapa boleh? nampak sedap sangat." Hati tidak boleh menahan dari meluahkan rasa geram dengan kecomelan mochi itu. Dalam mochi tersebut aku tunjukkan kepadanya.

"Abang nak?"

"Nope."

"Betul ni? mana kenyang sate je."

"I'm stuffed, sayang."

"Tapi sedap tau abang."

"Tahu, makanlah. Abang tengok aje."

Aku buat muka. Taknak sudah. Tergerak gerak kepalaku menikmati keenakkan dari mochi itu. Paling sedap flavour inti strawberry cream puff.

Manis.

Enak.

Rasanya sungguh mashaAllah. Nikmat apalagi yang mahu didustakan selain dari menikmati mochi strawberry.

Mochi Daifuku.

"Yum yum yum."

"Makan elok elok, nanti tersedak."

"Baik cinta!" Kataku bersama mulut penuh.

Seminit.

Tiga minit.

Tujuh minit.

"Sedap sangat ke?"

Sebelah keningku terangkat. Tadi taknak. Tapi bila kita makan, dia pandang tak lepas.

Bila Qaswar menyoal begitu, aku terus mengambil mochi seterusnya. Kalini warna biru! mochi blueberry. Aku mengarahnya untuk buka mulut. Tak banyak bicara Qaswar hanya menurut.

"Apakah pendapat anda? sedap?" Soalku ingin tahu.

"Hmm. Kena rasa dia tapi abang tak suka manis." Qaswar hanya mengigit separuh dan selebihnya diberikan kepada aku semula.

Geleng.

"Membazir, kata suka sangat."

"Cara abang makan salah."

"Haa.."

"Let me teach you. First makan dengan anggunly." Mochi lain aku pegang dengan penuh anggun. Memasukkan ke mulut dan mengunyah seperti biasa.

"Nyum.. nyum.. nyum.." Tunjukku bersama mulut penuh.

"Ya allah sama aje tu." Balas Qaswar.

Geleng.

"Kena ada nyum - nyum." Beritahuku.

Mata Qaswar tidak lepas dari menatapku. Lambat lambat dia mendekatkan mochi tadi pada mulutnya. Bila aku tersenyum dia pun turut senyum.

Dari kekok berubah kepada manis.

Langsung dia memakan mochi blueberry tadi seperti yang aku arahkan.

Penuh anggun.

"Nyum.. nyum.. nyum.. " Kepala Qaswar terangguk angguk bersama pipi yang kembung akibat penuh dengan mochi.

Kesudahnya kami berdua ketawa lucu.

Dengan senang hati aku makan lagi dan lagi.

"Nanti abang beli lagi tau." Pintaku seraya menjatuhkan tubuh pada bahunya.

Kalau anak diraja, mungkin kat sebelah aku ada dayang dayang yang suapkan anggur. Tapi kalau version Nurynmarissa dayang tu kena suapakan mochi. Hahhaha! angan angan tinggi sangat.

"Anything, for my strawberry."

...

150 comments unlocked next chapter.

Continue Reading

You'll Also Like

278K 24.1K 29
[1.0 UNDER HIS SERIES] -KNOWN AS HIS LADY- "I nak putus dengan you" - Dian Amelia "It's a joke right? I love you. Kenapa buat i macamni?" - Tengku Qu...
320K 19.1K 53
โ™”๏ธŽ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐๐จ๐ž๐ฌ๐ง'๐ญ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ž๐ง๐ ๐ฐ๐ž๐ฅ๐ฅ, ๐›๐ž๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐žโ™”๏ธŽ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
150K 9.2K 56
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
5.9M 138K 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bil...