QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘19∘∘°

20.4K 1.6K 164
By nabilllss

Jari-jari pantas menekan butang papan kekunci laptop. Tangan Fredella yang tak duduk diam dari tadi dibiarkan sahaja. Sekejap berada di atas dadanya, sekejap lagi berubah pula memeluk lengan kekarnya. Wanita itu masih lagi dibuai mimpi. Qayyum fokus menatap skrin laptop.

"Qayyum.." Dahi Fredella berkerut. Tangannya laju meraba-raba sekeliling. Akhirnya naik menghinggap ke wajah suaminya.

"Allahuakbar—" Terasa pedih pula secara mengejut tangan wanita itu menampar wajah. Qayyum menjatuhkan tangan Fredella, perlahan.

"Nak cari saya buat apa? Saya ada sebelah awak." Dia nak lari mana sedangkan setia menunggu si isteri bangun dari tidur?

Fredella membuka kelopak matanya luas. Dan ternyata Qayyum betul-betul berada disebelahnya. Best nyaaaa ada morning view baru! Walaupun masih mengantuk, bibir Fredella automatik tersenyum.

"Sorry.." Katanya dengan nada suara perlahan.

"Takpa." Senyuman isterinya dibalas. Qayyum kembali kalihkan pandangan ke skrin laptop.

"Bukan awak dapat cuti ke? Kenapa pagi-pagi dah menghadap laptop?" Bebola mata Fredella jatuh ke riba jejaka itu.

"Saya tak buat kerja pun lah.." Tidak lama kemudian Qayyum mematikan laptopnya lalu diletakkan ke atas bedside table. Dia sudah terbiasa bangun awal pagi dan terus menghadap benda itu. Kalau tak pegang laptop satu hari rasa macam tak lengkap.

"Teman saya ambil barang dekat rumah lama boleh?" Qayyum menyelesakan tubuh. Dia bersandar di kepala katil namun badan mengiring menghadap Fredella.

"Rumah lama?" Kalau tengah mamai memang tak boleh nak ingat apa-apa. Fredella menutup mulut yang terbuka luas akibat menguap.

"Rumah saya dengan Fareez. Saya nak ambil barang sikit dekat sana." Ubun-ubun rambut wanita itu dielus lembut.

"Eh mestilah boleh! Saya nak check bilik awak." Sekelip mata hilang mengantuk. Dia biarkan tangan jejaka itu yang masih lagi mengusap rambutnya.

"Nak check buat apa hm?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Apa yang nak diperiksa dalam bilik bujangnya itu? Takda benda yang menarik kalau dibandingkan dengan bilik mewah Fredella.

"Mana tahu,.."

"...awak ada simpan gambar mana-mana perempuan ke—" Alunan suara Fredella penuh mengejek. Dia sengaja mengajak suaminya bergurau.

"Ada." Terbit senyuman nakal di bibir Qayyum. Ingat Fredella sorang jeke licik bergurau?

"Siapa?" Reaksi muka Fredella berubah keruh. Seperti yang dijangka oleh suaminya.

Senyuman nakal Qayyum berterusan. Usapannya di rambut Fredella sudah berhenti. Jejaka itu bangun dari baringan, mencecahkan kaki ke lantai.

"Ada lah sorang tu... awak kenal—" Sengaja menggantungkan ayat. Qayyum menapak ke ruang persalinan. Meninggalkan Fredella yang masih berselubung dengan selimut.

Sepantas kilat tubuh Fredella menegak. Wanita itu mengengsot duduk dihujung katil. Dia menunggu sehingga selesai suaminya keluar dari ruang persalinan.

"Qay! Wait—"

Apabila kelibat Qayyum muncul keluar, terus Fredella mengejar langkah mendapatkannya. Jejaka itu sengaja memekakkan telinga. Pintu bilik mandi dikuak lebar.

"Siapa? Siapa orangnya? Saya kenal?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Wajah Fredella memaparkan riak selamba walaupun dia sedar jejaka itu tidak berbaju.

Qayyum tertawa kecil sambil meneruskan langkah masuk kedalam bilik mandi. Sehelai tuala dilingkari kemas di leher. Dia berhenti memusing tubuh menghadap Fredella.

"Gelak pulak. Saya serius ni tau!" Mata Fredella tidak fokus. Taktahu nak beri tumpuan buat yang mana satu. Muka tengah gelak dah hensem satu, shirtless pun satu.

"Awak serius pun nampak cantik, apatah lagi kalau awak teman saya mandi." Tangan kiri menahan bukaan pintu, sebelah tangan lagi menarik isterinya kedalam. Qayyum berjaya mengumpan Fredella. Ketawa sinisnya sudah cukup membuktikan.

"Geramnyaaaaa—" Pipi bulat Airis digomol tanpa henti. Bersungguh-sungguh Fredella melayan si kecil itu.

"Amboi kau." Suara Khalaf mengejutkan Fredella apabila dia selesai turun dari tangga. Qayyum turut menyusul dibelakang jejaka itu.

"Apa dia?" Terangkat alis kening Fredella, apa yang tidak kena? Siapa suruh anak comel sangat! Geram

"Nak baby pergi buat sendiri. Ni anak aku. It's Babah turn now." Belum buat apa-apa lagi, Airis menaikkan kedua-dua tangannya ke atas. Teruja apabila babahnya sudah berada didepan mata. Sekejap jari-jarinya digenggam, sekejap dibuka kembali. Seperti hendak mencapai sesuatu.

"Nella tak suka auntie Dell ke? Laju je nak babah dukung—" Fredella akur, dia biarkan saja Khalaf mengambil si comel itu darinya. Lengan kekar Qayyum ditarik sehingga membuatkan jejaka itu terduduk disebelahnya.

"Jum ambil barang awak. Lepastu kita boleh sambung bercinta." Kedengaran lembut dan sopan didengari oleh Khalaf. Qayyum hanya mampu menyorok senyuman.

Khalaf melabuhkan punggung berhadapan dengan sofa yang diduduk oleh Fredella dan Qayyum. Tubuh kecil Airis dipeluk kemas.

"Ambil barang? Dekat mana?" Soal Khalaf ingin tahu. Kemana dan dimana tempat yang bakal dibawa oleh Qayyum sudah dia tahu terlebih dahulu.

"Rumah Fareez dengan Qay lah. Abang bukan tahu ke?" Jawab Fredella laju.

"Tahu. Tapi tadi Qay kata dia nak bawa kau balik rumah dia. Rumah dia," Mata hitam Khalaf tepat menghala ke arah susuk Qayyum.

"...dengan kau." Dan beralih ke arah Fredella pula.

"Rumah kita?! Betul ke???" Sehingga terangkat bahu Airis mendengar wanita itu mengeluarkan suara yang kuat. Tercebik-cebik bibir kecilnya, terkejut.

"Iya... lepas saya bawa awak ambil barang, kita balik rumah tu ya?" Qayyum rasa bersalah melihat Airis. Dia menenangkan isterinya.

"Okey jum, sekarang." Wanita itu terus bangun, bersedia meninggalkan ruang tamu.

"Sayang—" Tangan Fredella ditarik pantas. Automatik terhenti langkahnya disebabkan Qayyum.

Fredella menoleh kepala kebelakang. Sekejap betul hilang hala tuju selepas mendengar panggilan yang satu itu.

"Kenapa?" Wajah Qayyum dipandang dengan reaksi biasa.

"Jangan lupa bagitahu mama dulu. Minta izin dekat dia." Dia memang berniat, untuk bawa Fredella tinggal berdua di rumah yang lain.

"Saya nak naik pergi jumpa mama lahnii.. awak tunggu tau." Putus Fredella lalu kembali menoleh kedepan.

"Tunggu." Qayyum berfikir panjang sejenak. Dia juga perlu mendapatkan keizinan Tengku Rossa untuk membawa puterinya seorang ini keluar berpindah.

"Biar saya minta izin dekat Ku Ros sekali." Jejaka itu bangun sebelum berdiri tegak menghadap Khalaf.

"Tuan Muda, aku naik atas dulu ya?" Dia tetap menghormati Tuan Mudanya. Walaupun Khalaf selalu mengingatkannya yang dia adalah adik ipar.

"Alright." Khalaf mengangguk kepala, perlahan. Belakang tubuh Airis diusap lembut. Mujur anaknya tidak menangis. Kalau tidak, tak lepas Fredella selagi budak kecil itu tidak berhenti menangis.

"Tak panas ke tunggu saya luar kereta?" Beberapa storage box dibawa keluar dari pagar rumah. Qayyum mendekati ke arah bonet keretanya.

"Tak. Lagipun awak dah nak sudah." Fredella turut menerpa ke arah suaminya. Dia bantu apa yang patut. Storage box tersebut disusun rapi.

"Terima kasih isteri." Qayyum menghadiahkan senyuman buat Fredella. Selesai barang disusun, dia terus menutup bonet kereta tanda selesai.

Tadi awal pagi cakap check bilik bagai, sudahnya jejakkan kaki kedalam pun tidak. Katanya malas.

"Sama-sama suami!"

"Next location." Ini waktu yang dinanti-nantikan. Fredella tak sabar untuk bergerak ke lokasi seterusnya. Wanita itu menyusun langkah ke pintu kereta. Belum sempat tangannya menyentuh pintu kereta, terlebih dahulu Qayyum menghalang pergerakannya.

Qayyum hanya diam, tetapi tangannya sudah selesai membukakan pintu buat Fredella. Dia memberi isyarat agar isterinya masuk. Fredella akur, punggungnya selesai berlabuh di atas seat.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Jauh lagi ke?" Mata hazelnya tidak lepas menatap pemandangan diluar kereta. Lebih kurang 2 jam Fredella menahan mata dari terlena.

"Pandang depan. Kita dah sampai.." Arah Qayyum lembut. Dua buah bangunan tinggi sudah terpacak didepan mata. Sama tinggi dan serupa kedua-dua buahnya.

"Apartment?" Fredella memaling wajah, menghadap suaminya. Boleh tahan tinggi! Bangunan RSE pun tak setinggi ini. Getus hatinya. Mendongak wajah wanita itu, mencerna keadaan sekeliling.

Honda Jazz Qayyum sudah selesai diparkir. Terbuka luas mata Fredella apabila tempat parkir kereta suaminya diletakkan khas dengan sebuah papan tanda. Tulisan yang terukir dibaca dalam hati. "719| Penthouse"

"Qayyum, barang-barang kita macam mana?" Terkial-kial Fredella mengejar langkah Qayyum. Beg tangannya dibetulkan. Lengan kekar jejaka itu dirangkul erat.

"Nanti saya uruskan. Jum.." Bibir Qayyum mengoyak senyuman tipis. Dia membawa isterinya masuk kedalam apartment mewah itu.

TEET TEEET

Setiap kali Qayyum menekan butang kata kunci, pasti ia mengeluarkan bunyi. Fredella membisu, dalam fikirannya sekarang dia hanya membayangkan keadaan didalam.

Sebaik sahaja pintu tersebut terbuka secara automatik, Qayyum menarik pinggang isterinya kedalam. Mereka berdua melangkah masuk secara serentak.

"Q-Qay...." Kalau tadi matanya terbuka luas, sekarang mulut pula yang terlopong. Fredella terpegun dengan struktur dan dekorasi yang menghiasi pandangan mata.

"Penth..penthouse apartment?" Dia menoleh menghadap Qayyum. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Saya dah ada rumah ni lama dah.." Balas Qayyum dan kembali menarik pinggang wanita itu mengikut langkahnya.

Minimalist design. Tersusun walaupun masih banyak ruang yang kosong. Kena dengan cita rasanya. Fredella bukan suka mengemas terlalu berlebihan. Duduk rumah mamanya sendiripun lebih kepada goyang kaki.

"Tapi Qay, saya sendiri pun belum tentu nak beli rumah macamni walaupun saya mampu. H-how can..." Dia agak terkejut berpeluang melihat semua ini. Pelbagai soalan yang bermain di kepala Fredella.

"Saya bekerja dengan abang awak, Della." Takkan isterinya masih lagi tertanya-tanya? Qayyum penat berdiri. Sofa baldu putih yang berada didepan matanya menarik perhatian.

Fredella turut menyusul. Dia duduk bersebelahan jejaka itu. Masih belum berpuas hati.

"Maksud awak... awak beli rumah ni guna gaji?" Fredella menaikkan kedua-dua kaki ke atas. Dia bersila kemas, tubuh dipusing menghadap suaminya.

"Iya." Hanya sepatah itu dibalas. Terasa disoal siasat oleh polis. Bezanya tiada kesalahan dibuat. Qayyum menjatuhkan kepala, menyandarkan tubuh kebelakang. Penat memandu masih berbaki.

"Berapa gaji awak sebulan sampai awak mampu beli penthouse ni? Pleaseeeeee, last question..." Suara Fredella berubah manja. Dia mengurut lengan kekar suaminya.

"30k sebulan. Saya akan asingkan duit untuk abah dengan ummi. Dan selebihnya saya simpan, sebab saya taktahu nak buat apa." Qayyum terpaksa menjawab juga. Sekurang-kurangnya dia lega kerana itu adalah soalan terakhir.

"WHAT?!" Hampir jatuh dagu Fredella. Dari nada suara yang lembut... terus bertukar nyaring sehingga membuatkan bahu Qayyum terangkat sedikit.

"Tutup mulut. Saya penat ni.."Nafas berat dilepaskan.

"Nak saya tutupkan guna mulut saya tak?" Spontan dia mendiamkan wanita itu. Qayyum tersenyum menang. Kelopak mata sengaja dirapatkan.

"Awak kalau ngantuk, baringlah dalam bilik." Serba salah melihat suaminya tidur dalam posisi begitu. Wajah bersih Qayyum Darwish ditatap lama.

Qayyum tidak memberikan respon. Masih lagi dengan mata tertutup dan membiarkan isterinya merenung.

Fredella terleka. Matanya tertumpu pada bibir merah Qayyum. Wanita itu tersengih seorang diri. Dia tahu Qayyum masih sedar dan tidak tidur.

"Saya bagitahu ummi. Awak taknak layan saya. Buat-buat tidur. Hmmph—" Kelemahan suaminya berada dihujung jari. Fredella bangun sebelum terus berlalu.

Hampir tercabut jantung Fredella apabila Qayyum mengangkat tubuhnya sepantas kilat. Jejaka itu lebih laju bertindak. Urat di tangan mula timbul apabila isterinya dicempung erat.

"Qayyum!"

"Shhh..." Bisik Qayyum perlahan ditelinga Fredella. Jejaka itu mengatur langkah ke bilik tidur.

"Saya nak layan awak lah nii. Calm down sayang." Satu persatu langkah melepasi setiap ruangan depan. Dia menenangkan Fredella yang ingin meloloskan diri.

Pintu bilik dibuka dan kembali ditutup rapat. Qayyum meletakkan Fredella perlahan-lahan ke atas katil. Tiga butang atas baju kemejanya dibuka.

Dada Fredella berombak tenang apabila wajah suaminya nampak seperti biasa. Dia mengengsot ketepi, memberi ruang apabila Qayyum naik berbaring.

"Sini.." Qayyum memegang bahu Fredella. Menyuruh agar wanita itu merapat ke dadanya.

Fredella hanya menurut. Dia bersandar dengan beralaskan abdomen suaminya. Selesa. Dia suka dengan layanan yang Qayyum berikan. Tangan Qayyum masih lagi berada ditempat yang sama, memaut bahu wanita itu dari bergerak.

Terbuai dengan tamparan nafas Qayyum, Fredella baru tersedar yang jejaka itu sudah selesai lena. Wajah didongakkan sedikit, mencerna rahang suaminya. Sempurna! Hanya satu perkataan itu sudah cukup menggambarkan personaliti luar dan dalaman Qayyum Darwish. Syurganya...

Continue Reading

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
8.7K 183 10
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
94.5K 1.2K 1
(On Going) MMA: Mixed Martial Arts "I don't care, Ammara sayang. Abang dah janji dengan Asad, abang akan jaga Ammara macam nyawa abang sendiri. Ammar...
21.3K 1.1K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...