Dia Pemilik Hati [C]

By LeannaRose_

4.7M 187K 27.3K

[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang... More

ʜᴀʀʀᴀᴢ | ᴀᴜʟɪᴀ
BAB 1🌹
BAB 2🌹
BAB 3🌹
BAB 4🌹
BAB 5🌹
BAB 6🌹
BAB 7🌹
BAB 8🌹
BAB 9🌹
BAB 10🌹
BAB 11🌹
BAB 12🌹
BAB 13🌹
BAB 14🌹
BAB 15🌹
BAB 16🌹
BAB 17🌹
BAB 18🌹
BAB 19🌹
BAB 20🌹
BAB 21🌹
BAB 22🌹
BAB 23🌹
BAB 24🌹
BAB 25🌹
BAB 26🌹
BAB 27🌹
BAB 28🌹
BAB 29🌹
BAB 30🌹
BAB 31🌹
BAB 32🌹
BAB 33🌹
BAB 34🌹
BAB 35🌹
BAB 36🌹
BAB 38🌹
BAB 39🌹
BAB 40🌹
BAB 41🌹
BAB 42🌹
BAB 43🌹
BAB 44🌹
BAB 45🌹
BAB 46🌹
BAB 47🌹
BAB 48🌹
BAB 49🌹
BAB 50🌹
BAB 51🌹
BAB 52🌹
BAB 53🌹
BAB 54🌹
BAB 55🌹
BAB 56🌹
BAB 57🌹
BAB 58🌹
BAB 59🌹
BAB 60🌹| ENDING
AUTHOR TALKS
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

BAB 37🌹

51.6K 1.9K 186
By LeannaRose_

Pejam celik pejam celik tau-tau dah masuk 3 bulan usia perkahwinan mereka. Dan makin hari makin rasa bahagia dalam rumah tangga mereka.

Harraz keluar dari bilik air hanya bertuala. Aulia duduk di sofa sambil mengadap imac. Lepas solat maghrib tadi dia terus nak sambung kerja office.

"Sayang, abang nak keluar sekejap boleh?" Harraz minta izin sambil sarungkan sleeveless hitam ditubuhnya.

Aulia dongakkan kepala. "Abang nak pergi mana dengan baju macam tu?"

"Pergi gym." Rambutnya disikat rapi.

"Rumah kita kan dah ada gym husband." Punyalah Harraz beria buat bilik gym tu masih lagi nak pergi gym kat luar?

"Tau tapi sambil tu abang nak jumpa Roslan dengan Hakim. Lama tak lepak dengan diaorang." Rasanya sejak dia kahwin baru hari ni dia nak keluar malam untuk jumpa kawan-kawannya.

Aulia dah monyok. "Ala abang ni, suka tinggal Lia. Esok pun abang nak pergi Melaka 3 hari tinggalkan Lia sorang-sorang. Lia baru ingat nak tengok muka abang puas-puas malam ni."

Harraz tergelak. Dia duduk di sebelah isterinya. "Siapa yang tak nak ikut abang esok? Bukannya abang tak ajak sayang tau."

"I want too but i have a lot of work husband. Dah lah kita cuti lama masa honeymoon hari tu. Lia tak boleh lah nak ambil cuti lagi."

Walaupun kerja kat company daddy sendiri, itu tak bermaksud dia boleh cuti sesuka hati. Dapat cuti lama untuk honeymoon hari tu pun dah cukup bagus dah.

"Lagi pun ada a few things Lia kena settlekan hal majlis kita." Kurang seminggu je lagi tarikh majlis resepsi mereka. Makin dia rasa berdebar-debar. Berdebar untuk apa pun tak tahu lah. Padahal dah kahwin dah pun.

"Hmm, habis nanti kalau abang rindu sayang macam mana?" Jarinya bermain di rambut perang isterinya.

"So tak payah lah pergi. Abang suruh la siapa-siapa gantikan tempat abang tu." Usulnya lagi.

"Tak boleh sayang. Diaorang nak abang juga yang attend meeting tu. Lagi pun abang dah bersusah payah siapkan semuanya untuk dapatkan tender besar tu. So abang sendiri yang nak deal dengan diaorang tu."

"Tapi perlu ke pergi 3 hari?" Aulia merengek.

"I've to settle a few things kat sana."

"Okay fine. Promise me abang pergi 3 hari je tak boleh lebih dari tu." Jari kelingkingnya di sua depan Harraz.

Harraz satukan jari kelingking mereka dan jari kelingking Aulia dikucup. "I promise sayang. Ingat abang pun boleh ke berpisah dengan sayang lama-lama."

"Ni abang nak balik pukul berapa ni?"

"Abang pergi tak lama pun. Sebelum pukul 10 malam abang balik."

"Okay kalau abang lewat satu minit, abang tidur luar. Jangan tidur dengan Lia malam ni."

"Sure nak suruh abang tidur luar ni? Mampu ke sayang nak tidur tanpa pelukan abang? Silap-silap Lia yang mengigau cari abang nanti." Bukan tak tahu yang isterinya tak akan boleh tidur tanpa pelukannya. Makin hari makin manja Aulia ni.

Alamak tak boleh ugut cara macam tu. Sebab nanti dia sendiri yang merana Harraz tak ada kat sebelah. "Okay Lia denda cara lain. No kiss for one week."

"Mana boleh macam tu!" Harraz bentak kecil.

"Kalau tak nak denda macam tu, jangan lah balik lambat. Sharp at 10 o'clock you must be at home."

"Baiklah sayangku, bidadariku. Sebelum pukul 10 abang dah terpacak depan sayang. Okaylah abang nak pergi dah ni. Sian pula diaorang tunggu abang lama nanti. Bye, love." Dahi Aulia dikucup.

"Take care husband." Pesan Aulia. Tangan suaminya disalam dan dikucup.


                   *****************


"Whats up bro!" Harraz menyapa dua sahabatnya itu.

"Eh jadi juga kau datang Haz, ingat Lia dah ikat kaki kau." Hakim mengusik.

"Alah tahu lah kau hidup single tu yang tak ada siapa nak larang kau keluar malam." Harraz perli balik.

"Ish korang ni selalu jumpa kat office pun ada je nak membahan sama sendiri." Roslan melambungkan 2 botol air mineral. Hakim dan Harraz cepat-cepat menyambut.

"Thanks Lan."

"Ni Mira kan dah tengah sarat kan Lan? Asal kau tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Bahayalah. Buatnya dia nak apa-apa ke lepastu nak terberanak ke? Kan susah tu Lan." Baru teringat yang isteri Roslan dah menanti hari nak bersalin je tu.

"Mak mentua aku ada kat rumah kami. Tu yang aku boleh datang jumpa korang ni
sekejap. Kau ingat aku sanggup ke nak biarkan isteri aku sorang-sorang kat rumah tu. Lagi pun due date dia lagi 2 minggu."

"Patutlah." Harraz meneguk air. Bergerak-gerak halkumnya.

"Wei Haz, Razif apa cerita? Lama tak dengar cerita dia. Dia pun dah lama tak lepak dengan kau kan?" Hakim menyoal tiba-tiba.

Harraz tersedak. Memang dua orang sahabatnya tak tahu apa yang dah jadi pada lelaki itu. Dia langsung tak buka cerita.

"Entah. Dia busy kot. Dah lah aku nak pergi treadmill dulu." Harraz nak lari dari topik itu.

Setengah jam dia dah berlari atas treadmill tu. Bajunya dah lencun dengan peluh.

"Harraz Danial long time no see." Tegur satu suara.

Button stop terus ditekan. Dia kenal suara tu. Suara yang dah berbulan tak singgah di cuping telinganya. Suara siapa lagi kalau bukan suara sepupunya Razif.

Harraz sambung balik berlari. Sikit pun Razif tak dipandang.

"Wow dah sombong eh dengan aku." Razif berdiri atas treadmill lain tanpa dinyalakan.

"Kau nak apa sekarang ni? Aku tak ada apa-apa urusan lagi dengan kau."

"Aku cuma nak cakap yang aku rindukan tubuh isteri kau. Haritu aku tak sempat nak..." Razif sengaja mahu cetuskan amarah Harraz.

"Jahanam kau Razif. Kau memang dah lama teringin nak mati kan!" Harraz terus mencengkam leher sepupunya dan dibawa baring ke lantai. Semua mata yang memandangnya sikit pun dia tak ambil kesah.

Razif gelak sinis. Sikit pun dia tak rasa gerun dengan Harraz. Dia puas tengok amarah lelaki itu.

"Belasah lah aku, aku tak kesah. Biar esok terpampang muka kau kat surat khabar sebab CEO The Legacy belasah sepupu sendiri di gym. Biar nama kau membusuk."

Harraz makin kuatkan cengkamannya. Razif terbatuk-batuk. "Kau jangan uji kesabaran aku Razif. Jangan sampai kau jadi orang pertama yang aku bunuh." Dia ludah tepat pada muka Razif.

"Harraz kenapa dengan kau ni?" Hakim dan Roslan terus mahu menghalang sahabatnya. Ingatkan siapa lah yang buat onar tadi rupanya sahabat mereka sendiri.

"Korang jangan masuk campur! Aku nak habisnya nyawa jahanam ni malam ni juga!" Harraz menepis dua lelaki itu. Dia menumbuk muka Razif bertalu-talu.

Razif dah batuk berdarah. Harraz bangun dari terus menindih lelaki itu.

"Apa yang kau nak lagi dari aku ni Zif? Kenapa kau tak habis-habis nak kacau isteri aku. Kenapa kau masih tak boleh terima kenyataan yang Aulia dah jadi isteri aku! Kenapa kau terus nak rosakkan diri kau hanya disebabkan perempuan."

"Sebab Aulia tu hak aku. Aku yang sepatutnya jadi suami dia bukan kau setan! Kalau kau tak datang malam tu, mesti aku dah rasa tubuh dia dan nak tak nak dia akan terima aku sebab nak aku bertanggungjawab."

Harraz makin bengang. Dia makin kuatkan penumbuk. Dadanya berombak laju. Razif ditenung macam singa kelaparan.

"Kau memang binatang Zif! Patutnya malam tu juga aku sumbat kau dalam lokap!" Harraz menyepak muka lelaki itu. Tubuh Razif melambung ke belakang.

"Sudah Harraz! Orang macam ni tak payah layan. Dia memang nak tengok kau hilang waras macam ni." Hakim memeluk Harraz dari belakang. Gerun tengok Harraz yang mahu menerkam Razif lagi.

Hakim beristighfar di cuping telinga Harraz. Dengan harapan amarah lelaki itu akan surut. "Kau balik dulu Haz. Jangan kotorkan tangan kau untuk sampah macam dia tu." Walaupun dia tak tahu hujung pangkal cerita sebenar, tapi dia dah boleh agak apa yang berlaku.

Harraz akur. Betul cakap Hakim, tak guna pun dia layan perangai gila Razif tu.

"Kau sedar tak yang kau sebenarnya hanya bertuhan kan dendam. Kau dah tak cintakan Aulia. Kau cuma berdendam je dengan aku sekarang ni Zif."

"Tak semua benda yang kita nak dalam dunia ni, kita boleh dapat Zif. Tolong hidup dalam dunia nyata."

Razif hanya membatukan diri.

"Kau jangan berani nak muncul depan aku lagi. Jangan sampai tangan aku sendiri yang cabut nyawa kau." Sambung Harraz lagi.

Harraz terus keluar dari gym tu. Kereta dibawa macam peleset. Amarahnya masih membuak-buak.

Aulia baring malas atas katil sambil belek majalah. Kerja dah habis so dia tengah bosan sekarang ni. Kalau Harraz ada boleh juga dia mengacau lelaki itu.

Tiba-tiba pintu dikuak kasar. Aulia terus pusingkan tubuhnya. Airpod dicabut dari telinga dan dilempar ke tepi. Ada sikit rasa ketakutan dalam dirinya. Nasib baik yang muncul adalah wajah kacak suaminya.

"Eh awal pula abang balik. Tak sampai sejam pun abang keluar. Rindu Lia la tu." Bantal ditegakkan di kepala katil. Aulia berbaring sambil bersandar di situ.

Harraz diam. Dia terus berbaring di sebelah sang isteri. Kepalanya dilentokkan di dada Aulia. Tangan kekarnya memeluk perut wanita itu.

"Abang kenapa ni? Anything happen to you husband?" Aulia menunduk pandang suaminya. Rambut Harraz diusap manja.

"Nothing. I just need your warm hug now." Harraz sembamkan mukanya. Dia perlukan pelukan isterinya untuk hilangkan amarahnya. Harraz malas nak cerita hal tadi pada isterinya. Dia tak nak Aulia hidup dalam ketakutan lagi.

"Okay husband. Hug me as much as you want then." Aulia dapat rasa mood Harraz dalam keadaan tak baik sekarang ni. Jadi kalau pelukan dia dapat hilangkan semua rasa yang belenggu suaminya. Dia akan buat.

Pelukan itu dikemaskan. Kepala Harraz dikucup tak nak henti.


********************


Natasya mengelap cairan darah yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Sakitlah!" Razif mendengus sakit.

"Yang you cari pasal lagi dengan dia kenapa?" Bibir Razif ditekan kuat.

"Suka hati akulah. Kau jangan nak masuk campur urusan aku." Tangan Natasya ditepis.

Natasya buat tak tahu je. Dah faham sangat sikap panas baran lelaki itu. Dia masih mencuci luka di muka kacak itu.

"Esok kau ikut aku pergi Melaka."

"Buat apa?"

"Esok Harraz pergi Melaka. Kita jalankan plan A kita kat sana."

"You nak buat apa?" Dia masih tak tahu apa perancangan Razif.

"Kau ikut jelah. Nanti kat sana kau akan tahu juga."

Natasya akur dengan arahan lelaki itu.

    ****************

Aulia memeluk suaminya bagai ini kali pelukan terakhir mereka. Matanya dah berkaca. Lepas subuh je Harraz terus nak bertolak ke Melaka.

"Sayang ni, abang pergi bukannya lama pun. Tak sempat Lia nak rindu abang, abang dah balik dah pun."

"Memandai je cakap Lia tak rindu. Abang belum pergi lagi pun Lia dah rindu ni."

Harraz tergelak. "I'm gonna miss you too wife. A lot." Dahi Aulia dikucup lama.

Pelukan dileraikan. "Sepanjang abang tak ada ni, Lia tidur lah rumah mummy or rumah mama ke. Abang risau sayang duduk sini sorang-sorang."

Aulia angguk. "Okay husband. Don't worry about me."

"Abang nak pergi dah ni. Take care sayang, remember i love you so much."

"I love you more husband." Aulia cium tangan suaminya. Tangan Harraz masih belum dilepaskan walaupun Harraz dah masuk dalam kereta.

"Tak nak bagi abang pergi ke ni?" Harraz menyakat.

Nak tak nak Aulia lepaskan juga tangan lelaki itu. "Call me once you arrive there." Kepalanya masuk dalam tingkap kereta dan terus mengucup pipi lelaki itu.

"Okay sayang. Bye, assalamualaikum." Harraz terus keluar dari perkarangan rumah mereka.

Air matanya dah menitik. Cepat-cepat air mata tu dikesat kasar. "Ya Allah apahal aku nak cengeng tak tentu pasal ni. Over lah ni kau ni Lia. Sedih macam suami kau tu tak akan balik dah." Aulia kutuk diri sendiri.

Dia masuk dalam rumah balik. Nak bersiap pula untuk ke pejabat.

DAMIA berdiri depan pintu bilik pejabat Aulia. Tanpa ketuk dia terus main terjah masuk. Macam yang dia selalu buat.

Aulia sedang melentokkan kepalanya di meja. Sikit pun dia tak hirau siapa yang masuk tu. Tau dah tak bukan tu Damia la tu. Siapa lagi yang berani masuk macam tu kalau bukan sahabatnya itu.

"Yang kau ni lemau semacam kenapa? Pregnant?" Soal Damia selamba.

Aulia angkat kepala. "Ish bukanlah. Tapi aku aminkan kata-kata kau tu. Semoga mulut kau tu masin."

"Dah tu muka macam tenuk tak dapat susu apahal?"

"Macamlah kau pernah tengok muka tenuk tak dapat susu." Aulia menjeling.

"Dah tu muka kau toya macam ni apesal? Gaduh dengan laki kau lagi ke?"

"Bukanlah. Dia outstation 3 hari."

"Alah 3 hari je pun bukan 3 tahun. Orang baru kahwin memang selalu over macam ni eh?" Tak faham betul lah.

"Eleh tunggu lah kau pula kahwin, baru kau rasa rindu suami tu macam mana."

"Elehh aku tak over macam kau."

"Tak yang kau awal-awal datang office aku ni pehal, dah tak ada kerja nak buat? Nak aku suruh daddy potong gaji kau ke?"

Damia sengih. Anak big boss dah marah lah. "Eh aku ada banyak kerja tapi saja nak tengok muka berseri kau. Maklumlah majlis resepsi orang tu dah nak dekat kan. Eei tak sabarnya aku. Mesti kawan aku ni cantik teruk kan nanti. Wedding tu pula akan jadi wedding of the year."

"Hah cakap pasal tu, lepas lunch nanti teman aku pergi Tina's Boutique. Aku nak ambil baju kahwin kami."

"Hamba menurut perintah Puan Aulia. Aku keluar dulu lah." Untung kan jadi kawan anak big boss ni, masuk office lambat pun tak kena marah. Tapi tadah telinga je lah kena perli dengan 3 ekor diva kat office ni.

Aulia ambil bunga rose dalam pasu atas meja dan dihidu. Sempat betul Harraz kirimkan sejambak rose untuknya tadi.


   *****************


Lagi 3 hari je lagi untuk majlis resepsi mereka. Berminggu-berminggu mereka terkejar sana sini sebab nak siapkan persiapan mereka.

Aulia merebahkan tubuhnya atas katil. Baru ada masa nak rehatkan diri. Lagi nak dekat tarikh majlis tu, lagi kelam kabut dibuatnya.

Telefonnya berdering. Tanpa tengok pun dia dah boleh tahu siapa pemanggilnya. Siapa lagi kalau bukan suami tercintanya. Memang dia dah set satu ringtone khas untuk suaminya.

"Assalamualaikum sayang. Buat apa tu?" Merdunya suara dalam talian tu.

"Waalaikumsalam abang. Lia baru nak baring je ni. Penat sangatlah hari ni abang. Ni pun Lia baru je balik dari hotel sebab nak check pelamin semua."

"Hmm patutlah suara tu monyok je. Sorry sayang, abang biarkan sayang uruskan semua tu sorang-sorang." Dah hari kedua dia kat Melaka.

"Eh it's okay abang. Penat sikit je ni. Lagi pun untuk majlis kita juga kan."

"Abang, i miss you... Nak facetime boleh?" Sambung Aulia. Baru berpisah 2 hari, dia dah rindukan suaminya sangat-sangat.

"I miss you more sayang. Tak yah lah facetime sebab kejap lagi kita jumpa. Lepas tu Lia tengoklah muka abang ni puas-puas."

"Kejap lagi? Esok pagi kan abang baru balik? Abang kat mana tu? Kenapa bunyi macam dalam kereta?"

"Guess what?" Harraz tahan senyum.

"What? Where are you now?" Soal Aulia balik dalam keadaan mengantuk. Dah berapa kali ni dia menguap.

"I'm on my way to back home sayang. InsyaAllah on one hour and a half i will be there."

Aulia terus bangun dari pembaringan. "Seriously sayang? Kerja habis awal ke?" Aulia kegirangan. Segar terus matanya.

"Yup. Abang siapkan kerja cepat-cepat. Abang dah gila sebab terlalu rindukan isteri abang ni. Lagipun abang mana boleh berjauhan lama-lama dengan sayang. Tak tenang hidup abang kalau Lia tak ada kat sisi abang. Abang pandang mana-mana je nampak muka sayang."

"Tapi Lia risaulah abang drive malam-malam macam ni. Sorang-sorang pulak tu. Takpe abang balik je esok pagi, Lia akan tunggu abang."

"Tak nak! Nak balik malam ni juga." Memang tak lah dia nak patah balik. Hati dah membuak nak peluk Aulia sekarang ni.

"Degil lah abang ni. Kan dah tengah malam ni husband." Tiba-tiba dia risau gila Harraz pulang lewat macam ni.

"Takpe, don't worry okay. Dah biasa dah pun. Pergilah rehat, tidur dulu. Nanti abang balik."

Aulia menggeleng. Ceh macamlah Harraz nampak dia geleng. "Lia nak tunggu abang balik."

"It's okay sayang, tak payah tunggu abang."

"Tak nak! Lia nak tunggu jugak." Aulia masih berdegil. Sama je laki bini ni.

"Degil kan? Okaylah sayang. See you later okay. I love you."

"Bye. Pandu kereta elok-elok. Don't rushing. Biar lambat asalkan selamat. I love you more." Pesan Aulia.

Panggilan dimatikan. Bila dengar Harraz nak balik malam ni jugak terus hilang segala penatnya. Tak sabarnya nak jumpa suami tercinta.

****************


Aulia terjaga dari tidur. Jam telefon di kerling. Dah pukul 2.00 pagi. Terus matanya segar. Tadi dia tunggu Harraz kat ruang tamu. Tak sedar bila masa dia boleh terlelap kat sofa ni.

"Mana Harraz ni, dah pukul berapa ni. Tak kan tak sampai lagi." Aulia menelefon suaminya. Tapi tak berbunyi langsung. Aulia rasa tak sedap hati. Fikirannya mula memikirkan hal yang buruk terjadi pada Harraz.

"Astaghfirullahalazim Lia. Cuma fikir yang baik-baik. InsyaAllah Harraz baik-baik je." Aulia cuba tenangkan hatinya yang berkecamuk.

Beberapa kali dia cuba lagi untuk telefon suaminya, tapi masih sama. Akhirnya Aulia menapak ke dapur. Tekaknya rasa haus.

Telefonnya berdering. Dahinya berkerut. Siapa pulak yang call tengah pagi macam ni. Nombor tu nombor yang dia tak kenal.

Dadanya berdebar kuat. Selalunya kalau orang call waktu macam ni mesti ada hal penting. Panggilan itu dijawab. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Boleh saya bercakap dengan Puan Aulia Safinna?" Suara wanita di talian.

"Ye saya bercakap. Ada apa ye?" Hatinya berdebar lebih kuat. Dia terbayang kembali perkara buruk yang mungkin menimpa suaminya.

"Begini puan, saya harap puan banyakkan bersabar. Sebenarnya suami puan terlibat dengan...."

"Ya Allah..." Aulia terduduk. Iphonenya terlepas ke lantai. Dia rasa nyawanya macam nak terputus.

Air matanya tak berhenti mengalir. Ya Allah dugaan apa yang Allah mahu beri padanya saat ini.



————————————————————————

*Korang rasa apa eh yang terjadi pada Harraz?

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 30.4K 32
Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun...
3M 267K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
1.1M 3.5K 3
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan keke...