My Mate , That's Diavolo Crim...

By danedheera

231K 16.9K 20.2K

" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even th... More

↭One
↭ Two
↭Three
↭ Four
↭Five
↭ Six
↭ Seven
↭ Eight
⇜Nine
↭Ten
↭ Eleven
↭Twelve
↭ Thirteen
↭ Fourteen
↭Fifteen
↭Sixteen
↭Seventeen
↭Eighteen
↭ Nineteen
↭Twenty
↭Twenty One
↭ Twenty Two
↭ Twenty Three
↭Twenty Four
↭ Twenty Five
↭ Twenty Six
↭ Twenty Seven
↭ Twenty Eight
↭ Twenty Nine
↭ Thirty
↭ Thirty One
↭ Thirty Two
↭ Thirty Three
↭ Thirty Four
↭ Thirty Five
↭ Thirty Six
↭Thirty Seven
↭ Thirty Eight ✨
↭Thirty Nine ✨
↭ Forty
↭Forty One
↭ Forty Two
↭ Forty Three
↭ Forty Four
↭ Forty Five
↭ Forty Six
↭ Forty Seven
↭ Forty Eight
↭ Forty Nine
↭ Fifty
↭ Fifty one
↭ Fifty Three
↭ Fifty Four
↭ Fifty Five
↭ Fifty Six

↭ Fifty Two

1.1K 90 170
By danedheera





The light is coming to give back , everything the darkness stole.

____________________

Identiti mayat rentung dalam kemalangan nahas di Lebuhraya Persekutuan malam tadi telah dikenal pasti . May-

Pap !

Dicampak terus remote TV di atas meja. Fed up dengar jawapan yang sama dari pihak siasatan . Sakit hati pun ada. Kalau dialah yang diberi tanggungjawab tersebut , siasatan tentang anaknya boleh selesai hari ini. Dia meraup muka dan mengeluh berat.

" Karl. Cuba bawak bertenang. Sabar. "

" Aku penat Qaz. Hari-hari hadap TV semata-mata nak tahu perkembangan anak aku , Qaz. Kau tak ada dekat tempat aku , senanglah kau cakap . "

" Sabar Karl. Aku faham dengan keadaan kau sekarang Karl. Berat kau nak terima apa yang berlaku sekarang ni. Tapi kau kena ingat , setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada sebab-sebab tertentu yang kita sendiri tak tahu. "

Qaz yang berada di sisi tidak henti-henti memberi semangat. Bahu Karl ditepuk-tepuk. Dia juga sedih dengan berita yang menimpa anak perempuan sahabatnya.

Dua kejadian berlaku malam tadi betul-betul menyentapkan hati mereka. Dan sekarang mereka semua berada di hospital menunggu keputusan doktor tentang keadaan Irfan.

Hana tidak dia cadangkan untuk turut serta . Bimbang dengan keadaannya yang sedang mengandung. Jadi , dia ditemani Eirna di rumah bersama Dellia Jasmien.

Anak- anak mereka yang berdiri di depan pintu wad milik Irfan , Qaz pantau dari jauh. Hanya dapat melihat keadaan Irfan dari tingkap sahaja.

" Aisha satu-satunya anak aku. Kau fahamkan bagaimana situasi aku sekarang. Tanpa anak aku , aku lost. Aku hilang segala-galanya . Kenapa Allah uji aku sebegini rupa , Qaz ? "

Pap ! Bahu Karl ditepuk kuat. Kadang-kadang bengang juga Qaz dengan pemikiran Karl yang ini . Apa yang keluar dari mulut dia , kesemuanya tidak terjangka . Otak tercicir agaknya waktu bercakap tu .

" Kang kalau aku cakap kau bodoh kau marah. Kau ada aku. Kau ada kita orang. Paling penting , kau ada Allah. Allah uji umatnya sebab dia sayang. Sebab dia nak tengok umatnya ni kembali ke tak pada dia. Ini tidak , masa susah dan masa sakit sahaja ingat dia. Waktu senang , leka dengan dunia. "

Karl kemam bibir saat mendengar ceramah percuma yang disampaikan Qaz. Rasa nak nangis pun ada. Macam kena marah dengan mak-mak. Haih entah kenapa , sejak-sejak ini , hati dia menjadi hati tisu lagi-lagi kena beleter .

" Aku jahil. Allah terima ke solat aku. Doa aku ? Taubat aku ? "

" Aku pun sama , Karl. Aku pun tak sempurna juga. Manusia tetap ada melakukan kesilapan. Tapi Karl jahat manapun kita , sembahyang. Sebab sembahyang tu tiang agama. Dari situ , kita dapat perbaiki diri kita jadi lebih baik. "

Jeda.

" Aku terbaca satu hadis ni yang bermaksud Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya ; Riwayat al- Bukhari ( 2661 ). Nak lagi jelas , apa yang aku faham dari sini ialah seseorang yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah SWT akan menerima taubatnya . Faham , Karl ? "

" Faham. "

Dan selepas itu suasana menjadi hening.

Qaz yang sememangnya menumpu perhatian kepada Karl mula terasa diperhatikan. Mata Qaz bertembung dengan sepasang mata lelaki tua di hadapan kerusi mereka dan berbalas senyuman. Raut wajah yang bersih buatkan Qaz leka memandang.

" Pak cik datang sini dengan siapa ? Seorang sahaja ke ? " Serta-merta Qaz memulakan perbualan.

" Tak. Pak cik datang dengan mak cik. Melawat besan kami , dia jatuh tangga . Tergelincir. Biasalah orang tua. Tinggal pula dengan bini. Anak semua kerja luar. Benda dah jadi , kita tak boleh nak undurkan masa dah . "

" Baru lagi ke jatuh tangga ? " Soal Qaz . Karl yang di sebelah menggaru kening setelah memandang mereka bersilih ganti . Tak gatal tapi hairan. Sejak bila Qaz peramah ni ?

Malas hendak menyampuk , dibiarkan sahaja Qaz dan pak cik di hadapannya berborak. Sesekali dia juga ada mencelah. Jam tangannya dikerling. 8.40 malam.

Dia memerhati mereka berdua bersembang. Rancak betul berbual. Seperti tiada penghujung je gayanya. Boleh dah join group whatsapp si Qaz ni. Ada ciri-ciri hampir serupa .

" Nak , pukul berapa dah ? " soalan daripada pak cik iru menyedarkan Karl. Sekali lagi jam ditilik.

" 8.46 malam , pak cik. "

Pak cik angguk faham. Dia berdiri perlahan-lahan dan menepuk bahu mereka berdua.

" Mari , kita. Dah lewat ni. "

" Ke mana , pak cik ? " Serentak Karl dan Qaz bertanya dengan nada hairan.

" Solat Isya' .Dah lama masuk waktu. Nanti lewat-lewatkan berdosa pula. Tak baik kita melengahkan waktu solat . "

Mereka berdua berpandangan lama dan dengan niat dan hati yang ikhlas , mereka mengangguk kepala lantas berjalan seiring dengan pak cik itu.

Menuju ke surau yang berhampiran.


♛•♛•♛•



Kizz Calvien ligat meninjau gelagat-gelagat pembunuh upahan dari atas bukit berpasir. Sedang dia meninjau , seekor rama-rama menghinggap pada pipi. Dia tidak melatah mahupun menampar sebaliknya meraih rama-rama tersebut lalu meletakkannya di atas tapak tangan.

Sejenak , angin dari arah barat bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa tubuh Kizz Calvien. Rambutnya berselerak , langsung dia tidak hiraukan. Malah dia boleh memejam mata , menikmati suasana petang.

Serta-merta satu bayangan yang dikenali muncul di fikiran.

" Aisha Kim. " Satu nama yang sentiasa meniti di bibir. Masih diingat raut wajah yang indah , bibir yang sentiasa mencebik , paling dia tidak boleh lupa dengan muka blur gadis itu. Jelas di minda Kizz Calvien .

Bibirnya secara automatik mengukir senyum lebar.

Apa khabar gadis itu ? Sihat ke ? Dah ada boyfriend ? Dah kahwin ? Satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hati. Rindukah dia ? Jawapannya , sendiri tahu.

Namun , hatinya menjadi tidak enak tiba-tiba . Bagaikan ada benda buruk sedang berlaku. Nafas ditarik panjang-panjang dan lepas. Perasaan gusar ditepis jauh-jauh agar dia dapat selesaikan tugasnya dengan segera.

" Sabar Kizz. Tak lama dah penantian kau ni. Settle kerja , terus balik. "

Sedetik , matanya dibuka. Iris mata Kizz Calvien melirik tapak tangannya. Rama-rama itu masih tidak berganjak walaupun sayapnya sering dikibas-kibas seperti bersedia untuk terbang.

Haih, kesian pula dia pada rama-rama ini . Dia pun mahukan kebebasan seperti makhluk lain. Tanpa berlengah , Kizz Calvien menggerakkan tangannya ke atas supaya rama-rama boleh bebas ke mana-mana tempat yang ingin dia pergi.

Sekelip mata , rama- rama itu terbang ke udara.

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sama kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you

Untuk kesekian kalinya , bibir Kizz Calvien menguntum senyum nipis melihat rama-rama itu makin terbang jauh dan lenyap dari pandangan.

" Kizz ! "

Jerit Pak cik Howard dengan riak cemas sambil menunding ke arah kawasan mereka sentiasa berkumpul . Kawasan dendaan daripada pembunuh terlatih. Lekas Kizz Calvien bergerak turun ke bawah bersama pak cik Howard.




♛•♛•♛•




Banyak kali pintu bilik kerja Your Highness diketuk. Tapi tiada sahutan dari dalam. Pintu dia tolak dan tutupnya berhati-hati. Pergerakannya terhenti melihat Your Highness tidak berkelip merenung dokumen di depan mata.

Termenung lagaknya.

Dia menggeleng kepala. Langkah tetap diteruskan ke arah meja.

Secangkir kopi yang masih hangat diletakkan di atas meja. Tidaklah berhampiran sangat dengan dokumen-dokumen yang sedang disemak Your Highness. Nanti tertumpah. Dia juga yang dimarah.

" Your Highness . "

Tidak menjawab.

" Your Highness . " Nadanya sedikit kuat daripada tadi akhirnya menyedarkan Qaiser Lawrence dari khayalan.

" Kenapa Zavian ? "

Zavian nak mengeluh. Tapi dia tidak boleh mengeluh. Lagi-lagi dengan orang tua. Berdosa . Nak-nak mood Your Highness banyak swings sejak akhir-akhir ni .

"Your Highness fikirkan apa sampai berkerut kening ? "

Qaiser Lawrence menghela nafas kecil.

" No pain is unbearable expect that of regret . And now , I felt it , Zavian . I cannot undo what I have done. I can't un-sing a song that's sung. Hence, the saddest thing about my regret - I can't forgive me. Forgive myself . "

" Your Highness , feeling sorry for your own self means you started to love yourself. Manusia seperti kita tak akan lari dari buat kesilapan. Tak salah Your Highness untuk maafkan diri sendiri. Atas apa yang berlaku sebelum ni , jadikan ia sebagai satu pengajaran supaya perbuatan Your Highness itu tidak berulang lagi. Maaf jika Pat- Opss. "

Automatik Zavian menutup mulut sambil menundukkan badan sedikit. Tanda meminta maaf atas kesilapannya sebentar tadi. Mesti dia dibebel ni.

" Zavian. Dari tadi Uncle perhati kamu bercakap. You still use formal language with me. Its only two of us. Tak perlu guna Bahasa formal . Berapa kali Uncle perlu ulang supaya kamu ingat ni ? "

Kan. Dah agak.

Zavian menggaru kepala. Qaiser Lawrence menggeleng kepala. Dia dah anggap Zavian seperti anaknya sendiri.

Peribadi Zavian mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang berjaya menimbulkan perasaan kesal di dalam lubuk hati sehingga kini .

" Zavian , kita balik ke Malaysia esok pagi . " Putus Qaiser Lawrence dengan yakin buatkan Zavian sedikit sebanyak menghadirkan rasa tanda tanya dalam dirinya.

" Back to Malaysia ? Are you sure with this plan , Your Highness ? Tak takut kena halau balik seperti mana Your Highness pernah halau dia dulu ? "

" Demi sebuah kemaafan dan pembentukan semula keluarga harmoni , Uncle sanggup tempuh kebencian dan cacian . Uncle sanggup telan kesemuanya walaupun pahit tapi itulah yang sewajarnya Uncle terima. "

Qaiser Lawrence menarik senyum tipis. Potret di dalam frame gambar ditatap sayu. Zavian pandang raut wajah tua itu. Wajah yang dahulu penuh aura dominan , ganas dan bengis telah hilang dimakan usia. Dan diganti dengan air muka yang penuh penyesalan. Penuh rindu yang tersarat di hati.

Rutin hariannya sesudah habis kerja mesti dia singgah ke perpustakaan mini. Menghadap foto-foto yang mengimbau segala kenangan. Zavian jika tiada kerja memang tidak berani meninggalkan Qaiser Lawrence bersendirian di perpustakaan mini. Bimbang apa-apa terjadi terhadap Qaiser Lawrence.

" Thus , for your information Zavian , there was one last thing I had to do before starting my new journey . Confronting my past that had been haunting me. " Tambah Qaiser Lawrence lagi , Tekad.

Kalau nak jadi apa-apa , jadilah. Dia tidak kisah dan dia terima.

"Uncle. Saya bangga dengan sikap Uncle yang sekarang. More matured . And ... Saya ada terbaca satu ayat ini. In Surah Al-Imran ayat 139 mengatakan 'Do not lose hope, nor be sad. You will surely be victorious if you are true believers.' I honestly believe that ... We get down and we get sad. That is all apart of what makes us human. That whatever happens to us is what was meant to happen and that no matter how far we astray ourselves from Islam or Allah S.W.T , He will always be with us and wanting the best for us. "

" Thank you Zavian. Thank you. " Untuk kesekian kalinya , satu senyuman panjang menghiasi bibir tua itu. Hati dia rasa tenang. Sungguh tenang.


♛•♛•♛•



Kedua-dua belah daun pintu mewah terbuka luas setelah identiti mereka disahkan melalui fingerprint scanner.

Jay sebagai pembantu peribadi Sean Darren dengan wajah mendatar menyambut kedatangan Firash Xayyen dan mengiringinya hingga berhenti di hadapan dinding bercat hitam . Permukaan dinding tersebut ditekan ke dalam . Automatik dinding itu bergerak ke kiri . Memperlihat isi ruang private pub yang sangat mewah .

" Silakan . Capo ada di dalam . " Jay menunduk kepala dan memberi mereka jalan .

Kepala diangguk kemudian melangkah ke depan . Susuk tubuh yang digendong dibawa dengan berhati-hati .

" You're late . " Tegur satu figura yang bersandar dengan santai di sofa sambil menggoyang perlahan gelas kaca berisi wine dengan sebelah tangan.

" Itu lebih baik daripada aku tak datang langsung. " Balasnya sarkastik.

" Kalau kau tak datang , aku masih tak ada rugi apa-apa pun . "

Sean Darren melorek senyum sinis sebelum bangun dari sofa . Gelas kaca yang dipegang diletak di atas meja . Matanya menjeling gadis di dalam dukungan Firash Xayyen yang masih tidak sedarkan diri .

" Kau ikut aku . Letak perempuan ni dalam bilik dulu . After that , aku bagi apa yang kau nak ."

Bersama sebelah tangan di dalam poket seluar , Sean Darren bergerak ke suatu arah diikuti Firash Xayyen . Rich and luxury. Dua perkataan yang boleh Firash Xayyen simpulkan tentang Sean Darren.

Sampai di hadapan sebuah bilik , Sean Darren berhenti dan menyuruh Firash Xayyen membaringkan gadis itu di atas katil. Setelah gadis itu dibaringkan , Sean Darren lekas menghulurkan briefcase kepada Firash Xayyen sambil matanya galak memerhati wajah gadis yang masih tidak sedarkan diri .

Cantik .

" Thank you bro ! And... Enjoy your meal . " Bisik Firash Xayyen dengan senyuman penuh tersirat . Bahu Sean Darren ditepuk lalu keluar dari bilik.

Kedengaran pintu bilik telah dikunci dari dalam. Senyum menyeringai menghiasi bibir . I don't think you can run away from here , little girl. Dia pasti malam ini , malam nighmare buat gadis itu.

Firash Xayyen menunduk , memandang briefcase yang dijinjing . Briefcase tersebut diusap. Akhirnya , dia dapat apa yang dimahukan . Dendam juga sudah dilunaskan.

Apa yang berlaku hari ini semuanya telah dirancang oleh Firash Xayyen. Plan A terbabas , dia masih ada Plan B. Dia pasti pihak di sebelah sana sedang panas hati ataupun sedang berduka dengan 'kematian' gadis yang mereka sayangi.

Sean Darren mengambil tempat di sisi gadis itu. Mukanya didekatkan ke muka Aisha . Tangan dia menari-nari di atas permukaan kulit wajah gadis itu. Perlahan dan perlahan hingga ke bawah.

Namun , pergerakan tangannya terhenti saat terpegang seutas rantai bertali. Diraih dan diteliti ukiran nama di rantai leher gadis itu.

Vien's .

Matanya membuntang dan serta-merta giginya diketap. Air muka berubah merah. Marah .

" Shit ! Tak guna ! Firash Xayyen , kau memang tempah maut kali ini ! "





Tbc.

Terima kasih buat readers yang masih setia. Hampir setahun menunggu , kan ? Am I late ?

Mood Dane banyak hilang sebelum ni. Then , Dane dah start hardworking sampai lupa dengan my works in watt. ') But after all of you bagi Dane kata-kata semangat , baca semua comments , Itulah penyebab Dane bangkit balik.

And here I am.

Sorry kepada siapa yang lupa jalan cerita , siapa yang masih setia dengan my works , Dane ucapkan Thank you. ❤️






List your :

- Favourite Quotes

- Favourite Drama 2022 & 2023

- Favourite Novel.

Continue Reading

You'll Also Like

156K 7.6K 42
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
5.7K 175 36
TENGKU HAYRIEL NAUFAL nama yg di geruni di Dunia mafia.Tiada sesiapa yg berani mendekati lelaki itu..Namun selepas pertemuan antara Aulia Qasrina Dan...
1.5M 63.7K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
635K 26.6K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...