A Royalty In Citizens School

By NFathiatulnisaZ

10.3K 1.1K 94

Seumur hidupnya dikurung di dalam istana, dia dibesarkan mengetahui yang dia adalah pewaris seterus tahta Aya... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21

Chapter 17

276 46 3
By NFathiatulnisaZ

Boboiboy dan Ochobot berjalan ke arah kereta Kapten Papa, sementara kawan kawan mereka menunggu di sebalik pagar sekolah, menunggu jawapan mereka.

Ochobot membuka pintu bahagian hadapan kereta itu, tapi tidak terus masuk ke dalam kereta.

"Anak anak Papa! Macam mana sekolah hari ni?"

Nampaknya Kapten Papa memang berseronok berlakon menjadi ayah mereka sampaikan dia tetap panggil mereka anaknya walaupun dalam keadaan tidak perlu berlakon.

Well, dirinya sendiri memang tiada anak dan masih belum pernah berkahwin, jadi ianya jelas kenapa dia seronok dalam melihat dua anak muda itu sebagai anaknya.

"Seronok! Kami belajar banyak benda baru!" Boboiboy memunculkan dirinya dari atas bahu Ochobot.

"Baguslah macam tu! Hah, masuk masuk!"

Kapten Papa menyuruh mereka untuk masuk ke dalam kereta kerana mahu membawa mereka berdua pulang ke istana.

Tapi, seperti apa yang sudah dirancang, mereka tidak terus masuk ke dalam kereta, dan itu membuatkan Kapten Papa memandang mereka pelik.

"Anak anak?"

Ochobot dan mula sedikit gelisah.

Memang dia kata pada mereka yang dia tidak janji mereka akan diizinkan untuk mengikuti mereka, tapi pada masa yang sama, dia tidak mahu kecewakan mereka.

"Erm...sebenarnya Papa....kami ada nak minta sesuatu"

Kapten Papa hanya menaikkan sahaja keningnya mendengar ayat Ochobot.

"Minta apa? Barang sekolah kamu semua dah habis ke?"

Itu adalah benda pertama yang sampai ke fikirannya kerana yelah, diorang sekarangkan budak sekolah.

Mengingat yang Boboiboy tak pernah sekolah dan Ochobot dah dua tahun tak pergi ke sekolah jadi mesti itu adalah masalah pertama mereka.

"Oh, tak tak. Bukan tu" Ochobot menggeleng.

"Hm? Habis tu?"

Ochobot menarik nafas dalam dalam, mencuba mendapatkan semangat untuk mengatakannya.

"Erm....sebenarnya....kawan kawan kami ada pelawa kami untuk bawa kami jalan jalan satu kampung ni untuk kenalkan kami dengannya, kerana sekarang kami bersekolah di sini. Jadi, kami nak minta izin Papa dulu"

Boboiboy menepuk dua kali bahu Ochobot sambil tersenyum menandakan dia mengatakan tahniah ke Ochobot kerana dah berjaya menanyakan permintaan itu.

Ochobot pun membalas senyuman Boboiboy.

Tapi ianya masih belum tamat, Kapten Papa masih belum menjawap.

Mereka memandang kembali ke bapa tidak sah mereka itu.

Bukan riaksi yang mereka jangkakan, Kapten Papa kelihatan tenang sahaja dan memegang dagunya seperti sedang berfikir.

Mereka fikir yang Kapten Papa akan terus bangkang permintaan mereka itu kerana, yelah, Boboiboy adalah putera dan ianya bahaya untuk biarkan putera muda mereka pergi entah kemana.

"Hm...hahaha! Mestilah boleh! Lagipun, bukan selalu kan? Inilah peluang Boboiboy untuk mengenal lebih pasal kerajaannya!"

Wajah Boboiboy dan Ochobot terus berubah menjadi gembira.

"Terima kasih Papa!!!" mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada Kapten Pengawal mereka itu.

"Hahahaha!!! Tak ada apa apa lah! Hah, disebabkan Papa tak tahu kamu berdua akan jalan jalan berapa lama, jadi kamu berdua boleh balik sendiri kan?"

Kapten Papa mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya, dan menghulurkannya ke arah mereka berdua.

Ianya adalah kad Touch and Go.

Ochobot mengambilnya, dam mereka memandang ke arah kad itu dengan keliru.

"Kad apa ni Papa?" Boboiboy meletakkan kepalanya di atas bahu Ochobot untuk melihat lebih dekat ke arah kad itu.

"Untuk bas. Papa tak nak ganggu masa gembira kamu berdua, jadi, kamu boleh balik bila bila sahaja kamu mahu. Papa akan terangkannya ke Yang Mulia, jadi tidak perlu risau"

Wajah Boboiboy bertambah gembira lagi dibuatnya, tapi Ochobot malah sebaliknya.

Ochobot terkejut Kapten Papa percayakan mereka sebanyak itu untuk uruskan diri mereka sendiri.

Atau lebih tepatnya, Kapten Papa percayakan keselamatan Boboiboy di bawah jagaan Ochobot.

"Terima kasih Papa! Terima kasih sangat sangat!" Boboiboy dah nampak sepeti mahu meletup akibat kegembiraannya.

"Sama sama. Pergi lah! Mesti kawan kamu dah tunggu tu!"

Boboiboy pun mengangguk, dan mula berlari ke arah kawan kawannya, dan kata kepada mereka yang Kapten Papa mengizinkan mereka untuk mengikuti mereka.

Tapi Ochobot masih kekal di tempatnya, hanya melihat kawannya itu dari belakang.

Dia pun kembali melihat ke arah Kapten Papa semula.

"Terima kasih sebab percayakan saya, Kapten"

Kapten Papa hanya tersenyum sahaja melihat pengawal peribadi muda itu.

"Tak ada apa apa nya lah. Lagipun, mulai sekarang dan kedepannya, kamu akan jaga Tuanku sampailah baginda menjadi Raja. Saya hanya mahu kamu bersedia untuk situasi yang lebih besar kerana, kamu tidak akan selamanya kekal di sekolah"

Ochobot tersenyum nipis, sambil mengangguk perlahan, memahami apa yang Kapten Papa cuba katakan.

"Satu saatnya nanti, kamu berdua akan keluar ke dunia yang sebenar, dan bertemu dengan lebih banyak dan macam macam jenis manusia yang lain, bukan hanya rakan sekolah kamu sahaja. Jadi, lakukan yang terbaik, ok Aidan?"

Ochobot mengangguk sekali lagi.

"Terima kasih Kapten. Saya tak akan hampakan Kapten"

Disebabkan ayahnya juga adalah seorang pengawal istana juga, dia sudah melihat Kapten Papa sebagai mentor dan ayah lainnya, bahkan sebelum sesi penyamaran itu.

Sebagai kapten pengawal istana, Kapten Papa juga mengenal setiap bawahannya, dan sudah kenal Ochobot sejak kecil.

Kapten Papa pun mengucapkan selamat tinggal, dan mula memandu pergi daripada perkarangan sekolah itu.

Ochobot pun kembali semua ke yang lain, dan mereka pun memulakan sesi jalan jalan mereka itu.

.
.
.
.
.
.

Mereka pun mula bersiar siar di kawasan perumahan Kampung itu.

Kalau nak bayang lebih jelasnya, ianya adalah kawasan perumahan Tok Aba dan Yaya di cerita asli.

"Wow...." Boboiboy terkasima melihat berbagai seni bina banggunan yang ada di sana, walaupun ianya cuba satu kawasan perumahan sahaja.

Sepanjang perjalanan itu, dia melihat macam macam jenis rumah seperti rumah banglo, rumah teres, rumah kampung, rumah berkembar dan sebagainya.

Ini meluaskan lagi pandangannya ke atas jenis rumah rakyatnya keran selama ini dia hanya mampu lihat rumah banglo sahaja, iaitu rumah milik pengawal dan dayang istana, tu pun hanya dari kawasan dalam istana sahaja.

Mereka berdua berjalan sedikit kebelakang dari yang lain kerana tidak mahu mereka mendnegar perbualan mereka.

"Setiap rakyat memiliki kemampuan yang berbeza, yang turut boleh dilihat pada tempat tinggal mereka" Ochobot berbisik ke arah Boboiboy.

"Setiap rumah juga memiliki harga yang berlainan, tapi itu turut bergantung kepada penjualnya juga. Kalau penjual meletak harga pebih mahal, maka lebih mahallah rumah tu"

Boboiboy mengangguk mendengar penjelasan Ochobot.

"Ada jenis rumah lain ke selain dari yang kita dah lihat ni?" tanyanya.

Ochobot mengangguk.

"Ya, yang kita lihat ni hanyalah sebahagiannya sahaja. Ada jenis rumah lain seperti rumah Flat, Pangsapuri, Kondominium, dan Soho. Rumah tu semua direka khas untuk menjimatkan ruang pembinaan, tetapi masih boleh menempatkan banyak penduduk"

Ochobot siap mengeluarkan bukunya lagi untuk menunjukkan ke puteranya itu rupa rumah yang dia sebutkan.

"Wow...." Boboiboy tak sangka rakyatnya boleh jadi se-kreatif itu dalam pembinaan.

"Hei, apa yang kebelakang sangat tu?! Cepat lah sikit!" Yaya memanggil mereka berdua kerana mereka semakin lama semakin ketinggalan di belakang.

"K-kejap!" kata mereka berdua bersamaan.

Mereka pun berlari dan catch-up dengan kawan kawan mereka itu.

"Haahhhh, kalau korang nak tahu, inilah kawasan perumahan kitorang!" kata Ying.

"Ya ke?! Rumah korang dekat mana?!" mata Boboiboy bersinar dengan kegembiraan.

"Adalah, dekat dekat sini. Tapi tu tak penting! Ada satu tempat kami nak korang!" Gopal terus memegang pegelangan tangan Boboiboy, dan menariknya bersamanya.

Gopal pun berlari menuju ke satu arah, diikuti lagi tiga kawannya.

Ochobot ketinggalan di belakang, membuatkannya panik.

"W-woi! Tunggu aku woi!" Ochobot pun berlari mengikuti mereka.

.
.
.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah kawasan.

Mereka masuk ke sebuah jalan kecil diperbuat daripada batu yang sekelilingnya adalah padang rumput yang luas.

Mereka sedang berjalan ke arah sebuah gerai kokotiam yang kelihatan antik.

Terlihat seorang lelaki muda yang berbadan gempal sedikit rendah sedang berada di gerai itu.

"Qually!!! Speacial hot coklat enam!!!" sebaik sahaja sampai, Gopal terus memberi pesanan.

Lelaki yang tidak terlalu tua daripada mereka itu pun berpaling ke arah budak budak itu. Dia kelihatan sedang mengelap cawan yang baru lepas dia basuh.

"Aik? Enam? Bukan biasanya empat je ke?" Qually meletak kembali cawan itu ke atas rak.

"Hehe~hari ni, kitorang bawak kawan baru!" Gopal menarik kedua dua kawan baru mereka itu dari bahu untuk memperkenalkan mereka kepada Qually.

"Ini Khairul! Dan ini pula Aidan! Diorang baru pindah ke sekolah kitorang hari isnin hari tu!" terus sahaja Gopal memperkenalkan nama mereka tanpa menunggu tuan punya badan beritahu.

Boboiboy dan Ochobot pun tersenyum kekok sambil melambai lemah ke arah Qually.

"T-tapi kau boleh panggil saya Boboiboy" katanya.

"Dan saya Ochobot" sambungnya.

Qually pun mengangguk sambil meng-o-kan sahaja mendengar penjelasan mereka.

"Oooohhh~lah, tak cakap awal awal! Korang berdua dari mana?" Qually bertanya sambil tangannya mula berkerja membuat pesanan mereka.

Boboiboy yang merasa sedikit tidak nyaman bercakap dengan orang yang baru dia jumpa, terus berjalan ke belakang Ochobot seperti yang dia biasa lakukan.

"Oh, kitorang dari bandar je. Sebab semua sekolah dekat bandar dha penuh, kitorang pun masuk dekat sini. Tak jauh pun, perjalanan 30 minit je dari rumah kitorang"

Mengetahui dengan terus yang puteranya takut, terus Ochobot tolong menjawapkan pertanyaan itu untuknya.

"Lahhh. Dekat je rupanya. Macam mana sekolah sini, best ke?" tanya nya lagi.

"Boleh lah. Lagipun belum seminggu lagi kitorang dekat sini. Tapi untuk impression pertama, sini seronok juga" jawap Ochobot lagi.

Gopal pun menyuruh mereka berdua duduk.

Semakin lama, Boboiboy dan Ochobot mampu menghidup bau yang menyelerakan.

"Hah, nah! Enam Speacial Hot Chocolate, siap!"

Dengan itu, Qually pun meletakkan enam cawan berisi air koko yang dihiasi dengan krim dan beberapa benda lain diatasnya, yang membuatkan dengan sekali pandang sahaja membuatkan sesiapa sahaja terliur.

"Waaaaa!!!" yang jelasnya membuatkan Boboiboy dan Ochobot terkasima melihatnya.

"Hah, budak baru, try lah rasa! Mesti ketagih punya!" Qually mempelawa mereka.

Ochobot dan Boboiboy mengambil sorang satu cawan, dan mula menghirup air koko itu.

Mengalir sahaja air itu ditekak mereka, terus mata mereka terbungkang mengejut.

"Sedapnya!!!" mata mereka berdua bersinar akibat merasa air sesedap itu.

"Hehehe! Terima kasih! Dah tahu dah mesti korang suka punya!" Qually tersenyum bangga pelanggang barunya suka dengan air buatannya itu.

Boboiboy dan Ochobot sambung meminum air itu, termasuk lah yang lagi empat itu juga sampai habis.

Lepas habis minum, mereka pun mengelap sisa krim yang tertinggal di bibir mereka.

Sedap, tapi entah mengapa rasanya seperti tidak asing di lidah mereka.

"Ni resipi kau sendiri ke?" Ochobot bertanya kembali.

"Eh tak lah. Aku cuma pekerja sini je. Sebelum sebelum ni pun dah pernah ada pekerja sebelum aku. Tapi! Korang nak tahu fakta yang paling mengujakan tak?!" Qually bertanya kepada mereka dengan wajah bersemangat.

"Apa dia?" Boboiboy pula yang bertanya.

Qually mula bertambah bersemangat bila mereka mahu mengetahuinya.

"Kedai ini dulu diasaskan oleh bekas Raja pulau ni sendiri, Raja Aba!!!"

Bila Qually berkata begitu, dia terus menunjuk ke arah sebuah bingkai gambar di belakang kedai itu, yang tergantung gambar antik di sana, yang merupakan gambar Tok Aba semasa mudanya.

"Erk-" bila Qually berkata begitu, terus Boboiboy dan Ochobot tersweatdrop dengan wajah terkejut, sebelum berpandangan dengan satu sama lain.

Ok, itu mereka tidak pernah tahu sama sekali.

Patutlah rasa air itu tidak asing di lidah mereka. Kerana mereka sudah selalu meminumnya ketika di istana.

Tok Aba selalu membuat air koko resipi dirinya sendiri ketika minum petang untuk kesemua pekerja istana.

Termasuklah ais krim, kek dan cekodok coklatnya.

"Diceritakan dulu, Tuanku telah bersekolah di sekolah sama yang korang semua pergi, dan ketika habis bersekolah, baginda memutuskan untuk membuka gerainya sendiri!" Qually masih belum berhenti bercerita.

"Dan sejak itu, bisness baginda mulai berkembang sehinggalah jenama milik baginda mula meluas di seluruh Pulau dan sudah ada banyak cawangan di mana mana!"

Qually bercerita sambil menunjukkan catatan sejarah gerai itu kepada mereka.

"Tapi tapi! Gerai yang kita berada sekarang ni! Adalah gerai yang pertama didirikan oleh baginda sendiri! Gerai ini sudah berdiri sejak hari pertama lagi!"

Boboiboy terkesan mendengar itu kerana dia tidak tahu mengenai perkara itu.

Dia tahu datuknya pernah berniaga, tetapi itu sahaja.

Benda apa yang dijual, bila dia mulakan bisness dia, laku ataupun tidak, semua dia tidak tahu.

Jadi, pengetahuan baru itu membuatnya lebih memandang tinggi Tok Aba dari yang sudah sepatutnya.

Mereka pun melepak di sana untuk beberapa ketika, sehingga mereka sudah kena pergi.

"Terima kasih untuk airnya, Qually! Berapa harga kesemuanya?" Yaya mengeluarkan dompetnya untuk membayar.

"Semuanya RM16.20!" Qually meletakkan kesemua pinggan dan cawan kotor ke dalam singki.

Baru sahaja Yaya mahu mengeluarkan duitnya, Boboiboy memberhentikannya.

"Eh eh! Tak apa lah Yaya, biar aku yang bayarkan!" Boboiboy mengeluarkan selembar duit 20 ringgit daripada poketnya.

"Eh?! Tak tak! Kan kitorang yang ajak korang! Patutnya aku yang-"

Belum sempat Yaya menghabiskan perkataannya, Boboiboy sudah menghulurkan duit itu kepada Qually, dan Qually menerimanya.

"Simpan jelah bakinya, Qually" kata Boboiboy.

"Waaaa! Terima kasih! Gembira dapat berurusan dengan kau!" Qually pun semestinya gembira dapat duit lebih dari yang dijualnya.

Boboiboy kembali memandang ke arah kawan kawannya. Boboiboy meminta maaf ke Yaya kerana memotongnya sebentar tadi.

"M-maaf Yaya. Aku cuma tak nak menyusahkan korang je" Boboiboy tersenyum canggung ke arahnya.

Memang dia rasa tidak selesa bila orang lain tolong bayarkan untuknya. Lagipun dia adalah seorang putera. Patutnya dia yang bantu rakyatnya, walaupun mereka tidak tahu identitas sebenarnya.

"Uuuuu~kaya nampak~" Gopal sengaja mengusik Boboiboy, kerana dia tanpa segan silu mengeluarkan duitnya macam itu sahaja.

Siap main siku siku lagi lengan budak tu dibuatnya.

"M-mana adalah...aku biasa biasa je" kekok budak tu dibuatnya.

"Dah lah, jom kita gerak sekarang. Masih banyak tempat lagi kita kena pergi ni" Fang memecahkan keseronokkan mereka, dan menyedarkan mereka kembali.

"Eh, haahlah! Jom, Boboiboy! Ochobot! Ada banyak tempat lagi kitorang nak tunjuk korang ni!" kata Yaya.

Boboiboy dan Ochobot pun mengikuti di belakang mereka.

Mereka berenam pun akhirnya mula beredar dari gerai Kokotiam itu.






















2185 perkataan

Qually lakukan kemunculannya di series ini~

Continue Reading

You'll Also Like

107K 11.4K 89
Ali, baru sahaja mendapat tahu yang dia memiliki sepupu, iaitu anak kepada kakak tiri ayahnya. Boboiboy, turut menghadapi perkara yang sama, bila ma...
36.5K 3K 61
"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra...
57.7K 260 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
51.7K 254 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...