Dia Pemilik Hati [C]

By LeannaRose_

4.7M 187K 27.4K

[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang... More

ʜᴀʀʀᴀᴢ | ᴀᴜʟɪᴀ
BAB 1🌹
BAB 2🌹
BAB 3🌹
BAB 4🌹
BAB 5🌹
BAB 6🌹
BAB 7🌹
BAB 8🌹
BAB 9🌹
BAB 10🌹
BAB 11🌹
BAB 12🌹
BAB 13🌹
BAB 14🌹
BAB 15🌹
BAB 16🌹
BAB 17🌹
BAB 18🌹
BAB 19🌹
BAB 20🌹
BAB 21🌹
BAB 22🌹
BAB 23🌹
BAB 24🌹
BAB 25🌹
BAB 26🌹
BAB 27🌹
BAB 28🌹
BAB 29🌹
BAB 30🌹
BAB 31🌹
BAB 32🌹
BAB 33🌹
BAB 34🌹
BAB 36🌹
BAB 37🌹
BAB 38🌹
BAB 39🌹
BAB 40🌹
BAB 41🌹
BAB 42🌹
BAB 43🌹
BAB 44🌹
BAB 45🌹
BAB 46🌹
BAB 47🌹
BAB 48🌹
BAB 49🌹
BAB 50🌹
BAB 51🌹
BAB 52🌹
BAB 53🌹
BAB 54🌹
BAB 55🌹
BAB 56🌹
BAB 57🌹
BAB 58🌹
BAB 59🌹
BAB 60🌹| ENDING
AUTHOR TALKS
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

BAB 35🌹

73.4K 2.6K 214
By LeannaRose_

TING! Aulia keluar dari lift. Dia berjalan menuju ke lobi. Selesai juga kerjanya di pejabat hari ni. Disebabkan dia nak bercuti panjang untuk honeymoon nanti, dia kena balik lambatlah sebab nak settlekan kerja yang mana ada.

Haih penatnya. Sekarang pun dah pukul 8 malam. Tak pernah dia balik lambat macam ni. Makin hari makin pulang lewat.

Tiba-tiba dia rasa macam diekori. Tapi bila dia pusing belakang, tak ada siapa.

"Firasat aku je kot." Aulia buat bodoh.

Lagi sekali dia dengar derap tapak kasut. Dan tu bunyi seperti tapak kasut lelaki. Aulia rasa tak sedap hati. Tak akan ada orang nak buat jahat kat dia dalam office dia sendiri kot.

Aulia cepat-cepat pusing belakang. Razif terus berselindung di balik dinding.

Aulia memang nampak tu bayangan lelaki. Dan dia nampak seperti susuk Razif walaupun lelaki itu pakai cap hitam yang menutupi wajahnya. Tapi tak mungkin lah. Lelaki tu tak ada di Malaysia. Mungkin dia salah nampak kot.

Aulia terus menapak laju keluar dari pejabat dan masuk kereta. Pintu di lock awal-awal.

"Hello husbaby." Aulia buat keputusan untuk telefon Harraz.

"Yes sayang. Dah otw balik rumah ke?"

"Dah baru nak otw balik ni." Suaranya sedikit bergetar.

"Kenapa suara macam takut-takut ni sayang? Are you okay?" Harraz mula risau.

"Ya i'm okay, don't worry. Lia jumpa abang kat rumah." Aulia tak jadi nak bagi tahu Harraz pasal hal tadi. Mungkin tu bukan orang jahat. Lagi pun tak akan orang tu nak buat jahat secara terang-terangan. Kawasan situ ada cctv kot.

"Okay hati-hati drive tu. I love you."

Panggilan dimatikan dan Harraz terus telefon anak buahnya. "Hello Helmi."

"Yes boss."

"Kau buatkan kerja yang aku suruh? Aku suruh kau follow isteri aku kalau dia keluar kat mana-mana je."

"Ya boss sekarang pun saya tengah ikut isteri boss."

"Setakat ni ada apa-apa yang mencurigakan tak?"

"Tak ada boss. Semuanya selamat."

"Bagus. Pastikan dia selamat sampai rumah. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, cepat-cepat inform aku. Tapi ingat, aku tak nak isteri aku tahu kewujudan kau. Aku tak nak dia rasa tak selesa. Kau cuma pantau keselamatan dia dari jauh je."

"Baik boss." Helmi angguk faham. Sejak bossnya kahwin tugasnya dah ditukar kepada menjadi bodyguard kepada isteri bossnya itu.

Sejak kejadian Razif nak rogol Aulia dulu, Harraz terus jadi paranoid. Dia terus arahkan Helmi untuk ikut kemana saja Aulia pergi. Sebab nak pastikan Aulia sentiasa selamat.

Dia tak nak apa-apa jadi pada isteri kesayangannya. Dan Aulia tak perlu tahu tentang kewujudan Helmi. Mesti isterinya tak akan selesa kalau tahu ada lelaki yang ikut pergerakannya walaupun tu bodyguard yang suami dia sendiri upah.

Razif masuk dalam kereta. Memang dia yang ekori Aulia dipejabat tadi. Gambar Aulia masa di London dulu masih kekal dalam telefon. Semuanya ditangkap secara curi-curi.

"Makin hari kau makin cantik Lia. Lagi-lagi kau bertutup litup macam tu. Aku makin geram nak dapatkan kau. Tapi tak apa buat masa ni kau berbahagia la dulu dengan suami tercinta kau tu sebab kebahagian kau tak kekal lama."

"Dan aku yang akan jadi suami kau pula. Dan laki kau tu kau cuma boleh tengok untuk kali terakhir masa dia kena tanam dalam kubur. So kau tengoklah puas-puas dulu. Hahaha." Razif ketawa macam orang kurang siuman.


                             ****************


Pukul 9 malam Aulia baru sampai rumah. Nasib baiklah jalan tak jem sangat. Tidak dia tak sampai rumah lagi ni.

Aulia berjalan perlahan ke dapur. Ikutkan hati nak je terus baring atas katil. Nak tidur.

Aulia terus peluk suaminya dari belakang. Kepalanya disandarkan di belakang suaminya. Matanya terpejam. Nak merehatkan kepala.

Harraz menoleh. Terkejut tiba-tiba ada orang peluk dia. "Eh sayang dah balik. Sorry abang tak perasan sayang dah balik." Harraz masih mengacau sayur atas kuali.

Aulia masih diam dan matanya terpejam.

Harraz tutup suis api dan tubuhnya dipusingkan mengadap Aulia. Terus Aulia ditarik dalam pelukan. "Penat sangat ke hari ni hmm?" Harraz cium dahi Aulia.

Aulia angguk lemah. Dia mengemaskan pelukan itu. Rasa selesa sangat bila dapat peluk suami. Rasa penat tu sikit-sikit dah beransur hilang.

"Sorry Lia balik lambat hari ni. Banyak betul kerja kat office tu."

"Sabar okay, lagi 3 hari je. Lepastu sebulan kita cuti. Nanti kita rehat kat sana puas-puas."

Makin tak sabar nak honeymoon. Kalau boleh nak je cepatkan masa.

"Sorry sebab 2 3 hari ni Lia balik lambat, abang pula yang kena masak."

"Eh takpela, biarlah abang masak. Lia isteri abang tau bukan maid abang. So biar abang je buat semua ni. You're queen in this house. Lagi pun masak ni semua bukan tanggungjawab sayang tau."

"Mana boleh. Sesekali bolehlah abang masak. Biar Lia yang masak untuk abang." Aulia menguraikan pelukan.

"Yela sayangku."

"Lia naik atas dulu eh nak mandi. Solat isyak pun belum lagi ni." Nasib baik tadi dah solat maghrib kat office.

"Hah pergilah. Nanti turun makan."

Aulia angguk perlahan. Tiba-tiba dia teringat sejambak bunga yang dia terima pagi tadi.

"Abang thank you for the beautiful roses." Aulia senyum sampai nampak gigi.

"Rose? Abang tak bagi Lia bunga pun." Harraz tak bergurau. Memang dia tak bagi isterinya bunga hari ni.

"Habis tu kalau bukan abang siapa yang bagi bunga tu?" Arh sudah. Tak akan dia ada peminat misteri kot.

"Lia tak tahu ke siapa yang bagi?"

"Tak. Kat bunga tu ada lah kad. Tapi kad tu cuma tulis 'I miss you sayang' Lia ingatkan abang yang bagi."

Harraz bengang. Siapa pula yang berani kacau isteri aku ni. Siap bersayang bagai. "Habis tu mana bunga tu?" Dia nak cincang rose tu sampai lumat.

"Lia simpan kat office. Abang marah Lia ke? Sumpah kalau Lia tahu yang tu bukan abang yang bagi, Lia dah buang bunga tu awal-awal. Sorry abang."

"Abang tak marahkan sayang lah. Lain kali kalau ada terima bunga dari sesiapa yang bukan abang bagi, buang terus." Susah kalau dapat isteri cantik ni. Ada je lelaki yang berani nak mengurat.

"Okay abang. Esok Lia buang bunga tu."

Ingat zaman belajar je dia selalu terima bunga dari orang yang tak kenal. Ni dah masuk alam perkerjaan pun ada lagi orang nak bagi bunga. Dia pun dah jadi isteri orang kot.

                  ******************

"Asal muka monyok je ni? Tak happy ke nak tengok sketch rekaan dress wedding sayang?" Soal Harraz sambil cuit dagu isterinya. Mereka sedang berdiri depan pintu TINA's BOUTIQUE.

"Bukanlah tak happy, cuma Lia tak tahu langsung konsep wedding tu macam mana. So rasa excited tu kurang sikit. Siapa suruh abang tu nak rahsia sangat." Entah apalah Harraz design baju mereka. Tema wedding pun nak berahsia.

"Mestilah rahsia. Abang nak buat suprise untuk sayang."

"Suprise konon. Kalau Lia tak berkenan semua yang abang pilih untuk majlis tu, abang sanding sorang-sorang. Lia tak nak jadi pengantin abang."

"Amboi. Kalau Lia tak nak jadi pengantin abang, abang kena lah sewa satu perempuan untuk jadi bride abang. Malu lah abang kalau kena sanding sorang-sorang. Abang ni dah lah CEO yang terkenal."

"Oh berani eh? Kalau nak tengok Lia mengamuk musnahkan pelamin tu, beranilah sewa perempuan lain."

Harraz ketawa besar. Terbayang Aulia jadi singa betina musnahkan pelamin tu. Mesti segala hiasan pelamin tu di cabut. Sekali perempuan tu pun kena bantai dengan Aulia.

"Amboi suka sangat tu sampai gelak pun tak pandang kiri kanan dah." Lengan Harraz dipukul.

"Jom masuk butik kawan abang ni. I'm sure you will love it." Harraz tarik tangan isterinya. Aulia akur.

Pemilik butik menyapa mereka berdua.
"Assalamualaikum Harraz Danial. So this is your wife?" Tina menegur ramah.

"Waalaikumsalam Tina. So meet my pretty wife, Aulia Safinna."

Aulia dan Tina perkenalkan diri. "Cantiknya wife you. Patutlah tak menyabar nak kahwin sampai tak jemput i." Tina menyakat.

"Masa majlis reception tu nanti i jemput lah you. Datang dengan husband you nanti sekali dengan hero kecil you tu."

"Of course i akan datang. Eh duduk lah dulu. I ambil sketch tu kejap."

Aulia dan Harraz duduk di sofa.

"Sorry, can i meet designer butik ni. I nak tempah baju kahwin." Soal satu suara pada staff di situ.

Aulia terus pandang ke arah suara itu. Perempuan tu Natasya. Macam mana dia pun boleh ada di sini juga.

Aulia buat biasa je. Tak kan nak halau perempuan tu pula. Mungkin Natasya pun nak tempah baju. Perempuan tu kan model.

"Sayang you tengok apa?" Harraz pandang ke sana juga.

"Eh tak ada apa lah. Husbaby ni pakai tie pun senget." Aulia mengalihkan perhatian Harraz. Tie Harraz buat-buat dibetulkan.

"Eh eh i tak sangka dapat jumpa lovebirds kat sini. You nak tempah baju kahwin untuk kahwin lagi satu ye Haz?" Natasya menapak ke arah pasangan itu sambil menegur.

Harraz ketap bibir. Apahal minah tak cukup sifat ni ada kat sini juga?

"Yang kau nak sibuk urusan aku pahal?" Tangan Aulia digengam.

Reaksi Aulia hanya biasa. Sikit pun dia tak terkesan dengan kehadiran Natasya di situ.

"Ala you ni janganlah garang sangat dengan i. Tapi tak sangkakan you masih pilih butik yang kita pernah pergi untuk rancang wedding kita dulu. Ni mesti you teringat impian kita kan untuk buat wedding of the year."

"Apa benda kau merepek ni setan? Aku tak pernah rancang apa-apa dengan kau."

"You ni buat-buat hilang ingatanlah." Natasya buat suara manja.

"Benda kau ni Tasya merepek tak habis-habis. Kau datang sini saja nak buat kecoh ke?"

"Eh taklah, i datang nak tempah baju kahwin lah sayang. Eh tersasul pula. Sorrylah perempuan, i dah terbiasa panggil husband you ni sayang." Natasya ketawa.

Aulia malas nak layan. "Husbaby ada dengar tak macam suara langau kat sini?" Lengan Harraz dipeluk.

"Eh haahlah ada suara langau. Lepastu bau busuk pulak tu." Harraz tutup hidung.

Aulia ambil perfume dior dalam beg dan disembur sekeliling. "Husbaby, bau busuk ni tak hilang lah." Aulia sambung perli lagi.

"Tak apalah bila langau ni dah pergi, hilanglah bau busuk ni."

"Oi langau nak perfume dior aku ni tak? Sembur kat badan kau sendiri. Mana tahu bau busuk ni hilang. Tak apa kau boleh ambil terus perfume ni. Banyak lagi ni sebab aku baru beli semalam." Sambung Aulia lagi sambil hulurkan botol perfume tu.

Rahang Natasya bergerak-gerak. Sakit hati bila kena perli dengan pasangan itu. Perfume tu ditepis ke lantai. Fuh nasib baik tak pecah botol tu. Kang tak pasal-pasal harum semerbak butik ni.

"Kau ingat kau akan bahagia ke dengan jantan ni? Kau tak tahu dah berapa banyak dia tidur dengan perempuan sebelum kahwin dengan kau. In fact kami dulu pun dah hidup macam suami isteri. Sebab tu dia beli rumah kat aku dulu. Supaya kami senang nak berzina dalam rumah tu bila-bila yang kami nak."

Aulia gelak sinis. Bosan dah dengar perempuan fitnah Harraz suka berzina. Natasya ni tak ada idea lain ke nak menipu. Dah basi lah idea macam tu.

"Kau siapa untuk aku percayakan kata-kata kau? Aku lagi kenal suami aku."

"Kau tak percaya? Kau ingat suami kau ni baik sangat ke?" Natasya silangkan tangan.

Aulia bangun dan berdiri depan Natasya. "Kalau betul kau pernah tidur dengan dia, mesti kau boleh jawab soalan aku ni dengan betul. So kalau kau jawab betul, depan mata kau ni aku suruh Harraz jatuhkan talak pada aku."

"Sayang apa ni! Kenapa cakap pasal cerai ni." Suara Harraz tegang. Dia turut bangun berdiri sebelah Aulia.

Aulia abaikan Harraz sekejap. Dia nak ajar perempuan murah ni.

"Okay kalau aku jawab betul, kau kotakan ucapan kau tu. So tanyalah cepat aku tak sabar dah ni nak tengok korang bercerai." Wajah Natasya penuh dengan keyakinan.

"Kat mana parut dia?" Aulia angkat kening. Dia silangkan tangan.

"Parut apa pulak ni?"

"Lah tadi kau cakap kau selalu tidur dengan dia. Tak akan tak tahu pula suami aku ni ada parut." Dasar Natasya saja nak hilangkan kepercayaan dia. Tapi sorrylah dia dah belajar lah dari kesilapan dulu.

"Kau ingat aku ada masa ke nak check satu badan dia masa kami tengah lepaskan nafsu kami."

"Lah kata dah selalu tidur dengan suami aku tak akan sekali pun kau tak pernah perasan parut dia."

"Tak tahu kat mana parut dia tak bermakna aku memang tak pernah tidur dengan dia."

"Eh kau ni kan memang teringin nak makan penumbuk aku kan." Bahu Natasya ditolak kasar.

"Sabar abang, kita kat butik orang ni. Let me handle this witch. Perempuan macam ni kita kena lawan dengan psychology." Aulia tenangkan amarah suaminya.

"So i guess kau tak boleh jawabkan soalan aku."

"Aku dah ingat dia ada parut kat peha." Jawab Natasya yakin.

"Peha yang mana? Kiri ke kanan?" Jawab lah mana-mana pun. Tak akan betul punyalah.

"Kanan. Aku yakin kat situ parut dia."

Aulia senyum sinis. Bahu Natasya ditepuk-tepuk. "Kau tahu tak dosa fitnah tu macam mana? Kalau kau tak tahu meh sini aku bagi tahu. Dosa fitnah tu lebih besar dari dosa membunuh. Kau tak takut azab Allah ke?"

Natasya mendengus marah. Nampaknya rancangan dia nak hancurkan kepercayaan Aulia dah gagal.

"Move on please. Please accept that he chose me not you. Stay away from us. Kau tak akan boleh dapat suami aku. Selagi aku hidup kau jangan pernah mimpi dapat memiliki Harraz walaupun sesaat. Dia hak aku sorang."

Natasya menepis tangan Aulia. "Kau jangan ingat aku akan stop sampai sini je. Aku akan ambil balik hak aku." Dia mahu melangkah keluar dari butik tu.

"Eh tak jadi nak tempah baju kahwin ke Tasya?" Aulia jerit kuat. Nasib baik customer tak ramai sekarang ni.

"Tak jadi kahwin!" Sempat Natasya menjawab.

Harraz dan Aulia sama-sama ketawa terbahak-bahak. Minah tu memang ada wayar terputus agaknya.

Perut Harraz disiku. "Sayang betul abang kat dia dulu sampai belikan dia rumah." Sindir Aulia.

"Tu cerita lama sayang. Rumah tu abang dah jual pun."

Aulia menjeling geram.

"Sorry guys i lambat sikit. I ada urgent call tadi." Satu sketch book diletak atas meja.

"Eh it's okay Tina."

"So ni dress yang i dah design untuk Lia dan ni pula tuxedo you Harraz. Semuanya i design ikut apa yang you nak seperti yang kita dah bincang tempoh hari."


"Abang cantiknya baju wedding kita."
Mulut Aulia ternganga. Walaupun hanya baru lakaran, dia dah bayangkan yang dress tu akan jadi cantik.

"See kan abang dah cakap. Tema majlis tu fairytale tau. Abang nak realisasikan impian sayang."

Aulia dah sebak. "Abang thank you so much sebab selalu buat Lia rasa happy. Memang saja eh nak buat Lia makin sayangkan abang."

Kenapa Harraz ni sweet sangat. Kalau hanya ada mereka berdua je sekarang ni, dah lama dia peluk cium suaminya.

"I'm your husband. Kalau bukan abang, siapa lagi yang akan tunaikan impian sayang tu untuk ada wedding macam ni. And jangan berterima kasih lagi, tunggu masa hari wedding kita baru Lia berterima kasih balik. Because i have more surprise for you."

Arh dah penuh rama-rama dalam perut. Aulia makin cair dengan Harraz.

"So Tina agak-agak you sempat tak nak siapkan baju ni?"

"Majlis korang lagi 3 bulan kan?"

"Haah lagi 3 bulan." Jawab Harraz.

"InsyaAllah sempat. Lagi pun you kawan i Haz, i akan usahakan untuk baju ni nampak perfect walaupun i tak tidur nanti." Seloroh Tina.

"Thank you Tina. I tahu hasil tangan you tak pernah mengecewakan. Always terbaik. Tidak tak adalah artis pun merebut nak kan design baju you."

"Dah jangan nak puji i lebih-lebih. Kembang hidung i. Eh jomlah i ambil ukuran badan you berdua."

Selesai urusan mereka di butik. Ada lagi 2 hari baki yang tinggal untuk mereka pergi honeymoon. Jadi diaorang nak uruskan hal majlis mereka selagi ada masa ni. Hal tempahan hotel dan jemputan diserahkan pada orang tua mereka untuk uruskan.

"Sayang, abang ada meeting ni kejap lagi. Lia tak balik office dah kan?" Ni pun dia lari sekejap waktu kerja sebab nak pergi butik Tina.

"Tak. Lia nak spend time dengan Sarah. Esok dia dah balik Australia. Abang hantar Lia rumah mama." Aulia kerja setengah hari je hari ni.

"Apa plan korang?"

"Ingat nak keluar lepastu shopping ke dengan mama sekali. Girls day out. Nanti Lia terus balik rumah kita tau. Abang tak payah ambil Lia kat rumah mama nanti."

"Okay." Jawab Harraz.


            ******************


Gambar-gambar yang sempat dia tangkap sewaktu di Malaysia lagi-lagi gambar bersama Aulia yang dia sempat bergambar ditenungnya tak nak lepas. Maisarah melepaskan keluhan berat.

Baru beberapa jam dia meninggalkan Malaysia hatinya disagut rindu. Rindu pada orang tuanya, abangnya dan kini tambah lagi seorang ahli baru keluarganya, kakak iparnya.

Dia teringat moment sebelum dia berangkat ke Australia. "Dah jangan beria nak nangis, siapa suruh study jauh-jauh lagi kan, kan dah berat hati nak tinggalkan Malaysia." Sempat Puan Sri Laila bergurau untuk tenangkan hatinya yang dah meraung sebab terpaksa berpisah lagi dengan anak perempuannya.

"Papa, tengok mama ni. Tak sedih ke nak berpisah dengan anak kesayangan ni."

Tan Sri Kamil hanya menggeleng dengan tingkah dua beranak. Masing-masing dah berjurai air mata.

"Dah la tu. Bukan Sarah tu tak boleh balik sini lagi dah. Kalau ada masa nanti kita pergi melawat dia kat sana. Ish boleh banjir airport ni dengan tangisan korang." Seloroh Tan Sri Kamil untuk ceriakan suasana.

Biasalah kan ayah ni selalu ego sikit. Selalu nak tunjuk cool depan anak, padahal hakikatnya mata tu dah berair.

"Dah along pulak nak peluk budak kecik ni."

"Ish orang dah besar la. Stop calling me 'budak kecik' la." Bengang Maisarah. Namun pelukan abangnya dibalas.

"Kat sana nanti..." Belum sempat Harraz beri pesanan adiknya dah sambung ayat.

"Belajar rajin-rajin, selalu ingat Allah. Walaupun kat tempat orang, agama kena jaga. Jaga maruah diri, maruah keluarga. See Sarah ingat pesan along. Along punya skrip ni kan, Sarah dah boleh hafal sampai ke anak cicit tau. Ye Sarah ingat semua pesan along. Don't worry okay. Sarah tau jaga diri."

"Along tu, make sure you take care of kak long. Jangan nak buat kak long sedih. Siap along eh kalau buat perangai."

Aulia yang dari tadi hanya memerhati anak beranak ni ucap kata berpisahan hanya senyum.

"Amboi siap beri amaran eh. Ye adikku sayang. Along akan jaga kakak kesayangan adik ni baik-baik." Tubuh Aulia dirangkul dari tepi.

"Sarah, anything kalau ada masalah ke apa ke call je kak long. You take care okay. I really enjoyed every moments with you. So glad i've a good sister like you." Pertama kali dia rasa ada seorang adik walaupun cuma adik ipar.

Mereka terus berpelukan. Siapa sangka mereka boleh cipta hubungan yang akrab sebegini walaupun baru bertemu.

"Kak long you maked me cry. You know what, i just met you, but i really love you sister. Thanks for being along's wife. I'm so happy. Kalau along naughty-naughty just telling me okay. Tahu la Sarah nak sekolahkan along macam mana."

Masing-masing ketawa geli hati.

"Enjoy your honeymoon okay. Sarah nak anak buah cepat. Buat anak buah yang comel-comel tau. Kalau kembar lagi bagus." Usik Maisarah lagi.

Wajah Aulia dah merah padam.

"Ish budak kecik ni kan. Dia punya request macam request makanan kat pasar malam." Hidung Maisarah dikepit.

"Auch sakitlah long." Lengan Harraz dicubit-cubit.

"Dah la tu, karang terlepas flight pulak." Tan Sri Kamil mengingatkan Maisarah. Selagi tak ingatkan, selagi tu la mereka tak habis berdrama. Setiap kali anaknya pulang ke Australia gini la jadinya.

Dengan langkah berat, Maisarah menuju ke balai perlepasan. "Sabar sikit je lagi Sarah, bila kau dah habis study kau balik Malaysia cepat-cepat." Maisarah memujuk hatinya.

Lamunannya terhenti bila suara stewardess menyapanya untuk memberi makanan. "Thank you." Ucapnya menghargai layanan pramugari itu.


————————————————————————

*So memandangkan banyak yang minta untuk tak nak konflik lagi, i extend 2 bab yang happy-happy. So bab 37 baru kita jumpa konflik.🤪(Actually belum konflik lagi. Cuma ada dugaan sikit untuk Aulia dengan Harraz. ) Teruskan support tau korang.

*Thankyou untuk 4k votes❤️ I appreciate it so much.😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

2.7M 171K 68
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai her...
212K 7.1K 22
[COMPLETE] 4th story Song : Somebody's Pleasure by Aziz Hedra Kau, pengubat hati dikala lara menghempap dada. Bicara dan tingkah laku kamu sentiasa b...
852K 34.5K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
230K 12K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...