QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘15∘∘°

17.2K 1.6K 240
By nabilllss

"Abang! Tunggu!" Fredella mengejar langkah mendapatkan kedua-dua abangnya.

Khaleef dan Khalaf berpura-pura tidak dengar. Mereka berdua melajukan langkah hendak keluar dari pintu utama.

"Berdosa buat pekak dengan adik sendiri tau!" Apabila Fredella berhenti, pinggangnya dicekak bersama wajah yang tidak berpuas hati.

"Taktahu taktahu, aku memang pekak." Khaleef dengan selamba meninggalkan Khalaf. Belum sempat adik lelakinya hendak keluar bukaan pintu dirapatkan dari luar.

"Ha kau! Tunggu situ—" Fredella berlari anak lalu terus menghalang Khalaf dari kembali membuka pintu.

"Apa dia yang kau nak ni? Nak suami pergi cari sendiri, bukan cari dekat aku." Balas jejaka itu menyakitkan hati. Dalam hatinya menyumpah seranah Khaleef. Dia sempat keluar, aku pula yang kena tahan!

"Abang sorok Qayyum ke? Kenapa Della pergi office takda dia? Tanya dekat Fareez pun dia kata taktahu." Teka teki dibuat sendiri. Fredella mula pelik dengan tingkah laku abang-abangnya.

"Aku nak sorok dekat mana anak orang tu? Pelik-pelik kau ni." Khalaf menolak bahu gadis itu ketepi. Dia menerpa kedepan dan hampir berjaya membuka pintu.

"Okay then. Bagitahu dekat mana kampung anak orang tu. Tak dapat kampung, alamat rumah Qay pun jadilah—"Soalan terus ditanya bertubi. Sekali lagi Fredella menghentikan langkah Khalaf.

"Cuba kau dengar..." Khalaf merendahkan tubuh tegapnya. Tangan kanan naik ke telinga, seperti mendengar sesuatu...

Fredella turut terikut. Fokusnya hilang seketika. Dia memasang telinga seperti yang disuruh. Anak mata hazelnya melilau ke sekeliling.

"Boo aku panggil. Kau dengar kan?" Selepas ayat itu ditutur, pantas Khalaf keluar melalui bukaan pintu yang kecil. Hanya itu saja yang dia mampu untuk buka, kalau lebar lagi takut kantoi. Dia berjaya meninggalkan Fredella terpinga-pinga.

"Ish!" Fredella merengus geram. Pintu dijeling walaupun abangnya tiada lagi disitu.

Sesaat berlalu. Apabila dia memusing tubuh kebelakang, mata Fredella membulat menyedari Aisy tercegat didepannya. Wanita itu tersenyum lebar melihat wajah terkejut Fredella.

"Ta-tadi abang cakap.. Kak Aaaa..."

"Dia usik Della je tu. Kak Aisy memang balik rumah mama sebab rindu dengan Harizz." Aisy menarik lengan Fredella lembut. Dia sempat menonton gelagat suaminya tadi.

"Jum ikut Kak Aisy kejap—" Lengan gadis itu ditarik lalu menuju ke ruang tamu.

Fredella hanya akur mengikut langkah kakak iparnya. Senyum tipis diukir walaupun sakit hati masih berbaki buat Khalaf.

"Della tercari-carikan Qay sebab apa?" Soal Aisy setelah selesai melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Della.."

"...terhutang budi dengan dia Kak Aisy." Balas Fredella dengan nada perlahan. Dia menyelesakan duduk bersebelahan Aisy.

"Habistu..kalau Della dapat jumpa Qay, Della nak balas budi dia dengan apa?" Ayat yang dilontarkan penuh maksud tersirat. Aisy sedar gadis itu terdiam seketika.

Terbit senyuman kelat dibibir Fredella. Otaknya ligat menyusun ayat apa yang nak dibalas. Mesti semua orang tahu yang dia sedang tenggelam dengan rasa bersalah sekarangni kan?

"Apa yang Della patut buat, Kak Aisy? Kenapa semua orang macam sembunyikan Qay?" Pandangan Fredella mula redup. Dia bersungguh betul nak tahu dimana Qayyum berada. Tapi... haih!

"Takda siapa yang sembunyikan Qayyum. Della patut buat apa? Mestilah Della kena balas budi dia." Lembut nada suara Aisy menyedapkan hati Fredella.

"...Maksud Kak Aisy, balas cinta dia." Wanita itu menghabiskan ayatnya bersama sengihan manis. Lesung pipitnya jelas terukir.

Mendengar ayat itu juga, tanpa sengaja bibir Fredella mengoyak senyuman. Patutlah abangnya mampu tergilakan lesung pipit Aisy. Dia sendiri tersenyum seorang diri melihatnya.

"Tapi kalau Della tak mampu nak balas budi dia dengan cara tu, macam mana?" Dia bimbang dengan percakapan yang bakal dilontarkan buat Qayyum. Takut bakal menambahkan luka dihati pun satu.

"Semua orang mampu."

"Semua orang berhak merasa disayangi. Della taknak semua tu, hm?" Bahu kiri Fredella ditekap bersama tangannya. Dia tahu apa yang terjadi diantara Fredella dan Uqael. Dan dia tahu.. apa yang tersirat dalam fikiran gadis itu.

"Nak.." Jujur Fredella nak. Kesalnya sampai harini masih terkesan. Ingatkan dapat merasa 'disayangi' oleh si tunang, oh bukan! Bekas tunang. Bisik hati Fredella.

"Kak Aisy cuma tahu yang Qay asal dari Kelantan je. Alamat semua tu, Kak Aisy tak pasti." Putus Aisy berterus terang. Tujuan dia mengajak Fredella berbual kerana suaminya yang merancang semua itu.

"Nak kan? Pergi minta dekat Qayyum. Dia boleh bagi Della lebih dari tu tau!" Sengaja dia mengeluarkan nada suara teruja. Moga kurang beban yang ditanggung oleh Fredella. Aisy meletakkan kepala di atas bahu adik iparnya.

"Kak Aisy tahu???" Terbuka luas mulut Fredella. Mendengar saja 'Kelantan' tadi hilang segala resahnya.

"Thank you Kak Aisy!" Tubuh Aisy dipeluk erat. Nasiblah ada kakak ipar yang membantu. Dia berteriak suka dalam hati. Senyuman lebar Fredella berterusan lama.

"Kenapa Farrel biarkan Della keluar senja-senja macam ni? Kelantan tu jauh—" Masam mencuka wajah Tengku Rossa. Dia menyilang tangan memeluk tubuh.

"Muka babah hensem kan little boo? Cuba tenung muka babah lama-lama." Khalaf sengaja menukar topik. Dia melagakan hidung bersama Airis.

"Dah jadi babah pun melawan mama.." Punggung dilabuhkan ke atas sofa. Tengku Rossa menjeling tajam anak lelakinya. Mujurlah kecomelan cucunya dapat menyejukkan hati.

"Lagi-lagi. Tenung muka babah." Galak Khalaf melayan Airis. Sekilaspun dia tidak balas renungan mama.

"Kalau sampai dekat sana nanti, entah pukul berapa pula. Dahlah hari makin malam. Mama risaukan Della, Farrel—" Kalau dekat takpa, ini berbatu-batu. Sudahlah pula Fredella suka bawa kereta dengan laju. Bukan tahu takut dah kalau pegang stering.

"Mama! Mama!"

Mendengar suara Harizz menjerit, Tengku Rossa menoleh kepala mencarinya. Luruh jantung apabila secara mengejut budak itu memanggil.

"Kenapa Harizz?" Terangkat alis kening seketika. Wanita itu terus bangun dari duduk mendapatkan Harizz.

"Rizz nak pergi tandas. Tapi Rizz takut. Mama temankan boleh? Rizz tak tahan—" Wajah Harizz jelas seperti terdesak. Perutnya ditekup bersama tangan. Terasa memulas semacam.

"Jum. Meh cepat.." Lengan budak lelaki itu ditarik lembut. Tengku Rossa membawa Harizz meninggalkan ruang tamu.

Tanpa disedari, Khalaf tersenyum nakal apabila mamanya berlalu pergi. Dia renung gerak-geri mereka sehingga selesai. Perfect timing, little boy.

Khalaf langsung tidak rasa bersalah melepaskan Fredella memecut ke Kelantan tanpa bertemankan anak-anak buahnya. Ada orang lain yang lebih berhak memantaunya disana.

Kiri kanan penuh dengan gerai kecil orang kampung. Ada yang sudah selesai mengemas barang untuk pulang, dan ada yang masih setia melayan pelanggan mahupun pelancong yang singgah. Suasana malam kali ini amat berbeza buatnya. Selesai saja memakir kereta dia terus masuk ke kawasan Pantai Tok Bali.

Fredella berjalan kaki sambil anak mata tidak lepas memerhati sana sini. Seumur hidupnya dia tidak pernah berpeluang untuk menikmati semua ini.

"Kalau balik rumah Tok Ma pun, bukan keluar pergi mana-mana." Dia meluah perasaan seorang diri. Perjalanan diteruskan sehingga dia ternampak sebuah gerai burger.

Bau hidangan gerai itu menusuk kuat ke hidung Fredella. Dia tertarik! Perut pula terasa lapar yang amat. Gadis itu berlari anak menerpa kesana.

"Err.." Burger tepi jalan? Sudah tentu sekalipun belum pernah dia rasa. Apatah lagi singgah. Menu direnung lama dari jauh. Mengenangkan perut yang meminta-minta untuk di-isi, Fredella terus redah dengan memesan apa yang dibacanya tadi.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Senak lah juga—" Lelah mulut yang mengunyah. Nasiblah pemandangan didepan mata terbentang luas dengan air laut. Suapan terakhir itu membuatkan perut Fredella yang kosong tadi kembali terisi penuh.

Kasut sandals nya menjadi mangsa untuk dijadikan alas duduk. Langit yang kian gelap ditatap penuh tenang. Setahun sekali jelah kut dapat angin sejuk macamni. Alunan air ombak tidak bosan didengar.

"Bila saya nak dapat jumpa awak, Qayyum?" Hoodie yang berada didalam pelukan dipandang sekilas.

"Ya Allah..." Fredella menekup wajah di fabrik hoodie tersebut. Dia mula tertanya-tanya apa yang membuatkan kakinya bergerak sejauh ini. Bauan pada hoodie itu menenangkannya.

"Belum jumpa awak.. tapi saya dah rasa tenang." Terkeluar juga ungkapan tenang itu. Dia penat berperang dengan perasaan sendiri setelah apa yang terjadi.

"Saya..." Hoodie Qayyum masih dipeluk kemas. Matanya tertutup rapat disebalik wajah yang ditekup.

"... saya cari awak, Qayyum Darwish. Kerana Allah." Biarlah suasana malam ini yang mendengar kata-kata hatinya. Dia menahan diri dari mengucap ayat itu, namun siapa Fredella mampu untuk menyimpan? Doa 'si dia' yang bertahan melembutkan hati Khalisa Fredella.

"Muncul lah, datang lah, sambut lah saya Qay." Air mata Fredella berjaya menitis.

Fredella menggenggam penumbuk serentak menghentak pasir pantai ditepi kedudukannya. Berulang kali dia ulang tanpa mengendahkan pasir yang melekat di tangan.

"AWWW!" Wajah basahnya mula kelihatan. Berkerut dahi Fredella menahan sakit. Dia menepis baki-baki pasir dan batu tajam yang melekat. Patutlah pedih, tulang buku lima tangannya luka. Semakin lebat tangisan gadis itu.

"Saya ada, Fredella. Stop hurting yourself.." Terhincut bahu Fredella mendengar suara si gerangan yang menyapa. Dia mengetap bibir seketika, menahan nangis. Kepala ditoleh ke kiri, sibuk tercari-cari dimana puncanya suara itu sedangkan tuan empunya sudah berada disebelah kanan.

"Sakit sangat sampai tak nampak saya ke?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Senyum ditahan apabila mulut Fredella terolopong melihatnya. Dia berdiri ditepi kedudukan Fredella.

"Qayyum! Is that you?!" Meninggi suara teruja Fredella. Pantas dia bangun dari duduk berdiri menghadap jejaka itu.

"Kampung saya tak benarkan berdua-duaan macamni. Tangan sakit kan? Ikut saya." Qayyum mengatur langkah tanpa menunggu teruja Fredella habis. Sebenarnya dia mahu melepaskan senyuman. Hoodie miliknya dipeluk!

"Qay!"

"Wait for me please!" Berhenti sekelip mata tangisan Fredella. Dia menyarung sandals sebelum mengejar Qayyum yang hampir menjauh. Masih tidak percaya dengan semuanya. Ini bukan bayangan kan?! Suara, wajah, mahupun tubuh yang dilihat nyata! I found you, Qayyum Darwish.

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 168K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...
408K 43.2K 44
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
1.1M 56.1K 128
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
67.7K 9.5K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...