AKU RELA

By fshajfri

1.6K 0 0

Ayyash Naqel dan Haura Mikayla, baru melangsungkan perkahwinan dengan bahagianya. Mereka menetapkan perkahwin... More

PART 2 : AKU KENAL KAU
PART 3 : HILANG YANG KEMBALI

PART 1 : TERIMA KASIH !

1.1K 0 0
By fshajfri

UNITAR International University, tempat di mana Ayyash Naqel dan Haura Mikayla dipertemukan. Perang dingin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka apabila sering bertemu. Bagai anjing dengan kucing. Namun, sejak dari perang dingin itulah yang mengeratkan hubungan mereka.

"Hai, assalamualaikum, boleh saya tumpang tanya ? Library dekat mana ye ?" tanya Haura lemah lembut.

"Tak tau, sorry." balas Ayyash selamba.

"Eh eh mamat poyo ni. Hai tak balas , salam tak jawab. Nak kata kafir kang jadi lain kang." ngomel hati kecil Haura.

"Encik, saya tanya elok-elok, tak boleh jawab elok-elok ke ? Cantik betul budi bahasa manusia zaman sekarang kan ?" sindir Haura jelas di depan Ayyash.

"Eh jap. Ada aku kacau hidup kau ke ?" 

"Daripada saya dekat sini lama-lama, baik saya pergi dari sini. Terima kasih." jelingan maut Haura terpancar tepat ke arah Ayyash.

"Kejap." 

"Apa dia ? Tadi taknak tolong kan ?"

Ayyash menunjukkan arah library yang dicari Haura.

"Tu, kau naik je escalator ni, pastu belok kanan, jalan straight and terus jumpa library yang kau cari sangat tadi tu." 

"Ha, okay. Thanks." 

"Eh eh perempuan ni, dah tunjukkan jalan, itu je dia respon ? Lantak kau lah minah." dengus Ayyash.

Haura menaiki escalator  itu dan menuju terus ke perpustakaan. Dia mendapati rakan sebiliknya yang lagi tekun menelaah buku subject Business Mathematics. Maklumlah peperiksaan akhir semakin menghampiri. Semua mahasiswa dan mahasiswi sibuk berperang dengan otak.

"Assalamualaikum cik Aireen Yasmin. Amboi khusyuknya kau sampai tak perasan pun aku kat depan ni kan ?" usik Haura yang baru melabuhkan punggung.

"Eh, sorry babe. Aku sakit otak ni dari tadi lagi soalan formula ni stuck kat sini. Eh jap. Macam mana kau cari library ni ? Guna waze ke ?" sakat Aireen yang menongkatkan dagunya.

"Ah kau, banyaklah kau punya waze. Tadi ada sorang mamat ni tolong aku tunjuk jalan."

"Mamat mana ? Siapa nama dia ? Handsome tak ?"

"Ish banyak pulak soalan kau. Satu-satu lah. Mamat mana tu aku tak sure sebab aku tak kenal. Apatah lagi nama. Handsome tu boleh lah." jelas Haura.

"Alaa melepaslah camni." dengus Aireen.

"Hey ! Kau asal ? Takyah nak mengada-ngada. Tengah nak final exam ni. Jangan nak gatal eh." pesan Haura yang sedang sibuk menyiapkan tugasan.

30 minit berlalu di dalam perpustakaan, Haura dan Aireen mengemas buku-buku yang telah mereka ulang kaji tadi. Mereka pun bergegas ke kelas seterusnya.

"Weh, aku lapar lah. Haura, jom kita singgah cafe jap beli makanan ke, air ke. Jom lah." ajak Aireen yang dari tadi menggosok perutnya yang berkeroncong dari tadi.

"Ish, ha tu lah kau. Tadi aku ajak breakfast taknak. Kan dah lapar. Class lagi 10 minit tau, better kau cepat. Kang tak pasal-pasal kena banned dari exam." kata Haura yang sudah lali dengan kerenah rakan baiknya itu. Maklumlah, Aireen satu-satunya rakan baik baginya.

"Okay okay. Kau tunggu sini jap tau. Kejap je." Aireen berlari ke cafe untuk membeli makanan.

Selesai membeli makanan, mereka menuju ke kelas. Berbaki lagi 5 minit sebelum kelas bermula.

Tiba sahaja di kelas, alangkah terkejutnya Haura melihat Ayyash yang duduk di kerusi belakang.

"Oii ! Haura ! Apasal kau tercegat lagi kat situ ? Jom duduk. Sir Yassin dah sampai tu." Aireen menarik tangan Haura lalu ke tempat duduk.

Haura masih terdiam. Alangkah malunya dia melihat muka Ayyash. Maklumlah, pagi tadi mereka sudah bertembung dan Haura secara tidak sengaja terkasar dengan Ayyash yang sudah menolongnya.

"Kau kenapa senyap je dari tadi ? Kau okay tak ?" tegur Aireen yang perasan dengan sikap Haura yang dari tadi menahan malu.

Haura hanya menggeleng tanda dia okay saja.

"Aduh ! Macam mana aku boleh tak perasan yang mamat poyo ni satu kelas business math dengan aku ?" ngadu hati kecil Haura.

"Ehem, excuse me ? Pen kau jatuh bawah kerusi tu. Taknak ambil ke ?" tegur Ayyash perlahan sambil menolak sedikit kaki kerusi milik Haura di depannya tanda pemberitahuan.

Haura memalingkan badannya lalu mencapai pen tersebut. 

"Thanks." ucap Haura perlahan.

Ayyash mengangguk tanda sama-sama.

"Eh, kau okay tak ? Macam tak selesa je aku tengok kau duduk depan mamat tu. Nak tukar seat dengan aku tak ?" tanya Aireen yang dari tadi memandang wajah Haura yang merah itu.

"Aku okay je. Mana ada aku tak selesa. Aku okay je maybe panas sikit kot." balas Haura yang cuba untuk menyembunyikan rasa segannya terhadap Ayyash.

Aireen mengangguk tanda faham.

1 jam telah pun berlalu. Usai kelas mereka pada hari terakhir sebelum final exam menjelang.

Haura dan Aireen bergegas pulang ke bilik mereka. 

Haura merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Weh ! Haura !"

"Ish ! Apa ? Aku baru nak lelap kau dah kacau aku."

"Aku bukan nak kacau kau, tapi aku pelik lah."

"Pelik amende nya ? Ha apa yang pelik ?"

"Ye lah, kau bagitau aku pagi tadi yang ada sorang mamat ni tolong kau. Tapi, takkan lah kau tak tau apa nama dia, kelas apa."

Haura terdiam seketika. Dia terus mencari alasan untuk mengelak dari menjawab pertanyaan Aireen.

"Ish ! Mana lah aku tau nama dia. Eh dah lah. aku nak gi mandi, nak solat zohor." balas Haura lalu mencapai tuala di dalam almarinya dan masuk ke dalam bilik air.

"Amboi laju kau ye ! Aku baru bukak cerita dah lari masuk bilik air eh. Nak mengelat lah tu kan ! Macam lah aku tak tau perangai kau tu !"

"TAK KESAH !" jerit Haura dari dalam bilik air.

********************

Selesai solat maghrib dan membaca yassin, Haura melabuhkan punggungnya di atas katil sambil menunggu waktu isyak.

Seperti biasa, Haura memang seorang diri di bilik pada waktu-waktu begini. Aireen pula ada tugasan menjaga perpustakaan sehingga jam 10 malam.

"Patut ke aku pergi jumpa mamat tu and minta maaf ? Tapi nanti mamat tu cakap aku buang tabiat pulak tiba-tiba je datang minta maaf kat dia." ngomel Haura sendirian.

Usai solat isyak, Haura memakai tudung sarungnya itu dan turun ke cafe.

Di cafe...

"Abang Man, nak nasi goreng kampung dua bungkus dengan teh o ais limau dua jugak hehe." pesan Haura kepada abang angkat kesayangannya itu.

"Beres !" balas Abang Man dengan senyuman lebar."


[PHONE CALL]~

"Hello, Aireen."- Haura

"Ha hello, asal kau call ni ? Rindu aku eh ?" - Aireen

"Takde maknanya. Aku nak bagitau yang aku dah tapaukan nasi goreng dengan teh o ais limau untuk kau." - Haura

"Awhh ! So sweetnya lahai kawan baik aku sorang ni. Ingatkan dah lupa aku. Manalah tau kau makan sorang-sorang kau je." - Aireen

"Eh takde maknanya aku nak pelahap sorang-sorang. Okaylah, nanti dah on the way balik text aku." - Haura

"Beres bos ! Apa-apa aku roger kau hehe sebab aku lupa bawak kunci bilik." - Aireen

"Aku tau sangat perangai kau. Semua lupa. Okaylah bye !" - Haura

"Okay BYE !!" - Aireen

[END PHONE CALL]~

 Semasa ingin membayar, Haura terserempak dengan Ayyash di kaunter.

"Bang, milo ais dengan mee goreng basah satu." pesan Ayyash kepada Abang Man.

"Makan ke bungkus, dik ?"

"Makan sini bang." balas Ayyash.

Sementara itu, Haura ingin membayar.

"Berapa bang semua ?" tanya Haura tersenyum.

"Semua sekali RM12."

Haura mencari-cari dompetnya.

"Alamak, bang. Dompet Mika tertinggal kat bilik. Mika hutang abang dulu boleh ? Esok pagi Mika bayar terus kat abang ?" pujuk Haura segan.

"Oh lah, yeke ? Ha okay lah kalau macam tu." balas Abang Man tersenyum.

"Thank you, abang. Nanti ingatkan Mika tau. Mika kan pelupa hehe." 

Sebaik sahaja Haura beredar, Ayyash yang dari tadi melihat gelagat Haura dan terus menuju ke kaunter.

"Erm, bang. Budak perempuan tadi tu hutang abang eh ?" tanya Ayyash sambil mengeluarkan wang dari dompetnya.

"Haah ye betul. Tapi takpe, abang dah kenal dia. Esok dia bayor ler tu." 

"Oh, takpe bang. Biar saya bayarkan bagi pihak dia. Berapa ringgit dia hutang abang ?"

"RM12 je." 

"RM12, okay nah bang." Ayyash menghulurkan wang sambil tersenyum.

"Terima kasih lah dik, ye. Semoga awak dimurahkan rezeki."

"Aamiin, sama-sama, bang."

********************

Keesokkannya, Haura singgah di cafe untuk membayar hutang semalam.

"Assalamualaikum abang Man. Nah, hutang semalam." kata Haura sambil menghulurkan wang dari dompetnya.

"Eh, abang lupa nak bagitau. Semalam lepas Mika balik bilik, ada sorang budak lelaki ni yang tolong bayarkan hutang Mika tu." ujar Abang Man.

"Budak lelaki ? Siapa bang ? Abang kenal tak dia ? Nama dia ke ?" tanya Haura kehairanan.

"Tak kenal lah pulak abang. Tapi, yang abang selalu nampak, dia selalu pakai kemeja kotak-kotak dengan cap warna hitam putih. Dia selalu jugak makan dekat cafe abang ni." 

"Oh, okay lah kalau macam tu. Kalau dia datang makan sini lagi, abang cakap yang Mika ucap terima kasih dekat dia. Ada masa Mika bayar balik dekat dia." balas Haura penuh rasa penghargaan.

"InsyaAllah, nanti abang sampaikan."

"Okaylah, Mika masuk kelas dulu tau. Nanti petang Mika singgah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Baik-baik."

Tiba sahaja di kelas tambahan, hanya beberapa orang sahaja yang baru masuk diikuti dengan Haura dan Aireen.

Kemudian, Ayyash tiba di kelas dengan berpakaian seperti yang digambarkan oleh Abang Man, berkemeja kotak dan bertopi hitam.

"Takkan lah mamat poyo ni yang bayarkan makanan aku semalam ? Aish ! Tak mungkin lah. Dia bukan kenal pun aku. Takkan lah dia nak tolong orang yang dia tak kenal ?" teka hati kecil Haura.

"Asal pandang-pandang ?" tegur Ayyash yang menyentak lamunan Haura seketika.

"Err takde pape-takde pape. Sorry..." balas Haura sambil menepuk dahinya.

"Aish mamat ni ! Perasan pulak dah. Malunya aku !" jerit Haura di dalam hati sekuat mungkin.

"Eleh, acah-acah je minah ni." balas Ayyash geli hati.

1 jam kelas berlalu, Haura dan Aireen terus menuju ke cafe untuk lunch.

"Hai abang ! Mika nak teh o ais limau dengan teh ais. Minum sini tau abang."

"OKAY ! Makan tak mau ke ?" tanya Abang Man.

"Tak nak lah. Kitaorang diet hehe" balas Haura tersengih-sengih.

"Banyaklah kamu. Diet konon. Okay nanti abang hantar."

"Okay, thank you abang."

Sementara mereka menunggu minuman sampai, Ayyash dan kawannya, Naufal tiba di cafe untuk lunch seperti biasa. 

"Abang ! Nak order." jerit Naufal.

"Ha kejap ye bos !" balas Abang Man.

Kebetulan Abang Man menghantar minuman ke meja Haura dan Aireen.

"Ha nah, satu teh o ais limau, satu lagi teh ais kaw punya."

"Thank you abang. Eh, bang jap. Dorang berdua memang selalu lunch dekat sini eh ?" tanya Haura ingin tahu.

"Oh, dorang tu memang selalu makan sini. Hari-hari lah nak ikutkan. Ha, terlupa pulak abang. Itu yang duduk tepi sana tu yang pakai topi tu lah yang bayarkan makanan Mika semalam." jelas Abang Man sambil memberi isyarat ke arah Ayyash.

"Dia yang bayarkan ?!" 

"Iya ler. Okay lah abang pergi ambil order dulu."

"Oii ! Kau asal terkejut sangat ? Kau kenal ke siapa mamat tu ?"

"EEE kalau kau nak tau dia lah yang tolong aku pagi semalam and dia jugak lah yang bayarkan makanan kita semalam and plus, dia classmate kita." terang Haura jelas.

"OMG ! SERIOUSLY ?! Asal aku tak perasan dua ekor mamat tu eh ? Tapi, not bad lah. Handsome pun handsome. Tinggi pun tinggi." balas Aireen tersenyum pegun.

"Eh, kau boleh pulak puji-puji mamat poyo tu."

"Betullah, apa yang salahnya ?"

"Yang salahnya, kenapa dia beria sangat nak tolong aku ? Punyalah ramai lagi orang dalam dunia ni. Pergilah tolong dorang." dengus Haura sambil berkerut.

"Eh hello Cik Haura oii ! Kalau dia nak tolong sesiapa pun ikut suka dia lah. Kau ingat nak tolong orang kena select ke ? Kalau dia nak tolong si abang Man ni bukak lagi satu cafe sekalipun dia sanggup tau. Tapi, tengok budget la kan haha" usik Aireen dengan lawak marketnya itu.

"Ish ! Tapi kau tau kan aku tak suka terhutang budi dengan orang."

"Alaa, kau bersyukur je lah ada lagi orang nak tolong kau kat dunia ni. Kang kau susah takde siapa nak tolong baru tau. Menangis tepi bucu kereta la kau." balas Aireen selamba.

"Amboi ! Ha doa doa !"

Aireen tergelak kecil melihat Haura disakat olehnya.

Selesai minum, Haura mendapati Ayyash.

"Erm kejap." sapa Haura.

Ayyash berpaling dan melihat Haura atas bawah.

"Asal ?" balas Ayyash pendek.

"Saya taknak kacau awak tapi saya just nak tanya betul ke awak yang bayarkan makanan saya semalam ?" 

"Ha, kenapa kalau aku yang bayarkan pun ? Ada masalah ?"

"Takde masalah, saya appreciate. Terima kasih. Tapi, nah. Saya bayar balik." Haura menghulurkan wang kepada Ayyash.

"Aku tak perlukan duit ni. Asal bayar balik dekat aku ?" 

"Sebab saya tak suka terhutang budi dekat orang. Ambillah tanda terima kasih saya."

"Aku cakap aku taknak duit kau. Degil kan kau ni ?"

"Kan saya cakap saya tak suka terhutang budi dengan awak. Awak ambillah duit ni sebagai tanda penghargaan saya dekat awak." balas Haura tersenyum ikhlas.

"Okay, kalau kau nak ucap terima kasih sebab aku dah tolong kau, boleh. Tapi, aku taknak duit kau ni. Guna duit kau belanja aku makan. Kau nak ucap tanda terima kasih kan. So, aku taknak duit kau ni." jelas Ayyash sinis.

Haura menggangguk.

"Malam ni, pukul 8 aku ambil kau. Jangan lambat." ujar Ayyash sambil tersenyum 

Haura terdiam seketika. Ayyash berlalu pergi.

"OMG HAURA !! Kau dengar tak apa dia cakap tadi ? Ke aku salah dengar ? Dia ajak kau keluar malam ni ?!" jerit Aireen seronok.

"Ish kau ni ! Kau tak nampak ke poyo dia kat situ hah ? Banyak songeh kau tau tak. Benda senang ambil je lah duit tu. Ni nak memayahkan hidup kenapa ?" rungut Haura.

"Eh, kira bagus lah tu dia yang ajak kau keluar dating dengan dia. Terima je lah offer dia tu." pujuk Aireen.

********************

"Weh, cun jugak awek tadi tu. Kau kenal dia ke sampai sudi nak bayar makanan dia ?" tanya Naufal yang dari tadi ingin tahu.

"Kenal. Tapi kau jangan try dia pulak. Neraka tempat kau kang." balas Ayyash dengan memberi amaran.

"Aikk ? Bila masa pulak korang kenal ? Eh jap, kenapa aku tak boleh try dia ? Kau ada hati dekat awek cun tu ke ?" Naufal hairan dengan jawapan Ayyash.

Ayyash tidak menjawab pertanyaan Naufal. Dia hanya membalas dengan senyuman.

"Oii aku tanya ni !" jerit Naufal stress.

"Nanti kau tau sendiri lah sampai masa dia. Takyah busy body nak tau sekarang." balas Ayyash pendek.

Malam pun tiba. Haura menunggu Ayyash di lobby. Ayyash tiba dan keluar dari kereta dan menyapa Haura.

"Jom gerak." ajak Ayyash dengan senyuman.

Haura hanya menurut perintah saja. Padahal sedang menahan ngomelannya melihat gelagat poyo Ayyash ini.

Di dalam perjalanan, suasana sunyi tanpa sebarang komunikasi antara mereka berdua.

"Sorry ah kalau kau tak selesa dengan aku. Aku memang macam ni." Ayyash memecahkan suasana sunyi.

"It's okay. Saya faham. Tapi, awak memang buat macam ni dekat semua orang ke ?"

"Maksud kau ?"

"Yelah, kalau seribu orang macam saya, dengan seribu orang tu jugak lah awak suruh dorang belanja untuk tanda terima kasih ?" 

"Tak jugak. Depends lah. Lagipun aku ikhlas. Tak minta kau bayar balik pun. Dah kau degil sangat nak bayar, aku bagi lah cara adil." ujar Ayyash lembut.

Haura menggangguk tanda faham. 

"Takde lah poyo mana mamat ni. Not bad jugaklah." puji Haura dari sudut kecil hatinya.



Continue Reading

You'll Also Like

66.4K 1.2K 97
Continuation of Modesto story who happens to intercourse with friends,mature,classmates,strangers and even family...
22.4K 19 2
Smut as in content +18 so be aware.
268K 40.4K 103
ပြန်သူမရှိတော့ဘူးဆိုလို့ ယူပြန်လိုက်ပြီ ဟီးဟီး ဖတ်ပေးကြပါဦး
680K 1.1K 22
Smexy One shots😘 Got deleted twice 3rd times a charm🤦🏻‍♀️😭