My favourite Army: Arcturus L...

By misshelen21

177K 5.5K 95

hai, disini saya akan ceritakan tentang percintaan seorang gadis 'lovesick girl' dengan seorang tentera. cer... More

Perkenalan
kisah silam yang menyakitkan
Are you ready?
Kisah Dia
Senyuman Yang Mencairkan
Aku Bergetar Disentuh Dia
Jodoh?
Ready For Love
Takdir Dan Waktu
Pink Venom
Belum Siap Kehilangan
Bukan Dia Tapi Aku
Jodoh Pasti Bertemu
Sabarlah Hati
Akhir Sebuah Penantian
So Hot Hot
Lelaki Ini
Kau Milik Aku
Your Army
Mi Amor
As if it's your last
Pujaan Hati
Pelukan Cinta
Mungkinkah Dia
Rahsia Kita
Rahsia Dia
Bukan Lagi Rahsia
Kehangatannya
Lamaran Diterima
Fasa Pertama
Fasa Kedua
Sekotak Cincin
Nama Didalam Doanya
Si Daisy
Doa untuknya
Persembunyiannya
Gadis Pemilik Harimau Putih
Bertemu Kembali
Bunuh Diri Tingkat Lima
Aku Menang
Penantian
Mempublishkan Dia
Membantu Si Hantu
Membantu Si Hantu 2
Kepulangannya
Kepulangannya 2
Akhirnya Bertemu
Bantal Peluk
Dia?
Bukan Dia
Jeles?
Ketahuan Rencana Dia
Penerimaan
Dijumpai?
Bersua Muka
Dibuang Dan Diterima
❗Announcement For Next Chapter ❗
Leftenan Karl Syakirin 1
Leftenan Karl Syakirin 2
Penyesalan Atas Pemergiannya
Mula Bergoncang
Pujukan?
Bertemu kembali
Ceritanya
Cara Dapatkan Dia
Akhirnya Milik Aku!
Hukuman Yang Mengerikan!
Mencuba!
Penyesalan Sara Elyana
Hantar Dia Pulang
Akhirnya Tahu
Kekesalan Meyyza Helena
Diculik?
Ditangkap!
Jangan ambil dia!
Secebis Kekuatan Demi Dia
Dia Bahagia Ku (END)

Identiti Terungkap

1.6K 59 2
By misshelen21

“Tajul malam ni aku akan gerak ke Taiping ada hal dekat kem kemunting“ beritahu Khairul yang baru memasuki ruang itu.

Ditangannya terdapat beberapa helaian kertas yang sedikit berselerak.

“hang pergi sorang ka?" tanya Tajul Iskandar mengikuti langkah kaki sahabatnya itu.

“tak, aku pergi dengan tuan Helmi, ada hal sikit" jawabnya kelam kabut mengadap laptop dihadapannya.

“nah, tanda tangan ni dulu“ Tajul meletakan satu helaian kertas di hadapan Khairul.

“apa ni" tanya Khairul membelek helaian kertas itu.

“laporan tu lah“ jawab Tajul Iskandar menjawab satu panggilan yang masuk di telefonnya.

“nah" Khairul menyodorkan kertas itu kembali.

“nanti dapatkan tanda tangan tuan helmi sekali“ beritahunya mengadap laptopnya kembali.

“orait“ Tajul melangkah keluar membawa helaian kertas tadi.

Malam itu Meyyza Helena yang sedang duduk seorang diri di Cafe High Time itu termenung jauh mengadap laut yang kelam.

Sengaja dia datang kesitu seorang diri tanpa pengetahuan kawan-kawannya dia keluar menuju kesitu.

Dia tahu bahawa Khairul Aydeen sedang dalam perjalanan menuju ke Taiping bagi menjalankan tugasnya disana. Dia datang kesitu bagi menghilangkan resah dihati.

‘apakah kisahnya akan terbongkar?‘

‘apakah dia akan kembali ke dalam jurang penderitaan yang hanya tentera yang tahu?‘

‘apakah Khairul Aydeen menerima kisahnya itu?'

Dia yang menutup rapat kisahnya yang melibatkan tentera dibuat gelora kerana kehadiran lelaki petang tadi.

“Tajul Iskandar“ gumam dia sendiri.

“hai, awak sorang ke?“

Meyyza tersentak mendengar suara yang menegurnya, dia kenal suara yang tidak berubah sama sekali sama ada 5 tahun lepas atau pun 5 jam lepas. Dia mengangkat kepalanya menatap lelaki yang tersenyum ramah itu.

‘panjang umur Mamat ni‘

“boleh saya duduk?" tanya Tajul Iskandar meminta izin.

“duduk lah“ setuju Meyyza mempersilakan lelaki itu.

“awak sihat Meyyza Helena?“

“a. k. a Daisy" Tajul Iskandar menekan nama itu.

Meyyza Helena hanya memandang lekat lelaki yang sedang memprovokasi dirinya. Meyyza menyisir rambutnya yang panjang itu kebelakang.

“saya sihat sahaja abang Tajul" jawab Meyyza perlahan membetulkan duduknya.

"Alhamdulillah“ balas Tajul bersyukur.

“cantik rambut Helen, dah panjang dah sekarang“ pujinya bermakna.

“dulu Helen tak suka rambut panjang sebab susah nak buat kerja" ujarnya lagi.

“apa abang nak sebenarnya? straight to the point je abang" Meyyza malas berbasa-basi.

“hehehehe, sabar Helen sabar" lelaki itu menenangkan keadaan.

“Helen tak nak rebut balik hak Helen?" tanya dia melihat lekat gadis dihadapannya.

“apa hak Helen?" Gadis itu berpeluk tubuh.

“Helen, gelaran tu hak Helen! Sara rampas hak tu dan singkirkan Helen“

“Helen nak biarkan macam tu ke? Helen sanggup biar perempuan tu terus hancurkan gelaran tu?" Tajul mula beremosi.

“Helen tahu disebabkan gelaran tu, kolonel memilih dia jadi ketua team tu dan sekarang semua berpecah kerana dia“ cerita Tajul sedih.

“sekarang yang bertahan adalah Lizzy, itu pun tidak sefahaman“

“kalau dia nak sangat gelaran tu bagi je dekat dia abang Tajul, Helen malas nak berkelahi, just wasting my time"

“sedangkan Helen boleh bahagia dekat luar ni tanpa perlu fikir apa lagi masalah dunia dekat tempat sampah tu“

Meyyza memainkan kakinya untuk menghilangkan keresahan hati.

“Helen tak sayang dengan uniform Helen? titik peluh Helen?“ lelaki itu memancing fikiran Meyyza.

Meyyza memandang lelaki itu tanpa suara.

Siapa yang tidak sayang dengan sesuatu yang kita suka dan minat? siapa sanggup menangung kesakitan dari sesuatu yang bukan dia lakukan.

Penat lelahnya yang hanya dia yang tahu dirampas paksa oleh orang yang dia percayai selama ini, dia yang sangat percaya mengikuti semua kata-kata orang itu tanpa ragu dan akhirnya dia yang dipaksa menjadi kambing hitam.

Sedangkan orang yang menjatuhkannya tersenyum bahagia atas penderitaannya merampas semua hasil usahanya.

Kenangan lima tahun lepas bermain difikirannya.

Dihari pertandingan mencipta gelaran yang dianjurkan oleh pihak pasukan elit untuk suka-suka mencipta nama sesuai dengan kemahiran atau bakat yang dimiliki terlihat seorang gadis yang sedang menatap tajam kearah seorang perempuan yang berdiri bersama empat orang lagi pemenang.

Gadis itu mengenggam erat jarinya menyimpan seribu satu dendam terhadap wanita yang mencuri gelaran yang dia cipta atas usahanya dan merebut gelaran itu tanpa rasa bersalah.

Wanita itu tersenyum bahagia diatas pentas.

Hari itu dia yang tidak menaruh apa-apa curiga terhadap wanita yang ingin mengurus semua kelengkapannya walaupun dia berkeras ingin menguruskannya sendiri sebelum dia mula menunjukkan bakat yang dia ada dibuat terpukau mendengar apa sahaja arahan yang keluar dari mulut wanita itu.

Sara Elyana nama yang membuat dia meninggalkan dunia uniform beralih ke dunia biasa.

Sara Elyana menetapkan semua kelengkapan yang akan dibawa dan digunakan oleh Meyyza Helena dihari tersebut.

Tanpa Meyyza Helena perasan semua kelengkapan yang dipakai olehnya seakan sama dengan Sara Elyana kenakan hari itu.

Sehingga tiba giliran Meyyza Helena, dia dibuat memukau semua anggota yang menonton dengan ketangkasannya bergerak menjatuhkan semua papan sasar yang ada membuatkan Panglima Radzi dan beberapa lagi Panglima serta seorang Kolonel berasa kagum denganya.

Sara Elyana hanya memandang remeh kearah gadis yang berdiri gagah disebalik topeng yang dia kenakan, wanita itu tersenyum sinis.

“kau akan jatuh" gumamnya gembira disebalik pokok itu.

Wanita itu menghampiri Meyyza Helena yang baru keluar dari padang dan memanggilnya.

“Helena, mari kejap" panggil Sara Elyana.

“ye kak?“ Meyyza datang dengan gembira kearah wanita itu.

“meh aku pegang sniper kau“ pinta wanita itu.

Tanpa ragu Meyyza hanya menurut tanpa bantahan.

“Tajul panggil dekat pejabat dia“ ujar Sara Elyana setelah mengambil senjata itu.

"ehhh, bukan tadi abang Tajul ada dekat sini ke?“ Ujar Meyyza Helena melihat kiri dan ke kanan.

“dia dah balik office dia sebab ada tugas" jawab Sara menipu.

"ouhhhh.... okey jap Helena pergi“ balas Helena meminta diri.

Sara Elyana mengembangkan senyuman mengejek kepada Meyyza yang berlari menuju bangunan yang berada disitu.

Meyyza Helena mencari Tajul Iskandar di seluruh pelosok bangunan itu namun, tidak menemui lelaki itu. Sewaktu tengah sibuk mencari kedengaran sorakan dari tempat pertandingan tadi.

Meyyza Helena bergegas turun dan mendekati tempat itu, sewaktu tiba dia menemui Tajul Iskandar dan Muhammad Qadr yang sedang bertepuk tangan disitu.

“abang Tajul“ panggil dia mengah kerana berlari.

“ehhh Helen, kenapa ada dekat sini? bukan Helen dekat sana ke?“

Meyyza Helena memandang kearah yang ditunjukkan, disitu terlihat beberapa orang yang sedang berdiri menerima gelaran dan pujian dari Panglima.

“seterusnya, pemenang terakhir adalah seorang gadis yang lincah dan tangkas dalam menjatuhkan musuh dengan pantas“

“dia adalah Sara Elyana yang digelar KUCING HUTAN YANG LIAR" umum pengacara majlis itu.

Meyyza Helena tercengang mendengar nama dan gelaran yang diumum, dia mengenggam erat jarinya, dia menatap dengan mata yang sudah dirasuk kebencian.

“helen“ panggil Tajul.

Meyyza Helena meninggalkan tempat itu dengan kemarahan yang membuak belum ditambah kesakitan yang dia rasa dijarinya kerana melecet akibat senapang yang digunakan tadi.

“helen!!! “panggil Tajul lagi mengejar Meyyza.

Dan bukan itu sahaja wanita itu lakukan kepada Meyyza tapi Sara Elyana juga menjadikan Meyyza Helena sebagai Kambing hitam yang membocorkan info tentang kes yang berlaku di Thailand kepada media sosial membuatkan Meyyza menerima hukuman yang agak berat.

Meyyza Helena memilih menarik dirinya dari menjadi keluarga ATM dan menyembunyikan identitinya dari dunia luar, bukan disebabkan dia pernah dipukul sehingga koma tapi kerana dia dikhianati.

Dendam yang tersisa hanyalah keinginan untuk membocorkan segala kejahatan yang dilakukan wanita itu dengan Kolonel yang berkerjasama menjatuhkannya.

“Helen nak Sara meneruskan niat dia?“

Meyyza tersentak dari lamunannya.

“Helen tahu, seminggu lagi akan diadakan sekali lagi pertandingan seperti sebelum ni, Lizzy bertungkus lumus untuk menjatuhkan perempuan tu"

“Helen tak nak bersihkan nama Helen?"

Meyyza Helena menggelengkan kepalanya.

“kalau dia nak sangat gelaran tu, just take“

“helen! “ Tajul Iskandar masih memujuk.

“kita jatuhkan dia dengan gelaran lain“ Meyyza tersenyum dingin.

“helen nak abang tolong?“ usul Tajul.

“yep! “

“tolong rahsiakan benda ni dari Khairul, Helen tak nak dia tahu siapa Helen dulu“

“baik kalai tu yang Helen nak abang buat, abang akan tolong" ujarnya perlahan.

Tanpa disedari oleh dua orang yang sedang asyik berborak ada seorang wanita yang sedang mengambil gambar mereka dalam diam. Wanita itu tersenyum bahagia.

“aku akan rampas Khairul dari kau“

Sabrina berlalu pergi dengan gembira keluar dari tempat itu.

“Zafran kau yang tak nak join aku so, pandai-pandai lah kau “.

Khairul Aydeen yang sedang membawa kereta mewah milik kerajaan itu dibuat gelisah kerana si gadis tidak membalas mesejnya.

Hendak hubungi sekarang. dia bersama tuannya, takut dibantai gelak akhirnya dia hanya diam menenangkan dirinya.

Meyyza pulang setelah berada lama disitu, dia meminta diri kepada Tajul Iskandar dan terus masuki keretanya.

“Helen, fikirkan apa yang abang katakan, keputusan ditangan Helen“ pesan Tajul kepada Meyyza.

Meyyza hanya diam tidak mengendahkan pesanan itu.

“gelaran?“

“daisy, apa kau suka dengan gelaran tu?“ tiba-tiba Meyyza bersuara menanya si hantu yang juga berada didalam keretanya.

“cis, baru nak susuprise“ Daisy melawak.

“apa kau tanya tadi? suka ke tak gelaran tu?“

“hurmmm“

“okey je dengan gelaran tu“ jawab Daisy.

“kalau aku guna gelaran tu untuk jatuhkan perempuan tu macam mana?“ tanya Meyyza sambil melajukan keretanya.

"harimau putih! “ucap Daisy.

“harimau putih?“ Meyyza mengenyitkan matanya.

“dah ada yang guna gelaran tu“ beritahu Daisy.

“ooooo“

“Arcturus Putih“

“maksud?“ tanya Meyyza tertarik dengan nama itu.

“tak ada apa-apa maksud“ jawab Daisy menggelengkan kepalanya.

“ishhh, kau ni“

“Arcturus tu maksud Bintang Kejora, jadi kau Bintang yang bersinar di antara semua orang, then putih sebab aku nak kau pakai baju uniform putih bermaksud kau hanya tentera simpanan atau pasukan bantuan itu je“

“entah aku cakap ni betul ke tak“ gumam Daisy sendiri.

“kau dengar tak oiiii“ Daisy mula merasa bosan bercakap dengan gadis itu.

Meyyza Helena hanya mendiamkan dirinya.

‘Arcturus Putih?'

“Dan aku ada satu senjata yang boleh kau gunakan dari alam aku“ beritahu Daisy mematikan lamunan Meyyza.

Continue Reading

You'll Also Like

221K 7.9K 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang...
2.6M 68.3K 69
- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna...
21.9K 1.4K 53
Spin off She's The One. Status : Complete π˜‰π˜–π˜–π˜’ | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya...
77.9K 2.5K 48
Tengku Ayaaz Γ— Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...