NUHAL IMANI

De yasayanhee

102 9 0

By •yasayanhee• ✓ Benarlah, bahawa Allah SWT itu maha membolak-balikkan hati ini bila-bila masa sahaja. Dan i... Mais

Prolog
1
2
3
5
6
7
8

4

11 2 0
De yasayanhee

"Asyraf, kaulah seseorang yang takkan pernah aku lupakan dalam hidup ini..."


Nuhal berjalan balik daripada makmal biologi. Dia berselisih dengan pelajar-pelajar dari kelas 4 Cergas yang bergerak menuju ke makmal sains sukan.

Dia tidak sedar yang di antara mereka, Asyraf juga turut berjalan ke arah yang sama.

"Nuhal."

Nuhal terkejut apabila namanya disebut. Dia memandang ke arah suara tersebut.

Asyraf.

"Pergi mana waktu rehat tadi?" Dia menyoal bersama senyuman yang tak pernah lekang di bibir.

Mereka berhenti berjalan.

"Tak pergi mana-mana pun." Jawabnya nak tak nak. Kalau tak dikenangkan ramai orang kat sini, memang dah lama dia tidak mengendahkan si Asyraf ini.

Kalau tak, makin menjadi-jadi si Asyraf ni nanti.

"Ye lah tu. Puas aku cari kau kat merata-rata tempat tadi. Aku risau." Dia memandang lembut wajah Nuhal yang mendamaikan jiwanya itu. Namun tetap terselit kerisauan di wajahnya.

Nuhal menjeling menyampah.

"Aku rindu kau walaupun tak sampai sehari tak nampak kau." Ujar Asyraf selamba. Dia tersenyum nakal.

Nuhal memandang dengan pandangan jijik.

"Hish, malas nak layan kau." Nuhal terus melangkah pergi. Dia sudah terlambat untuk ke kelas kimia pula.

Asyraf tersenyum-senyum sendiri. Dia memandang belakang susuk tubuh Nuhal yang memakai tudung labuh itu.

"Eh, Chap dah lah tu. Nanti kene marah dengan cikgu Nudin pula." Suara kawannya, Arul mematikan lamunannya.

"Ha, ye lah."

Nuhal melangkah masuk ke dalam kelas.

"Amboi Nuhal, pakwe tegur ke tadi~" Fifi rakan sekelasnya, menyakat.

Nuhal terkejut.

"Eh awak nampak ke tadi?" Soal Nuhal dengan terkejutnya. Terus dia menghampiri Fifi dan kawan-kawannya yang lain.

"Eleh Nuhal, kami dari tadi lagi tengok awak dengan Asyraf kat sana." Yana berkata. Dia tersenyum nakal.

"Uuuuu~"

Mereka yang lain sudah bersuara nakal membuatkan seisi kelas riuh dengan suara mereka. Rakan-rakan sekelasnya yang lain turut menoleh ke arah mereka.

Malu Nuhal dibuatnya.

"Saya tak ada apa-apa lah dengan Asyraf tu." Nafi Nuhal.

"Yeke~ Sejak kebelakangan ni korang rapat semacam je..."

"Ya, saya nampak Asyraf selalu je berkepit dengan awak masa latihan sukan semalam." Tiba-tiba mereka yang lain semakin teruja apabila topik perihal hari semalam disebut oleh salah seorang dari mereka.

"Haah, ye weh. Dalam beberapa hari ni memang ya aku perasan!" Tambah seorang lagi dengan teruja.

Ah sudah! Nuhal sudah tercengang.

"Aku dengan Mira pun nampak semalam. Setiap kali dia datang kat Nuhal je mesti kena tarik dengan cikgu Hafiz!"

"Ya wei, lawak gila aku tengok semalam!"

Mereka yang lain sudah melepaskan tawa, namun sebaliknya Nuhal hanya mendiamkan diri.

"Eee... Comel gila diorang dua! Memang aku ship sungguh!"

"Ship do'oh! Aku suka effort Asyraf, susah nak nampak dia gitu."

"Ha, Nuhal. Kami approve dah ni, untung tu Asyraf layan gitu ke aok." Bahu Nuhal pula ditepuk Qilah di sebelah.

"Ha, dengar tu Nuhal..."

Kali ni mereka menepuk bahu Nuhal beramai-ramai dan ada juga yang menggoyang-goyangkan bahunya itu sambil mengusik nakal.

Nuhal sudah tidak keruan melihat tingkah laku mereka itu.

"Eee... Tak mboh..." Rengek Nuhal dengan wajah yang betul-betul menafikan semua itu.

"Elele..." Lagi sakan mereka menyakat gadis itu dibuatnya.










......



Kini setiap harinya, Nuhal akan ke surau pada waktu rehat untuk solat dhuha. Di situlah dia akan melepaskan rasa yang dipendamnya.

Solat tahajjud juga tetap didirikan walaupun masih jarang dilakukan.

Kini, sedikit demi sedikit dia mula menerima takdir yang telah tertulis untuknya.


"Nuhal!"

Suara yang memanggilnya itu hanya diendahkan. Dia mempercepatkan langkahnya.

"Nuhal!"

Sekali lagi, suara yang sama dan yang sememangnya dikenalinya itu, memanggilnya. Bunyi langkah kaki yang mengejar langkahnya turut kedengaran.

'Aduh, tolonglah. Nak apa lagi ni?'

Nuhal sudah merungut di dalam hati. Dia melajukan lagi langkahnya. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia membuka langkah seribu. Namun, lain pula yang jadinya nanti.

Jadi drama Hindustan pula nanti main kejar-kejar.

"Hah, Nuhal. Stop!"

Langkah Nuhal terhenti apabila susuk tubuh tersebut sudah berada betul-betul di hadapannya bersama nafas yang tercungap-cungap. Badannya dibongkokkan dan kedua-dua tangannya memegang lutut.

Nuhal hanya tercegat memandang lelaki itu.

Tak lama selepas itu, dia menegakkan badannya memandang Nuhal. Nafas kembali dikawal. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

"Nuhal, Nuhal... Sejauh mana pun kau lari, aku tetap akan kejar kau sampai dapat..." Asyraf berkata dengan penuh miang di mata Nuhal. Senyumannya yang penuh makna dan nakal, sengaja menyakat Nuhal yang sememangnya berasa geli-geliman dengan kata-kata tersebut.

"Eee, tolonglah..." Nuhal menjeling menyampah.

Asyraf ketawa lepas. Geli hatinya dengan riaksi Nuhal. Menyerlahkan barisan giginya yang tersusun rapi di sebalik mulutnya itu.

"Nuhal, sebenarnya aku nak cakap sesuatu kat kau ni..." Sengaja dia memanjakan suaranya. Itulah dia setiap kali bersama Nuhal pasti akan memanjakan suaranya walaupun Nuhal tidak suka sekalipun. Tapi ada dia kisah?

"Hm apa?" Balas Nuhal nak tak nak. Nampak jelas keterpaksaan itu.

"Minggu depan aku masuk acara lari dengan lompat tinggi tau. Tapi kau jangan tanyalah aku masuk acara lari apa je, sebab aku masuk semua kategori bawah 18. Hebatkan aku? So, aku saja je cakap kat kau ni sebab nak suruh kau support aku. Heheh..."

"Tak nak." Nuhal berkata laju sebaik sahaja Asyraf habis berkata. Dia terus membuka langkah semula.

"Ala Nuhal, support lah aku. Jerit nama aku tau nanti..." Dia merengek-rengek sambil mengikut langkah Nuhal.

"Tak nak."

"Jerit kuat-kuat tau nanti..."

"Tak nak."

"Sebut nama panjang aku nanti eh..."

"Tak nak."

"Okay." Asyraf akhirnya mengalah. Dia merenung lembut gadis disebelahnya itu.

Mereka akhirnya berjalan berdua.

"Nuhal, kau asyik mengelak dari aku je. Kau tak suka aku ke?" Soalnya tiba-tiba.

"Hm."

"Oh, ok faham. Tapi apa yang penting, kau kena jerit nama aku masa hari sukan nanti." Asyraf tersengih-sengih kambing. Tidak memperdulikan kata-kata Nuhal tadi.

Nuhal mengeluh. Penat melayan Asyraf yang suka berangan tak ingat dunia.

"By the way, kau tak masuk apa-apa acara ke?"

"Tak." Tipu Nuhal. Dia sudah ketawa jahat dalam hati. Memang tak lah aku nak bagitahu kau.

"Lah, aku baru je terfikir nak jerit nama kau nanti. Beri sokongan untuk adik manis ni..." Asyraf sekali lagi menayang senyuman miangnya itu.

Nuhal hampir tersedak air liur sendiri mendengarnya. Gatal!

Tanpa sedar, mereka sudah sampai di depan kelas Nuhal. Nuhal pun apa lagi, terus berdesup ke pintu kelasnya meninggalkan Asyraf.

Asyraf hanya tersenyum kecil. Nuhal, Nuhal...

"Bye, Sayang! Baby balik kelas dulu tau!" Sengaja dia berkata kuat sambil melayangkan flying kiss. Sengaja nak sakat gadis itu.

Nuhal membulatkan matanya. Terus dia langsung tidak menolehkan kepalanya memandang Asyraf. Memalukan!

Hawau betul Asyraf.















Malam itu di bilik prep.

Seperti biasa, dia tidak belajar meskipun nama sahaja waktu prep. Nuhal berborak dengan kawan-kawannya.

"Doktor tu fikir saya mengandung tau!"

"Ha?!" Yang lain sudah menekup mulut mereka kerana terkejut.

"Masa tu saya dah fikir lain dah. Eh doktor ni, saya tak period sebulan je dah terus bawa saya pergi buat ultra sound. Dia siap tanya soalan macam-macam pula tu." Nuhal tergelak-gelak sambil bercerita.

Masing-masing sudah meletuskan ketawa.

"Doktor tu tanya apa je dekat awak, Nuhal?" Awina, yang turut duduk asrama, menyoal.

"Doktor tu tanya saya, yang saya ni pernah ke buat hubungan suami isteri tu. Lepas tu saya cakaplah, saya masih sekolah lagi. Takkanlah saya nak buat benda tu. Saya tak kahwin lagi. Huwa, sampai hati doktor tu..." Dia bercerita dengan penuh bersemangat.

"Hahaha!" Semakin kuat tawa mereka. Terhibur dengan cerita Nuhal. Nak-nak lagi cara Nuhal bercerita itu.

Riuh bilik prep tersebut dengan suara mereka.

"Saya tak sangka pula awak ni lawak. Ye lah, masa awak mula-mula masuk hari tu kemain sombong lagi muka tu."

"Tu lah tu, macam ni rupanya perangai budak sekolah agama."

Masing-masing melepaskan tawa.

Nuhal termalu-malu kucing. Tangannya dikibas-kibas beberapa kali serupa maknyah.

"Saya memang macam ni. Hehehe..." Dia tersenyum kambing.

Dalam diam, hatinya berasa lapang kerana dapat menghiburkan mereka.

Selama dia berada di sekolah baru, ramai yang selesa berkawan dengannya disebabkan perangainya yang lawak dan ramah dengan semua orang. Setiap hari pasti ada sahaja yang menegurnya tak kira tempat dan masa.

Malah, junior-junior pun turut menyapanya.

"Eh, dah pukul 10.30. Prep dah habis. Supper makan apa ek?"

"Haahlah. Padanlah rasa lapar je aku ni."

"Oh, mee Hailam."

"Sedapnya! Jom makan nak?"

"Nak!"

Nuhal hanya tersenyum memandang yang lain. Dia diam.

"Nuhal, awak nak makan tak supper?" Salah seorang dari mereka menyoalnya.

"Tak nak lah, saya kenyang." Tolaknya lembut.

"Alah, jom lah."

"Betul tu Nuhal, awak tak pernah rasa mee Hailam sini lagi kan? Sedap~"

"Betul tu, awak kene rasa. Awak kan payah nak turun Dema."

"Haah lah, baru perasan Nuhal jarang turun dema."

Nuhal terdiam. Ya, memang betul dia jarang sekali makan di Dema. Tak kiralah makan pagi, tengahari, petang, mahupun malam.

Kebiasaannya dia akan makan makanan locker sahaja ataupun makan sandwic yang dibelinya sewaktu di sekolah. Puas rakan-rakan sebiliknya mengajaknya ke Dema, namun dia tetap menolak dengan alasan diet.

Tanpa sedar, sudah hampir 2 bulan dia menjalani rutin tersebut. Berat badannya makin menurun saban hari.

"Kita heret je lah Nuhal ni."

"Jom!"

"Eh, eh?!"

Nuhal terkejut. Mereka yang lain sudah menariknya beramai-ramai ke dewan makan asrama. Dia menahan malu apabila semua yang berhampiran dan juga yang berada di dewan makan memandang ke arah mereka yang riuh-rendah ini. Terutama sekali dia yang diheret ini.

Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

"Korang, orang lain pandang lah...." Nuhal cuba memberhentikan mereka. Mukanya sudah merah.

"Hahaha, nasib awaklah Nuhal." Mereka terus membawanya beratur sekali beramai-ramai.

Akhirnya dia mengalah jua. Dia menundukkan kepala. Langsung tidak mengangkat wajahnya. Malu.

Apabila keadaan sudah sedikit reda dengan suara mereka yang berborak sesama sendiri, Nuhal perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Memastikan tiada siapa yang memandangnya lagi.

Kemudiannya dia memandang sekeliling, kelihatan ramai yang beratur. Dan kedua-dua barisan bahagian lelaki dan perempuan kelihatan panjang sehingga ke pintu luar dewan makan.

Sedang ralit dia memandang sekeliling, matanya bertembung dengan sepasang mata helang milik seorang lelaki yang turut sama berbaris sepertinya.

Nuhal terkedu. Lelaki itu lagi.

Terus dia mengalihkan pandangan. Dia menundukkan wajahnya semula. Sekali lagi malu menerpa dirinya. Mesti lelaki itu melihatnya ketika diheret beramai-ramai tadi.

"Lah Nuhal, awak malu lagi ke?" Fasya mengusiknya.

"Malu lah..." Nuhal menyorok mukanya.

Dalam diam, Nuhal curi-curi melihat ke arah lelaki tadi. Lelaki itu sibuk berbual dengan kawan-kawannya.

Nuhal tersenyum kecil.


















Continue lendo

Você também vai gostar

226M 6.9M 92
When billionaire bad boy Eros meets shy, nerdy Jade, he doesn't recognize her from his past. Will they be able to look past their secrets and fall in...
6.5M 179K 55
⭐️ ᴛʜᴇ ᴍᴏꜱᴛ ʀᴇᴀᴅ ꜱᴛᴀʀ ᴡᴀʀꜱ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ᴏɴ ᴡᴀᴛᴛᴘᴀᴅ ⭐️ ʜɪɢʜᴇꜱᴛ ʀᴀɴᴋɪɴɢꜱ ꜱᴏ ꜰᴀʀ: #1 ɪɴ ꜱᴛᴀʀ ᴡᴀʀꜱ (2017) #1 ɪɴ ᴋʏʟᴏ (2021) #1 IN KYLOREN (2015-2022) #13...
Aşiret Dızlamak De 19ir_em07

Ficção Adolescente

152K 11.7K 13
Her şey bana gelen mektupla başlamıştı. Ufacık bir not kağıdında yazan şeyler büyük olaylara ve hayatımın değişmesine yol açmıştı. Ben kendimden emin...
154K 7.4K 49
ငယ်ငယ်ကတည်းက ရင့်ကျက်ပြီး အတန်းခေါင်းဆောင်အမြဲလုပ်ရတဲ့ ကောင်လေး ကျော်နေမင်း ခြူခြာလွန်းလို့ ကျော်နေမင်းက ပိုးဟပ်ဖြူလို့ နာမည်ပေးခံရတဲ့ ကောင်မလေး နေခြ...