QAYYUM'S WEAKNESS | OG

Door nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Meer

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘5∘∘°

16.3K 1.2K 57
Door nabilllss

"Please.. Qay."

Qayyum menjeling tajam Aaren yang dari tadi sibuk mengacaunya menghabiskan kerja.

"Taknak." Dia masih kaku. Menghadap segala bahan laptop dihadapan mata. Hanya membiarkan Aaren seperti cacing kepanasan.

"Kau tahu kan aku tak suka masuk RSE? Bukannya aku saja-saja taknak tolong." Sambung Qayyum serentak menangkap tangan Aaren dengan pantas dari mematikan laptopnya.

"Yang ada urusan dengan Cik Della dekat sana, aku. Bukannya kau. Aku cuma nak minta tolong kau temankan aku kesana je. Apa susah sangat?" Aaren merengus geram. Bukannya aku suruh kau buatkan kerja aku. Lagipun mamat ni sorang je yang tak sibuk untuk minta tolong.

"Lepastu nanti yang nak bawa kereta siapa? Tak ke guna tenaga aku?" Cantas Qayyum sebelum dia bangun dari duduk. Menolak kerusinya kebelakang.

Aaren tersenyum menang. Mulut bebel marah juga, tetapi anggota badan yang lain bergerak dan menurut.

Meskipun wajah Qayyum pada ketika itu boleh ketara tanpa ikhlas, kakinya laju melangkah keluar dari bilik kerja. Tidak lama kemudian Aaren turut mengikut langkah rakannya. Pintu bilik khas Qayyum ditutup rapat sambil senyumannya masih belum memudar.

Situasi di dalam kereta.

"Ha!"

"Kau merokok dalam kereta aku? Nak aku tendang terus terkeluar dari tingkap kereta ke apa?" Wajah Qayyum menegang melihat Aaren disebelah. Suka hati je keluarkan rokok dia tu.

"Okey. Aku simpan." Aaren tersengih seperti kerang busuk. Bebola matanya naik ke arah bangunan mewah RSE yang dikelilingi dengan unit rakannya yang lain. Masih terkawal seperti biasa. Kotak rokoknya turut diseluk kembali kedalam poket seluar.

"Kau turun sorang jelah. Aku tunggu dalam kereta." Qayyum memakir keretanya di tempat yang selalu.

"Kau nak aku sidai kau dua tiga jam ke Qay? Belum kira minit untuk aku naik tingkas 14 tu lagi. Makan 10 minit dah." Aaren membalas, ayatnya penuh dengan ugutan. Dia mula bersedia hendak keluar dari perut kereta Honda Jazz itu.

Lama Qayyum menyepi. Dia alihkan pandangan memerhati kawasan luar kereta. Di kiri dan juga kanan. Nafas dihela berat. Habis pula minyak semata-mata tunggu jantan ni karang. Dia kembali mendapatkan wajah Aaren.

"Naik dulu. Kejap lagi aku masuk." Putus Qayyum. Dia masih belum mematikan enjin kereta. Cermin untuk melihat sisi belakang ditarik agar menghala ke wajahnya. Tangan Qayyum ralit membetulkan rambutnya.

Aaren yang mendengar itu terus keluar dari kereta. Jejaka itu bersiul serentak kakinya mula menjauhi kereta Qayyum.

Selesai habis Qayyum menilik wajah, enjin kereta dimatikan segera. Sementara dia memastikan tiada barang yang tertinggal, senjata api berjenama QSZ 92 milik Aaren di atas pemijak kaki menarik perhatiannya. Nasib matanya sempat menangkap QSZ 92 tersebut. Pantas Qayyum ambil benda itu sebelum dibawa keluar dari perut keretanya.

Pintu kaca gelangsar bangunan mewah itu terbuka dengan automatik apabila kaki Qayyum melangkah masuk. Seorang gadis yang rambutnya merah keperangan didekati.

"Datang dengan sapa Qay?" Gadis itu menyapanya serentak mengeluarkan satu alat imbasan. Salah satu benda wajib bagi setiap unit hadapi sebelum masuk kedalam.

"Dengan Aaren." Qayyum berdiri tegak dihadapan Warda. Wajahnya serta merta menghadap alat imbasan itu. Cahaya biru lurus mula keluar dan mengimbas wajah jejaka itu.

"DARWISH 719." Alat itu dengan sendirinya bersuara.

"Kau nak jumpa siapa? Cik Dell?" Apabila pemeriksaan itu selesai, Warda menurunkan alat tersebut.

"Tak kut. Aaren aje. Aku nak ke lobby." Mendatar Qayyum menjawab. Tanpa menunggu respon gadis itu, dia terus mengatur langkah.

"Oi—" Sekali lagi sapaan Warda menghentikan Qayyum.

"Kat lobby tu takda yang menarik pun. Apatah lagi benda yang kau minat. Mana beg kesayangan kau? Selalunya merata aje buat kerja terkutuk tu." Warda membebel turut terselit dengan perliannya. Dia membalas renungan tajam Qayyum dengan wajah yang selamba. Betul apa kerja terkutuk? Hack sindiket sana-sini.

"Cakap dengan cermin agaknya. Macam GLOCK yang dekat poket kau tu tak pernah cabut nyawa orang." Qayyum malas hendak bawa beg galasnya. Cukuplah dia masuk bertugas ke ZM pada pukul 3 pagi pada hari ini. Otak memerlukan ruang.

"Biarlah takda benda menarik pun. Mana tahu jodoh sampai, terus aku bawa jumpa dengan ummi aku." Sempat dia menyelit dengan kata-kata itu sebelum kembali berpaling kedepan. Laju beredar dari situ sebelum menuju ke lobby.

Warda diam. Tak mampu hendak berlawan mulut lagi dengan jejaka itu. Tersentak juga dengan bidasan yang diberi tadi, tak ke kerja mereka sama-sama berbahaya?

Qayyum mengeluh berat. Agaknya memang betul-betul Si Aaren tu nak sidai dia sampai tengah malam disini! Dari pukul 10 pagi tiba, sekarang sudah lanjut ke 12:30 tengahari.

Sempat dia melayari internet beberapa minit yang lalu tadi. Mencari akaun sosial media Uqael pun selesai dihujung jarinya sahaja.

Qayyum meletakkan kepalanya di atas sofa baldu itu secara mendongak ke atas. Lampu-lampu mahal yang penuh di atas sana direnung lama.

"Tengku?" Bibir Qayyum ternaik mengukir senyuman nipis. Namun senyumannya memudar sebaik sahaja bayangannya di atas sana berubah.

Dari wajah Uqael, bertukar ke senyuman manis Cik Mudanya. Terbayang penyebab senyuman itu semuanya datang dari Uqael.

"Qay—"

Automatik kepala Qayyum ternaik. Menghadap tuan empunya yang menghentikan lamunannya tadi.

"Ya-ya.. Cik Della." Qayyum bangun. Dia masih hormat akan gadis itu.

"Lama tunggu Aaren?" Dapat Fredella lihat dengan jelas riak wajah tersentak jejaka itu.

"Takda lah lama. Dah selesai ke Cik Della? Aaren mana?" Qayyum masih mampu mengawal kekok. Matanya sempat memandang sepintas lalu pemakaian Fredella.

Selalunya, gadis itu akan mengenakan pakaian seringkas ini hanya ketika dia sedang menjalankan misi. Berjaket hitam serta berseluar cargo slacks.

"Aaren dah tunggu saya dekat kereta saya. Dia ada bagitahu awak tak yang saya perlu ke Theta's Holding harini?" Lama juga dia tak bersua dengan Qayyum akibat pertengkaran kelmarin itu. Namun dia bukan sesiapa untuk menghukum Qayyum.

"Saya taktahu." Qayyum geleng kepala beberapa kali. Wajahnya seperti tertanya-tanya. Nak kena buat apa ni? Nak kema hempuk Aaren ke?

"Theta's Holding. Saya dijemput untuk kesana sebab kawan Ku Ros nak berjumpa. Nak ajak Fareez temankan, Tuan Muda awak kata dia busy. Jadi saya minta Aaren ikut sekali." Fredella senyum tipis. Ya, jika dia kemana-mana atas urusan kerja semuanya perlu bertemankan anak buah Khalaf. Hanya Aaren saja yang berkelapangan.

"Oh kawan mama—" Qayyum mengetap bibir serapatnya. Tersilap! Memanglah Tengku Rossa membahasakan dirinya 'mama' tapi Qayyum tetap memanggil wanita itu dengan panggilan 'Ku Ros'. Entah mengapa sekejap tadi ringan betul mulutnya menyebut perkataan itu.

Fredella menyorok senyuman lebar dari terlihat. Dia sudah tahu jejaka dihadapannya sekarang ini seorang yang suka cakap lepas. Terlalu spontan.

"Takpa lah kalau macam tu Cik Della. Saya balik sorang je. Aaren tu nanti—" Cepat-cepat Qayyum menukar topik agar kekoknya tidak ketara.

"Don't you worry about him. Nanti saya hantar dia ke markas semula." Fredella menghentikan percakapan Qayyum.

Dia menilik jam tangannya sekilas. Lebih baiklah dia segera bergerak ke syarikat kawan mamanya sekarang. Sudah terbiasa kesana kesini untuk urusan kerja dengan waktu yang tepat.

"Saya pergi dulu, Qay."

Qayyum angguk. Sempat wajahnya ditunduk serentak memaksa bibirnya mengukir senyuman. Walaupun hatinya masih terguris dengan kejadian kelmarin.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kau kenapa bertenggek lagi dekat sini? Tak reti nak balik ZM semula ke?" Terangkat wajah Warda memandang Qayyum, senang lenang bersiul dihadapan meja kerjanya. Rasanya mamat ni takda urusan dah dekat sini.

"Aku nak minta tolong kau, boleh?" Qayyum sengih seperti kerang busuk.

"Hm?" Warda kebelakangkan tubuh. Langsung dia tinggalkan segala kertas dokumen dia atas meja buat sementara.

"Aku nak masuk bilik peribadi Cik Della sekejap. Tapi kau jangan bagitahu sesiapa, boleh?" Wajah Qayyum seperti sudah berharap yang dia akan menerima jawapan yang positif dari gadis itu.

"Kau nak cari apa dalam tu? Bukan-bukan aje." Warda mengikat rambut merah keperangannya seperti ekor kuda.

"Jangan nak sibuk lah. Aku minta tolong satu tu je, jangan bagitahu sesiapa. Termasuk Locos's bodyguards." Sengihan Qayyum memudar. Dia mula menjarakkan diri dari meja kerja gadis itu.

"Masuk lah. Memang kau dengan Tengku Uqael je yang dapat masuk bilik peribadi Cik Della. Faham kan maksud aku?" Warda sudah sedia maklum yang Qayyum menyimpan segala kata kunci di dalam bangunan ini. Bukan setakat kata kunci, semua CCTV yang terletak di setiap ruang khas hanya dihujung jarinya.

"Thanks. Semoga gaji kau—" Qayyum terus mengatur langkah. Melulu sahaja bersama ayatnya tergantung.

Warda masih menunggu jejaka itu menghabiskan ayat. Renungan tajam tepat memerhati pergerakan Qayyum.

"Gaji kau lambat masuk." Qayyum meneruskan langkahnya laju menjauhi ruangan itu bersama riak wajah yang selamba.

"Sengal betul." Dahi gadis itu berkerut mendengar ayat yang disambung. Dia merengus geram. Sudahlah pula ganggu kerjanya, minta tolong hanya berterima kasih-kan dengan bidasan.

Semudah abc Qayyum membuka pintu bilik peribadi Cik Mudanya. Bibirnya tersenyum menang tatkala pintu tersebut terbuka dengan automatik apabila dia selesai memasukkan kata kunci.

Selangkah demi selangkah Qayyum masuk tanpa rasa gugup atau takut. Sempat dia perhatikan sekeliling diluar bilik peribadi itu sebelum melangkah masuk. Pintu kembali ditutup.

Terpampang setiap sudut ruangan yang elegant dengan perhiasan. Qayyum mendekati ke arah meja kerja Fredella. Jarang sekali dia berpeluang untuk masuk kedalam bilik peribadi Cik Mudanya ini. Entah mengapa kakinya betul-betul rasa ringan untuk melakukan semua itu.

Sedang ralit Qayyum memerhati barang-barang di atas meja tersebut, bebola matanya jatuh ke arah iPhone milik Fredella. Tertinggal? Agak tersentak pada awalnya tetapi jauh sekali didalam sudut fikiran Qayyum.

Dia sebenarnya ada tujuan menjejakkan kaki kedalam bilik ini. Dan iPhone itulah tujuan asalnya. Sekali lagi bibir jejaka itu mengukir senyuman menang.

Qayyum mengambil iPhone tersebut tanpa rasa teragak-agak. Dia menekan butang ditepi iPhone itu, memastikan sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Jika tersalah ambil hak orang karang tak ke sia-sia peluangnya hari ini?

"Ada job baru.." Terpampar figura Fredella sedang memeluk Harizz. Taktahu mengapa dia lebih suka melihat senyuman didalam honescreen wallpaper itu.

Senyuman yang terukir di bibir Fredella itu sudah pasti berpunca dari Harizz. Mujur tak muncul gambar senyuman Cik Mudanya sedang bersama orang lain. Eh?

Tidak betah pula rasanya dia menunggu di dalam bilik itu, sudah dapat apa yang perlu. Qayyum menyeluk iPhone tersebut kedalam poket seluarnya.

Dia memastikan tiada barang yang berubah dari tempat asal sebelum keluar. Usai itu, Qayyum terus beredar tanpa rasa bersalah. Malah, bersenang hati. Adakah semuanya sudah bermula?

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
874K 27.8K 20
[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 �...
745 57 5
SHORT STORY 🍿 Zea Adriana, gadis yang tidak lari dari masalah. Di sekolah mahupun di rumah. Menjadi mangsa buli sudah tidak asing baginya. Di rumah...
8.9K 185 10
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial