That Smile | BL | Melayu

By RottenBoii

107K 5.2K 535

Menceritakan kisah Harris, si ulat buku yang dingin.. dan Khairul, si budak popular yang annoying nak mampus... More

ℂℍ.πŸ™
ℂℍ.𝟚
ℂℍ.πŸ›
ℂℍ.𝟜
ℂℍ.𝟝
ℂℍ.𝟞
ℂℍ.𝟟
ℂℍ.𝟠
ℂ𝕙.𝟑
ℂ𝕙.πŸ™πŸ˜
ℂ𝕙.πŸ™πŸ™
ℂ𝕙.πŸ™πŸš
ℂ𝕙.πŸ™πŸ›
ℂ𝕙.πŸ™πŸœ
ℂℍ.πŸ™πŸ
ℂℍ.πŸ™πŸž
ℂ𝕙.πŸ™πŸŸ
ℂ𝕙.πŸ™πŸ 
ℂ𝕙.πŸ™πŸ‘
ℂ𝕙.𝟚𝟘
ℂ𝕙.πŸšπŸ™
ℂ𝕙.𝟚𝟚
ℂ𝕙.πŸšπŸ›
ℂ𝕙.𝟚𝟜
ℂ𝕙.𝟚𝟝
ℂ𝕙.𝟚𝟟
ℂ𝕙.𝟚𝟠
ℂ𝕙.𝟚𝟑
ℂ𝕙.πŸ›πŸ˜
ℂ𝕙.πŸ›πŸ™
ℂ𝕙.πŸ›πŸš

ℂ𝕙.𝟚𝟞

2.2K 118 15
By RottenBoii

Beberapa Hari Kemudian...

"𝕵aga diri kat sana ye, Ris?"

"Mhm"

"Jangan nakal-nakal ye.. Ris kena jaga diri, jaga percakapan kat kawasan orang.."

"Ye aunty.. don't worry about me ok? I'm a grown up now.. I am perfectly capable of taking care of myself, ok?" Ujar Harris dengan nada lembut. Setelah selesai mengikat tali kasutnya, Harris dengan tangkas menyandangkan(?) beg miliknya sebelum mengucup dahi Puan Daniela dengan lembut.

Puan Daniela telah menjaga Harris sejak pemergian arwah ibunya, dan Harris telah menganggap Puan Daniela sebagai ibu keduanya. Dia juga tahu yang Puan Daniela telah menganggap dirinya sebagai anak kandung wanita itu sendiri. Jadi, tidak asing bagi dirinya jika wanita itu berasa agal gelisah apabila berjauhan dengan Harris.

Puan Daniela melepaskan keluhan kecil sambil mengusap-usap kepala Harris dengan lembut.

"Yelah.. tu, kawan kamu dah tunggu kat depan pagar tu.. nanti lambat pulak nak ke lokasi kan?"

Kawan..?

Harris pun dengan segera menoleh setelah mendengar bunyi hon kereta di depan rumah mereka. Mata Harris secara automatiknya terbeliak apabila melihat kelibat Khai yang sedang melambai ke arahnya.

"Ape yang dia—"

"Dah dah, kamu dah lambat dah ni.. pergilah cepat.. jaga diri tau? Hati-hati dalam perjalanan" ujar Puan Daniela dengan sinis sebelum meluru masuk ke dalam rumah. Harris ternganga dengan ayat yang baru saja di lontarkan oleh wanita itu.

Did she— oh fucccccccck

"Ris!" Tegur Khai lagi dengan senyuman manis. Harris menepuk dahinya geram. Dengan hati yang masih penuh dengan amarah, Harris pun melangkah ke arah kereta Khai. Setelah masuk ke dalam kereta, Harris menjeling sekilas ke arah Khai seperti ingin mengancam Khai sama seperti cara pemburu ingin menerkam mangsanya.

"Err.. hai.. Ris.." ujar Khai perlahan, aura membunuh Harris betul-betul berkesan ke arahnya. Tambahan pula, dia sudah lama tidak berkomunikasi bersama Harris.

"Why are you here?" Soal Harris dengan nada tegas.

"To.. pick you up?"

"I didn't ask you to—"

"Hah! Tipu! Aunty Daniela kata kau suruh aku pick-up ka—"

"And you believe her?"

Khai terdiam sebentar, "..nope, but a guy can dream now can he?" Jawab Khai sambil tersengih kecil.

"Hah! And what kind of dream is that?"

"Entah, that you miss me?"

Harris terdiam, jawapan Khai itu betul-betul membuatnya dirinya tercengang. Dia langsung tidak menjangka balasan Khai itu. Khai tersenyum manis melihat reaksi Harris yang hanya mampu memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Asal diam hm? Jadi betul lah kau rindukan aku... kan?" Bisik Khai dengan nada menggoda sambil mendekatkan mukanya ke Harris.

Bertambah ternganga lah Harris jadinya. Dia dengan segera menolehkan kepalanya ke arah tingkap, cuba untuk menenangkan dirinya sendiri dan sekaligus melarikan diri dari tatapan menggoda Khai.

Ape kena dengan Khai ni?! Kena rasuk hantu gatal ke ape?

Perlahan-lahan, jarak antara Khai dan Harris pun semakin mengecil membuatkan Harris bertambah panik. Dia dapat rasakan nafas halus Khai yang kini berada betul-betul di lehernya. Harris tanpa sedar memejamkan matanya, hanya mampu redha dengan apa saja yang Khai mahu lakukan.

"Wear your seatbelt, please" bisik Khai sebelum kembali menjarakkan diri dari Harris dengan senyuman manis yang penuh dengan muslihat.

Harris masih lagi mendiamkan diri. Dengan perlahan-lahan dia menarik tali pinggang keselamatan itu sambil memandang ke bawah dengan perasaan yang bercampur-baur. Tapi, apa yang pasti.. Harris berasa seperti ingin menghentakkan kepalanya ke cermin kereta tersebut disebabkan perasaan malu dan marah dengan dirinya sendiri.

Khai sekali sekala akan menjeling sekilas Harris yang masih berusaha mengelak daripada bertatapan(?) dengan Khai. Walaubagaimanapun, Khai tersenyum puas apabila melihat telinga Harris yang berwarna merah padam.

***

"Mana perginya si bangang ni? Tadi bukan main suruh cepat segala.. tapi batang hidung dia pun tak nampak" rungut Adam sambil menjenguk ke arah tingkap rumahnya. Adam melepaskan keluhan kecil  sambil menatap skrin telefon pintarnya, mengharapkan sebarang notifikasi daripada kawan baiknya.

"Aiik, masih tak gerak lagi? Dah pukul berapa dah ni?" Tegur salah satu adik Adam, Asyraf.

"Si bangkai ni hah, katanya nak gerak sekali.. tapi sampai sekarang tak nampak pun bayangan dia.." rungut Adam lagi.

"Pulak dah.. kau book grab jelah. Mama dan papa takda.. Kak Amira pun dah gi kerja.." cadang Asyraf sambil melangkah ke arah abangnya. Adam melepaskan dengusan.

"Bukannya diorang gaduh ke semalam? Kenapa tiba-tiba pergi dating pulak?"

"Entah, kau tau lah mama dan papa tu camne.. mulut je kata benci, tapi ada pulak anak setiap tahun—"

"Kau ni memandai je" sampuk Adam sambil membaling bantal kecil yang berada di sofa itu. Asyraf tergelak, terhibur dengan reaksi Adam.

PIP PIP!

"Ha, abang Khai ke tu?" Soal Asyraf sambil menjenguk ke arah tingkap.

"Ahhh finally"

Sedang Adam melangkah keluar dari pintu utama rumahnya, kelibat seseorang yang keluar dari kereta itu dengan segera menghentikan pergerakannya.

"Long time no see, Eraser" Ujar Rafael dengan senyuman.

Adam tersentap, beg di tangannya telah jatuh dari genggaman. Rafael menggelengkan kepalanya apabila melihat reaksi Adam. Dengan perlahan-lahan, dia melangkah mendekati Adam yang masih kaku di tempatnya.

"Lemme help you with that" Bisik Rafael sebelum mengambil beg Adam yang terjatuh tadi. Adam pun tersedar daripada khayalannya dan dengan panik dia menarik lengan Rafael.

"A.. Ape yang kau buat kat sini?"

"Hm? Khai tak beritahu kau ke?"

"Beritahu apa?"

Rafael tersenyum kecil, tanpa sedar tangannya sudah mengusap lembut rambut Adam. Adam pula hanya mampu berdiam diri, tak tahu macam mana nak bertindak. Otaknya langsung tidak memberi kerjasama.

"Dahlah, nanti aku explain kat dalam kereta.. jom, kita dah nak lewat dah ni" Ujar Rafael dengan nada lembut, Adam hanya mampu menganggukkan kepalanya akur.

Asyraf yang sejak tadi memerhatikan perlakuan mereka hanya mampu tersengih kecil. Ini kali pertama dia melihat kelibat remaja lelaki tadi, dan juga kali pertama dia melihat abangnya memasang muka malu.

"Asal kau bahagia jelah bang.. ish ish.."

Beberapa minit kemudian...

Adam masih lagi mendiamkan diri, dia mahu membuka mulut untuk bertanya ke arah Rafael, tapi entah kenapa dia tidak mampu untuk melontarkan apa-apa pertanyaan. Mungkin sebab dia sudah lama tidak bertembung bersama Rafael selepas kejadian beberapa hari lepas.

"You're awfully quiet" Ujar Rafael dengan nada biasa, matanya masih lagi menumpukan perhatian kepada jalan raya.

"Hah?"

"Biasanya kau akan complain dah kat aku.. asal senyap je?"

Adam membuka mulut untuk mengatakan sesuatu tapi satu ayat pun tidak dapat keluar dari mulutnya.

"...kau dah tak selesa dengan aku ke?" Soal Rafael dengan nada yang biasa, tapi terselit sedikit nada sedih di dalam ayatnya.

"Aku pun.. tak tahu.." Bisik Adam. Dia bukannya tidak selesa dengan Rafael, tapi dia tak selesa dengan dirinya apabila dia bersama dengan Rafael. Dia sendiri pun tak berapa faham dengan perasaannya.

Suasana dalam kereta itu pun kembali menyepi, tanpa sebarang suara. Tanpa sedar, mereka sudah tiba di destinasi mereka.

Baru saja Adam ingin keluar dari kereta tersebut, Rafael menggenggam tangan Adam untuk menghentikannya. Adam menoleh ke arah Rafael dengan muka yang jelas hairan dengan tindakan Rafael.

"Aku.." Rafael menelan air liurnya dan menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, "Aku nak bantal peluk aku balik... Please?"

TO BE CONTINUE
━━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━━

ᴀᴋᴜ ʀᴀsᴀ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʜ ʙɪᴀs ᴅɢɴ sʜɪᴘ ʀᴀғᴀᴇʟ x ᴀᴅᴀᴍ ɴɪ.. ɴᴛʜ ᴋᴇɴᴀᴘᴀ ᴀᴋᴜ ᴛᴇʀʟᴇʙɪʜ ғᴏᴋᴜs ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴅɪᴏʀᴀɴɢ ʟᴏʟ

ᴀᴘᴀᴘᴜɴ, sᴏʀʀʏ sʙʙ ʟᴀᴍʙᴀᴛ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ..ᴅᴀɴ ʜᴀᴘᴘʏ ɴᴇᴡ ʏᴇᴀʀ?

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 61.8K 47
1st story β™₯️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
866K 85.7K 73
COMPLETED βœ”οΈ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
60.6K 4K 46
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
29.7K 2.6K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...