QAYYUM'S WEAKNESS | OG

Por nabilllss

737K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Más

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘7∘∘°

14.6K 1.3K 149
Por nabilllss

Song title: Can I be him by James Arthur
━─━─━──༺༻──━─━─━

Lipstick bewarna nude pink kegemarannya disapu rata pada ulas bibir. Fredella sempat mengukir senyuman, dan tepaparlah wajahnya yang sudah berseri dihadapan cermin solek.

"Della—"

Fredella berpaling ke arah pintu bilik. Senyuman dia semakin lebar tatkala melihat Aisy yang menyapa.

"Ya Kak Aisy?" Balas Fredella tenang.

"Jum turun. Aunty Sofi dah selesai berbual dengan mama. Della dah bersedia?" Aisy turut membalas senyuman gadis itu. Sejuk mata memandang adik iparnya seorang ini. Walaupun hari pertunangan ini berlangsung secara kecil-kecilan, tetapi baju yang dikenakan oleh Fredella sungguh menarik perhatian!

"Oh ya? Kalau macam tu, Della dah ready." Fredella membetulkan lipatan tudung shawl nya agar tampak lebih kemas. Serentak itu dia terus bangun mendekati Aisy.

Mata masing-masing tidak lepas memandang Khalisa Fredella. Gadis itu menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati memandangkan dress yang dipakainya agak labuh. Aisy turut mengekori gadis itu dari belakang.

"Della—"

"Duduk sini." Tengku Rossa menepuk ruang duduk disebelahnya yang masih tidak berpenghuni. Dimana ruang kosong itu berada ditengah antara kedudukan Tengku Rossa dan Puan Sofi.

"Cantik. No words anymore.." Sehingga selesai Fredella melabuhkan punggung Puan Sofi perhatikannya.

Sementara itu, Aisy juga telah selesai duduk disebelah Khalaf. Mereka sudah bersedia untuk sesi seterusnya yang dinanti-nantikan.

"Izinkan saya, Rossa." Mata Puan Sofi seperti memberi isyarat yang dia mahu keizinan.

"Boleh Fii." Tengku Rossa membalas senyuman wanita itu. Dia sengaja mengusap bahu Fredella bertujuan untuk menenangkannya.

Sebuah kotak kecil merah, fabriknya baldu telahpun keluar dari genggaman tangan Puan Sofi. Fredella tahu isi dalamnya apa. Kerana itu degupan jantungnya agak laju.

Tangan kanan Fredella yang berada di atas riba tadi Puan Sofi pegang serentak dibawa mendekat dengannya. Gadis itu hanya menurut.

Puan Sofi mengeluarkan sebentuk cincin berhiaskan batu mutiara dari kotak merah tersebut. Dengan lafaz bismillah penuh harapan, cincin itu terus disarungkan di jari manis Fredella.

"Terima kasih banyak, aunty. Dell hargai semua ni. Aunty Sofi doakan yang baik-baik ya untuk Dell dengan Uqael." Tanpa gugup dan penuh lembut Fredella menyuarakan kata-kata. Dia pandang wajah Puan Sofi dan mamanya silih berganti. Lega.

"Salam tangan aunty, Della.." Tengku Rossa berbisik perlahan ditelinga anak perempuannya.

Mendengar suruhan itu, Fredella terus menyalam tangan Puan Sofi. Tubuh wanita itu turut dipeluk erat tanda bersyukur kerana sudah selesai menyarungkan cincin ikatan pertama ini.

"Tempoh kamu berdua bertunang ni tiga minggu aje ya Della. Mama Della pun dah setuju." Terlerai saja pelukan, Puan Sofi tersenyum lebar memandang Tengku Rossa.

"Pandai-pandai lah masing-masing jaga hubungan ni ya. Usaha tu biarlah kedua-duanya sekali merasa. Kalau sorang je yang berpegang pada usaha, lambat hari makan hati." Ucap Tengku Rossa jelas didengari oleh semua orang yang berada di ruang tamu itu. Dia cuma beri nasihat, kerana dia tak mahu anak perempuannya seorang ini dianiaya lagi.

"Okey mama.. terima kasih juga tau!" Sikap manja Fredella tidak terlindung lagi biarpun dihadapan Puan Sofi. Dia menarik tubuh mamanya kedalam pelukan.

Jauh di dalam sudut hati dia juga sebak atas apa yang terjadi hari ini. Tanpa Tengku Rossa bukanlah bertunang namanya. Fredella tahu, setiap kata-kata mama, dia betul-betul mahukan lelaki yang terbaik buatnya.

"Jum bertunang lagi sekali, boo. Boleh abang tayang jari Aisy dekat Firas."

Serentak nada suara garau itu bersuara, semua mata beralih memandang Aisy dan Khalaf. Aisy mengetap bibir, menahan geram. Tadi elok je behave! Diam menunggu sehingga selesai Fredella disarungkan cincin.

"Oo-orang pandang.. Farrel." Aisy cuba mengalihkan tangan kekar suaminya yang melingkar di pinggang. Namun jejaka itu mengeraskan kedudukan tangannya.

Aisy tersenyum kelat. Mujurlah Khaleef tiada bersama mereka sekarang diruangan ini. Elok juga dia bawa Airis dan Harizz keluar. Kalau tidak bergegar dah ruang tamu sekarang.

Reaksi Fredella, Tengku Rossa dan Puan Sofi membuatkan pipi Aisy kemerahan. Mereka bertiga tesenyum-senyum melihat kejanggalan dirinya.

Hampir selesai satu tanggungjawab sebagai seorang abang. Tetapi masih belum sepenuhnya bagi Khalaf. Kerana semua jawapan berada di tangan Nya. Sehebat manapun dia mengawasi Fredella selama ini, gadis itu perlu mencari seorang lelaki yang boleh menjadi peneman hidup buat selamanya.

Anak mata Khalaf dan Fredella bertembung lama. Fredella tahu, disebalik renungan itu menandakan abangnya sentiasa memerhatikan dia. Sentiasa.

"Tapi Qay, kau pun kena tolong diri kau sendiri juga. Aku boleh tolong mana yang aku mampu je."

"Tolong diri aku sendiri untuk? Kenapa? Kau takut aku kecewa ke Reez?" Qayyum balas mendatar.

"You know how much time I have wasted trying to protect her in silence? Aku akan buktikan hasilnya satu hari nanti, Reez." Qayyum bersungguh-sungguh meluahkan segalanya yang dipendam.

Fareez diam. Membisu kerana dia tak mahu balas dengan jawapan yang menyakitkan hati Qayyum. Walaupun pada akhirnya jawapannya akan tetap mengecewakan hati jejaka itu. Seminit berlalu. Fareez kembali membalas renungan Qayyum yang masih menunggunya berikan respon.

"Kalau aku cakap yang kau akan kecewa? Macam mana?" Fareez menelan air liur.

"Kau sendiri suruh aku straight to the point.."

"Sekarang ni kau lah pula kena straight to the point, Fareez." Nada kasar Qayyum bertutur. Dapat dia lihat dari wajah Fareez, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mulut pun seperti ada emas di dalamnya.

Kalau soalan dibalas dengan soalan, sampai bila lah tak sudah. Lebih baik dia sambung tidur.

"Okay then." Fareez bersedia hendak mengeluarkan kejujurannya yang satu ini. Dia tak mahukan reaksi yang kecewa dari Qayyum, tetapi kata-kata jejaka itu sendiri yang memaksa.

"Hari ni majlis pertunangan Cik Della. Sebab tulah Tuan Muda tak masuk ZM. Dan kau dapat off day." Nafas berat dihela penuh resah. Automatik Fareez mencerna wajah Qayyum.

"Majlis berlangsung dekat rumah Ku Ros. Keluarga Tengku Uqael je yang dijemput."

Dada Qayyum masih berombak tenang. Tiada senyuman. Tiada kedinginan. Langsung tidak terlihat kecewa di wajah jejaka itu. Anak mata mereka masih bertembung lama memandang sesama sendiri.

"Aku off day kan?"

Laju Fareez mengangguk apabila suara itu menyoal. Tak tersasul kut tadi. Betul lah apa aku cakap.

"Aku nak balik Kelantan." Tanpa banyak soal jawab lagi, Qayyum terus bangun dari duduknya. Bersama wajah yang kosong berlalu dari situ meninggalkan Fareez.

"Kelantan?" Fareez yang terkebil-kebil melihat Qayyum turut bangun dari duduk. Susuk tinggi yang sudah menjauh itu diperhatikan lama.

"Aku punya lama dengar kau luah pasal Cik Della sampai aku sendiri lewat pergi markas." Tapi dia sendiri juga yang mahu dengar penjelasan Qayyum. Biarpun disebabkan perbualan itu dia lambat keluar dari rumah, dia tetap lega apabila Qayyum sudah selesai menceritakan segalanya.

Kalau dilihatkan sekarang, tiada kekecewaan yang menghiasi wajah Qayyum. Tetapi Fareez tahu apa yang tersirat disebalik ketenangan itu.

"Qayyum!" Fareez mengejar langkah sahabatnya. Melulu Qayyum membawa beg galasnya menuju ke tempat pakir kereta.

"Qay, you are joking. Kau off day sehari je. Kelantan tu jauh—" Fareez menahan pintu kereta yang baru saja dibuka oleh Qayyum.

"BRO?!" Jerkah Fareez serentak menolak bahu Qayyum kebelakang.

"Kau nak tahu apa aku rasa ke Fareez?" Dia hampir jatuh kerana tolakan Fareez tadi agak kuat. Qayyum kembali menstabilkan tubuhnya sebelum merapat ke Fareez.

"Aku tanya! Kau nak tahu apa aku rasa tak?!" Rahangnya diketap. Kolar jaket Fareez dicengkam kasar.

Ikutkan hati Fareez, dia boleh lakukan lebih kasar dan kejam dari ini tetapi dia mengawal emosi untuk mengelakkan risiko pergaduhan berlaku. Dia tahu Qayyum memerlukan ruang tetapi bukan begini cara untuk mengelak diri dari masalah.

"Apa yang kau rasa? Tell me." Kolar jaket yang dicengkam kuat oleh Qayyum itu dibiarkan sahaja. Hanya membalas renungan dingin jejaka itu tanpa gugup.

"Aku jijik dengan senyuman Cik Della bila dia dengan Uqael! She deserves to be mine. Bukannya jantan sial tu!" Tegang urat leher Qayyum meluahkan perasaannya.

Sesaat. Dua saat. Fareez terdiam. Tidak lama kemudian Qayyum melepaskan cengkamannya.

"Sekarang aku dah nak pergi, apa kau ingat aku main-main?" Qayyum melebarkan bukaan pintu keretanya. Dia terus memasukkan beg galas tadi.

Tanpa menghiraukan halangan Fareez dia terus masuk kedalam perut kereta. Hatinya sendiri yang memaksa untuk balik ke Kelantan hari ini. Suara hati yang tak ada seorang pun boleh baca.

"Qay! Jangan buat kerja bodoh! Kau nak jawab apa dekat Tuan Muda kalau kau tak masuk ZM esok?!" Fareez menampar tingkap kereta Qayyum. Shit! Dahlah aku lambat sebab kau, sekarang satu hal pula nak kena pujuk?!

Qayyum masih berdegil. Enjin kereta telah dihidupkan. Tanpa memanaskan enjin, kereta Honda Jazz nya sudah mula meluncur keluar dari porch rumah.

"Pasal dia tu kau tolak tepi lah bro! This is about your job Qayyum!" Tak terdaya lagi Fareez mahu menghentikan kereta Qayyum. Terlebih tinggikan suara karang marah pula jiran di kanan dan kiri.

Laju seperti tiada penghujung Honda Jazz milik Qayyum menjauhi kawasan perumahan mereka.

Situasi di dalam kereta ketika menuju ke Kelantan.

Sepi dan kosong. Jika ada orang yang duduk di ruang duduk sebelah Qayyum sudah pasti akan merasa gerun.

Jika semua ruangan di dalam keretanya itu mempunyai mata, terang lagi bersuluh melihat mata Qayyum berkaca. Tiada air mata yang berjaya menitis. Tetapi hakikatnya hati dia yang menangis. Qayyum merasakan hatinya sempit yang tiada ruang, kerana hanya mampu menjadi pelindung. Bukannya peneman hidup si gadis yang dia sayang. Adakah dia telah lambat untuk semuanya? Sia-siakah dia kerana menyelitkan nama Fredella di dalam doanya selama ini?

Seguir leyendo

También te gustarán

222K 14.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
2.3M 167K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...
731K 8.9K 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana k...
62.8K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...