QAYYUM'S WEAKNESS | OG

Von nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Mehr

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘21∘∘°

20.7K 1.7K 127
Von nabilllss

Tangan Qayyum meraba-raba ruang tidur disebelah. Berkerut dahinya apabila susuk tubuh si isteri tiada. Dek kerana masih mengantuk dia kembali terbuai dengan lena.

"Wake up! Harini awak kerja." Fredella menampar lembut belakang badan Qayyum.

"Awal lagi, Awish ngantuk ni." Hanya itu respon Qayyum. Langsung dia tak endahkan isterinya.

"I need Qayyum. Bukan Awish, cepat bangun." Suara wanita itu berubah meninggi. Plaid blazer disarungkan ke tubuh sambil mengejut Qayyum.

"Ngantuk ni sayang.." Qayyum mengiring pula menghadap Fredella. Dia menayangkan wajah mengada.

Fredella melepaskan keluhan. Dia tak ingat ke harini hari apa? Idea nakal muncul dalam otak secara tiba-tiba. Fredella membongkokkan tubuh. Dia mendekatkan bibir ke telinga Qayyum.

"My dearest 719.. you look handsome enough even if you're still sleepy. Tapi, awak lagi nampak hensem kalau awak bangun dan terus mandi." Bisik Fredella dengan penuh nada menggoda. Bibirnya mengoyak senyuman nipis.

Melihat Qayyum yang masih lagi tiada tanda-tanda untuk bangun, Fredella hampir putus asa. Beberapa saat kemudian dia kembali hendak menegakkan tubuh.

"Argh!" Nyaring jeritan Fredella apabila Qayyum bertindak menariknya kuat. Tersembam ke atas dada jejaka itu.

"I've woken up from sleep Fredella. Thanks for the temptation." Nada suara Qayyum jelas kedengaran masih mengantuk. Kelopak mata dibuka perlahan sebelum tatapan mereka bertemu.

"Ma-mana ada saya goda awak!" Fredella mengeraskan badan. Dia masih belum dilepaskan. Qayyum telah mengunci pergerakannya.

"Wanginya.." Spontan komennya.

"Awak masuk RSE ke harini?" Soal Qayyum mendatar.

"Saya kerja separuh hari je. Cepat lah bangun, pergi siap." Fredella mengawal nafas sebaik mungkin.

Terbit senyuman di bibir Qayyum. Akhirnya dia lepaskan juga wanita itu. Sungguh berbeza penampilan Fredella ketika hendak bersiap ke kerja. Her outfit looks expensive.

"Cepat tau. Saya tunggu awak sementara saya nak pakai tudung." Pesan Fredella sebelum menerpa ke arah vanity table.

Qayyum mencecahkan kaki ke lantai sebelum terus bersiap mandi. Ketika dia hendak melangkah ke bilik persalinan, matanya sempat menangkap cara Fredella memakai shawl. Helaian shawl itu hanya diselempangkan ke atas bahu kanan dan kiri. Tudung tersebut tidak melepasi paras dada.

"Fredella—"

Terhenti seketika tangan yang sibuk membetulkan tudung. Renungan tajam suaminya dibalas seperti biasa. Qayyum mendekati Fredella bersama wajah yang beku.

"Kenapa Qay?" Soal Fredella terpinga-pinga. Apa yang pelik dengannya sekarang? Lain macam saja reaksi Qayyum.

"Awak... ubah cara pakai tudung yang lain boleh? Saya tak suka macamni. It doesn't suit you." Tangannya ringan menjatuhkan kembali helaian shawl Fredella.

"Wear it properly. Saya sayang isteri saya." Tanpa menunggu wanita itu memberi respon, Qayyum terus beredar lalu menuju ke bilik persalinan.

Fredella masih terpaku dan tidak bergerak walaupun sesaat. Tersentuh mendengar arahan suaminya yang terselit dengan teguran. Atau lebih kepada nasihat.

"Saya pun sayang suami saya." Ucapnya perlahan sebelum bibir mengukir senyum lebar. Fredella akur. Cara memakai shawlnya diubah segera.

"Fredella! Saya minta awak hantar dekat ZM je, bukan sampai Berlin!" Meremang bulu tengkuk Qayyum. Isterinya bawa kereta serupa racer dah! Menyesal bagi drive.

"Kejap. Sikit lagi nak sampai dah. Sorry suami!" Selamba Fredella. Fokus menghadap jalan raya tanpa mengendahkan suaminya.

Qayyum membisu. Dia hanya mampu tawakal dan berharap sangat perjalanan mereka akan berhenti.

Selesai 10 minit berlalu, akhirnya tiba jua ke destinasi. Fredella memarkir kereta lalu menurunkan Qayyum.

"Suami.." Fredella memaparkan wajah mengusik. Renungan Qayyum jelas tidak berpuas hati. Tubuhnya menghadap seat Fredella.

"Lepasni saya tak bagi awak drive." Tanpa membalas senyuman Fredella, dia menghulur tangan kanan.

"Hehe sorry—" Huluran tersebut disambut. Fredella mengucup lembut tangan suaminya.

"Kalau nak keluar pergi mana-mana pastikan ada Warda. Don't be alone." Pesan Qayyum bersedia hendak keluar dari perut kereta.

"Okey.." Masih belum memudar senyuman Fredella. Sehingga selesai suaminya turun diperhatikan.

"Bye bye Qayyum! I love you!" Sengaja Fredella melontarkan suara yang kuat menyebut perkataan itu. Dia nampak kelibat Aaren menerpa ke arah Qayyum. Minyak terus ditekan. Honda Jazz milik suaminya laju meluncur dan menjauhi kawasan bangunan mewah itu.

"I love you sayang." Ayat itu dibalas dengan nada yang perlahan. Qayyum tersengih seorang diri. Gelagat Fredella sangat lucu banginya.

"Wow! Ulang lagi sekali. Sayang?!" Tegur Aaren serentak menampar kuat belakang tubuh Qayyum.

"Diam. Bodyguards lain pandang aku." Qayyum meraup wajah. Tangannya diseluk kedalam poket hoodie sebelum mengatur langkah. Semudah itu dia meninggalkan Aaren.

"Boleh bawak gosip baru dekat Fareez ni—" Komen Aaren tak habis-habis dengan gosipnya.

"Interesting." Tidak lama kemudian jejaka itu menyusul mengikut langkah sahabatnya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

TOK TOKK

"Apa lagi kau nak, Aa—" Baru saja nama Aaren hendak disebut, ternyata gerangan yang masuk ialah orang lain.

"Tuan Ev?" Pantas Qayyum bangun dari duduk. Menyambut jejaka itu dengan wajah yang tenang.

"Kau... sibuk?" Soalan itu ditanya berdasarkan dengan apa yang dilihat. Meja kerja Qayyum tampak serabut. Setup nya tidak tersusun.

"Sikitlah. Kenapa? Tuan Ev nak suruh aku buat apa?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Jaranglah Tuan Evren nak tanya sibuk ke tak.

"Jum, pergi meja aku kejap. I got something." Usai itu, terus Evren meninggalkan bilik khas Qayyum.

Terkial-kial Qayyum dibuatnya. Wajah Evren tampak cemas semacam. Serius. Resah. Qayyum taknak melengahkan masa. Dia keluar mengikut apa yang di arah.

"Maksud Tuan Ev.. Uqael dapat tahu yang Cik Della dah kahwin ke?"

"Ya. Cuma dia taktahu yang Della kahwin dengan siapa. You should be careful." Evren menyandarkan tubuh. Dia sedar air muka Qayyum berubah risau.

"Relax. Dia susah nak trace dekat mana korang duduk. Rumah kau ketat dengan safety kan? Maklumlah penthouse..." Sengaja dia menyelitkan hiburan untuk menenangkan Qayyum.

Qayyum senyum tipis. Namun pesanan Evren takkan di sia-siakan.

"About his company, aku rasa ada benda yang kita taktahu Tuan Ev." Udang disebalik batu? Memang itulah apa yang Qayyum rasakan sejak pertama kali dia bertemu dengan Tengku Uqael.

"Maksud kau?" Kembali menegak tubuh tegap Evren.

"Hampir 4 kali seminggu dia ke airport. Pergi sana tanpa tujuan untuk melancong?" Jelasnya mengikut apa yang diperoleh dari berjaga malam selama ini.

"Habis dia buat apa kat sana?"

"Hai Ev! Hai Qay!" Automatik mereka menoleh ke arah tuan empu yang menyapa. Khalisa Fredella sudah menghiasi pandangan mata.

"Awak, buat apa kat sini?" Serba salah wajah Qayyum. Dia bangun lalu mendapatkan wanita itu.

"Kan saya dah cakap, saya kerja separuh hari je. I'm bored." Itulah apa yang dirancang dari rumah lagi. Dia sengaja mengada nak drive supaya mudah hendak ke ZM. Bebas nak menjenguk Qayyum.

Mendengar ayat si isteri yang seakan mahukan perhatian, Qayyum alihkan pandangan ke arah Evren.

"Tuan Evren—"

"It's okay. Treat your wife first." Kepala diangguk, faham akan situasi Qayyum. Sekurang-kurangnya sempat juga mereka berbual tentang perihal kerja.

Qayyum tersenyum kelat. Dia melangkah keluar seraya menarik lembut tangan Fredella. Pintu bilik khas Evren Anaqi kembali ditutup rapat.

"Err.."

"Gelapnya bilik awakni. T-tak takut ke Qay?" Hampir jatuh dagu Fredella menonton suasana bilik khas suaminya. Kali pertama dia menjejakkan kaki di dalam ini.

"Takut?" Qayyum melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya.

"Kerja yang saya buat lagi menakutkan, Fredella. Berisiko, bahaya." Balas Qayyum mendatar. Dia suka dengan keadaan kelam begini. Cahaya yang terpancar melalui komputer raspberry Pi dan juga laptopnya sudah cukup mencerahkan ruangan.

Lama Fredella diam. Mata hazelnya ralit memerhatikan sana sini. Perlahan-lahan dia mendekati kerusi suaminya.

"Takut? Come.." Arah Qayyum sambil menunjuk isyarat sesuatu.

"Hah? Duduk atas riba awak ke?" Bebola mata Fredella jatuh ke tangan Qayyum. Jejaka itu menepuk pehanya beberapa kali. Itulah isyarat yang ditunjuk.

"Awak ada nampak kerusi lain ke sayang?" Sengaja dia mengangkat kening. Mujur Aaren bawa keluar kerusi lagi satu. Thanks bro!

"Ta-takda." Bibir diketap. Taktahulah mengapa dia mudah terlihat polos dihadapan Qayyum.

"Then come. Have a sit." Ringkas respon jejaka itu. Masih menunggu pehanya menjadi tempat duduk si isteri.

"Okey..." Akhirnya Fredella akur. Perlahan punggung dilabuhkan ke atas riba Qayyum. Tubuhnya mengeras secara mendadak apabila jejaka itu mengubah posisi duduk agar lebih selesa.

Tangan kiri Qayyum naik memeluk pinggang Fredella. Manakala sebelah tangannya lagi naik ke atas meja kerja. Fokus menaip sesuatu tanpa bersuara.

"Qay? Awak nampak lainlah kalau tengah buat kerja." Fredella mula bersuara apabila dia sudah rasa selesa. Tangan kekar Qayyum yang berada di perutnya itu diusap lembut. Jejaka itu tetap fokus walaupun menggunakan sebelah tangan.

"If I had started doing my task, I'm not Qayyum Darwish anymore." Bibir didekatkan ke kawasan telinga Fredella.

"Then who are you now?" Fredella menoleh menghadap Qayyum. Mendapatkan wajah beku suaminya. Cuba memahami apa yang disampaikan.

"I'm 719." Pipi mulus Fredella membuatkan bibirnya selalu hendak menghinggap ke situ. Sejujurnya Qayyum suka apabila Fredella datang menjenguk. Nak tunggu jumpa di rumah? Waktu baliknya yang tidak mengizinkan.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
67.6K 9.5K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...
408K 43.2K 44
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...