QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘16∘∘°

17.1K 1.6K 316
By nabilllss

"Darwish? Bawa balik siapa ni?" Tuan Hafiz menjatuhkan spek matanya ke tulang hidung. Apabila dia cuba mencerna wajah Fredella yang berada dibelakang Qayyum, gadis itu menyorok disebalik tubuh anaknya. 

"Adik bongsu Tuan Muda." Qayyum ketepikan tubuh, memberi ruang abahnya melihat Fredella.

"Aii.. banyak benda abah nak tanya ni—" Wajah anaknya seperti tiada perasaan. Sepatah yang disoal sepatah yang dijawab. Kalau siang hari bawa tetamu takpa, ini dah malam.

"Masuk-masuk. Ummi kamu ada kat dalam." Tangan dilambai beberapa kali. Mengajak mereka berdua masuk kedalam rumah.

Apabila Tuan Hafiz sudah hilang dari pandangan mata, Fredella mula menerpa kedepan.

"Saya tak kenal orang tua awak. Saya tidur dekat hotel je.." Nada suaranya perlahan menutur ayat. Takut jika terdengar sampai dalam.

Selangkah kaki Fredella kebelakang ketika Qayyum mendekat berdiri menghadapnya. Wajah tenang jejaka itu membuatkan dia semakin gabra. Tujuan dia kesini untuk bersemuka dengan Qayyum. Bukan dengan orang tuanya!

"Macam mana nak kenal kalau taknak berdepan? Jangan, Tuan Muda Khalaf tak benarkan." Balas Qayyum mendatar.

"Jum masuk. Saya ada." Tambahnya lagi mendiamkan Fredella. Kaki mula bersedia hendak melangkah masuk.

"...Cik Khalisa Fredella, sebelum saya tarik awak guna cara lain, lebih baik awak masuk." Qayyum mencerlung tepat ke gadis itu.

"I'm done." Terpaku 10 saat, Fredella akur mengikut langkah Qayyum masuk kedalam.

"Dok ko ni hok dale gamba tu Awish? Serupo deh, abe?" Anak mata Puan Salima tidak lari dari memerhati Fredella. Dia yakin yang wajah ini pernah dilihat sebelum ini.

"Nanti dulu Ima." Tuan Hafiz menenangkan isterinya dari melontarkan soalan bertubi.

"Jauh betul kamu datang kesini. Cari Qayyum ke? Tak bawa tunang sekali?" Dia tak pernah lupa dengan apa yang diceritakan oleh Qayyum sebelum ini. Masih tersemat didalam ingatan bahawa orangnya sudah bertunang.

"Saya d-dah..." Fredella pada awalnya pelik bagaimana Tuan Hafiz tahu akan hal itu namun dia cuba menjawab.

"Dah putus tunang, abah. Dia rindu Awish, sebabtu dia sanggup datang dari jauh." Laju Qayyum mencantas. Ketika dia menutur ayat itu, hanya wajah abahnya yang dipandang.

Membulat mata Fredella mendengar. Memang dia sorang je yang berani dengan aku, kalau bukan depan Tuan Hafiz dan Puan Salima bertekak rasanya! Omel Fredella didalam hati.

"Awish—" Puan Salima mengecilkan mata, merenung tajam anaknya.

"Bagi dio oyak dulu." Dibuatnya anak orangni tak suka kena usik macamtu, kan dah malu.

"Saya baru je putus tunang. Saya datang sini memang nak cari Qayyum. Mmm..macam mana makcik dengan pakcik boleh kenal saya?" Soalan yang terakhir itu ditanya dengan nada suara yang agak perlahan. Kalau main teka teki sendiri takboleh, kena tahu jugak jawapan dari mulut mereka sendiri.

"Ohh. Hok tu mu tanyo Awish—" Patutlah anak bertuahnya sorangni nampak miang semacam. Rupa-rupanya buah hati dah putus tunang. Wajah Puan Salima spontan menghadap Qayyum disebelah.

"Cari Qayyum? Soal kerja ke soal apa?" Bibir Tuan Hafiz mengoyak senyuman tipis.

"Err.." Fredella balas senyuman lelaki berumur itu dengan sengihan. Matanya turut memberi isyarat kepada Qayyum.

"Jangan kekok. Pakcik okey je. Macamni lah, hari dah larut malam, pukul 10 dahpun. Tidur sini jelah ya?" Putus Tuan Hafiz serentak menutup mulut yang menguap. Dia terus bangun dari duduk.

"Ima nanti sediakan bilik yang kosong tu untuk buah hati Awish. Abang masuk tidur dulu." Sempat kepala ditoleh ke arah isterinya memberi arahan itu. Tidak lama kemudian Tuan Hafiz berlalu pergi.

Tercengang dengan ajakan tersebut, Fredella tidak mampu membantah. Dia menyepi sambil berterusan memberi renungan isyarat buat Qayyum.

"Gi mana ummi?" Terangkat sebelah kening Qayyum apabila Puan Salima turut bangun menyusul abahnya.

"Ummi nak gi wak hok aboh suh tadi. Nanti mung bawok Della tengok bilik." Senyuman diukir manis buat Fredella. Wanita itu terus buat apa yang disuruh oleh suaminya. Dan tujuan utamanya untuk memberi keselesaan buat Fredella. Dari tadi mendiamkan diri menahan rasa janggal. Kesian pula.

"Okey.." Qayyum angguk perlahan. Sehingga hilang susuk tubuh ummi diperhatikan.

"Boleh saya pergi situ?" Jari telunjuk Fredella menghala ke arah beranda. Teringin benar dia mahu jenguk beranda rumah ini. Melalui ruang tamu, matanya sempat menangkap sebuah buai rotan di beranda luar sana.

"T-tapi... awak ikut. Sebab saya," Apabila Qayyum mengangguk, dia menambah lagi permintaan.

"Sebab takut." Potong Qayyum laju. Dia bangun sebelum meninggalkan Fredella terkial-kial seorang diri diruangan itu.

"Qay! Tunggu—" Pantas Fredella berlari anak mengikut langkah jejaka itu dari belakang.

10 minit berlalu. Mereka berdua menyepi di beranda tersebut. Fredella leka menikmati angin sejuk sementara Qayyum melayannya dengan mengayunkan buai. Bebola mata jejaka itu setia memerhati Fredella walaupun mereka tidak berbual.

"Qayyum.." Wajah diangkat, mencerna Qayyum yang masih asyik melayannya.

"Kenapa Cik Della?" Anak mata bertembung seketika. Spontan panggilan 'Cik' disebut.

"Cik? Why must have Cik?" Ayunan buai berterusan. Namun kelajuannya mula berkurang.

"Cause you deserve it." Balas Qayyum ringkas.

"But you shouldn't be deserve to call it. Just Fredella." Nada suara Fredella amat berbeza Qayyum dengar. Isi hati masing-masing masih berbaki banyak tersimpan.

"Tak rasa terbeban datang jauh-jauh semata cari saya?" Qayyum memulakan niatnya untuk mentafsir fikiran Fredella.

"Tak.." Kepala digeleng beberapa kali. Dia sendiri tak percaya yang berada didalam rumah keluarga Qayyum sekarang ini.

Apabila renungan anak mata mereka berterusan lama, Fredella mula melarikan pandangan. Hatinya berdegup laju ketika Qayyum menghentikan buaian.

"Let me be your healer Fredella." Qayyum menapak kehadapan buai rotan tersebut. Dia berdiri tegak menghadap Fredella.

"What if saya tak layak untuk awak? I can't love anyone." Dia masih dengan perasaan yang sama. Takboleh menahan diri dari meragui sesuatu.

"Awak boleh, Fredella."

"Saya faham awak tersiksa. Saya faham awak lawan perasaan awak sendiri. Saya dah cukup faham semuanya. Takboleh ke bagi diri awak peluang untuk faham saya pula?" Semakin lama menunggu, semakin menebal rasa putus asa itu.

Qayyum mula kebelakang apabila Fredella turun dari buai tersebut. Gadis itu berdiri dekat dengannya.

"Saya takut awak menyesal tunggu saya, Qayyum—" Fredella sedar mata putih Qayyum kian bertukar merah.

"Because I used to love him and I never regret knowing him." Tanpa sedar dia mencabar keikhlasan Qayyum. Redup pandangan gadis itu kedalam anak matanya.

Hampir 95% pudar sepenuhnya. Usaha, kesungguhan, tempoh menunggu, kesabaran, semuanya hampir luruh. Qayyum hanya mampu menahan perit.

"Jika matahari pergi kerana adanya malam, apakah perasaan saya juga terpaksa diusir pergi kerana datangnya dia yang lebih sempurna buat awak?" Qayyum mengetap rahang. Dia redha jika doanya tidak terbalas.

"Yang lebih sempurna buat saya tu, awak lah. I used to love you and I never regret knowing you." Terbit senyuman dibibir Fredella.

"Fredel—" Mata Qayyum semakin berkaca. She used to love me? Dia kurang yakin dengan apa yang didengar.

"He is you. Yang sempurna tu awak,"

"... Qayyum Darwish." Sambung Fredella memaparkan baris giginya.

"Saya.."

"Saya hampir benci awak, Fredella." Jujur Qayyum setelah selesai air matanya jatuh. Dia hampir mengunci hati sendiri dari mengharapkan benda yang tiada kepastian. Masih terkesan goresan di jiwanya.

"Awak takboleh benci saya. Sebab saya dah bagi diri saya peluang untuk faham awak, Qay. Please don't. I need you.." Budi baik Qayyum akan hanya dapat dibalas dengan cinta. He needs love and she needs someone to be her healer.

"Kiranya.. betul lah abang saya cakap awak selalu menangis disebabkan saya. Kan?" Hoodie yang setia dipegang dari tadi, Fredella bawa naik ke wajah Qayyum.

"Sebab Allah izinkan air mata saya jatuh. Mungkin Dia lebih tahu air mata saya berbaloi atau tak.." Dalam air mata yang jatuh membasahi wajah, akhirnya Qayyum mengukir senyuman nipis.

"Saya pun rasa berbaloi sebab ada lelaki yang sanggup menangis untuk saya." Helaian hoodie itu digunakan untuk mengelap air mata Qayyum. Ternyata, bukan semudah yang dijangka untuk peroleh jejaka seikhlas Qayyum. Fredella sendiri tak percaya yang dia berpeluang untuk melihat dan mendengar kata-kata hati Qayyum.

"Selebihnya awak kena maafkan saya, tau. Saya dah pujuk anak ummi ni—" Tanpa henti air mata Qayyum dikesat.

"Taknak maafkan selagi awak taknak kahwin dengan saya." Hoodie nya ditepis perlahan.

"Cepat-cepat nak pergi mana?" Usik Fredella menyejukkan hati Qayyum.

"Cepat? Saya tunggu awak berbulan, Fredella..." Jejaka itu merapat ke Fredella. Selangkah dia kedepan semakin kebelakang dibuatnya Fredella disebabkan buaian tadi.

"Hari dah malam lah Qay! Tak larat saya nak bergaduh mulut." Fredella melepaskan keluhan berat. Hoodie tadi sudah terlepas dari genggaman. Tatapan Qayyum dibalas bersama renungan tajam.

"Darwish—" 

Sesak nafas Fredella hilang sekelip mata apabila Tuan Hafiz muncul di pintu beranda. Tangannya meraba-raba kebelakang di atas tempat duduk buai tersebut.

"Dah kena pujuk dah ya? Ha boleh tidur lena. Pergi bawa Della masuk, tunjuk bilik yang ummi sediakan tu." Matanya mencerlung ke arah Qayyum. Ngantuk Tuan Hafiz hilang apabila melihat anaknya seorang itu cuba mengusik Fredella.

Apabila Tuan Hafiz selesai menjauh. Fredella menjelir lidahnya serentak memaparkan wajah mengejek.

"Tinggal sini. Hantu teman." Qayyum melangkah masuk kedalam rumah sepantas kilat. Dia meninggalkan gadis itu terkial-kial.

Continue Reading

You'll Also Like

192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...
38.8K 1.7K 26
Author : M. Ryukury Title : Aku Tomboy Chapter : 25 (COMPLETE) Start : 20th of April 2018 End : 27th of March 2020 Imani a.k.a Tom mempunyai kenangan...
1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
69.2K 3.5K 8
Mereka kongsi rasa yang sama. Namun saling menyakiti satu sama lain. Kisah mereka berdua kembali terlakar semula setelah beberapa tahun kembali bersu...