QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘11∘∘°

15K 1.5K 145
By nabilllss

Song title: Chandelier
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Takkan flight delay kut—" Fredella menilik jam tangan Bonia miliknya. Dari 10 pagi dia tiba di airport sekrang sudah 11:40 pagi.

Dari tadi Fredella menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat Uqael. Dia perlu bersemuka dengan jejaka itu sebelum bergerak ke ZM. Banyak urusan yang perlu dia selesaikan sebelum tamatnya tempoh pertunangan.

Dalam 5 minit Fredella ralit membetulkan tudung, anak mata hazelnya menghala ke arah Starbucks yang berdekatan. Dia mengecilkan mata, merenung tepat ke arah jejaka yang lengannya dirangkul kemas oleh seorang gadis.

"Similar.." Getus hatinya. Jejaka itu mirip seperti seorang yang dia kenali.

"Uqael!" That's him! Fredella bangun dari duduk. Kakinya laju mengatur langkah.

Wajah Fredella jelas penuh dingin. Semakin mendekat dia ke arah pasangan tadi.

"UQA—" Tersentak dia secara mengejut mulut ditekup. Kuat sehingga membuatkan kepalanya tertarik kebelakang.

Pasangan tadi tidak sempat menangkap tuan empu yang menjerit. Tahu-tahu tiada kelibat seorangpun didepan mereka.

"Who are you?!"

Fredella ditarik sehingga betul-betul berada diruangan yang sunyi dari pandangan orang awam.

Dia menolak tangan yang menekup mulut secara kasar. Kepala didongak, anak mata hazelnya bertembung dengan renungan sinis seorang lelaki.

"Cantik. Tak sia-sia aku terima job dia.." Katanya serentak mencengkam lengan Fredella. Bibir lelaki itu turut tersenyum nakal.

"Ikut aku—" Lengan Fredella disentak lalu menariknya beredar dari situ.

"Gila apa?!"

"Aku tak kenal kau lah!" Sedaya upaya Fredella ingin meloloskan diri. Seperti main tarik tali, kakinya dipaksa ikut setiap langkah lelaki itu.

"Masuk! Kau buat orang lain pandang dekat kita!" Setelah berjaya mengheret gadis itu keluar dari pintu gerbang utama airport, sebuah kereta berhenti dihadapan mereka.

"No?!! Aku taknak masuk—" Fredella tidak hiraukan sesiapa yang memandang. Dia memerlukan pertolongan sangat pada waktu ini.

Lelaki tersebut membuka pintu kereta serentak menolak tubuh Fredella kedalam.

"Tch.." Dia tersenyum menang melihat gadis itu tidak berjaya melepaskan diri. Dengan rasa tidak bersalah, pintu kereta terus ditutup.

"Tuan Muda!"

"Tuan Muda Khalaf?!" Qayyum tercari-cari akan kelibat Tuan Mudanya. Dia sudahpun berada di tingkat 34, level teratas di bangunan ZM.

"Qay? Apahal ni?" Evren mendekat ke arah Qayyum. Fail-fail yang dipegang tadi diletakkan sebentar ke atas meja.

Boleh tahan kuat juga Qayyum memanggil tadi. Mujur di ruangan ini hanya ada unit yang penting.

"Tu-Tuan Muda mana, Tuan Ev?" Wajah Qayyum jelas penuh gusar.

"Berlin. Dia dekat Berlin. Takda siapa bagitahu kau ke?" Terangkat sebelah kening Evren. Dia pandang jejaka itu atas hingga bawah. Baru lepas kena kejar anjing ke apa?

"Cik Della—"

"She was kidnapped Tuan Evren!" Dia hanya berharap yang Evren memahami akan situasi itu.

"Kidnapped? Dekat mana?" Soal Evren dengan nada suara terkejut. Macam mana boleh jadi sedangkan kemana-mana gadis itu pergi ada bodyguard yang mengawalnya.

"Airport." Akur Qayyum.

"Firas? Mana Tuan Muda kau lagi sekor tu?" Evren mengambil GLOCK 17 kegemarannya lalu terus mengatur langkah.

"Aku tahu dia dekat mana. Naik kereta aku, Tuan Evren." Qayyum turut menyusul mengikut jejaka itu.

AirPods dikeluarkan dari poket hoodie. Qayyum meletakkan alat kecil itu ke telinga. Hanya Tuhan saja tahu mengapa dia begitu tidak tenang sekarang.

Fredella terasa semakin kuat kedua-dua tangannya di-ikat. Tali yang digunakan dililit tidak terkira berapa kali.

"How dare you?! Aku tak kenal kau siapa!" Nyaring suara Fredella memenuhi ruangan gelap itu.

Lelaki yang membawanya kesini tadi mula menerpa kedepan, setelah selesai mengikat. Dia berdiri tegak menghadap Fredella yang duduk di atas kerusi.

"Kau nak kenal aku siapa ke?"

Senyuman lelaki itu buatkan Fredella merasa jijik. Dia tidak boleh berfikiran positif sekarang. Jika berlemah lembut tiada gunanya.

Fredella menaikkan satu kakinya lalu terus menendang peha lelaki itu. Tumit high heels 3 incinya tepat menghinggap ke sasaran.

PRAK

"Sial!" Apabila tendangan tadi hampir buatkan lelaki itu hendak jatuh, dia segera kembali membetulkan tubuh. Kerusi Fredella didekati penuh rasa tercabar.

"Aku Syakir. Ada seseorang yang bayar aku. Untuk rosakkan kau, Khalisa Fredella.." Syakir menyentak tudung Fredella. Wajahnya sengaja didekatkan.

"Siapa bayar kau? Aku boleh bayar kau lebih dari yang dia mampu. Don't you dare to touch me." Kepala Fredella mendongak ke atas apabila tudungnya disentak. Anak mata mereka bertembung. Jika dia ke airport tadi sudah berbekalkan senjata, rasanya mamat ni dah patah tengkuk.

"Jangan nak jual beli dengan aku. Aku takkan lepaskan sesuka hati bila aku dah dapat." Apabila Syakir mengukir senyuman senget, tangannya mula menarik sekuat yang mungkin tudung Fredella. Sekelip mata tudung gadis itu tercabut.

"STOP IT!!" Kekerasan Fredella mula rapuh apabila rambutnya dilihat oleh Syakir. Tangan yang terikat mula meronta-ronta minta dilepaskan.

"Gorgeous hair.." Syakir mengelus wajah Fredella bersama jari telunjuk. Dari wajah turun pula sehingga ke butang pertama blouse.

Bebola mata Fredella jatuh ke butang blouse tersebut. Tangan Syakir sedang sibuk cuba membukanya.

"Aku merayu.." Mata dipejam rapat. Kali ini dia kalah dengan air mata sendiri. Kerana hal yang terjadi sekarang bergantung kepada maruahnya. Maruah sebagai seorang perempuan.

Syakir tidak menghiraukannya. Dia berjaya membuka butang pertama baju gadis itu.

"Orang yang bayar kau kejam! Aku takkan maafkan dia walaupun kau yang sentuh aku!" Dia mula terasa lelah. Ruangan ini sudahlah kurang oksigen. Gelap. Ditambah pula dengan penat meronta-ronta.

"Pandang sini—" Dagu Fredella dinaikkan bersama jari.

Belum sempat Fredella hendak mengelak mulutnya diselotip sekelip mata oleh Syakir. Lelaki itu menyiksanya supaya tidak mampu membantah.

Apabila Syakir bertindak mengusap rambut serentak mendekatkan bibir ke leher, tubuh Fredella menggigil kuat. Suara tangisannya terbatas akibat mulut yang diselotip. Tiga butang blouse sudahpun selesai ditanggalkan.

"FUCK OFF!"

Terasa pijar bibir yang ditumbuk. Automatik Syakir memusing tubuhnya kebelakang.

"Kau?! Kau ganggu kerja aku!" Lelaki itu merengus geram.

"Apa yang penting sangat dengan kerja lahanat kau ni?!"

"KAU NAK ROGOL ADIK AKU!" Sasaran buku lima Khaleef sekali lagi tepat ke wajah Syakir.

BUSH

Syakir mengeluarkan darah melalui batuknya. Dia menyentuh rahang pipi yang terasa ngilu bagai hendak pecah.

"Aa-adik..., adik kau?" Penglihatannya mula kabur. Tumbukan buku lima itu hampir menikam mata. Tubuh Syakir terhuyung hayang.

Melihat Syakir yang hampir jatuh, Khaleef terus mendekat ke kerusi Fredella. Selotip yang mengunci mulut gadis itu turut dibuka secara perlahan.

"Della—" Khaleef menampar lembut pipi adik perempuannya. Mata layu gadis ini sudah selesai tertutup. Wajah basah dengan air mata.

"Della bangun, aku ada.." Kali kedua dia menampar pipi Fredella namun masih tiada respon.

"Argh!" Dia menerpa ke Syakir. Barannya masih belum terbalas.

Syakir yang sudah selesai terlantar di atas lantai itu masih belum memuaskan Khaleef. Dia turun mencangkung ke tubuh lelaki itu.

BUSH

BUSH

"Firas?!! Kau biar adik kau macam tuje?" Evren yang baru melangkah masuk terus mendapatkan Fredella. Dia boleh belasah jantan tu lagi sedangkan tangan Fredella masih terikat?

"Aku belum puas!" Tengking Khaleef dengan nada dinginnya. Berkali-kali wajah Syakir dikerjakan.

Namun didalam marahnya itu, matanya sempat menangkap kelibat Qayyum yang mengekori langkah Evren.

"Aku nak kau angkat Della, Qayyum. Bawa dia keluar." Arah Khaleef tegas.

"Tuan Muda? A-aku tak bo—" Jangankan 25 tahun hidup, sentuh perempuan pun dia tak pernah.

"Aku tak suka orang yang bantah arahan aku, Qay.." Wajah Khaleef menyenget menghadap Qayyum.

"Just do it Qay. Pandai-pandailah kau protect kulit suci kau tu. Kalau tidak, tak keluarlah kita dari sini." Evren menyeluk tangan kedalam poket seluar. Dia menghembus nafas berat.

Renungan mata Evren yang penuh makna itu berjaya menggerakkan kaki Qayyum mendekat ke Fredella. Jejaka itu tidak menjawab mahupun membantah.

Keadaan Fredella yang begini membuatkan hatinya terluka. Tangan penuh dengan lebam, rambut terlihat akibat tudung yang ditanggal. Malah baju yang dipakai hampir selesai dibuka sepenuhnya.

Qayyum mengetap bibir semasa meleraikan ikatan tali pada tangan gadis itu. Tidak lama kemudian, dia mencapai pula shawl yang berada di atas lantai. Shawl yang pasti milik gadis kesayangannya.

Tudung tersebut Qayyum lapikkan ke kepala Fredella, menutupi helaian rambutnya meskipun ada berbaki yang terlihat. 

"Saya tak ambil kesempatan pada awak. Izinkan saya, Cik Della." Bismillah dibaca dalam hati. Qayyum menaikkan lengan hoodie. Tangan kekarnya perlahan-lahan mula mengangkat tubuh Fredella.

Degupan jantung tidak terhitung lagi. Untuk kali pertama dia merasa arahan yang diberi begitu sukar untuk dibuat. Sempat Qayyum membalas anggukan kepala Evren. Menandakan yang dia boleh lakukannya.

Qayyum mencempung Fredella lalu keluar dari ruangan itu.

Apabila langkahnya betul-betul jauh dari Khaleef dan Evren, dia mendapatkan wajah Fredella yang berada didalam dakapan.

"Sikit lagi ya Fredella? Saya janji..."

"Saya orang pertama yang angkat awak, dan saya juga orang terakhir. Itu janji saya." Luruh jiwanya apabila wajah yang ceria dengan senyuman ini, basah dengan air mata yang menyiksakan.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 63.4K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
20.5K 1.1K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...