His Precious Wife

By starlenenyx

1.1M 50.2K 1.7K

ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡ Dingin dan sombong sifatnya. Berjumpa saat gadis polos itu tida... More

✧ His Series ✧
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
46
lene's
Special Chapter I
Special Chapter II ( last )

45

23.4K 894 91
By starlenenyx

Play the song🎶

5 Tahun Berlalu.....

"Farel, Farel ooo Farel!" Jerit Heinz kuat di tepat telinga Farel.

"Bising lah kau ni!" Farel bangun badan disandarkan di kepala katil mewahnya.

"Kau ni kan tengoklah hidup kau ni, kalah orang bujang!" Selamba Heinz mengutuk depan-depan. Takut apa dia dengan Farel.

Farel senyap. Rambutnya kusut. Muka memang tak payah nak tanya, tak ada rupa ya. Dengan misainya dia langsung tak cukur.

Aduih. Heinz menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Penatlah jaga orang tua ni.

Heinz kemudiannya mengalihkan rambut Farel yang menutupi mata Hazel lelaki tu. Rupa-rupanya mamat ni tidur. Patutlah senyap.

Akibat geram yang teramat, Heinz menyimbah Air paip pada Farel membasahi badan Farel yang busuk.

"Kau ni!" Farel bangun mahu menumbuk Heinz, Heinz yang melihatnya pantas bertindak iaitu lari.

Malas dia mahu bertumbuk dengan Farel. Habis kotor nanti bajunya.

"Woi, nak lari mana?"

"Ha, kau berhenti dekat situ. Kalau kau tumbuk aku, aku tak nak bagitahu kau Haura dekat mana."

Ugut Heinz sambil tangannya disilangkan di dada bidangnya.

Farel berhenti mengejar. Tangan yang dikepal juga dia leraikan. Mukanya jangan tanya, memang nampak gembira.

"Tapi sebelum tu, kau kena pergi mandi dan ubah penampilan kau yang macam
.....hmm kau fahamkanlah sendiri."

Malas mahu sebut.

Farel terus berlari anak masuk bilik air mahu membersihkan diri.

Pakaian dikemaskan. Minyak wangi mahalnya diambil dan disembur. Minyak wangi yang mungkin sudah berbulan-bulam tidak diguna.

Turun di ruang tamu, kelihatan Heinz duduk di sofa bersama ipad di tangan.

"Dah. Bagitahu aku mana Haura?"

Langsung tak bagi salam. Dia terus tanya.

"Tak menyabar."

Ipad di tangannya Heinz lempar ke arah Farel tanpa ragu. Kalau pecah boleh beli baru.

Farel menyambutnya. Skrin Ipad itu Farel lihatnya. Ada lokasi seseorang. Dan dia yakin itu adalah lokasi Haura.

"Jom. Aku teman." Mereka pergi ke arah yang ditunjuk Heinz.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke tempat keberadaan Haura mengambil masa selama berjam-jam lamanya.

Sampai di hadapan rumah kayu itu. Kelihatan ada dua orang kanak-kanak perempuan sedang bermain masak-masak di bawah pokok rambutan.

Tapi yang menjadi perhatiannya bukanlah kanak-kanak itu tapi orang yang sedang duduk di kerusi batu itu memerhati kanak-kanak perempuan itu bermain.

Farel keluar dari perut kereta mewahnya. Heinz juga mengikuti Farel dari belakang.

Sampai di belakang wanita itu, Farel menepuk bahu perempuan itu.

Terasa bahunya ditepuk seseorang, dia berpaling ke arah manusia yang menepuk bahunya.

Dan matanya membulat sempurna melihat Farel. Bagaimana, Farel tahu yang dia ada di sini?

Tangannya yang sudah berkedut-kedut itu dimainkan.

"Mak Su, Farel tanya sekali lagi mana Haura?"

Ini sudah kali keberapa dia soal Mak Su tentang Haura. Tapi Mak Su hanya mengelak saja. Dia keliru, tentang keberadaan Haura.

Mak Su terlihat berdebar mahu menyampaikan kebenaran yang sebenarnya. Ya Tuhan, masa untuk bongkarkan segalanya sudah tiba.

"Jom Mak Su tunjuk dekat Farel Haura dekat mana." Mak Su bangun dari duduk.

Langkah kaki keluar dari rumah kampung itu. Hanya berjalan kaki. Lagipun dekat sahaja rumahnya dengan Haura.

Air mata tidak usah ditanya memang mengalir deras tidak mahu henti.

"Nenek, kenapa nangis?" Gadis bermata hazel yang dia pimpin itu menyoala aneh.

Dari tadi lagi neneknya menangis. Sejak abang-abang tu datang. Siapa mereka sebenarnya?

Orang jahat ke?

Sampai di rumah Haura, mereka masuk ke dalam kawasan tanah itu. Nama Haura dicari-carinya dan jumpa.

"N-ni....Haura ada dekat sini."

Farel jatuh terduduk. Air matanya mengalir deras. Kepala digeleng-gelengkan berkali-kali.

Tidak....bukan ini yang dia mahukan...Ini semua hanya mimpi buruk kan?

"M-maafkan Mak Su. H-haura meninggal setahun yang lepas di dalam sujud terakhirnya." Belakang tubuh Farel dia usap memberi sokongan pada jejaka itu.

Farel menghampiri kubur Haura. Dia, menangis di situ. Bahunya terhinjut-hinjut.

"Kau tahu tak sayang, lama aku tunggu kau balik dekat aku."

"Aku fikir bila dah tahu lokasi kau dekat mana, Aku boleh peluk kau tapi aku salah."

Kubur Haura, Farel peluk. Bukan begini pengakhiran yang dia mahu. Bukan begini.

"Macam mana aku nak hidup kalau tak ada kau? Selama 5 tahun ni aku hidup dengan dihantui yang aku gagal jadi suami yang baik untuk kau."

Melihat Farel yang makin teruk, Heinz menyedarkan kawannya itu supaya sedar.

"Farel, banyak mengucap."

"Astaghfirullah hal adzim." Heinz membisik tepat di telinga Farel. Mahu kawannya itu tenang.

Hasya pula hanya melihat mata Farel yang sudah kemerahan menangis. Mata hazel sama macam dia.

Tapi yang peliknya, kenapa dia menangis dekat Umi?

Dia kenal umi ke?

"Umi kata, kalau rindu dia doalah pada Allah supaya Allah bagi kita jumpa dengan Umi dekat syurga nanti."

Hasya bersuara. Kubur Umi dia tatap dan rumput-rumput yang tumbuh di kubur Umi itu dia cabut satu persatu.

Farel panggung kepala pandang Hasya. Berkerut alisnya melihat wajah cantik Hasya yang seiras Haura.

"Okay dah bersih dah rumah Umi!"

Iris matanya memandang Farel.

DANG

Mata hazel Hasya tepat menembusi Iris mata hazel Farel yang serupa dengannya.

"Eh, mata kita samalah uncle handsome!"

"Uncle handsome ni. Muka dah handsome  tapi tak ceria pula. Janganlah sesedih. Umi kata kalau sesedih nanti tak comel."

Beritahu Hasya dan Air mata Farel terus berhenti mengalir. Mata Farel hanya tepat memandang Hasya.

"Cuba senyum." Arah Hasya pada Farel. Hasya buat muka serius pura-pura garang.

Farel tergelak kecil melihat celoteh Hasya. Dia senyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"Ha, ni baru Abi handsome kita!" Tangannya melingkar di leher Farel.

Manakala tubuh Farel mengeras. Abi?

Mak su yang melihatnya senyum. Hasya sangat bijak mengubah emosi seseorang.

"Farel, ni Hasya anak kamu dan Haura."

Membulat sempurna mata hazel Farel. Tubuh Hasya dia jauhkan darinya. Wajah Hasya ditiliknya dari atas hingga bawah.

Continue Reading

You'll Also Like

667K 25.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
170K 11K 33
Adam Hirdy | Azalea
18.2K 991 17
𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, ci...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...