Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
EPILOG

bab 18

22 3 0
By rraiqah


     Nampaknya Irham masih belum sedarkan diri. Kata doktor Ir pengsan kerana demam panas yang tinggi. Rasa bersalah membuak-buak, aku tak sepatutnya meninggalkan Ir begitu sahaja semalam.

"Kak Sarah..maaf ye, Lia tinggalkan Ir semalam. Sebab Lia.." Beberapa kali aku menoleh pandangan pada Irham yang sedang berbaring tidak sedarkan diri di atas katil wad. Jujur aku rindu sangat Irham, ingin sekali aku luahkan perasaan ini, namun ego dan amarahku lebih tinggi.

"Tak apa Lia. Bukan salah Lia, Ir yang degil sudah tahu diri dia tengah sakit masih nak main hujan"

    Aku tidak tahu selebihnya apa sebenarnya ikatan antara Kak Sarah dan Irham. Bagaimana mereka boleh merancang ini semua? Kenapa Ir menghilang? Semua itu masih menjadi misteri yang sebenarnya ingin aku ketahui namun aku lebih memilih diam takutnya apabila semua terbongkar hatiku semakin kecewa, cukuplah derita selama ini yang kutampung. YaAllah kuatkanlah hambamu yang lemah ini.

"Kalau macam tu..Lia pergi dulu ya, flight lagi setengah jam takut jem pula jalan raya"

"Lia taknak tunggu Ir sedar?" Lia terdiam seketika.

"Maaf Kak..buat masa ni bagi Lia tenangkan fikiran dulu. Kirim salam dekat makcik Lin ya" Kak Sarah hanya menganguk lalu kami bersalaman, pada akhirnya perbualan kami hanya disitu lalu aku lekas keluar dari pintu wad dan beralih ke tingkat bawah untuk menuju ke lapangan terbang.

                                 🌹

      Dari lapangan terbang Antarabangsa KLIA 2, Lia menaiki teksi untuk menuju ke stesen bas. Sesudah Lia menguruskan tiket bas dia menaiki bas dua tingkat dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Pusing juga kepala dibuatnya. Namun apa boleh buat itu sahaja cara yang Lia boleh lakukan untuk sampai ke destinasi.

     Dari kejauhan aku melihat kereta mama sedang parking tepi jalan stesen bas. Apabila bas berhenti aku bergegas menyusul masuk ke dalam kereta mama.

     "Assalamualaikum mama! Rindu nyee" Lia terlihat gembira kerana dapat memeluk erat sosok yang menjaganya dari kecil.

     "Waalaikumusalam. Anak mama makin cantiklah!" Kembang Lia dibuatnya.

     "Lia macam mana okey dekat sana?" Ingin sekali aku luahkan apa yang sudah terjadi di Itali sana. Tentang Arqel yang cuba menganiayaku dan abang hero yang menolongku itu ialah Arraz' Irham. Namun aku menahan semuanya, biarlah hanya aku sahaja yang tahu, biarlah aku berfikir panjang dahulu untuk meluahkan hal ini pada mama. Aku tidak mahu mama membenci kawan baiknya Auntie Imah atas perbuatkan buruk Arqel. Tak mahu juga kalau mama mendesak aku dan juga Irham kerana takut papa dan mama bertengkar. Walhal aku juga masih terluka dengan kenyataan ini semua. Sebaiknya saat ini bukan masanya untuk menceritakan hal yang sudah terjadi.

     "Alhamdulilah ma..baik je" Aku tersenyum palsu.

     "Baguslah kalau macam tu. Jom mama nak kamu balik rumah, makan sambal belacan yang mama buat. Mama tahu Lia mesti dah lama tak makan sambal kesukaan Lia kan"

     "Wahh! Cepatlah ma balik, Lia tak sabar nak makan sambal belacan air tangan mama yang paling sedap sedunia!" Lia Teruja, maklumlah di Itali sana mana ada makanan kampung seperti sambal belacan. Kalau Lia buat sendiri pun dia yakin tidak sesedap sambal belacan yang dibuat dari air tangan seorang ibu.

    "Amboi happy sangat tu, kalau macam tu jom kita balik sekarang!" 

Sepanjang jalan menuju ke rumah Lia hanya tersenyum, di kotak mindanya hanya dipenuhi dengan bayangan sambal belacan dan juga ulam-ulaman yang di cicah bersama sambal. Sambil melihat ke arah luar, aku juga teruja melihat kesenian yang ada pada tepi jalan raya. Landskap yang menarik membuatku teruja sepanjang jalan.

Lia menuruni kereta sambil matanya pula melihat ke arah langit. Hari mulai mendung. Baguslah kalau hujan, Lia suka akan hujan baginya hujan adalah ketenangan.

Sesampai sahaja Lia memasuki rumah dia segera menjenguk bunga mawar kesayangannya itu, roses. Lia membelai halus pada tangkai bunga itu, teringat pula ia pada Irham.

     Lauk pauk sudah disediakan oleh bibik Tiah. Sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman sungguh menjulang seleranya. Lia lekas mengambil piring dan menyeduk lauk. Setelah selesai makan, mama, bibik Tiah dan Lia rancak menjadi makcik bawang, hal yang mereka perkatakan hari ini adalah..tak lain tak bukan pasal 'jodoh'. Jujur Lia agak rimas dengan topic perbualan hari ini, tapi tidak mengapalah, layankan aje borak makcik-makcik bawang ini.

     Selepas solat isya berjemaah. Lia bersalaman dengan papa dan mama. Meminta izin untuk tidur. Badannya juga sudah semakin leguh, matanya sudah malap memandang sekeliling.

                                🌹

    Dari kejauhan aku melihat Irham yang sedang berdiri dengan pakaiannya yang dipenuhi darah. Aku tidak dapat melihatnya dengan jelas. Setelah aku memandangnya, Irham berkata "Sudah tiba masanya" lalu sosok Irham dipandanganku semakin jauh, jauh, dan menghilang. Aku berlari mengejar bayangannya. Aku menjerit memangil namanya. Irham! Irham! Irham di mana kau! Irham !

                               🌹

IRHAM!

     "Lia!bangun Lia. Kenapa jerit-jerit ni?Lia mengigau ke?" Aku terpinga-pinga memandang sekeliling. Mama ada disampingku cuba untuk menenangkan. Aku Mimpi rupanya..

"Mama dengar Lia jerit nama Irham. Lia masih fikirkan Irham?"

Sepertinya begitulah yang Lia rasakan. Dia tahu Irham masih menghantui fikirannya. Lia cuba untuk melupakannya tapi semakin dia mahu melupakan, semakin jelas Irham bermain dalam fikirannya.

      Lia memeluk erat mamanya. Lalu air matanya mulai mengalir. Datin Roziah hanya diam dan memeluk erat anak gadisnya itu. Dia tahu anaknya itu sedang ada masalah, cuma tidak mahu meluahkannya. YaAllah kau tabahkanlah anakku ini, kau leraikanlah dugaan yang ia hadapi.

Continue Reading

You'll Also Like

695K 40.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
40.4K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
39K 4.8K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
530K 31.7K 40
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H...