47. Inlove With Vampire

By TintaHitamTanpaArah

58.2K 7K 179

Dua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan... More

Olla Buddies.
🦇Part 1🦇
🦇Part 2🦇
🦇Part 3🦇
🦇Part 4🦇
🦇Part 5🦇
🦇Part 6🦇
🦇Part 7🦇
🦇Part 8🦇
🦇Part 9🦇
🦇Part 10🦇
🦇Part 11🦇
🦇Part 12🦇
🦇Part 13🦇
🦇Part 14 🦇
🦇Part 15🦇
🦇Part 16🦇
🦇Part 17🦇
🦇Part 18 🦇
🦇Part 19🦇
🦇Part 20🦇
🦇Part 21🦇
🦇Part 22🦇
🦇Part 23 🦇
🦇Part 24🦇
🦇Part 25🦇
🦇Part 26🦇
🦇Part 27🦇
🦇Part 28 🦇
🦇Part 29🦇
🦇Part 30🦇
🦇Part 31🦇
🦇Part 32 🦇
🦇Part 33🦇
🦇Part 34🦇
🦇Part 35🦇
🦇Part 36🦇
🦇Part 37🦇
🦇Part 38🦇
🦇Part 39🦇
🦇Part 40 🦇
🦇Part 41🦇
🦇Part 42🦇
🦇Part 43🦇
🦇Part 44🦇
🦇Part 45🦇
🦇Part 47🦇
🦇Part 48🦇
🦇Part 49🦇
🦇Part 50🦇
🦇Part 51🦇
🦇Part 52🦇
🦇Part 53🦇
🦇Part 54🦇
🦇Part 55🦇
🦇Part 56🦇
🦇Part 57🦇
🦇Part 58🦇
🦇Part 59🦇
🦇Part 60🦇
🦇Part 61🦇
🦇Part 62🦇
🦇Part 63🦇
🦇Part 64🦇
🦇Part 65🦇
🦇Part 66🦇
🦇Part 67 🦇
🦇Part 68 🦇
🦇Part 69🦇
🦇Part 70🦇
🦇Part 71🦇
🦇Part 72🦇
🦇Part 73🦇
🦇Part 74🦇
🦇Part 75🦇
🦇Part 76🦇
🦇Part 77🦇
🦇Part 78🦇
🦇Part 79🦇
🦇Part 80🦇
🦇Part 81🦇
🦇Part 82🦇
🦇Part 83🦇
🦇Part 84🦇
🦇Part 85🦇
🦇Part 86🦇
🦇Part 87🦇
🦇Epilog🦇
👏🏻Habis Daaa!👏🏻

🦇Part 46🦇

525 73 0
By TintaHitamTanpaArah


Sambil memegang rahangnya yang sakit, Star bangun dari situ dengan cepat sebelum menghasilkan satu lingkaran cahaya di sekitar tempat dia berdiri. memunculkan pancang-pancang perak dari lingkaran pentagram itu.

"Kalau macam tu tepis serangan aku ni.."beritahu Star apabila pancang-pancang perak tajam itu terbang melayah ke arah lima vampire yang mengelilingi dirinya.

Wooosh!

Berdesup-desup pancang perak itu terbang menuju ke arah mereka.

Tidak cukup dengan itu, Star lari ke vampire pertama disaat vampire tersebut bergelut hendak selamatkan diri dari ditikam dengan pancang peraknya. Dengan kelajuan luar biasanya, Star berjaya mencekik leher vampire pertama dan menghempas badan itu tanpa belas kasihan di atas jalan tar hingga retak-retak jalan itu. Satu gegaran dirasai!

KRAK!

Angin kuat bertiup taktala badan vampire itu terhempas!

Star berada di atas vampire pertama itu saat dia mencekiknya sekuat hati. "Kau tahu...aku dah fed up dengan orang yang tak habis-habis menganggu rancangan aku?"ujarnya. "Aku tak ada masa nak dibuang dengan vampire macam kau ni!"

Vampire pertama itu bergelut hendak melepaskan diri tetapi cengkaman maut Star itu betul-betul buatkan pergerakkan dia mati! "Siapa kau ni?"manusia biasa tak mungkin miliki kuasa sekuat ni!Tak mungkin Dhampir boleh menentang vampire diraja seperti dirinya ini dengan mudah!

Senyuman meleret terukir di bibir Star. "Maut kau."katanya semasa mahu menamatkan riwayat vampire pertama dengan mencekik leher itu hingga patah uratnya.

Vampire kedua muncul dari belakang. Menarik kolar Star hingga buatkan tubuh Star jatuh menyeret atas jalan tar hingga menyebabkan bahagian lengan jaket lelaki itu terkoyak lalu berdarah.

Star berpusing ke kiri selepas terjatuh lalu bangun diri sesaat kemudian. Tidak mempedulikan luka di lengannya, dia alukan tangan kanannya ke Udara. Menerbangkan pancang-pancang perak tadi naik melayah ke atas langit. Bila dia gerakkan tangannya ke bawah pancang perak tadi kemudiannya jatuh menjunam ke bawah menuju vampire-vampire di situ.

Srap!

Srap!'

Srap!

Mengelak dengan cekap dan pantas. Vampire-vampire di situ melompat dan mengelak dari ditikam dengan pancang perak Star.

Oleh kerana tidak mengena, satu persatu pancang perak jatuh menusuk ke jalan berturap depan Star. Meninggalkan lubang yang dalam pada permukaannya.

BERDESUP!

Vampire pertama berlari laju ke arah Star. Mahu menumbuk muka Star, tetapi tidak sempat tangannya hinggap ke muka itu, tangan panjang Star terlebih dahulu mendapatkan lehernya dan mencampak dia semula ke jalan itu hendak dibunuh.

Namun Star tidak dapat hendak berbuat begitu apabila dua vampire muncul dari belakang. Merangkul kedua-dua belah lengan sebelum dia di tarik ke belakang menjauh dari vampire pertama.

Dua vampire yang mengekang Star menyepak belakang tulang lutut kaki Star, memaksa lelaki itu jatuh melutut di situ. Kemudian vampire ketiga muncul memegang kepala Star siap sedia hendak memutus penggal kepala tu sekiranya Star cuba bergerak lebih. Sementara vampire kelima bantu vampire pertama bangun dari situ.

Sudah bergerak hendak melawan, Star terhenti apabila vampire ketiga yang memegang kepala dia waktu itu sudah bersedia hendak memulasnya. Pada masa yang sama vampire pertama telah hulur tangan hendak menikam tengah dada Star dengan kukunya yang tajam.

Mata Star terbutang luas. Dia menahan nafas sedia hendak menerima impak!

"ARGHH!!!"teriakan penuh ketakutan bergema di laman jeti seinci sebelum tangan itu mengenai Star.

Semua di situ dengan cemas memalingkan kepala ke arah Lissa. Punca jeritan tadi. Begitu cemas sampaikan mereka terus lupa akan pertarungan mereka tadi. Kenapa tu!

Lissa di situ pandang kejung ke arah Star dan lima vampire di situ dalam keadaan kedua belah tangan menekup mulut. Tangan dan kakinya menggigil hebat akibat ketakutan yang sedang menghurung dirinya taktala melihat Star hampir sahaja dibunuh oleh vampire di depan mata dia!

Berderau darah tengok!

"Tolong...jangan sakiti dia. Saya akan ikut. Jadi tolong berhenti"rayu Lissa hampir hendak menangis. Betapa senaknya perut dia rasakan. Nafasnya naik turun kerana diserang panik. Matanya terarah pada Star penuh risau. Entah sudah kali ke berapa dia saksikan nyawa Star dalam bahaya kerana hendak lindungi dirinya. Cukup tu cukup la!

Kelima-lima vampire di situ terkedu melihat reaksi Lissa yang tidak ubah seperti seorang kekasih merisaukan pasangannya sendiri!Dari situ sahaja mereka telah tahu apa yang sedang berlaku di antara Lissa dan Star.

"Jangan!"arah Star. "Kau tak boleh ikut dia orang Lissa!"gelutnya hendak bangun tetapi dia dipaksa untuk kekal di situ dengan dua vampire belakangnya.

Terketar-ketar Lissa jalan menghampiri mereka. Matanya terarah pada Star.

Vampire keempat di situ pandang akan ketuanya iaitu vampire pertama sebelum berkata. "Apa kita nak buat?"

"Lepaskan dia.."arah vampire pertama dengan mendatar.

Serta merta Star pun dilepaskan.

Kesemua vampire di situ berdiri tegak kembali dan memandang Lissa sebaik sahaja gadis itu berdiri di depan mereka. Serta merta scent gadis itu memenuhi rongga hidung deria setiap seorang. Buatkan mereka trigger tanpa sebab kerana kuasa dari scent itu boleh memukau mereka untuk menurut perintah tanpa sedar. Cara sama Lord Dragomir gunakan untuk buat mereka patuh akan lelaki itu.

Setibanya Lissa di tepi Star, dia bongkok mendapatkan lelaki itu untuk dibangunkan. Cemas tangannya memegang tengah dada Star. Nak pastikan tiada luka di situ."Kau tak apa-apa?"bisiknya dengan sebak. Melihat lebam dan luka yang ada di muka itu buatkan hatinya sakit.

Star tidak keruan. Wajah sedih Lissa saat itu buatkan dia tidak faham. Kenapa Lissa begitu risaukan dirinya sampai mahu menangis?"Aku tak apa-apa.."angguknya perlahan. Tangannya naik tanpa sedar hendak menyokong badan Lissa yang sedang menggeletar.

Berdiri sahaja Star, Lissa pandang vampire pertama dengan renungan seriusnya.

"Saya akan ikut tapi berikan saya masa untuk beberapa hari. Lepas semua ni selesai. Saya janji saya ikut awak semua tanpa melawan.."cadang dia.

Vampire pertama teragak-agak hendak setuju.

"Tolong la..berikan saya masa. Saya janji saya akan ikut awak semua tanpa melawan nanti. Buat masa sekarang saya tak boleh ke mana-mana selagi urusan saya tak selesai lagi."tambah Lissa lagi. Dia dalam diam sudah mencengkam kuat kain jaket di lengan Star waktu itu. Serius!Kalau hari-hari dia hadap situasi cemas dan menggerunkan seperti tadi, mahunya dia dapat penyakit lemah jantung!

"Baik. Kalau itu yang cik janjikan. Saya akan datang semula selepas beberapa hari. Dan saya harap bila hari tu tiba, lelaki disebelah cik ni tiada lagi bersama."pesan vampire pertama.

Lissa mengangguk kepala. "Saya faham."pasti ayah dia telah tahu mengenai tindakan dia!Dan sekarang lelaki itu inginkan penjelasan. Kerana itulah mereka berlima datang ke sini hendak menjemputnya. Ayah dia mahukan penjelasan!

"Ayuh. Kita pergi."ajak vampire pertama kepada rakan-rakannya sewaktu berpaling hendak pergi dari situ.

Vampire-vampire di situ beri jelingan mengejek mereka ke Star sebelum berarak jalan mengekori langkah ketua mereka.

"F*ckers!"

Masih tersisa dengan rasa geramnya, Star perhatikan sahaja langkah vampire-vampire itu menjauh dari mereka. Giginya di kancing erat. Serius!Bengang betul dia!Dah la datang tak dipelawa. Tiba-tiba aje nak mengheret orang pergi!Ingat diri tu siapa!Suka sangat cari pasal la vampire ni!

Ugh!

Continue Reading

You'll Also Like

69.6K 3.5K 26
Atisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempu...
142K 10.8K 42
Jeon Wonwoo x OC status : complete #seventeen #fanfic
DOUBLE DATE? By nur irwarda

Historical Fiction

538 121 28
a woman who has two boyfriend S1 female hunter.more about her? read yourself>•< update setiap Random muah 💋
59.7K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...