ZHAFRAN AUDEN ©️

By eyreshaa_

606K 31.5K 3.1K

𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗... More

₊˚ʚ Zhafran Aurel ⨾ଓ
₊˚ʚ Prologue ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 1 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 2 ⨾ଓ
Announcement
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 3 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 4 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 5 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 6 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 7 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 8 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 9 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 10 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 11 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 12 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 13 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 14 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 15 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 16 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 17 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 18 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 19 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 20 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 21 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 22 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 23 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 24 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 25 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 26 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 27 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 28 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 29 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 30 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 31 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 32 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 33 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 34 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 35 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 36 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 37 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 38 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 39 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 40 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 41 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 42 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 43 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 45 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 46 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 47 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 48 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 49 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 50 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 51 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 52 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 53 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 54 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 55 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 56 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 57 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel 58 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : 59 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : Epilogue ⨾ଓ
₊˚ʚ Lots of Love ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : SC 1 ⨾ଓ
₊˚ʚ Zhafran Aurel : SC 2 ⨾ଓ

₊˚ʚ Zhafran Aurel : 44 ⨾ଓ

7.3K 382 40
By eyreshaa_

Song : Runtuh by Feby Putri ft Fiersa Besari

SUASANA di hospital bertukar sunyi. Zhafran menyandarkan tubuhnya di dinding sambil berdiri lama. Hatinya tidak tenang selagi tiada khabar tentang Aurel.

Tanpa dipinta, air matanya jatuh buat ke sekian kalinya. Kenapa disaat mereka ingin bahagia, akan ada pengganggu?

"Ya Allah.. Sayang.." Zhafran mengesat air matanya yang kian mengalir di pipinya. Zayyan, iaitu adik kembarnya turut sebak tatkala melihat Zhafran seperti itu.

Perlahan-lahan, Zayyan melangkah menuju ke arah Zhafran. Zhafran terkejut gak kehadiran Zayyan disisi.

"Sabar Zhaf.. Banyakkan berdoa.." pesan Zayyan dengan perlahan.

"Kau tak tahu betapa sakitnya aku bila lihat isteri aku macamtu, Aqil!" Zayyan memejamkan matanya sesaat, dia mengurut dahinya yang berdecit kesakitan. Pening ada abang seperti dia ni.

"Kau tak rasa semua tu!" Amuk Zhafran dengan nada yang lantang tanpa sedar bahawa mereka berada di hospital.

"Kalau kau sakit, aku pun sakit juga! Aku faham perasaan kau sekarang. Now, pergilah solat maghrib dulu lepastu baliklah.." Kata-kata yang Zayyan lontarkan itu hanya dibalas dengan gelengan.

Air mata yang mengalir di tubir matanya dikesat lagi.

".. Biar aku jaga kak Aurel kejap. Balik pergi mandi dulu." Arah Zayyan lalu dia menepuk bahu abang kembarnya dengan kuat.

"Kalau isteri aku dah sedar, call me as soon as possible." Usai mengutarakan ayatnya, kakinya laju melangkah keluar dari kawasan hospital itu. Zayyan hanya mengangguk, dia menghantar Zhafran melalui hujung anak matanya sahaja.

Pantas sahaja Zhafran memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta lalu pedal minyak itu ditekan kuat dan mula membelah jalan raya.

"Bagaimana dengan puan Aurel? Kandungannya selamat?" Bertalu-talu soalan terbit daripada Zayyan. Dia juga risau dengan keadaan kakak iparnya itu.

"Awak ni suami dia ke?" Soal doktor Humaira semula kepada Zayyan apabila dia melihat wajah Zayyan yang hampir sama dengan Zhafran.

Pantas Zayyan menggelengkan kepalanya.

"No, aku adik suami dia." Humaira hanya menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

"Saya minta maaf Tuan.. Saya tak boleh selamatkan kandungan puan Aurel. Kandungan puan Aurel mengalami hentakan yang sangat kuat dan pendarahan yang serius menyebabkan kandungannya tidak dapat diselamatkan. I'm sorry." Usai berkata, Humaira menundukkan wajahnya sedikit. Bukan dia tidak mahu menyelamatkan nyawa kandungan Aurel, namun kandungan itu memang tidak dapat diselamatkan.

"Tetapi, please jangan beritahu puan Aurel dulu buat masa ni. She need to have some rest." Pesan Humaira, matanya terlirik akan sosok Aurel yang kian lesu baring di atas katil pesakit.

"Ya Allah.." Zayyan meraup wajahnya kasar, dugaan apa lagi yang bakal abangnya alami ni..

"Saya minta diri dulu, buat masa sekarang, saya minta jangan lawat puan Aurel.." Zayyan hanya mengangguk perlahan. Terbit rasa simpati dalam lubuk hatinya dengan pasangan itu.

Humaira melangkah pergi setelah usai berkata. Dia dapat melihat betapa kasihannya lelaki yang bergelar adik ipar kepada pesakitnya. Ini belum suami Aurel yang tahu. Pasti hancurnya hati jejaka itu. Berat sungguh ujian yang menimpa mereka. Kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu bertahan sementara sahaja dalam genggaman.

Zayyan merenung wajah kakak iparnya yang berada di dalam wad melalui cermin kecil di pintu wad tersebut. Wajah itu pucat tak berdarah. Kedengaran tapak kaki seseorang menuju ke arah Zayyan. Dia, Zhafran Auden.

Zhafran terus mendekati Zayyan. Wajahnya dipanggung kearah Zayyan. Riak wajah yang dipaparkan Zayyan membuat Zhafran gusar.

"Ada apa-apa berita tentang isteri aku, Aqil?" Soal Zhafran namun Zayyan hanya membisukan diri. Seperti ada bendasing yang tersekat di lehernya sehingga tidak dapat mengeluarkan ayatnya.

"I'm asking you, Zayyan Aqil" Anak mata Zhafran menembusi kornea mata Zayyan. Zayyan mengucapkan kalimat suci itu untuk menenangkan hatinya. Berat untuk dia katakan terhadap Zhafran mengenai berita itu.

"Jangan nangis please?" Ujar Zayyan perlahan.

"Anak kau.. Tak dapat diselamatkan.." Perlahan Zayyan melontarkan ayat itu, dia dapat melihat betapa peritnya perasaan Zhafran ketika itu dengan hujung anak matanya.

Tidak semena-mena butir-butir mutiara jatuh menyembah permukaan lantai hospital tatkala mendengar berita yang kurang menyenangkan itu.

"Allahuakbar.. Isteri aku macam mana?"

"She's fine, Zhafran." Zayyan menundukkan wajahnya, dia turut sebak setelah melihat wajah Zhafran yang berlinangan dengan air mata itu.

Mereka baru sahaja mahu mengecapi nikmat kebahagiaan, tetapi kebahagiaan itu diiringi dengan kedukaan..

MATA Zhafran terlirik akan sosok isterinya yang sedang tidur itu. Dia tidak habis-habis menyalahkan dirinya. Sudah dua hari isterinya memejamkan matanya. Dia memegang tangan isterinya yang kaku itu, dikucupnya berkali-kali.

Jika dia tidak lambat, mesti semua ini tidak akan berlaku..

Mesti dia tidak akan kehilangan anaknya.

'Maafkan babah, sayang.. Babah lambat nak selamatkan mama..' Ujar Zhafran dalam hatinya. Air matanya jatuh lagi tetapi kali ini air matanya jatuh menyembah pipi isterinya, namun dia gagahkan dirinya untuk terus berada di situ. Dia tidak mampu untuk melihat isterinya yang diselebungi dengan wayar-wayar di tubuh isterinya. Dia tidak mahu lagi kehilangan isterinya.

Begitu teruk kondisi isterinya. Hatinya rapuh..

"Cepat sembuh, flower.. I miss you.." Air mata yang mengalir di pipi dikesat perlahan. Dia takut isterinya akan membenci dirinya.

Dia takut dia akan dibenci oleh Aurel..

"Maafkan babah, sayang.. Tunggu babah dengan mama kat pintu syurga tau? Babah tetap sayangkan sayang.." Zhafran gagahkan dirinya tatkala mengatakan ayat itu.

Anak kecil itu belum sempat lagi mahu melihat dunia..

"Babah janji babah akan jaga mama elok-elok lepasni.." Zhafran berkata seolah-olah anaknya berada di sisi.

Sedang ralit melayan perasaan itu, jari manis Aurel tiba-tiba bergerak-gerak. Pantas sahaja Zhafran menjerit memanggil doktor yang merawat isterinya.

"Doktor!!" Laung Zhafran dengan nada yang lantang. Humaira yang sedar akan jeritan Zhafran laju melangkah menuju ke arah lelaki itu.

"Tuan keluar dulu, bagi saya check keadaan isteri Tuan." Zhafran tidak angguk malahan menggelengkan kepalanya. Dia kaku buat seketika.

Setelah itu, kakinya melangkah keluar dari bilik wad isterinya.

'Tolong kuat untuk abang, bunga..'

Sementara menunggu khabar daripada doktor yang merawat kondisi Aurel, hati Zhafran terdetik untuk melakukan ibadah solat sunat itu.

Kakinya laju melangkah ke arah surau kecil yang terdapat di hospital itu. Dia mahu menenangkan hatinya yang gusar itu.

Pili air dibuka lalu Zhafran mengambil air wudhu untuk menunaikan solat sunat hajat di malam hari.

Usai mengambil wudhu, mulutnya terkumat-kamit membaca doa selepas mengambil wudhu. Setelah itu, sejadah berwarna biru gelap dibentangkan menghadap ke arah kiblat.

Rukun islam yang kedua itu ditunaikan oleh Zhafran, dia memulakan ibadah solatnya dengan solat Isyak dahulu. Matanya tekun melihat sejadah itu. Rukun demi rukun solat mulai dilaksanakan oleh Zhafran. Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Zhafran memalingkan wajahnya ke arah kanan dan dibalas dengan arah kiri.

Selepas itu, Zhafran meneruskan dengan solat hajat. Surah al Fatihah mulai dibaca perlahan, yang penting dapat didengari jelas di cuping telinganya.

Solat hajatnya diakhiri dengan sujud yang begitu lama. Dia memejamkan matanya sesaat.

Usai menunaikan solat hajat itu, tangannya diangkat untuk berdoa.

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku mohon kepadaMu, aku meminta kekuatan dari hadratMu ya Allah.. Kuatkan hati isterinya tatkala mendapat tahu berita itu kelak.. Jauhkan lah kami daripada sifat benci itu, ya Allah.."

Zhafran menghentikan doanya sesaat, perit untuk dia menyambung doa itu.

"Ya Allah.. Aku berdoa kepadaMu, selamatkanlah isteriku daripada apa-apa ujian.. Cukuplah dengan ujian yang engkau kirimkan untuk kami ini ya Allah.. Aku tidak sanggup untuk melihat air mata isteriku jatuh lagi, ya Allah.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk mengharungi ujian-ujianMu ya Allah.. Aamiin ya rabbal alammin.."

Usai berbicara dengan yang maha Esa, Zhafran mengaminkan doanya itu. Air matanya jatuh lagi menyembah sejadah itu. Ketika ini, dia hanya mampu meluahkan perasaan itu terhadap Penciptanya.. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.

cukup pain sudah kan?

Continue Reading

You'll Also Like

283 74 9
Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia...
852K 61K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...
21.7K 1.3K 28
HAWA DALILA × HARRAZ DZAQWAN
36.6K 2K 37
[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjad...