C | Eryna's Love Story

By ssarserans

187K 12.2K 1.2K

( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022 More

∞ 1 ∞
∞ 2 ∞
∞ 3 ∞
∞ 4 ∞
∞ 5 ∞
∞ 6 ∞
∞ 7 ∞
∞ 8 ∞
∞ 9 ∞
∞ 10 ∞
∞ 11 ∞
∞ 12 ∞
∞ 13 ∞
∞ 14 ∞
∞ 15 ∞
∞ 16 ∞
∞ 17 ∞
∞ 18 ∞
∞ 19 ∞
∞ 20 ∞
∞ 21 ∞
∞ 22 ∞
∞ 23 ∞
∞ 24 ∞
∞ 25 ∞
∞ 26 ∞
∞ 27 ∞
∞ 28 ∞
∞ 29 ∞
∞ 30 ∞
∞ 31 ∞
∞ 32 ∞
∞ 33 ∞
∞ 34 ∞
∞ 35 ∞
∞ 36 ∞
∞ 37 ∞
∞ 38 ∞
∞ 39 ∞
∞ 40 ∞
∞ 42 ∞
∞ 43 ∞
∞ 44 ∞
∞ 45 ∞
∞ 46 ∞
∞ 47 ∞
∞ 48 | FINAL ∞
NEW STORY ‼️

∞ 41 ∞

2.9K 208 9
By ssarserans

'. '. '. '.

"Allahuakbar! Penatnya hari ni!" Faeeq terus menerjah sofanya lalu bersandar. Eryna tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah Faeeq.

"Mungkin ini lah apa yang Arman dengan Hawa rasa waktu kita kahwin kan? Ingat jadi pengapit senang je kipas orang, hm tengok apa jadi? Dah ibarat PA dah,"

Eryna tertawa. Ada benar apa yang dikatakan Faeeq.

Hari ni seharian mereka membantu Arman dan Hawa dari segi pakaian, aksesori, gambar, make up dan pelbagai lagi.

"Alhamdulillah selesai dah majlis diorang. Lepas ni Nadrah pula," kata Eryna. Faeeq mengangguk.

"Awak okay sayang? Kaki awak lenguhkan?" soal Faeeq sebelum mendukung Eryna lalu mendudukkan Eryna di atas ribanya.

Gadis itu mencebik sebelum angguk. Faeeq tidak lekang dari senyuman sambil membuka pin-pin tudung milik Eryna.

"Kesian dia kaki lenguh, mama dengan baby sama-sama kerja keras hari ni ye?" Faeeq berceloteh.

Eryna tertawa. Ada-ada sahaja suaminya itu.

"Takpe, baru baby tahu mama kerja keras untuk aunty-aunty dia," balas Eryna. Faeeq mengangguk.

Setelah siap membuka tudung Eryna, Faeeq terus mendukung Eryna naik ke bilik.

"Kita urut kaki awak, lepas tu rehat okay?" Kata Faeeq. Eryna menggumam sebagai jawapan.

Setelah membersihkan diri, Faeeq terus menyapu minyak dan mengurut kaki Eryna yang bengkak itu.

"Sedapnya, lega betul rasa," Eryna mula terasa dirinya di awang-awangan kerana Faeeq mengurut dengan sedap sekali.

Keluar segala angin dalam badannya.

"Mesti. Tengoklah siapa yang urut," Kata Faeeq kembang semangkuk. Eryna menjulingkan biji mata.

"Sukahati awak lah Encik Faeeq,"

Selepas itu, Faeeq mengambil tempat di sebelah Eryna. Baru sahaja mereka ingin tidur, telefon Faeeq berdering.

"Assalamualaikum hello?"

Eryna memandang Faeeq yang sedang menjawab telefon. Wajah suaminya sangat serius.

"Baik, jumpa kejap lagi,"

Sejurus itu panggilan dimatikan. Faeeq segera bangun dari katil dan menukar pakaian.

"Awak nak pergi mana Faeeq?" soal Eryna risau. Faeeq hanya balas dengan senyuman.

"Awak siap, pakai biasa-biasa pun takpe. Bawa apa yang patut, saya akan hantar awak balik rumah mama okay? Saya ada tugasan,"

Eryna mengangguk. Akur dengan arahan Faeeq. Dia tahu suaminya sudah lama tidak pulang ke pangkalan dan hanya menghantar maklumat melalui talian.

Setelah itu Eryna terus dihantar ke rumah Puan Halida. Sempat Faeeq berjumpa dengan Puan Halida sekejap.

"Jaga diri please?" Eryna mendongak memandang suaminya. Dagu diletakkan pada dada bidang lelaki itu.

Faeeq tertawa halus. "Mestilah. Kalau takde saya, siapa nak jadi bantal peluk awak kan?"

Eryna cebik sebelum mengiyakan. Rambut Faeeq dibetulkan sedikit walaupun terpaksa menjengket.

"Jangan bagi perempuan lain tengok awak dan awak pun jangan tengok perempuan lain. Kalau diorang tengok awak, saya sendiri yang bantai diorang..."

"..Dan kalau awak yang tengok diorang, tempat awak kat ICU nanti. Jangan ingat saya mengandung, saya lemah tau,"

Eryna memberi amaran keras pada Faeeq. Jejaka itu mengangkat tabik. "Tidak sama sekali Puan!"

Eryna senyum. Mereka berpelukan buat kali terakhir sebelum Faeeq mencium dahi Eryna lama.

Eryna memegang kedua belah tangan Faeeq. "Saya sayang awak,"

"Oh if only you can see a place with full of my love for you sayang," kata Faeeq sebelum mengenyit mata.

Eryna berdecit halus. "Dahlah, nanti lambat," ujar Eryna sebelum dia menyalam Faeeq.

"Saya gerak dulu okay? Jaga diri, jangan tinggal solat tau. Nanti saya telefon, Assalamualaikum,"

Faeeq memakai helmetnya. Motorsikal berkuasa tinggi dihidupkan.

"Waalaikumussalam, bye Elhan!"

Faeeq mengangkat tangan sebagai tanda membalas Eryna. Motornya terus meluncur laju membelah jalan.

"Eryna, jom masuk tidur. Nanti kamu masuk angin," ajak Puan Halida. Eryna menoleh lalu mengangguk.

"Baik mama,"

'. '. '. '.

"Ha kenapa ni?"

soal Faeeq. Dia memandang Arman dan Luth serta Jeneral Hisham.

"Syed Ifwan dah balik Malaysia. Hari tu budak saya laporkan, dia masih di China. Hari ni kami terima laporan dia dah di Malaysia,"

Luth dan Arman memandang Faeeq yang sedikit terkaku. Jeneral Hisham turut memandang Faeeq.

"Saya di sini nak bagitahu, kita kena berjaga-jaga dengan Syed Ifwan ni. Dia boleh buat benda di luar jangkauan kita. Tolong jaga isteri dan tunang masing-masing,"

Faeeq, Luth dan Arman mengangguk. "Apa pun kita kena bersiap sedia, pangkalan Syed Ifwan kat Melaka. Memang besar, bila-bila masa je dia boleh serang,"

"Tak tak, asal dia balik? Semak ah,"

Luth berang. Dia baru nak gembira dengan keluarganya sekarang. Tapi bala pula datang.

Jeneral Hisham mampu tersenyum senget. "Nak buat macam mana? Bukan kehidupan lah kalau tak berliku kan?"

Faeeq dan Arman angguk dengan penyataan Jeneral Hisham.

"Okay itu sahaja, takde apa yang penting. Kamu semua boleh balik. Maaf ye, susahkan kamu datang ke pangkalan lagi-lagi kamu Arman,"

Arman tersengih sebelum mengangkat tangan. "Takpe Tuan, benda kecik je ni. Terima kasih Tuan kongsi maklumat,"

Jeneral Hisham hanya mengiyakan. "Baiklah, semua boleh bersurai,"

Mereka bertiga mengangkat tabik hormat kepada Jeneral Hisham sebelum lelaki tua itu keluar dari bilik.

"Dah nak kena jemput sakaratul maut pun nak buat dosa lagi," geleng Luth. Faeeq dan Arman geleng kepala.

"Aku nak balik dulu, kesian Hawa. Gerak dulu eh Assalamualaikum," pinta Arman sebelum bersalaman dengan Luth dan Faeeq.

"Ha yelah hati-hati," pesan Faeeq. Arman mengangkat tangan sebelum beredar.

"Kau macam mana Luth?" soal Faeeq. Dia tahu Luth datang dari Kuala Lumpur. Mesti abangnya ini penat.

"Balik lah der, naik motor je pun," kata Luth sebelum memakai helmet.

"Kau taknak tidur rumah mak mertua aku ke?"

"Kau ni gila ke sewel? Taknaklah! Dah lah mak mertua kau baru pindah kat sini, ish tak payah susah-susah,"

Luth menumbuk perlahan lengan Faeeq. Faeeq lambat-lambat angguk.

"Aku gerak dulu, Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam, hati-hati,"

Terus motor Luth laju membelah jalan Kem Lumut itu.

"Eh! Aku pun kena balik juga ni. Kesian cinta hati tunggu," Faeeq tersengih sebelum menghidupkan enjin motornya.

'. '. '. '.
Chapter 41! Sehari dua update okay? Hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 392 23
Lea Malika x Thufail Nuaim "𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐚𝐣𝐞." - 𝐓𝐡𝐮𝐟𝐚𝐢𝐥 𝐍𝐮𝐚𝐢𝐦 Dalam diam, Lea Malika menaruh perasaan cinta terhada...
1.3M 72.5K 84
Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seora...
1.1M 42.8K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...
674K 22K 74
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...