QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘12∘∘°

15.1K 1.4K 282
By nabilllss

Song title: Ku Kira Kau Rumah
━─━─━──༺༻──━─━─━

Dahi berkerut apabila tidur diganggu akibat cahaya yang terpancar di langsir bilik. Fredella mengurut pelipis dahinya beberapa saat. Apabila sudah puas melayan kantuk, dia mula membuka kelopak mata.

"Mama.." Anak matanya melilau ke setiap sudut.

"Mama?! Ma-mana mama?" Fredella bangun dari baringan. Dia menyandarkan tubuh ke kepala katil. Badannya menggeletar kuat. Kedua-dua lutut naik melekap ke dada. Gadis itu memeluk lututnya erat.

"Mama!" Kejadian semalam kembali menghantui ingatan. Dia memanggil Tengku Rossa sekuat hati. Matanya turut berkaca.

"Khalisa?—" Terpinga-pinga Tengku Rossa berlari anak masuk kedalam bilik Fredella. Nyaringnya suara gadis itu sehingga terdengar di tingkat utama.

Tengku Rossa menerpa ke arah katil anak bongsunya. Dia naik ke atas katil itu lalu mengengsot hingga merapat ke Fredella.

"Della sayang.." Belakang tubuh Fredella diusap lembut.

Tersentak wanita itu apabila Fredella bertindak memeluk tubuhnya. Terlalu kuat bagai langsung tidak mahu melepaskannya. Tengku Rossa hanya akur, membalas pelukan gadis itu.

"Della takut. Della taknak jumpa sesiapa.." Air mata Fredella mula deras keluar. Dia membenamkan wajah di leher mamanya.

Siapa sangka gadis berpersonaliti tegas sepertinya menjadi lemah sehingga begini disebabkan kejadian terkutuk itu. Traumatised.

"Mama ada. Allah ada. Jangan macam ni sayang.." Tengku Rossa cuba meleraikan pelukan sehingga berjaya. Dia mendapatkan wajah Fredella. Kedua-dua pipi gadis itu ditekap bersama tangannya.

"You're safe now. Don't cry too much. Kejap lagi Della kena makan ubat. Sebab Della demam." Dia menggunakan kedua-dua tangan mengesat air mata Fredella. Sayu hati wanita itu melihat wajah anak bongsunya pucat. Tubir mata sentiasa bertakung dengan cecair permata. Kerap menggigil.

"Della taknak." Tangisan Fredella semakin reda. Kepala digeleng beberapa kali. Dia merenung lembut kedalam anak mata Tengku Rossa.

"Makan. Kalau tak makan ubat, macam mana kau nak sihat?"

Suara Khaleef membuatkan mereka serentak menoleh ke arah pintu bilik. Jejaka itu berdiri tegak bersama T-shirt yang berbekas percikan darah.

"Firas? Dari mana ni?" Tengku Rossa tidak lepas memerhati baju anak lelakinya itu. Ini pasti baru selesai melepaskan 'marah' kepada seseorang. Tahu-tahu sajalah perangai Khaleef Firas. Langsung tidak menurun sikap barannnya.

"Markas." Ringkas dia menjawab serentak melangkah masuk kedalam. Khaleef mendekati katil.

"Boleh Firas cakap berdua sekejap dengan Della, mama?" Khaleef meminta izin secara mendatar.

Tengku Rossa mengalihkan pandangan ke Fredella. Dia memastikan sama ada gadis itu dalam keadaan tenang atau tidak. Barulah boleh meninggalkan mereka berdua.

"Mama turun dulu ya? Mama masakkan Della aglio olio. Lepastu makan ubat." Rambut Fredella yang berserabai dia selitkan dibelakang telinga. Selesai itu Tengku Rossa turun dari katil.

Fredella akur. Bahunya masih terhincut akibat tangisan yang masih berbaki. Sehingga selesai mamanya keluar dari bilik dia perhatikan.

Apabila Tengku Rossa hilang dari pandangan mata, Khaleef melabuhkan punggung di birai katil adiknya. Tubuhnya menghadap kedudukan Fredella.

"Kenapa kau tutup hidung? Selesema?" Terangkat alis kening jejaka itu menyedari Fredella mengepit hidung bersama jari.

"Busuk. Bau darah—" Fredella pandang Khaleef tidak berpuas hati. Matanya memberi isyarat, menghala ke T-shirt jejaka itu.

Khaleef menghela nafas berat. Mengeluh. Hujung bajunya ditarik sehingga ke atas. Dia menanggalkan T-shirt nya semata-mata untuk menyelesakan Fredella.

"Kejap lagi hilang lah bau tu." Dia memaparkan wajah selamba.

"Aku nak bagitahu kau something."

"Apa dia?" Fredella mula melonggarkan cubitannya di hidung tadi.

"Esok aku takda. Farrel minta aku untuk balik Berlin. Aku nak kau rehat dekat rumah. Jangan keluar dengan sesiapa, including Uqael." Tenang nada suara Khaleef tetapi masih terselit dengan arahan.

"Della taknak keluar. Della takut.." Fredella mengengsot kebelakang. Mana mungkin kakinya terasa hendak keluar dari rumah. Soal Uqael pun langsung tidak bermain didalam kepala. Dirinya hanya diselubungi rasa takut.

"Baguslah." Khaleef berdiri tegak sebelum menyusun langkah hendak keluar. Dia tak mahu ganggu ketenangan adiknya.

Setapak melangkah keluar, Khaleef memusing tubuhnya kebelakang. Anak mata mereka bertembung seketika.

"Aku harap, kau buat keputusan yang betul. Cause you only have one week left. Tanpa menunggu Fredella membalas, dia terus menarik pintu bilik sehingga rapat tertutup.

Lima minit pintu bilik diperhatikan. Langsung tidak beralih renungan Fredella. Dia kembali menjatuhkan kepala ke bantal. Berbaring secara mengiring menghadap langsir bilik.

"You langsung tak jenguk I, Uqael.." Sekali lagi air matanya jatuh. Fredella mula merasa keliru dengan perasaan sendiri. Bibir diketap lama.

Sudah tiga hari dia di rumah dengan keadaan begini. Tertanya-tanya dan menunggu panggilan dari Uqael setiap masa. Waktu berlalu dan semakin dekat dengan tarikh pernikahan.

"Who was the couple I saw at the airport that day? Is that you Uqael?..." Semakin lebat tangisannya. Dia bukan seorang yang mudah pelupa. Gambaran pasangan di lapangan terbang kelmarin masih tersemat didalam memori. Fredella yakin tuan empunya lelaki itu ialah Uqael. Tunangnya. Pilihan hati.

"Cepat, Syakir.." Qayyum menurunkan kepala hoodie. Renungannya menajam ke Syakir. Lelaki itu terbaring di atas lantai bersama tangan dan kaki yang terikat.

"Jawab soalan aku. Siapa yang bayar kau untuk buat semua ni?" Qayyum tekan butang perakam suara di iPhone nya. Dia berdiri tegak dihadapan baringan Syakir yang hampir separuh nyawa lagi. Semuanya berpunca dari Khaleef. Teruk dia kerjakan lelaki itu.

"Aku..tak boleh jawab. Se-sebab aku dah buat perjanjian dengan dia." Syakir sukar untuk bertutur. Setiap lekuk mukanya penuh dengan luka. Jejaka yang berdiri didepannya sekarang masih mampu dilihat walaupun penglihatan semakin kabur.

"Kau memang tak takut kena peram dalam markas ni kan?" Qayyum turun bercangkung ditepi baringan Syakir.

"Apa kau ingat kerja aku takkan selesai ke kalau kau menipu macam ni? All evil secrets can be revealed through my fingertips. Sebab aku tak pernah gagal dalam tugas aku—" Dia mampu bongkarkan segalanya meskipun tanpa kejujuran Syakir. Tetapi rakaman suara ini perlu di-isi dengan info penting.

"Jangan buang masa aku Syakir. Nanti kalau kau kena pukul dengan Tuan Muda lagi, tak sempat aku nak tuntut senyuman Cik Della aku. Sekurang-kurangnya sebelum kau mati, Cik Della kesayangan aku bolehlah tahu siapa yang rancang semua ni.." Qayyum gunakan cara mengugut. Dia sengaja menekan nama Fredella. Pokok pangkalnya dia terlebih dahulu tahu apa yang disimpan oleh Syakir.

"Ja-jangan... aku tak larat,.." Peluh yang menitis di luka menambahkan rasa pedih. Syakir cukup ngeri apabila Qayyum menyebut tentang Khaleef.

"Tak larat, tak larat!" Qayyum merengus geram. Dah tahu nyawa-nyawa ikan jujur ajelah! Dia kembali berdiri pantas.

"Aku nak kau terus terang! Uqael yang bayar kau kan?!" Nada suara tingginya memenuhi ruangan itu.

"Bagi.. ba-bagi aku cakap,.." Balas Syakir selepas Qayyum mula naik angin.

"Aku dibayar untuk buat semua tu sebab.." Nafas dikawal sebaik mungkin.

"Tengku nak buat Fredella benci dengan semua lelaki kecuali dia. Sebab dia tahu Fredella sayangkan dia, dan dia sengaja mainkan perasaan Fredella."

"He's playboy. Dia nak kan Fredella lupakan dia buat sementara waktu. While he's having fun with another girl. Tu-tujuan Tengku untuk butakan mata Fre.. Fredel—"

BUSH

"ARGHHH.." Titisan darah mengalir banyak di lantai. Syakir terbatuk kuat apabila Qayyum bertindak menendang perutnya kuat. Penjelasan dia terhenti tatkala Qayyum mula menyinga.

"JANTAN BODOH!" Rahang diketap lama. Qayyum tak mampu lagi menahan sabar apabila lelaki itu beritahu perkara sebaliknya. Suruh rogol tunang sendiri semata-mata dapat berseronok dengan perempuan lain?!

"Kau salah Syakir,..." Qayyum meraup rambutnya kebelakang. Dada kian berombak ganas.

"Fredella akan benci Uqael seumur hidup. Dia bukan perempuan naif. Kau takkan boleh butakan mata dia." Fredella yang dia kenal seorang yang bijak dalam mentafsir sesuatu perkara.

Seperti yang dikatakan oleh Qayyum, semua rahsia berada di hujung jari. Kejadian di airport kelmarin dia tonton dengan matanya sendiri. He's sneaky hacker. Pasangan yang menarik perhatian Fredella tersebut memang benar tuan badannya Uqael.

Dan Qayyum tahu, Fredella sanggup lakukan apa saja demi melunaskan keraguannya terhadap siapakah gerangan dua manusia itu.

"Janganlah mengigil sayang. Yang nak berjumpa dengan Della ni Qayyum aje." Tengku Rossa cuba memujuk keresahan Fredella. Dia mengiringi langkah anak perempuannya sehingga tiba di ruang tamu.

Fredella akur serentak menerpa ke arah sebuah sofa. Dari anak tangga lagi bebola matanya jatuh ke susuk tubuh Qayyum. Gadis itu melabuhkan punggung.

Qayyum senyum senget apabila Tengku Rossa memandangnya.

"Qay datang sini sebab Firas suruh kan? Katanya tentang kerja.." Wanita itu mula bersuara.

"Ya Ku Ros. Sekejap je. Maafkan saya sebab ganggu waktu rehat Cik Della." Sekilas Qayyum curi pandang Fredella.

"Okey. Mama tinggalkan Della dekat sini ya?" Tengku Rossa mendapatkan wajah anaknya. Dia ingin meninggalkan mereka berdua disini bertujuan untuk memberi Qayyum peluang lebih fokus.

Fredella memberi respon melalui angukkan kepala. Dia renung sehingga selesai bayang mamanya hilang dari ruangan tersebut.

"Saya cuma sampaikan arahan, Cik Della dengar rakaman suara ni ya?" Qayyum mengeluarkan iPhone miliknya dari poket seluar. Pandangannya redup kedalam anak mata gadis itu.

Dia telah diberi arahan untuk lalukan apa saja demi kebaikan Fredella. Meskipun Qayyum tahu, reaksi gadis itu bakal menyakitkan.

"Sure."Balas Fredella tenang. Telinganya pula dipasang, bersedia.

'Saya minta maaf, Fredella sayang...' Ayat itu tanpa sedar bersuara didalam hati Qayyum. Butang 'mula' telahpun ditekan. Qayyum letakkan iPhone tersebut di atas meja. Perlahan dia kembali menyandarkan tubuh. Wajah Fredella tidak lepas diperhatikan.

Dua minit, cecah pula sehingga lima minit. Air liur ditelan kesat apabila dia sedari Fredella mengeluarkan air mata.

"Ya Allah—" Fredella menekup mulutnya rapat. Dia renung iPhone Qayyum itu seolah-olah suara yang didengar berada dihadapan mata.

"H-how can?.." Tersekat suara gadis itu mendengar satu persatu yang dinyatakan oleh Syakir.

Qayyum menunduk seketika. Dia menahan dirinya dari terlihat luruh. Dia tidak mampu melihat reaksi gadis itu.

Belum habis rakaman suara itu dimainkan, Fredella pantas bangun dari duduk. Dia berlari anak menuju ke arah tangga sambil tangan masih lagi menekup mulut. Rasa sakit yang tak mampu diluahkan melalui kata-kata.

"Cik Della!" Qayyum yang terkejut akan tindakan gadis itu terus mengejar langkah dari belakang.

"No! Jangan ikut saya!" Fredella semakin melajukan lariannya. Air mata deras membasahi wajah.

"Fredella—" Qayyum sempat menangkap lengan Fredella. Dia menyebut nama gadis itu tanpa gelaran 'Cik' lagi.

Fredella agak tersentak disaat lengannya yang berlapikkan baju digenggam erat oleh Qayyum. Apa yang buatkan dia lagi hairan apabila jejaka ini berani memegangnya.

Lama renungan diantara anak mata mereka bertembung. Mata kuyup Fredella sekilas memandang tangan kekar yang masih tidak melepaskan genggaman.

"Qay? A-awak.. awak pegang saya—" Fredella semakin merasa tidak selesa dengan renungan Qayyum. Wajah dia mendongak menghadap jejaka itu.

"Saya,..." Urat leher Qayyum mula menegang.

"Saya nak awak, Fredella." Dia tidak takut lagi dengan rahsia hati yang lama disimpan. Nada suaranya penuh makna ketika menutur ayat itu.

"Awak boleh cakap saya gila. Tapi saya tak boleh nak tipu perasaan saya sendiri lagi." Jika dia mampu mengelap air mata yang mengalir di wajah Fredella, sudah lama tangannya naik sekarang.

"Qa.. Qayyum." Emosi Fredella bercelaru. Sudahlah pula hatinya terluka disebabkan rakaman suara itu. Sekarang dia harus hadap Qayyum yang berbekalkan pengubat buatnya? Mustahil...

"Saya mungkin akan bencikan Uqael. Tapi saya taknak kehilangan dia." Lelah rasanya sekarang. Dia sendiri taktahu bagaimana mahu melegakan fikiran.

"But, Fredella.." Dua kali ganda lebih hebat hati Qayyum terluka berbanding yang Fredella rasakan. Dia masih genggam lengan gadis itu erat. Mata putihnya kian merah.

"I can't unlove you. Saya tak boleh." Tuhan, bantulah aku. Jangan biarkan aku kalah demi Khalisa Fredella.

"Saya dah ada tunang, lagi seminggu majlis pernikahan. To-tolong jangan buat saya macam ni, Qayyum." Fredella melawan perasaannya sendiri. Dia menangkan kata-kata hati.

"Lepaskan saya Qay—" Dia meleraikan genggaman Qayyum tadi. Tanpa menunggu respon jejaka itu, dia terus menyusun langkah menaiki anak tangga. Air mata Fredella berterusan tanpa henti.

Qayyum hanya mampu merenung setiap langkah Fredella. Dia terpaku berdiri disitu. Ayat terakhir Fredella tadi hampir buatkan dia putus asa dalam menunggu cinta dibalas.

Continue Reading

You'll Also Like

408K 43.2K 44
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
2.3M 168K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...