Dia Pemilik Hati [C]

By LeannaRose_

4.7M 187K 27.4K

[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang... More

ʜᴀʀʀᴀᴢ | ᴀᴜʟɪᴀ
BAB 1🌹
BAB 2🌹
BAB 3🌹
BAB 4🌹
BAB 5🌹
BAB 6🌹
BAB 7🌹
BAB 8🌹
BAB 9🌹
BAB 10🌹
BAB 11🌹
BAB 12🌹
BAB 13🌹
BAB 14🌹
BAB 15🌹
BAB 16🌹
BAB 17🌹
BAB 18🌹
BAB 19🌹
BAB 20🌹
BAB 21🌹
BAB 22🌹
BAB 23🌹
BAB 24🌹
BAB 25🌹
BAB 26🌹
BAB 27🌹
BAB 28🌹
BAB 29🌹
BAB 30🌹
BAB 31🌹
BAB 32🌹
BAB 33🌹
BAB 34🌹
BAB 35🌹
BAB 36🌹
BAB 37🌹
BAB 38🌹
BAB 39🌹
BAB 40🌹
BAB 41🌹
BAB 42🌹
BAB 43🌹
BAB 44🌹
BAB 46🌹
BAB 47🌹
BAB 48🌹
BAB 49🌹
BAB 50🌹
BAB 51🌹
BAB 52🌹
BAB 53🌹
BAB 54🌹
BAB 55🌹
BAB 56🌹
BAB 57🌹
BAB 58🌹
BAB 59🌹
BAB 60🌹| ENDING
AUTHOR TALKS
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

BAB 45🌹

56.4K 2.9K 719
By LeannaRose_

BUNYI kekecohan di tingkat bawah menganggu tidurnya. Terpisat-pisat Aulia celikkan mata. Kepalanya masih berat. Dia sekarang berada di rumah orang tuanya. Sejak semalam lagi dia dah dibenarkan keluar dari hospital.

Aulia toleh ke meja kecil yang berada di sisi katilnya. Sarapan pagi tadi masih belum terusik. Dia tak ada selera nak makan.

Dengan tubuh yang masih lemah dia cuba bangun perlahan-lahan. Tudung sarung di sarungkan di kepala. Mukanya ditelek di cermin. "Ya Allah pucatnya muka aku. Eyebag dah berkilo dah ni."

Keadaan di bawah yang makin hingar-bingar memaksa Aulia untuk bawa langkah ke sana dengan cepat. Ada pergaduhan ke? Tapi dia dengar macam ada suara papa and mama. Sejak bila diaorang datang? Kenapa mummy tak kejutkan dia.

Aulia menapak turun perlahan. Risau kalau salah langkah boleh membahayakan kandungannya memandangkan kepalanya masih berpinar-pinar.

Kelihatan orang tuanya bersama papa dan mama sedang berbincang. Masing-masing berwajah tegang. Dia toleh ke satu sudut. Harraz bersama Natasya? Ya Allah ada perbincangan apa pula sekarang ni? Kenapa perempuan tu boleh ada juga.

Dan PANG! Daddy tampar pipi Harraz. "Kalau aku tahu perangai kau sekeji macam ni, aku mati hidup semula pun aku tak akan kahwinkan anak aku dengan kau!"

Satu tumbukan dilayangkan di pipi Harraz. Harraz tersungkur ke lantai.

"Daddy ada apa ni?" Tak akan daddy tak habis marah lagi pasal kecurangan Harraz. Semalam lepas je dia keluar dari wad, kaw-kaw Harraz kena balun dengan orang tua mereka. Ini marah sebab apa lagi?

"Lia?" Seru Datin Zahrah sebak. Semua mata terus memandang Aulia.

Aulia terus berlari ke arah Harraz tapi tangannya ditarik Dato' Hisyam. "Lia jangan sentuh lelaki jahanam tu!"

"Kenapa sampai kecoh-kecoh ni? Hah daddy? Kita dah bincang kan pasal ni. Ni dah kenapa sampai nak bertumbuk?"

Semalam lepas perbincangan, orang tua mereka setuju dengan keputusannya untuk bercerai dengan Harraz. Itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Semua diamkan diri termasuk Harraz. Sikit pun Harraz tak pandang dia sesaat. Sampainya hati jejaka itu. Benci sangat ke sampai nak tengok dia sesaat pun dah tak sudi.

"Kenapa semua diam je ni? Dan kenapa perempuan tu ada kat sini? Dia nak apa? Siapa yang izinkan dia jejak kaki dalam rumah ni!" Jerkah Aulia.

"Lia kenapa turun ni nak? Lia kan tak sihat lagi. Jom mummy pimpin Lia naik atas. Lia kena rehat." Datin Zahrah ubah topik. Tangannya ditepis Aulia.

"Tak sekarang ni kenapa semua macam tak ada mulut ni. Lia tanya ni kenapa semua berkumpul ramai-ramai kat sini? Ada benda yang Lia tak tahu ke?" Suaranya makin kuat.

"Lia sebenarnya kami nak bincang tentang kamu dengan Harraz." Giliran Dato' Hisyam pula masuk campur.

"Tak ada benda yang perlu dibincangkan lagi daddy. Lia tetap akan failkan perceraian kami. We've discuss about it isn't it? I still stick with my decision."

"Tu daddy tahu tapi ada benda lain yang perlu dibincangkan."

Hatinya berdebar-debar laju. Kenapa firasatnya tak enak ni. "Apa lagi daddy? Apa lagi yang perlu dibincangkan?"

Dato' Hisyam kehilangan kata. Hatinya sebak. Tak tahu macam mana nak cakap semua ni pada anak kesayangan. Aulia dah cukup terluka dengan apa yang dah berlaku dan dia tak sanggup nak tambah luka lagi dalam hati gadis itu.

Natasya yang dari tadi berdiam diri terus menghampiri Aulia. "Lia, aku ada benda sikit nak jujur pada kau."

Natasya dipandang jelek. "Apa benda yang kau nak cakap? Tak cukup dengan apa yang kau dah buat. Kau dah rampas hak aku!"

"Lia, aku tahu aku salah sebab dah rampas suami kau. Tapi aku tak kan buat semua tu kalau tak ada sebab." Dia nak salam tangan Aulia untuk pohon kemaafan tapi terus ditepis. Kemaafan lah sangat.

"Sebab apa Natasya? Sebab apa?" Tengking Aulia. Tolonglah hilangkan Natasya dari pandangannya. Dia dah cukup penat nak hadap semua ni.

"Aku mengandungkan anak Harraz. Anak suami kau." Natasya menunduk.

Aulia terkaku. Dunianya rasa kelam. Ya Allah dugaan apa lagi kali ini. Satu persatu Kau turunkan ujian padaku.

"Apa? Aku tak salah dengar kan?" Satu badannya menggigil. Aulia terus toleh memandang suaminya. Harraz hanya membatu.

"Harraz kenapa awak diam? Kenapa awak tak nafikan semua tu. Tolong katakan semua ni tak benar sama sekali. Tolong cakap yang ini adalah fitnah." Jerit Aulia dalam hati. Nak je dia tumbuk Harraz sekuat hati. Tapi dia dah terlalu penat.

Aulia berharap dia masih tidur sekarang ni supaya ini semua adalah mimpi buruknya. Tapi hakikatnya, ini adalah realiti.

"Abang, tolong cakap yang tu bukan anak abang. Abang tak akan sanggup buat Lia macam ni kan abang? Perempuan tu tipu je kan?"Aulia teresak-esak.

Harraz menangis. Dia terus menghampiri isterinya dan memeluk wanita itu erat.
"Maafkan abang Lia."

"Kenapa abang minta maaf? Tu bukan anak abang kan? Lia tahu tu bukan anak abang. Betina tu fitnah abang je kan." Dia yakin Harraz tak akan buat perkara terkutuk tu. Dia percayakan suaminya. Harraz tak akan sanggup untuk berzina.

Natasya hulurkan beberapa keping gambar.
"Aku tahu susah kau nak percaya semua ni Lia. Tapi aku ada bukti."

Nasib baik dia tak padam lagi gambar yang dia dan Razif plan untuk kenakan Harraz. Plan asal kenapa mereka ke Melaka tempoh hari. Plan untuk fitnah Harraz yang mereka dah terlanjur.

Tergetar-getar Aulia sambut huluran itu. Aulia mengucap panjang. Gambar yang sangat mengaibkan itu terus dicampak ke lantai.

Memang itu Harraz dan Natasya yang sedang berpelukan atas katil sambil berselimut tak berbaju. Cuma nampak bahagian badan atas je. Gambar tu di ambil secara selfie oleh Natasya sambil mata Harraz terpejam. Harraz tengah tidur mungkin.

Dan tak mungkin gambar itu fake atau di edit sebab dia masih kenal tubuh suaminya. Itu memang Harraz.

Aulia pantas tolak tubuh Harraz menjauhinya.
"Kau jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu! Aku jijik dengan kau!" Aulia menjerit-jerit macam orang kurang waras.

Dengan pantas Puan Sri Laila memeluk Aulia mahu menenangkan menantunya. Sejujurnya dia pun masih terkejut dengan berita itu. Dah berbakul-bakul makian pada Harraz tadi.

"Ma kenapa Allah uji Lia sampai macam ni sekali. Lia tak kuat ma." Lama Aulia menangis dalam pelukan Puan Sri Laila. Dia terlonglai lemah dalam pelukan wanita tua itu.

Kenapa satu-satu lelaki yang dia cinta sanggup hilangkan kepercayaannya. Kenapa lelaki itu sanggup buat dia macan ni. Mana janji lelaki itu?

"Sabar sayang, ingat Allah. Kita bincang semua ni baik-baik. Lia buatlah keputusan. Kami hormati apa pun keputusan Lia."

Aulia sedikit tenang. Dia cuba kuatkan diri lagi. Tak nak terus dihanyut dengan emosi.

"Kau dah mengandung berapa bulan?" Perut Natasya dipandang. Masih kempis. Mungkin baru lagi.

"2 bulan." Jawab Natasya perlahan. Perutnya diusap lembut.

Aulia usap perutnya perlahan. Usia kandungan mereka sama. Eh jap macam mana pula perempuan tu boleh mengandung 2 bulan sedangkan Harraz baru jalankan hubungan dengan perempuan tu baru 2 minggu.

Kalau nak ikut tarikh last period perempuan tu pun, tak akan sampai punya usia kandungan tu 2 bulan. Mestilah baru nak masuk sebulan ke apa.

"Bila kau tidur dengan dia?" Soal Aulia tanpa basa-basi. Dia dah rasa musykil sebenarnya. Tapi saja dia nak dengar apa perempuan ni nak auta lagi.

"Kami terlanjur masa kami sama-sama di Melaka. Kalau kau masih tak percaya, kau boleh check cctv dekat hotel yang kami nginap tempoh hari."

Aulia berfikir sejenak. Melaka? Harraz memang ada kerja di Melaka selama 3 hari sebelum lelaki itu kemalangan. Harraz tak menipu soal tu. Tapi macam mana boleh Natasya ada sekali ni? Dia terus teringatkan sesuatu. Hahaha silap besar lah kalau Natasya ingat yang dia ni bodoh yang senang digula-gulakan.

"Kau berkomplot dengan Razif untuk kenakan suami aku kan? Razif ada kat Melaka waktu tu sebab ada plan nak buat Harraz kemalangan. So kau pun mesti ada kat sana juga kan? Lepas tu kau bagi ubat tidur kat laki aku sebab tu dia tiba-tiba tak sedarkan diri waktu tu."

"Lepas tu kau plan lah dengan Razif nak perangkap Harraz. Konon-kononnya korang memang dah terlanjur waktu tu. Lepas dah dapat gambar tu korang blah."

Dia baru teringat yang Harraz ada mengadu kat dia masa dia ada call Harraz pagi hari kedua Harraz di sana. Harraz cakap kepala lelaki tu rasa pening sangat bila bangun dari tidur. Bangun-bangun je rasa kepala otak tu blank terus.

"So no wonder lah Razif boleh dapat kunci kereta Harraz untuk rosakkan dashcam Harraz tu. Sebab Harraz dah tak sedarkan diri waktu tu!" Akhirnya dia dapat jawapan macam mana dashcamera tu boleh dirosakkan awal-awal sebab kereta Harraz tak ada tanda macam kena pecah masuk.

Arh shit apahal perempuan ni bijak sangat. Semua yang dikatakan Aulia tu semua betul. "So kau nak cakap aku menipu la ni?"

"Dah kau memang menipu Tasya! So kalau betul korang berzina, kat mana parut dia?"

Natasya terkutik-kutik nak jawab.

"Kau masih tak tahu kan sebab kau memang tak pernah tidur dengan dia!"

"Eh aku tak perasan lah parut dia tu."

"Eh kau ni memang perempuan sundal kan. Tergamak kau nak fitnah anak aku! Kau mengandungkan anak jantan lain lepastu kau nak jadikan anak aku kambing hitam." Puan Sri Laila terus menyerang. Rambut Natasya direntap kuat. Ikutkan hati nak je tolak perempuan tu ke lantai. Tapi nanti gugur pula perempuan tu.

Aulia hanya biarkan. Agak-agak berdosa tak kalau dia rasa puas tengok Natasya macam tu.

"Auch sakit auntie." Natasya menjerit kesakitan.

"Eh hati aku lagi sakitlah dengan perangai kau yang tak habis-habis nak kacau keluarga aku. Sekarang kau cakap budak tu anak siapa?" Puan Sri Laila menarik rambut perempuan itu lagi kuat.

Natasya mengalirkan air mata. "Ni betul anak Haz auntie."

"Kau masih nak menipu lagi!" Ditampar pula pipi perempuan tu.

"Enough mama!" Harraz cuba nak lepaskan Natasya dari cengkaman Puan Sri Laila.

"Haz jangan nak masuk campur. Tidak dengan Haz sekali mama bantai. Tak habis-habis nak bela betina sundal ni. Dia dah bagi minyak dagu ke kat kamu sampai kamu tetiba angau kat dia."

Lehernya rasa dijerut. Tolonglah jangan siapa-siapa syak yang dia memang dah sihir Harraz. Mampus dia kalau kantoi ni.

"So kau nak mengaku ke tak ni? Kang ada yang jadi mayat dalam rumah ni kang."

"A-anak Razif." Terkumat-kumat Natasya mengaku.

Puan Sri Laila lepaskan rambut Natasya sambil ditolak kuat kepala tu ke dinding. Semua di situ tergamam termasuk Harraz. Tapi Harraz macam tak ada perasaan marah dengar pengakuan Natasya walaupun dah kena tipu hidup-hidup dengan perempuan tu.

"Alhamdulillah." Aulia tarik nafas lega. Dia memang percaya Harraz tak akan sanggup berzina di belakangnya.

"So Haz dah dengar semuanya kan? Perempuan tu cuma nak jadikan Haz untuk jadi pak sanggup kepada anak dalam kandungan tu. Budak tu bukan anak Haz!"

"Sama ada tu bukan anak Haz ke tak, Haz akan tetap akan kahwin dengan dia." Harraz masih dikuasai dengan ilmu sihir. Natasya lorekkan senyuman jahat. Tak sia-sia dia jumpa Pak Itam tu. Harraz masih dalam genggamannya. Ilmu hitam tu power betul.

"Harraz Danial! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Apasal kau dah jadi lelaki bodoh ni! Aku rasa kau memang dah kena guna-guna dengan betina ni." Tempik Tan Sri Kamil kuat. Bergemar suaranya di segenap kediaman itu.

"I love her papa." Harraz masih tak waras.

Sakit? Ya dia sangat sakit sekarang ni. Makin dia dengar semua ni, makin berdarah hatinya. Harraz dah betul-betul lukakan hatinya.

"Haz ingat mama dengan papa akan terima ke perempuan jahat tu jadi menantu kami? If you still want to marry her, then left us. Jangan anggap kami ni mama and papa kamu lagi."

Harraz terpampang.

Aulia pandang Harraz pula macam nak telan. "After all happen, you still chose her right? So nak tunggu apa lagi. Ceraikan lah saya sekarang! Ceraikan saya depan mata perempuan ni! Baru korang berdua puas kan?"

"Aulia! Jangan macam ni nak!" Aulia abaikan tempikkan orang tua mereka. Dia dah tak boleh fikir apa dah sekarang ni. Yang dia tahu, dia dah tak sanggup untuk jadi isteri Harraz.

"Aku dah cakap yang aku tak akan ceraikan kau!" Dengus Harraz kuat.

Aulia terus mencengkam bahu suaminya. "Aku cakap ceraikan aku! Apa yang susah sangat kau nak buat. Semua mata boleh jadi saksi dalam rumah ni. Ceraikan aku Harraz Danial!" Aulia dah hilang emosi. Dia dah cukup terluka dengan suaminya.

"Baik, kau nak sangat kan. Kau dengar sini baik-baik. Aulia Safinna binti Dato' Hisyam Albert, aku ceraikan kau dengan talak satu! Dah puas hati kau sekarang ni!" Harraz menepis tangan Aulia.

"Harraz Danial. Kau memang dah melampau! Sanggup kau ceraikan isteri yang cukup sempurna ni untuk perempuan jalang tu." Tan Sri Kamil terus menampar anaknya. Harraz dah diserang dengan keempat orang tua mereka.

Harraz hanya biarkan mereka lepaskan marah ditubuhnya.

"Kenapa Haz buat macam ni nak?" Puan Sri Laila dah longlai terduduk di lantai. Dia menangis teresak sambil menumbuk dada Harraz.

"Terima kasih Harraz Danial. Saya tak akan lupa saat awak ceraikan saya ni." Aulia cuba gagahkan diri untuk terus berdiri. Dia sikit pun tak menangis. Perlahan-lahan dia jauhkan diri dari Harrraz.

Semua yang menyaksikan itu dah menangis sebak. Tak tertanggung luka yang Aulia terima.

Aulia penat.

Dia menghampiri Natasya yang diam tak berkutik. Sempat perempuan itu berikan senyuman sinis padanya.

"This is what you want Tasya. Now, you can have him alone. I don't need disgusted man like him in my life." Ujar Aulia dalam sebak. Dia mahu ke atas semula. Dia sangat-sangat penat. Kepalanya makin menyucuk-nyucuk.

Baru beberapa langkah dia rasa badannya terhuyung-hayang. Matanya berpinar. Dan dunianya terus gelap. Aulia rebah tanpa sempat disambut sesiapa.

"Abang, anak kita bang." Jerit Datin Zahrah kuat.

"Aulia!" Mereka semua terus dapatkan Aulia kecuali Natasya. Dia buat selamba seolah tak ada apa yang berlaku.

"Ya Allah darah. Anak kita mengandung bang." Ada titisan darah pekat yang mengalir dari celah betis Aulia.

Semuanya tergamam.

"Ya Allah Kau selamatkanlah Aulia dan cucu kami."

"Haz, cepat bawa Aulia ke hospital!" Jerit Puan Sri Laila sambil berlari keluar rumah bersedia untuk bukakan pintu kereta. Ya Allah menantunya mengandung ke?

Harraz seperti baru tersedar dari realiti. Dia terus gendong tubuh isterinya ke kereta. Kalau apa jadi apa-apa pada Aulia. Dia tak akan maafkan dirinya sendiri. Ya Allah selamatkan isteri aku.




————————————————————————

"Dah jangan nak minta next chapter. Dah triple chapter i update hari ni. 😌 So jumpa korang esok. Itupun kalau i update lah🤪

*Jangan lupa vote banyak2 tidak author merajuk😛

Continue Reading

You'll Also Like

5.7M 340K 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cindere...
232K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.3M 99.4K 55
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
213K 7.1K 22
[COMPLETE] 4th story Song : Somebody's Pleasure by Aziz Hedra Kau, pengubat hati dikala lara menghempap dada. Bicara dan tingkah laku kamu sentiasa b...