QAYYUM'S WEAKNESS | OG

Oleh nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Lebih Banyak

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘9∘∘°

14.6K 1.4K 169
Oleh nabilllss

Song title: Night Changes X Shayad
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Iya-iya je kau Aaren ni rumah dia. Dibuatnya kalau aku datang rumah anak dara, tak ke naya." Fareez memusingkan iPhone nya ke sekeliling perkarangan rumah Puan Salima.

Sampai saja tadi terus video call dengan Aaren. Supportive friends lah katakan.

Aaren: "Anak dara tu mesti cakap apek jual ikan mana yang datang rumah dia. Sebabnya muka kau tak sesuai nak ajak masuk rumah." Bidas Aaren didalam panggilan.

Fareez menjungkit kening. Mujur langkahnya sudah berada tepat dihadapan pintu rumah. Malas hendak berbual dengan nada suara yang kuat. Takut terdengar sampai kedalam.

"Blah lah." Video call tadi dimatikan segera. Bukannya mentalnya yang tak kuat, tapi dia perlu cepat demi bersemuka dengan Qayyum. Lapan jam kut aku drive sampai sini.

"Err—" Baru saja tangan Fareez naik hendak mengetuk pintu, tersentak dia apabila secara mengejut pintu tersebut dibuka oleh seseorang dari dalam.

Terkial-kial Fareez melihat lelaki berumur yang membuka pintu ini memandangnya atas hingga bawah. Sekilas juga dia menjenguk sekeliling di perkarangan rumah. Kiri dan kanan.

"Cari siapa encik?" Tuan Hafiz mula menyapa.

"Maafkan saya. Betul ke ni rumah Qayyum? Qayyum Darwish." Tak silap haritu dia pernah terbaca sepintas lalu nama penuh Qayyum. Qayyum Darwish bin Ahmad Hafiz.

Betul lah kut. Bismillah.

"Kamu kawan Awish?" Tuan Hafiz menepuk dahinya perlahan. Lupa. Mana lah jejaka ini kenal 'Awish'. Itu hanya panggilannya dan juga Puan Salima gunakan untuk Qayyum. Tak pernah lagi ada orang lain memanggilnya anak lelakinya 'Awish'.

"Maksud Pakcik, kamu kawan Qayyum ke?" Tuan Hafiz kembali kepada topik asal. Segak betul jejaka didepannya ini. Senyumannya membuatkan mata mengecil, sepet.

"Betul. Saya kawan serumah dia, Fareez." Fareez melebarkan senyuman. Mujur Tuan Hafiz tidak gunakan pelat Kelantan ketika menyambut kedatangannya. Kalau tidak lagi naya nak translet.

"Oh ya? Kalau gitu, jum masuk. Dia ada kat dalam." Tuan Hafiz sudahpun ketepi serentak melebarkan bukaan pintu rumahnya. Memberi ruang untuk mengajak Fareez kedalam.

Fareez akur. Dia menanggalkan kasut dan mula melangkah masuk. Jaket hitamnya turut dicabut bertujuan untuk lebih selesa.

"Cepat lah. Saing mu mari doh tu—" Puan Salima merengus geram. Apa pasal taknak jumpa kawan pun taktahu. Berbuih mulut nak pujuk keluar dari bilik. Kalau anak dara lainlah.

"Iya.."

"Awish nak gi lah ni." Qayyum dengan rasa terpaksa menyarung T-shirt ke tubuh. Dengan rambut yang masih serabai dek kerana baru bangun tidur dia keluar dari bilik.

Puan Salima geleng kepala. Dia menarik cadar katil Qayyum agar lebih ketat dan kemas. Seketika matanya sempat menangkap gambar seorang gadis terpapar di skrin laptop.

Cantik. Seperti berkacukan. Hidungnya tinggi besertakan anak mata hazel.

Namun Puan Salima tak mahu menyelidik lebih. Dia sendiri tak tahu bagaimana cara nak mengaplikasikan laptop Qayyum itu.

Usai katil Qayyum di kemas rapi, wanita itu terus mengatur langkah keluar dari bilik.

"Hm?" Qayyum menyilang tangan memeluk tubuh. Dia sengaja paparkan wajah selamba didepan Fareez.

"Balik."

"Aku taknak soal jawab dengan Tuan Muda dah." Fareez menghirup air kopi yang dihidang oleh Puan Salima. Anak matanya tidak lepas memerhati Qayyum.

"Kau nak aku jadi baran dengan semua orang ke kalau masuk kerja?" Qayyum masih dengan kedegilannya.

"Qayyum.." Boleh kata terpaling suara jejaka idaman lah yang Fareez gunakan. Cawan tadi kembali dia letakkan ke atas meja.

Padahal untuk jantan sengal ni je.

"Kalau tak dapat dia, bukannya siksa diri sendiri."

Qayyum menyepi. Menunggu jejaka itu menghabiskan ayatnya. Dia menunduk serentak bermain dengan tangannya sendiri.

"But move your step. Catch her." Fareez seperti menyelitkan sesuatu yang tersirat. Seperti yang dia pernah katakan, dia akan tolong jika Qayyum meluahkan perasaannya.

"How?" Qayyum mengangkat wajah dan kembali membalas renungan sahabatnya.

Bagi dia, takkan dia perlu bertindak secara kasar untuk mendapatkan gadis kesayangannya semula? Jika Fredella anak orang biasa sepertinya, sudah tentu hujung hari.

Ini soal adik bongsu kepada kedua-dua Tuan Mudanya. Bukan setakat sukar, macam takda jalan mudah lagi yang terlintas didalam otak.

Alis kening Qayyum terangkat melihat Fareez mengukir senyuman. Yang lagi masalahnya bagi dia senyuman jejaka itu penuh makna. Sinis.

"Jantan ni kalau tak bagi aku suspense memang tak sah." Qayyum melepaskan keluhan berat. Menyampah betul aku.

Fareez semakin suka. Galak dia mengukir sengihan sinisnya itu. Dia mulakan dengan tektik licik. Sebab dia tahu semuanya akan berakhir dengan kesungguhan Qayyum.

Qayyum memeluk lututnya sendiri. Hening. Kosong. Tetapi pemandangan yang menghiasi matanya sekarang cukup indah. Air laut berombak tenang ketika hari mula gelap. Dia duduk di atas pasir beralaskan seliparnya sahaja.

Otaknya bermain dengan kata-kata Fareez siang tadi ketika menjenguknya.

"Uqael dekat overseas. Kau kena ingat, tempoh diorang bertunang tiga minggu je. Pejam celik pejam celik, melepas lah kau. Be honest with Tuan Muda Khalaf, kalau rasa tak mampu nak luah dekat Cik Della."

Dari tadi tak dapat dia buang suara-suara itu. Lebih-lebih lagi soal tempoh pertunangan Fredella. Terselit lagikah secebis peluang buatnya untuk dapatkan Khalisa Fredella? Tiga minggu sudah ditolak dengan tiga hari dia disini. Semakin rasa tercabar.

"Aku tak pernah buat kerja gila.." Arus ombak yang bergelora tenang didepannya itu buatkan bermacam-macam idea gila yang terlintas di fikiran.

"Tapi aku rasa kerja gila selalunya menyeronokkan—" Entah apa yang buatkan Qayyum tersenyum ketika itu. Lantas dia bangun menyarung selipar sebelum berlalu pergi ke arah kereta.

"Awish?"

Qayyum angkat wajah, memandang tuan empu yang menyapa. Ralit dia dari tadi mengemas barang hendak bersiap.

"Ni dah kenapa? Takda angin takda ribut tiba-tiba sampai. Harini pula takda angin takda ribut kemas barang entah kemana." Tuan Hafiz menerpa ke arah anak lelakinya. Pintu bilik dibiar terbuka. Bebola matanya jatuh ke arah baju-baju yang sudahpun dilipat kemas di atas katil Qayyum. Hanya tinggal untuk dimasukkan dalam beg sahaja.

"Err—" Qayyum menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Dia memang belum beritahu apa-apa lagi kepada orang tuanya.

"Abah serius ni tanya. Awish nak balik dah ke?" Tuan Hafiz melabuhkan punggung dibirai katil. Menghadap Qayyum yang masih memaparkan wajah terkial-kial.

"Awish balik esok, bah. Sekarang ni kemas-kemas sikit je." Dia turut duduk bersebelahan abahnya. Beg galas ditolak ketepi agar lebih selesa.

Memang benar dia mahu balik ke rumah esok. Exited pula aku kemas baju harini.

"Ha. Kan senang bagitahu.." Tuan Hafiz menghela nafas lega. Kebetulan, dia dah lama menyimpan soalan yang satu ini. Tinggal masa yang sesuai hendak bertanya.

"Abah nak tanya Awish," Lain betul kalau diikutkan perangai anak lelakinya seorang ini. Selalu menyendiri biarpun dalam rumah. Dulu kalau balik sini, tak menang mulut nak melayan.

"Apa dia abah?" Qayyum mengusap rahangnya. Menghilangkan rasa gusar takut abahnya terperasan apa-apa.

"Kamu ni kerja okey tak dekat sana? Dah macam putus cinta je abah tengok. Makan tu memanglah berselera, tapi muka tu—" Jari telunjuk Tuan Hafiz naik ke arah wajah Qayyum.

"Macam berat sangat masalahnya. Ke Awish ada pendam sesuatu dari ummi dengan abah?" Dia sengaja menyelitkan ayat mutiara dihujung ayat. Supaya dapat memaksa diri Qayyum menjawab soalannya penuh kejujuran.

Qayyum diam bukannya sebab dia tak tahu nak jawab apa, tapi dia berfikir bagaimana hendak memulakan ayat. Salah cakap? Sudah tentu Tuan Hafiz pandang serong kepadanya.

Soalan yang ditanya seperti kena dengan situasinya sekarang.

"A-Awish.."

Berkerut dahi Tuan Hafiz mendengar anaknya gagap. Soalan dia tadi menakutkan ke?

"Gamba tino siapo hok dale laptop mu tu Awish?" Suara Puan Salima membuatkan mereka berdua serentak memandang ke arah pintu.

Hah sudah! Bila masa pulak ummi perasan?! Setahu aku tadi masa keluar pergi pantai, semuanya aku simpan. Sekarangni disoal siasat oleh dua-dua big boss. Bismillah.

Tuan Hafiz mengengsot ketepi. Memberi ruang buat isterinya duduk. Qayyum hanya berharap yang setiap percakapannya tidak menyakitkan hati sesiapa.

"Awish jawab satu-satu ya, abah ummi." Qayyum menelan air liur biarpun terasa kesat. Dia tidak pernah menipu ketika setiap kali bertutur. Lebih-lebih lagi menipu orang tuanya. Dia bukan anak lelaki yang begitu.

"Awish balik sini sebab,.." Ya Allah, kejujuran ini sebenarnya kembali melukakan hati hamba.

"Sebab hati Awish sakit." Kedudukan dia yang berada ditengah antara kedudukan abah dan ummi itu terasa sangat sempit walaupun luas dengan ruangan. Sempit dengan keadaan.

"Hati Awish sakit disebabkan perempuan yang ummi ternampak dalam laptop tu.." Qayyum menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan yang tersayang di kanan dan kirinya.

Tuan Hafiz sedikit tersentak mendengar jawapan Qayyum. Tiba-tiba aje anak lelakinya itu menyebut tentang perempuan?

"Kenapo pulo? Siapa tino tu?" Lembut nada suara Puan Salima menyoal. Air mukanya mula berubah risau.

"Siapa perempuan tu pada Awish? Kamu tak pernah beritahu apa-apa pasal mana-mana perempuan pun sebelumni." Tuan Hafiz turut menyelit. Ya, dia mahu tahu semuanya waktu ini juga. Bukan senang Qayyum nak balik kesini.

"Adik perempuan Tuan Muda Khalaf. Khalisa Fredella.."

"Awish jujur, Awish sayangkan dia. Perasaan yang Awish tak pernah letakkan pada perempuan lain. Kecuali dia, bah." Terkeluar juga kata-kata permata yang sekian lama disimpan.

Selalunya anak lelaki lain meluahkan perasaan jatuh sayang terhadap perempuan pada ibu bapa mereka, pasti akan merasa bahagia tak terkata. Tetapi mengapa bagi Qayyum hatinya kian sakit tiap kali meluah?

"Kala sayang dio, kenapo nok keno sakit ati? Molek lah kalau Awish suko kat dio." Hairan Puan Salima, kata sayang? Dah tu sampai bawa diri ke Kelantan pula disebabkan sakit hati, kenapanya?

"Hati Awish sakit sebab—"

Tuan Hafiz dan Puan Salima ligat memikir ayat apa bakal disambung. Mereka berdua tidak lepas memerhati Qayyum.

"Ada lelaki lain yang berjaya dapatkan dia. Diaorang dah bertunang, abah.. ummi.." Apabila Qayyum mengangkat wajah, terkejut abah dan ummi melihat matanya sudah berkaca penuh dengan cecair mutiara.

"Darwish—" Tangan Tuan Hafiz pantas naik mengusap belakang tubuh kekar anak lelakinya. Terkilan juga mendengar ayat tadi. Mana dia tahu yang hati Qayyum sakit disebabkan perkara itu.

"Apakah sempat anak tunggal abah dengan ummi ni, nak dapatkan perempuan yang satu-satunya dia sayang?" Setitis air mata mula jatuh.

Tuan Hafiz sungguh tidak pernah lihat walau sekalipun air mata anaknya seorang ini jatuh disebabkan seorang gadis.

"Hak orang, Awish." Terasa berat nafas yang dilepaskan. Hati Puan Salima sedikit terusik mendengar soalan itu.

"Tak ummi. Bukan hak sesiapa. Hak Awish. Dia hak Awish sorang." Nada suaranya serak. Qayyum menafikan kata-kata Puan Salima.

"Abah tak ajar anak abah ganggu hubungan orang lain ya Awish. Abah tahu, Awish anak yang baik. Ingat Tuhan. Serahkan semuanya pada Dia." Tuan Hafiz semakin risau dengan ketegasan jawapan Qayyum tadi. Dia tak mahu hubungan yang hampir terikat hancur disebabkan anaknya sendiri. Perbuatan terkutuk.

Puan Salima menyepi. Nasihat suaminya tadi sudah mewakili segalanya yang hendak disampai. Kita bukan hebat untuk mengubah sesuatu takdir.

"Abah jangan risau. Awish tak buat perkara yang buruk macam tu. Tapi.." Qayyum memalingkan wajah. Anak matanya bertembung dengan Tuan Hafiz.

"Tapi Awish akan tunggu dia. Sampailah perasaan Awish dibalas semula." Redup pandangannya menusuk hati Tuan Hafiz. Seperti meminta sedikit sokongan walaupun peluang itu tipis. Ya, dia langsung tidak perlukan apa-apa melainkan sokongan.

"Abah tak mampu nak hulurkan pertolongan, Awish. Yang pasti, jangan menyakitkan hati sendiri." Tuan Hafiz mengukir senyuman nipis bagi menutup rasa bersalah. Sungguh dia tak tahu bagaimana cara mahu meredakan perasaan Qayyum.

"Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Balik sana nanti, teruskan kerja macam biasa." Lembut usapan dia pada belakang tubuh jejaka itu.

"Tok soh sedih. Anok ummi kan semak, poket teba pulok tu. Doa hok baik je untuk dio."

Qayyum mengalihkan pandangan menghadap wajah umminya pula. Inilah kerana dia membawa diri kesini. Sentiasa tenang dengan beradanya disisi mereka berdua. Dia tahu, jauh didalam sudut hati Tuan Hafiz dan Puan Salima, mereka menolak serta merta niatnya hendak mengambil 'hak' orang lain.

Qayyum paksa bibir mengukir senyuman. Walaupun tidak ketara, tetapi tetap manis menghiasi wajah kacaknya.

Being someone who fell in love first is hurtful, but he have to cover the hurt with a smile.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

67.7K 9.5K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...
227K 15K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
1.5M 63.5K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...